3:29 PM

Ku pohon doa untukmu kawan..(updated)

[DOA17+ketika+terdengar+kematian+atau+kemalangan.GIF]
Alfatihah untuk Sdr.Hasan Ismail (1956-2010).


Semalam sempat ziarah Sdr Hasan di hospital.Masih dapat bercakap dan berinteraksi dengannya.Walaupun nampak agak kritikal penyakitnya, sebagai manusia kita mengharapkan kesembuhan untuk beliau.Namun Allah maha mengentahui segala-galanya.Jam 3.00 pagi tadi dimaklumkan beliau telah dipanggil Allah kembali ke alam kekal untuk selama-lamanya.

Terkenang beliau yang begitu banyak menghadapi cubaan dengan ujian kesusahan tetapi hasil ketekunan dan kesabaran akhirnya Allah memberikan beliau "kelapangan".Beliau berjaya sehingga ke menara gading dan menjadi pendidik yang cekal.Namun di akhir-akhir kehidupanya beliau sekali lagi diuji dengan penyakit yang juga menjejaskan keselesaan hidupnya.Ujian itu juga dihadapi dengan tabah,sering bercakap untuk pencen awal tetapi nampaknya tidak sempat mengecapi masa pencen yang beliau harapkan.Untuk kita yang masih diberi kehidupan bersyukurlah dan kepada keluarga Sdr Hasan bersabarlah dengan ujian ini,sesungguhnya keupayaan kalian menghadapinya dengan sabar selama ini telah membezakan tahap keupayaan menghadapi ujian kalian berbanding dengan mereka yang tidak pernah diuji.Sekali lagi al-fatihah untuk beliau.
Juga alfatihah untuk Hj Kashim Abdullah dan Hj Manan Arifin yang juga dijemput kembali pada minggu ini.



Share/Bookmark Read more...

3:17 AM

Nilai seorang anak....

Hari ini ke hospital ziarah seorang kawan.Doa untuk kawan itu supaya cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.Kepada keluarga kawan ini bersabarlah di atas ujian ini.

Namun cerita yang menarik dan patut kita bersama bermuhasabah dengan peristiwa ini ialah apa yang berlaku,juga di hospital.Satu keluarga yang bapanya diserang "stroke".Bapa ini yang sudah lanjut usia mengalami lumpuh yang terok,rawatan telah dibuat namuntiada kesan pemulihan.Lalu pihak hospital menasihatkan supaya keluarga ini membawa balik bapanya ke rumah.Anak-anak 7 orang semua terpelajar,malah bekas guru besar pun ada dan ustaz pun ada.Mereka menolak untuk membawa orang tua mereka ke rumah,alasanya di rumah tiada cara untuk mereka merawat orang tuanya.Kerana menolak untuk membawa pulang maka tinggal;ah orang tua tersebut di hospital menunggu untuk "pergi" selama-lamanya.

Di hospital anak-anak bising lagi kenapa orang tuanya tidak dimasukkan ke kelas pertama dan sebagainya lagi meungkit itu dan ini.

Moral kepada peristiwa ini,kenapa terjadinya begitu kepada mereka-meraka yang terpelajar ini,di mana akhlak mereka atau mereka sebenarnya malas untuk melayan pesakit yang merupakan bapa mereka.Atau pengajaran dan panduan yang Islam berikan kepada mereka itu cuma mereka ucapkan di surau-surau atau sekolah sahaja tetapi tidak mereka amalkan dalam kehidupan mereka?..sedih rasanya mengenangkan peristiwa sebegini






Share/Bookmark

Read more...

12:21 AM

Ayah...Ibu.. doa kami untukmu.

Musim cuti sekolah sudah lama menjelang,musim pepereksaan pun sudah dua tiga hari berlalu.Saya percaya di kesempatan yang ada sebelum sesi persekolahan baru bermula ramai di kalangan kita yang akan "bercuti",mengikut citarasa masing-masing.

Bagi yang ada anak-anak,akan cuba memenuhi kehendak dan keinginan anak-anak masing-masing.Setiap apa yang dipinta nescaya akan dipenuhi mengikut kapasiti kemampuan masing-masing.

Terfikir,apakah anak-anak juga akan memikirkan sebagaimana berfikirnya ibu bapa dalam melayani kehendak mereka?.Bagi yang jauh dari kampong halaman balikkah kita menjenguk,atau bertanya khabar.Cuba hitung berapa banyakkah "sumbangan" kita untuk mengembirakan mereka.Saya pasti ibu bapa tidak mengharapkan sumbangan berbentuk benda dari kita.Cukup kita bertanya khabar,menziarahi dan perihatin kepadanya itu sudah cukup mengembirakanya.

Berfikirlah kita semua bagi yang masih beribu dan bapa,ikhlaskanlah dalam melayani mereka.Mereka sudah tua dan di penghujung usia.Senang-senangkanlah hati-hati mereka.Janganlah dukakan mereka.Cuba bayangkan, mereka tidak pernah merungut untuk mengasuh dan membelai kita dikala kita sakit,tetapi kadang-kadang setengah daripada kita "merungut"apabila terpaksa menghantar ibu bapa untuk rawatan ke hospital.Anak apa kita ini sebenarnya,berbagai alasan untuk kita mengelak.Fikirkanlah wahai kawan sebaik-baik manusia adalah orang yang menyayangi kedua ibu bapanya tanpa "mengisik" hatinya.Bersama fikirkan

"23.Dan Tuhanmu Telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, Maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.24. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua Telah mendidik Aku waktu kecil". (Al-Isra’: 23-24)







Share/Bookmark

Read more...

2:29 AM

Jaga-jaga kita sebenarnya semakin "susah"

Melihat berita ini menyedihkan kita.Peristiwa ini adalah satu daripada ribuan kejadian yang menggambarkan "kerosakan" anggota masyarakat kita.Kalau dulu kita jarang ketemu berita-berita sebegini dan kalau pun ada tidaklah sampai membabitkan kecederaan parah atau pun kehilangan nyawa,tetapi kini ianya menjadi-jadi sehinggakan di kebanyakkan masjid yang kita singgah terpampang tanda amaran "awas pencuri".Kalau di masjid pun begitu apa yang boleh kita harapkan di tempat-tempat lain.

Apakah maknanya ini semua.Bilangan anggota polis berganda ditambah.Ribuan jadual kelas-kelas ugama di madrasah dan masjid di atur,pelbagai kempen diadakan melalui media elektronik mahupun cetak namun gejala ini terus berkembang dan membiak tanpa ada tanda-tanda untuk berhenti.

Apakah ini merupakan "ganjaran" yang diberi hasil usaha kita dalam menjalani hidup ini tanpa memperhitungkan halal dan haram?Bersama kita fikirkan dan dengan doa ya Allah janganlah engkau bebankan kami dengan dosa yang tidak kami lakukan.Engkau balik-balikkanlah hati-hati mereka yang terpesong itu supaya kembali kepada engkau,selamatkanlah kami dari murkaMu...


TABUNG KECEMASAN PENDIDIKAN dibawah kendalian bersama antara Persatuan Pengguna Islam Malaysia untuk anak-anak di Mesir

Bantuan dalam bentuk cek/wang tunai boleh disalurkan ke :
Persatuan Pengguna Islam Malaysia
a/c : 14370003771050 (CIMB)

atau hubungi

70x Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat,54000 Kuala Lumpur
Tel : 03-42577222/42566618
Faks : 03-425 666 17
Hotline : 019-3591000 / 019-9130000

Emel : aduanppim@gmail.com ATAU muslimconsumers@gmail.com





Share/Bookmark

Read more...

7:45 PM

Bersama bantu mereka ini...

Rentetan dari rungutan dan masalah kewangan tahap kritikal yang dihadapi oleh pelajar-pelajar Islam seberang laut khususnya yang melanjutkan pelajaran di Timur Tengah dengan pengkhususan dalam bidang professional seperti perubatan, farmasi dan pergigian yang gagal mendapatkan pinjaman mahupun biasiswa kerajaan.

Kebanyakan dari pelajar terbabit adalah pelajar-pelajar pintar Islam yang tidak mendapat tempat untuk melanjutkan pelajaran di IPTA didalam Negara.

Maka PPIM beserta badan-badan bukan kerajaan yang memperjuangkan hak ketuanan Melayu dan Islam mengambil pendekatan drastik dengan menubuhkan TABUNG KECEMASAN PENDIDIKAN dibawah kendalian bersama antara Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan NGO-NGO prihatin yang lainnya.


Bantuan dalam bentuk cek/wang tunai boleh disalurkan ke :
Persatuan Pengguna Islam Malaysia
a/c : 14370003771050 (CIMB)

atau hubungi

70x Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat,54000 Kuala Lumpur
Tel : 03-42577222/42566618
Faks : 03-425 666 17
Hotline : 019-3591000 / 019-9130000

Emel : aduanppim@gmail.com ATAU muslimconsumers@gmail.com





OBJEKTIF
I. Menubuhkan tabung dan mengadakan kutipan sumbangan dari semua sumber dimana dana yang terkumpul akan disalurkan untuk membantu pelajar-pelajar yang akan dikenalpasti oleh secretariat TABUNG KPI.

II. Memastikan pelajar yang berpotensi tidak terganggu pelajaran mereka disebabkan masalah kewangan yang dihadapi dalam masa proses pembelajaran mereka sedang berjalan.

VISI
I. Melahirkan ramai professional Melayu yang memiliki akhlak terpuji dan memiliki asas kukuh dalam pendidikan Agama.

II. Meramaikan professional yang mencakupi pelbagai disiplin ilmu termasuk sains dan teknologi dan seterusnya mengimbangi bilangan professional bukan melayu yang ternyata lebih ramai dari professional Melayu yang ada dinegara kita buat masa ini.


DATA RASIONAL

Jumlah pelajar yang belajar di Universiti yang terdapat di Mesir kini ialah seramai 6440 orang.

Pecahan dari jumlah tersebut :-

Tajaan Jumlah

JPA 668 pelajar
MARA 936 pelajar
Amanahraya 52 pelajar
____
Jumlah 1656 pelajar
====
Baki seramai 4784 orang adalah pelajar persendirian tanpa tajaan mahupun biasiswa dan pinjaman kerajaan.

Dari sejumlah 4784 orang pelajar tanpa tajaan mahupun biasiswa kerajaan lebih dari 2000 orang pelajar mengambil jurusan dalam bidang professional seperti perubatan, pergigian dan farmasi.







Berdasarkan carta yang diberikan ratio professional melayu dan bukan melayu ternyata tidak seimbang dan memerlukan remedi kalau perbandingan berdasarkan jumlah pecahan penduduk diambil kira.

Terdapat lebih dari 2000 pelajar melayu yang menuntut dalam jurusan Professional seperti perubatan, pergigian dan farmasi dengan biaya persendirian pada masa kini bertaburan disekitar Universiti di Mesir.

DAN KEBANYAKAN DARI MEREKA INI YANG PADA AWALNYA DIBIAYAI OLEH KELUARGA DAN KINI BERADA DITAHUN KEDUA DIUNIVERSITI TERBABIT BERADA DALAM SITUASI KEWANGAN YANG AMAT KRITIKAL DAN MEMBIMBANGKAN.

Dari jumlah yang disebutkan seramai 500 pelajar dari jurusan professional berada pada tahap yang amat kritikal dan memerlukan sokongan kewangan dalam bentuk tajaan maupun pinjaman. Dimana sekiranya bantuan kewangan tidak dapat disalurkan pada kadar segera mereka ini terpaksa berhenti belajar dan pulang ketanah air dengan perasaan hampa dan kecewa. MEREKA AKAN PULANG KENEGARANYA BUKAN KERANA GAGAL DALAM PELAJARAN TETAPI BANGSA DAN KERAJAANNYA GAGAL MEMBANTU MEREKA. DIKALA ITU DIMANA MARUAH KITA.


APAKATA PERLEMBAGAAN KITA?

1: TUNTUTAN PERLAKSANAAN WAJIB PERKARA 153(1); 161A(4).

Adalah menjadi tanggungjawab Yang diPertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputra mana-mana Negeri-negeri Sabah dan Sarawak …
i) Di bawah 153(2)..mengenai jawatan dalam perkhidmatan awam, dan..

ii) mengenai biasiswa, bantuan dan lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan yang seumpamanya..

iii) atau lain-lain kemudahan khas yang diberi atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan;

iv) 153(3) bagi menentukan perezapan bagi orang Melayu dan bumiputra mana-mana Negeri Sabah dan Sarawak jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam dan mengenai biasiswa, bantuan dan lain-lain ke istimewaan pelajaran atau latihan atau kemudahan-kemudahan khas;

v) Yang diPertuan Agong boleh memberi apa-apa arahan am sebagaimana yang dikehendaki bagi maksud itu;

vi) kepada mana-mana Suruhanjaya yang dimaksudkan…atau;

vii) kepada mana-mana pihakberkuasa yang bertanggungjawab atas pemberian biasiswa, bantuan atau lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan atau kemudahan-kemudahan khas itu…

viii) hendaklah mematuhi arahan-arahan itu dengan sempurna…
(Nota: Perkataan Cina dan India tidak ada dalam Perlembagaan).

ix) BAHAWA khususnya Biasiswa yang berkaitan adalah dibawah kuasa DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong sebagai pemilihara dan pemegang AMANAH/KASTODIAN menjaga kepentingan ketuanan KE RAJAAN Melayu.


RUMUSAN

Selepas diteliti dengan begitu rapi dan diperhalusi dengan hati budi yang luhur kita dapati orang melayu seperti menumpang ditanah air sendiri. Bakat dan minda yang baik bukan lagi jaminan untuk memastikan kejayaan mendatang. Tanpa sokongan kewangan yang kukuh kita tidak akan kemana-mana.

Walaupun perlembagaan kita jelas akan hak keistimewaan melayu yang perlu dipertahankan. Tetapi tanpa sokongan dan dokongan dari mereka yang diamanahkan ianya tidak akan kemana.


Kita semakin hampir menjadi Negara maju, tetapi jarak kita dari segi ilmu dan pendidikan dengan bangsa lain semakin ketara dan tertinggal.

Justeru itu, tiada lagi jalan pintas bagi kita, yang diamanahkan membela bangsa leka dengan kejayaan dan kekayaan diri. Hingga lupa peranannya menjaga pewaris bangsa. Yang tinggal hanyalah segelintir melayu yang sayangkan bangsa dan sayangkan Negara tetapi tiada berharta. Namun digagahinya jua demi maruah dan martabat yang ada.

Maka menyedari kelemahan itu, bangkitlah bangsaku, bersatulah kita membantu anak-anak kita yang bijak yang berada diluar Negara menuntut ilmu. Mereka perlukan bantuan kita. Sumbanglah seberapa yang ada ke TABUNG KECEMASAN PENDIDIKAN. Biarlah anak-anak kita disana menuntut ilmu dengan tenang dan balik dengan segulung ijazah. Mereka adalah pewaris kesinambungan ketuanan melayu. Biarlah kita berhabis dahulu agar bangsa kita tidak merempat ditanah air sendiri.

Baca lagi di sini
Bantuan dalam bentuk cek/wang tunai boleh disalurkan ke :
Persatuan Pengguna Islam Malaysia
a/c : 14370003771050 (CIMB)

atau hubungi

70x Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat,54000 Kuala Lumpur
Tel : 03-42577222/42566618
Faks : 03-425 666 17
Hotline : 019-3591000 / 019-9130000

Emel : aduanppim@gmail.com ATAU muslimconsumers@gmail.com
Share/Bookmark Read more...

2:30 AM

Merenung Tahun Baru Hijrah 1432 : Antara Syurga dan Neraka

Semua kita impikan syurga.Satu tempat yang paling nikmat dan tiada yang sebanding dengannya yang dijanjikan Allah kepada hambanya yang taat dan patuh terhadap kehendakNya.

Terfikir secara insaf apakah kita ini layak untuk anugerah tersebut?.Apakah hanya dengan "cara hidup" kita yang sebegini berbaloi untuk menerima pemberian Allah itu?.

Hari-hari dalam kehidupan, bermula dari celiknya mata dari tidur terus bercakap dan berfikir pasal "dunia"( baca:duit),berterusan sehingga malam menjelma,kadang-kadang tidur itu yang juga seronok untuk semua orang juga diabaikan kerana "dunia itu".

Kita lihat dewasa ini,bermulanya generasi anak-anak sedari kecil lagi telah diasak dengan "mendidik" untuk menjadi itu dan ini.Pernah kita menyentuh perasaan mereka supaya menjadikan manusia bertaqwa?.Pernahkah kita memberatkan mereka dengan kewajiban kepatuhan kepada Allah seluruhnya dengan memberi "santapan" yang sepatutnya untuk ke arah itu.Apa yang dilihat berdasarkan pengamatan dan pengamalan kita amat jauh darpadaNya.Kita lebih banyak "menangis dan membebel" kalau anak-anak tidak mahir matematik dan sains,malah kita tiada apa-apa rasa terkesan kalau anak-anak tidak tahu solat atau alquran itu sendiri.Sungguh malangnya nasib kita.

Mungkin ayat diatas itu terlampau ilmiah untuk difahami,untuk mudah faham, secara mudahnya setakat hidup ini di mana tahap kita dengan Allah sebenarnya?.Kita kata percaya dan patuh tetapi setakat mana?.Dalam menjaga peraturan dan larangan,jauh sekali untuk kita mematuhinya hatta tentang perkara yang paling kecil pun belum lagi dikira tentang perkara-perkara besar umpamanya pemerintahan dan sebagainya.Perkara "dosa" sudah menjadi amalan lumrah dan biasa sahaja.Allah dingati cuma pada hari-hari kesedihan sahaja malah kalau tiada "kesedihan" Allah terus dilupakan tanpa noktah.

Menipu,menzalimi sesama manusia,memakan harta secara zalim itulah antara secebis fenomena kehidupan kita kini.Pertimbangan kita hanya "benda" halalkah atau haramkah tidak pernah kita fikir dan buat perhitungan.Tanpa rasa malu kita kepada Allah yang kita akui Maha penyayang dan pengasih itu kita terus menderhaka sebenarnya.Kita sebenarnya melawan Allah yang memberi kita semua nikmat secara percuma ini tanpa meminta dibalas.

Kita banyak menyanggah perintah Allah,sebagai contoh kalau riba'itu haram kenapa kita masih mengekal dan beramal denganya,tokoh-tokoh yang mempopularkan perkara tersebut kita sanjung mereka dengan pelbagai anugerah,?!tidak takutkah kita kepada Allah,bagaimana pula kita sebut hendakkan syurga tetapi kita tidak cuba untuk mencarinya dengan mendapatkan keredhaanNya?.

Sempena tahun baru hijrah 1432 yang kita sambut hari ini marilah bersama kita memohon ampun kepada Allah S.W.T dan pohon kepadaNya supaya kita dikekalkan di atas jalanNya yang benar dan lurus seterusnya dianugerahkan syurga yang nikmat itu.






Share/Bookmark

Read more...

5:35 PM

Doa Akhir Tahun & Awal Tahun

Selamat menyambut tahun baharu hijrah 1432






http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1236.snc4/156867_1745473353703_1144853525_32001680_227670_n.jpg



Share/Bookmark Read more...

4:36 PM

MIRI SARAWAK


Tapak penggerudian minyak pertama di Malaysia (Miri) dinamakan
dengan "The Grand Old Lady"
mula di gerudi pada 10 ogos 1910 dengan kedalaman asal
452 kaki dan maksima kedalamanya ialah 1096 kaki,anggaran
keluaranya sebanyak660,000 tong dengan kadar
7 tong sehari.Operasi telaga ini dihentikan pada 31 okt 1972.

Pemandangan atas bukit tempat terletaknya muzium petroleum di Miri

Lauk nasi lelapan yang dikatakan masyhur di Miri


Dua pemandangan menarik di pesisir pantai Miri

Share/Bookmark Read more...

5:27 PM

Siapa dia "Kalki Avatar"

"Kalki Avatar" bererti Pembimbing Agung.Manusia yang disebut sebagai Kalki Avatar ini ada disebut d idalam kitab suci Hindu.Mengikut analisa daripada Prof. Pandit Vedaprakash Upadhal seorang ilmuan yang berugama Hindu dari Universiti Alahabad, bahawa Kalki Avatar ini yang sebenarnya adalah Nabi Muhammad saw.Mari bersama kita mengikuti pendapatnya di sini







Share/Bookmark

Read more...

6:09 AM

Ekspo Cheng Ho: Publisiti yang di lupakan oleh media ...



Share/Bookmark

Read more...

3:24 AM

"Baso Menantang"

Untuk yang gemar dan masih merokok hentikanlah...kalau tidak anda sebenarnya bagaikan B******G....tidak kenal erti halal dan haram....


Share/Bookmark Read more...

4:25 PM

Mee segera yang selalu kita makan tu...


1.
Ada Apa Haaaa?
136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Gambar di atas menunjukkan bahan ramuan itu.

Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi. Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.

Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.



2.
10 Ramuan Melampau Dalam Mi Segera

Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu? Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat? Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.

Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma

Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.

sumber dari Azizi Abdullah blogspot

Share/Bookmark Read more...

11:42 PM

Jangan Lupa Esok ....Bersama berdoa untuk kejayaan

Peperiksaan SPM dan STPM akan bermula sesi peperiksaannya mulai esok (23/11/2010), dan kepada semua pelajar-pelajar yang mendudukinya selamat menempuh peperiksaan.Bersama memohon kepada Allah semoga dipermudahkan kefahaman dan diperkuatkan ingatan dalam menjawab setiap soalan yang diberikan.Selamat semuanya InsyaAllah








Share/Bookmark

Read more...

9:04 PM

Betul ke berkorban ni??....

Alhamdulillah,Eidul-Adha tahun 1431 telah sempat kita rayakan dengan melakukan amalan yang disuruh serta pohon Allah menerima segala apa yang telah kita lakukan itu sebagai ibadah yang diterima dan mendapat pahala serta ganjaran di dunia ini mahu pun di akhirat kelak.

Sebenarnya banyak pengajaran yang dapat kita kutip daripada ibadah yang kita lakukan dalam sambutan eidul adha ini.Selain daripada solat sunatnya apa yang menjadi lumrah dan tumpuan ialah ibadah korban itu sendiri.Sebagai mengikut pengorbanan nabi Ibrahim a.s yang mematuhi perintah Allah untuk menyembelih anaknya nabi Ismail a.s,maka kita hari ini turut sama berkorban dengan menyembelih binatang ternakan sebagai mengikuti sunnah tersebut.

Cuma persoalan timbul,apakah kita sebenarnya "berkorban" dalam erti kata sebenarnya atau cuma hanya mengikutnya hanya sebagai adat dan bukannya ibadah sebagaimana yang dituntut.

Kalaulah kita katakan apa yang kita lakukan itu ibadah, kenapa dalam melakukan "pengorbanan" kita itu kita masih mementingkan ganjaran serta keuntungan diri sendiri darpada mendapat ganjaran daripada kurniaan Allah?,contohnya dalam pembahagian daging korban itu kenapa tidak berlaku?diperhatikan banyak daripada kita selesai sahaja sembelihan masing-masing mengambil bahagaian dan menyimpan untuk makan sendiri malah ada cerita yang daging simpanan itu bertahan sampai setahun...

Para petugas sembelihan pula asik melakukan "curi-mencuri" tanpa mendapat keizinan tuan-tuanpunya binatang korban tadi.Kalau begini dimana duduknya kita dalam sambutan hari yang kita katakan hari untuk beribadah ini?.

Kepada para ustaz dan dai',pohonlah untuk mendidik tentang peri pentingnya akhlak yang baik dalam kehidupan.Jangan kita hanya menyeru dan mengesahkan kepada mereka tentang "kebaikan" tetapi cuma sebagai "cerita" untuk didengari sahaja tapi kita lupa untuk menyeru anggota masyarakat kita supaya diamalkan dalam kehidupan seharian agar ianya menjadi satu daripada gaya hidup seharian kita dan juga mereka.

Tiada gunanya pengorbanan kalau hanya sekadar sebutan tetapi tidak menjadi amalan.





Share/Bookmark

Read more...

10:48 PM

Melihat ini rinduku semakin menjadi-jadi

Doaku semoga diperkenankan untuk berkunjung lagi.....




Arafah Hujan Tangis dan Keharuan Saat Wukuf
Share/Bookmark

Read more...

6:24 PM

Jangan Bersedih Kawan!!!..





قَدْ نَعْلَمُ إِنَّهُ لَيَحْزُنُكَ الَّذِي يَقُولُونَ فَإِنَّهُمْ لاَ يُكَذِّبُونَكَ وَلَكِنَّ الظَّالِمِينَ بِآيَاتِ اللّهِ يَجْحَدُونَ

maksudnya:

Sesungguhnya kami mengetahui bahawasanya apa yang mereka katakan itu menyedihkan hatimu, (janganlah kamu bersedih hati), Karena mereka Sebenarnya bukan mendustakan kamu, akan tetapi orang-orang yang zalim itu mengingkari ayat-ayat Allah


Ayat 33 dari surah al-An'am
Share/Bookmark Read more...

11:32 PM

Hati-hati tuan!!! nanti.....

http://2.bp.blogspot.com/_4sZKNMSlpXI/SwPVuxFVjJI/AAAAAAAAABY/c8XD6yHOhEA/s1600/gajah_berkubang.jpg

Kalau anda selalu berulang alik ke Kelantan samada menggunakan lebuhraya timur-barat atau pun lebuhraya Gua Musang ,anda kena hati-hati.Walaupun jarang-jarang terjadi tetapi sejarah telah membuktikanya.Lihat di sini






Share/Bookmark Read more...

11:38 PM

Hai orang Kedah..tak kan sampai begitu kot..

Banjir punya hal,semua nak percuma.Tak kanlah sampai begitu sekali...klik sini





Share/Bookmark

Read more...

5:12 PM

Menang, tetapi macam orang kalah..

Menang atau kalah memang adat pertandingan,jarang ada yang seri.Kalau dalam pertandingan bola kalau seri maka diusahakan juga supaya ada yang menang samada dengan sepakan penalti atau sebagainya.

Kebiasaanya dalam sesuatu pertandingan orang yang kalah selalunya "bising" memberi pelbagai alasan tentang "kekalahanya".Menguar-uarkan tentang "kegagahanya".Jarang kita lihat orang menang mendabik dada ianya gagah dan kuat.Tetapi hari ini kita lihat wujud gejala orang sebagaimana kata pepatah ibarat "menang sorak tetapi kampung tergadai".Apa tidaknya berhari-hari bercakap dan mendabik dada dia menang,sedangkan realitinya dia sendiri tahu "kemenanganya"adalah ibarat pepatah tadi.Selalunya orang kalau menangnya itu secara "asli" dia tidak akan bising-bisingan,malah akan diam dan membisu kerana dia tahu dia kuat.

Apalah maknanya menang dalam pertandingan kalau perlawanan dibuat secara tidak adil?.Sebelah pihak guna tombak dan parang tiba-tiba sebelah pihak lagi guna senapang,meriam dan kereta kebal.Bila berlawan, kalahnya pasukan bertombak dan berparang kerana kita guna senapang dan kereta kebal,bangga ke menang macam tu?..
Mat Jusoh yang duduk dekat Tampoi pun ketawa terbahak-bahak bila ditanya perkara ini.







Share/Bookmark

Read more...

11:11 PM

Satu dibahagi dua

Ruang yang kosong sebelum solat zohor dimunafaatkan berborak dengan orang motivasi (baca:kanselor).Antara yang diungkapkan betapa lemahnya kita kerana sering mencampuradukkan sesutu perkara dalam kehidupan kita ini.Betapa ramai di antara kita yang membawa balik masalah pejabat ke rumah.Kalau baik maka mood yang baiklah di rumah namun apa yang teruknya apabila adanya masalah di pejabat maka mood itu dibawa balik dan yang jadi mangsa adalah orang-orang di rumah.Dan banyak lagilah yang diutarakan...Saya nak merujuk kepada pemisahan perasaan itu tuan..

Lojiknya "pemisahan" itu memang ada,tetapi sebagai manusia secara insafnya berapa ramai yang berjaya memisahkan keadaan itu.Kita bukan barangan biasa seumpama buah-buahan dalam kotak yang boleh dibahagi-bahagikan,namun kita adalah sejenis makhluk yang mempunyai hati dan perasaan dan "pemisahan"perasaan dalam sekelip mata adalah sesuatu yang agak menyulitkan.

Para Kanselor sering berteori begitu,sebab rujukannya menyatakan begitu.Apakah secara realtinya begitu?.Maaf tuan saya tidak seberpendapat dengan tuan dalam hal ini.Ingat!! apabila anda merasakan sesuatu rasa hati,rasa berani,rasa takut,rasa susah dan rasa tenteram itu,darimana datangnya perasaan itu?.Pada saya teori anda itu salah,sebabnya rasa dan perasaan itu adalah bukan kita dapat beli di kedai atau supermarket atau mana-mana tempat, namun ianya datang sendiri dalam bentuk "anugerah".siapa yang menganugerahkanya?sepatutnya di situ kita memulakanya,bukannya sebagaimana yang anda sebut teori itu teori ini menyatakan begitu dan begini.Saya percaya orang yang buat teori itu pun dan mungkin juga anda jika berhadapan dengan mood-mood yang sebegitu juga akan berada dalam situasi yang sama malah mungkin lebih teruk(?).

Berteori dan bermotivasi adalah baik,tetapi kalau sandaran motivasi atau kaunseling anda itu sebagaimana yang anda ungkapkan tadi,nasihat saya hentikanlah,sebenarnya anda perlu memotivasikan diri anda dahulu sebelum anda memotivasikan orang lain.Antara motivasi yang paling baik ialah mengakui kebesaran dan keagungan Allah dan mengingati diri kita ini sebagai makhluk yang lemah dan sudah pasti satu hati kita akan mati.maaf Pak Kauselor....



Share/Bookmark

Read more...

11:24 PM

Majlis Agama Islam pun kena juga!!??

Majlis Agama Islam pun kena kuiri juga oleh jabatan audit(baca sini).Agak-agaknya kenapa terjadi demikian ?,atau mungkin sumber kewangannya terlampau mudah diperolehi dan tidak banyak dipersoalkan sebelum ini.Atau apakah perolehannya adalah bersumberkan wang zakat yang disumbang oleh umat islam setiap tahun itu menyebabkan ianya dibelanjakan ikut suka?dan asnaf 'amilin '(baca: petugas zakat) sebagai alasan untuk bertindak begitu?.

Apabila membaca komen ini,semacam ada kebenaranya kerana beliau adalah orang yang pernah terlibat dalam dana zakat ini.

Pengalaman berurusan dengan beberapa pejabat zakat mengesahkan lagi perkara ini.Memohon untuk mendapatkan sesuatu bantuan bagaikan meminta sedekah,berbagai karenah birokrasi diada-adakan seolah-olah "mereka" adalah "penjaga yang amat amanah".Tanyalah anak-anak pelajar kita di Mesir contohnya,Bagaimana pegawai-pegawai yang menguruskan zakat ini"membuli" mereka.Kalau anak Terengganu contohnya,mereka semacam fobia apabila berhadapan dengan pegawai-pegawai zakat ini.Dengan melabelkan anak-anak ini sebagai keras kepala mereka dipermain-mainkan sedangkan tiada usaha untuk "melembutkan"mereka.Kenapa?.

Atas nama amilin para pegawai ke hulu ke hilir atas alasan "menguruskan" pemberian zakat.Tinggal di hotel-hotel mewah dengan perbelanjaan yang melampau,apakah ini kerja pegawai zakat?.Apa salahnya,memandangkan ianya berada jauh daripada Malaysia cara pemberian itu hanya melalui prosidur yang mudah dengan cara "bank In"sahaja sebagaimana dilakukan untuk anak-anak di Jordan,Syiria dan lain-lain negara.Cara ini lebih menjimatkan bukan?!! atau ada perkara lain disebaliknya,membaca komen Dr.Maza tadi seolah-olah mengesahkan ada sesuatu di sebalik birokrasi ini.

Berbanggalah dengan berjayanya kita menunaikan amanah,bukan berbangga kita berjaya memungut tetapi kita gagal menjalankan amanah.




Share/Bookmark

Read more...

5:19 PM

Terima kasih Ustaz...

Isu pembukaan kelab malam dan pub oleh kerajaan...antara pandangan dan ingatan...lihat di sini



Share/Bookmark

Read more...

12:31 AM

Ustaz!!! boleh ke macam ni ??

ETP: Lebih banyak kelab malam, spa akan dibina.
Sumbernya di sini






Share/Bookmark

Read more...

7:27 AM

Antara sandwich tanpa sardin dengan pengimbas kastam

Membaca penemuan audit negara 2009 sebagaimana yang dilaporkan oleh beberapa media adalah amat mengejutkan sekali.Bilamana integriti sering diulang-ulangi,dikala ikrar integriti menjadi agenda tetap apa saja majlis rasmi kakitangan awam,dimusim pimpinan jabatan disambung-sambung perkhidmatan masing-masing mungkin kerana tiada pengganti yang sesuai dan berkebolehan,tiba-tiba "berita" ini yang "menjadi".Alangkah hampanya perasaan ini,kerana permata yang dinanti rupanya kaca yang datang menghiris hati...Antaranya Bacalah di sini,di sini dan di sini....




Share/Bookmark

Read more...

7:01 PM

Ustaz nak apa sebenarnya?

Persoalan timbul dalam benak pemikiran,apa sudah jadi dengan para "ilmuan islam"hari ini.Bertelingkah "membetulkan" pandangan masing.Apakah apabila membuat pandangan itu tidak "merujuk" dahulu kepada sumber-sumber yang berotoriti dan boleh dijadikan sandaran?kalau sudah merujuk kenapa pandangan itu seolah-olah "lari" daripada pandangan umum yang sebenar,dan lebih mirip kepada berpihak dan menjejaskan otoriti kita sebagai seorang yang dikatakan "berilmu".Melihat pandangan ini sebagai buktinya,atau kita sebenarnya ingin atau mengidamkan sesuatu?......
Share/Bookmark

Read more...

6:52 AM

Berapa umur anda sekarang?

Berapa umur anda sekarang?20,30,40,50,60,atau lebih daripada itu..setelah menghitung umur masing-masing apa perasaan anda?tiada apa-apa perasaan?, atau merasakan sesuatu yang anda sendiri tidak dapat menjawabnya dengan yakin?.

Pernah atau tidak dalam kehidupan ini kita menyumbang?kalau ada, sumbangan kita itu baik atau buruk?,kalau baik maka kita seharusnya bersyukur kerana sumbangan itu,walaupun tidak memberi munafaat kepada ramai orang sekurang-kurangnya ianya bermunafaat untuk diri sendiri sudah dikira cukup baik.Kalau sumbangan itu jenis yang tidak baik maka kita seharusnya menjadikan itu sebagai tauladan dan sewajibnya kita jauhi dan tidak lagi mengulanginya.

Kepada kita yang masih hidup ini,ingatlah umur yang diberi ini semakin hari semakin pendek.Setakat ini tiada sebarang teknologi yang berjaya memanjangkan umur manusia ini,oleh itu ingatlah dan insaflah kalau umur anda sudah 50,anda yakin ke yang anda akan hidup 50 tahun lagi,jika tidak bersamalah mengubah perangai dan feel kita ke arah yang lebih matang dan baik supaya cara hidup kita ini bersesuaian dengan kehendak Pencipta dan kita tidak termasuk di kalangan yang dimurkai.

Sebagai manusia kita mempunyai naluri yang boleh memilih antara baik dan buruk.Berbahagialah mereka yang memilih jalan yang baik dan celakalah mereka yang memilih jalan yang jahat dan menyesatkan.Bersamalah berdoa supaya kita sentiasa mendapat pimpinan dan hidayahNya.








Share/Bookmark

Read more...

7:56 PM

Anda sanggup ke?

Selasa 19/10.TV1 dan TV9 menyiarkan slot khusus untuk berkempen bagi menarik minat rakyat Malaysia melakukan pendermaan organ.Personaliti di kalangan Ulama' dan Doktor perubatan telah dijemput untuk program tersebut.

Secara teorinya program derma organ ini adalah cukup baik dalam membantu pesakit untuk meneruskan kehidupan.Mengikut statistik yang dikeluarkan mendapati bilangan penderma adalah amat sedikit berbanding dengan para pesakit yang sedang menunggu untuk mendapatkan organ gantian masing-masing.Kenapa ini terjadi?,sedangkan kempen telah diadakan dari masa kesemasa sejak puluhan tahun yang lalu.Hendak dikatakan adanya halangan berkait hukum ugama,kita dapati telah ada fatwa yang membolehkannya.Malah semua ulama' berpendapat dan membolehkannya.Begitu juga bagi orang Islam diuar-uarkan tentang besarnya ganjaran kepada penderma ini,tetapi kenapa masih tiada sambutan?.

Sebenarnya pada pandangan saya masih terdapat "kegusaran" di kalangan kita untuk menderma organ ini.Kegusaran dan kebimbangan itu kadang-kadang berkisar kepada pandangan ugama itu sendiri yang menyebut tentang peri pentingnya menghormati dan menjaga jasad yang telah mati itu.Walaupun ada pandangan yang membolehkan kadang-kadang pandangan itu juga menimbulkan kegusaran,sebabnya berapa banyak pandangan-pandangan yang dikeluarkan sekarang ini namun ianya tidak begitu terkesan dek kerana pandangan itu mempunyai "kepentingan" yang menguntungkan sesetengah pihak sahaja. Keduanya terfikir apa kata kalau orang yang kita menderma itu melakukan "kejahatan" sebaik sahaja ianya sihat setelah mendapat organ baru.Kalau membuat perkara baik alhamdulillah.Selain daripada itu banyak lagilah kegusaran-kegusaranya(?).

Dalam untuk menarik minat penderma para ustaz dan ulama' banyak bercerita tentang kebaikan menderma organ,malah dalam slot di TV diceritakan seolah-olah "ahh organ mayat ini kalau ditanam pun akan menjadi makanan ulat dan cacing sahaja,jadi lebih baik didermakan"..

Betul disebut ganjarannya besar tetapi di sana kita tengok berapa ramai yang bercakap dan berkempen itu yang turut sama menderma atau mengikrarkan untuk menderma organ mereka juga termasuk ahli keluarga masing-masing.Berapa ramai?,dewasa ini yang kita dapati yang menderma hanya di kalangan mereka yang biasa-biasa sahaja.Mungkin disebabkan alasan-alasan tertentu tidak diuar-uarkan perndermaan ini,tetapi apa salahnya sebagai penanda aras kepada masyarakat kita mohon kepada mereka ini turut menderma serta menguar-uarkan.Jangan hanya kita "bercakap" dan kita tujukan hasrat itu kepada orang lain sahaja dan untuk diri kita seolah-olah kita melupakan yang kita juga sepatutnya terlibat sama,takkan hanya sebagai tukang kempen saja.Dari segi ganjaran kita sebagai rakyat biasa ini tidak perlu apa-apa pengiktirafan pun samada dalam bentuk pingat atau sebagainya.Cukup hanya dengan anugerah yang Allah akan kurniakan nanti yang akan mengatasi segala-galanya.







Share/Bookmark

Read more...

11:45 PM

Kalau macam ni boleh ke?....

N3 sebelum ini bercakap pasal PTK dan kakitangan awam,kali ini pun rasanya nak tulis lagi lah..rasa macam tak puas pula pasal perkara ini...

Bila PTK ditiadakan ramai yang setuju,kebetulan semalam berada di Putrajaya,ramai kawan-kawan bercakap dan setuju sangat PTK ini ditiadakan.Kata mereka inilah peluang untuk mereka "mendapatkan" sesuatu tanpa adanya "halangan" yang bersifat akademik ini.Itu pandangan sebahagian besar daripada kakitangan awam.

Melihat kepada situasi serta sejarah perkhidmatan awam,kita dapati kaedah penilaianlah yang sering menimbulkan permasalahan.Maklumlah manusia yang menilai manusia.


Apabila sesuatu imbuhan hendak diberikan kepada sesorang samada dalam bentuk pangkat,gaji atau sebagainya maka kriteria mana yang kita hendak pakai dalam membuat pemilihan.Itulah timbulnya penilaian prestasi,bila prestasi diambil kira, nampak pula kepincangannya bila ianya tidak dibuat secara objektif,ini semua disebabkan sikap manusia,maka timbullah pula PTK ini sebagai salah satu instrumen tambahan dalam memberi ganjaran ini.Nampaknya ini juga tidak memuaskan hati penjawat awam.

Kepada kawan yang seronok itu,diingatkan supaya tidak seronok keterlaluan,kerana di samping "penghapusan"PTK ini mesti ada satu kaedah penilaian gantian lain yang sudah tentu di antara dua keadaan dari segi tahap "kesukaranya".Samada sama taraf dengan PTK atau lebih sukar,untuk lebih mudah rasanya sukar sediktlah.

Rasional kepada pandangan ini berdasarkan kepada "situasi" semasa.Dewasa ini wujud ramai "pemikir".Di kalangan mereka ini dikatakan mempunyai idea yang pelbagai mungkin hasil pembelajaran dan juga pengalaman.Jadi inilah masa dan ketikanya untuk merealisasikan idea yang selama ini secara teori sahaja.Untuk lebih hebat maka mesti lain dari yang lain.Kalau PTK dikatakan diadaptasikan dari tempat lain dan diubahsuai untuk kesuaian setempat,maka begitu jugalah rasanya dengan cara baru yang akan mengganti ini.Kalau tempat orang penilaiannya mudah dan objektif tetapi untuk kita dikatakan "hebat" kita ubahsuai mengikut selera kita yang pada mulanya hanya sebagai satu instrumen penilaian, namun pada akhirnya ianya menjadi sesuatu yang menyusahkan dan mendera mental para penjawat awam.

Kepada para pemikir ini,janganlah begitu.Apakata kalau kita lihat balik cara lama kita.Untuk naik pangkat contohnya ambil kiralah kekananan pegawai itu terlebih dahulu dan prestasi hanya sebagai pilihan kedua.Tentang kebolehan dan keupayaan pegawai itu kita percaya ianya akan wujud apabila ianya diberi peluang.Sebagai manusia memang ada beberapa kategori kelebihan masing-masing.Adalah kelebihan semula jadi anugerah Allah.Ada yang mempunyai keupayaan dan kebolehan hanya apabila diberi peluang dan tanggungjawab dan ada yang memang dijadikan Allah memang lemah dari segi kebolehan dan keupayaannya.Jadi golongan pertama dan kedua inilah yang kita tumpukan untuk kita membentuk pemimpin.

Jika sistem yang dulu didahulukan dan yang kemudian mengikut itu kita amalkan,kita yakin unsur "berpolitik" di kalangan kakitangan awam akan berkurangan,kerana mereka tahu akan sampai pada satu masa jika mereka memenuhi kriteria yang diperlukan itu maka mereka akan dapat sebagaimana senior mereka yang mendahului mereka.Bunyinya remeh tetapi kalau diamalkan secara berhemah dan ikhlas maka kita akan dapati hasilnya akan memuaskan.Apa guna kita aplikasi sistem penilaian yang canggih bunyinya,namun mematikan semangat anggota, kerana wujud hanya mereka yang pandai "berpolitik" sahaja yang mendapat habuan tetapi mereka yang ikhlas berkhidmat tetapi kurang "politiknya" akan terus ketinggalan dan semangatnya terus mati bersama cita-cita yang tidak datang-datang.



Share/Bookmark Read more...

8:14 PM

PTK: satu muhasabah....

Bajet 2011 memutuskan Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK) di kalangan kakitangan awam akan ditiadakan menjelang jun 2011.Kepada mereka yang selama ini begitu fobia dengan PTK ini diucapkan tahniah,semoga kerisauan anda tentang PTK ini akan hilang dari ruang memori anda.

Sebenarnya PTK ini menjadi beban dalam benak pemikiran setiap anggota perkhidmatan awam.Masakan tidak,kalau hendakkan pangkat kena lulus PTK,kalau tidak menduduki PTK manakan lulus,jadi hendak tidak hendak kenalah duduki PTK ini dan mesti lulus,tentu membebankan...

Sebenarnya daripada pengamatan sejak PTK ini di perkenalkan pada tahun 2002 ada beberapa "kebaikan " dapat dilihat kesan daripada PTK ini.Ada yang naik gaji,ada yang naik pangkat,namun itu nampaknya di peringkat permulaan sahaja nampaknya.Apabila ianya berjalan sekian lama sudah ada nampak "kepincangan" dan nampaknya kepincangan itu lebih teruk daripada sebelumnya.

Di akhir-akhir ini kita lihat ada yang lulus PTK tetapi pangkat tidak naik,kerana kenaikan itu didasarkan kepada prestasi pula.Prestasi pula tinggi atau rendah didasarkan kepada bukan lagi kepada kebolehan bekerja tetapi lebih kepada "kebolehan memenangkan hati" para penyelia yang membuat prestasi itu sendiri.Ini bererti kita seolah-olah kembali kepada era sebelum PTK ini diperkenalkan.Malah lebih teruk lagi apabila adanya kekangan wajib lulus PTK itu sendiri sebagai syarat wajib untuk mendapat pangkat.

Lebih teruk lagi ada kaitangan yang mungkin menjadi "buah hati" bos akan dihadiahkan pangkat tanpa lulus PTK dan disyaratkan lulus PTK dalam tempuh-tempuh tertentu tetapi mereka sudah berada digred yang baru.

Pengamalan PTK pula boleh dipertikaikan dari segi integritinya,dimana ada diantara calon tidak amanah dan dibiarkan begitu sahaja tanpa ada apa-apa tindakan.

Jadi sebenarnya PTK ini dihapuskan atau pun tidak sebenarnya tidak memberi apa-apa kesan yang signifikan."Otak" manusia ini bermula daripada ketua sehinggalah ke peringkat yang paling bawah itu jika tidak kembali kepada fitrah maka kita selamanya akan sesat.Fitrah di sini adalah takwa itu sendiri.Takutlah Kepada Allah.Jauhilah daripada "berpolitik" secara dalaman dengan mementingkan diri sendiri.Jika yang terlibat kawan rapat termasuk ahli keluarga maka kita utamakan mereka,sedangkan ramai lagi di luar sana yang lebih tekun dan rajin malah lebih kanan kita tinggalkan mereka kerana di bukan "kawan" atau saudara kita.Adilkah begitu?.

Kita mengharapkan agar alternatif atau sistem ganti kepada PTK ini lebih adil dan sesuai serta memberi kepuasan kepada semua.Kita yakin sistem ciptaan manusia tindak lengkap,mesti ada sedikit kececatan namun kita kena fikirkan cara yang terbaik supaya kecacatan itu di tahap minima.Kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab usahakanlah yang terbaik untuk ke arah itu.

Yakin dan percayalah semua yang kita perlakukan di dunia ini walau sekecil mana sekali pun akan diperhitungkan di hari perhitungan nanti.Oleh itu berusaha dan berubahlah anda kepada yang lebih baik,sebenarnya kita masih belum terlambat.






Share/Bookmark

Read more...

7:43 PM

Anda sebenarnya berpura-pura..

Meragui kesetiaan seseorang adalah sifat buruk yang ada pada manusia.Ramai di kalangan kita yang mempunyai sifat itu sebenarnya.Sebab itulah kita dapati ada yang bergaduh dan berkelahi walaupun umum mengentahui dan secara zahirnya kita dapati ianya berkawan rapat dan akrab sekali.

Fenomena ini berlaku dimana-mana,di pejabat ,di kampung malah juga dalam keluarga termasuklah di kalangan suami isteri.Kenapa berlaku begitu?.Kita ada penasihat kita ada kaunselor berdaftar dan tidak berdaftar malah beribu-ribu para kaunselor yang diwujudkan/dikeluarkan bertugas untuk mengharmonikan gejala ini,namun tidak juga berkurangan malah apa yang menyedihkan para kaunselor yang bercakap indah itu pun terbabit sama malah lebih teruk lagi berbanding dengan orang biasa.

Gejala di depan manis di belakang masam ini lumrah terjadi pada masa ini.Sebab itulah kita dapati ada diantara kita yang pada suatu masa disanjung dan dihormati tetapi ada suatu masa dan ketika ianya terbungkam dan ditinggalkan termasuk oleh kawan-kawan rapatnya.Ini semua adalah kerana "kesetiaan" yang ada tidak diamalkan dalam kehidupan mereka.Di depan bercakap lain di belakang cakap lain.

Islam menjelaskan persahabatan itu pada suatu ketika akan berpecah dan bergaduh antara satu sama lain,kecuali persahabatan yang kita pupuk itu diasaskan kepada takwa.Kebiasaanya orang yang ada pada dirinya takwa mereka itu tidak akan melupakan Allah dan RasulNya.Maka sudah tentu ianya bersolat dan menunaikan semua suruhan dan mengelakkan diri daripada melakukann perkara yang dilarang.Maka orang yang mempunyai perangai dan sifat seperti ini serta ikhlas pula maka ianya akan selamat dan dijamin Allah ianya akan selamat dalam persahabatan.

Percayalah jika adanya berlaku sesuatu pergaduhan , itu adalah sebabnya, samada salah seorang dari kita tidak ikhlas atau kedua-duanya sekali yang tidak ikhlas.

Oleh itu dalam hidup ini marilah bersama kita corakkan kehidupan ini dengan kedamaian dan keikhlasan kepada apa yang kita lakukan itu.Demi sesungguhnya kepura-puraan itu hanya akan menghancurkan kita dan hasilnya tidak kemana.Hiasilah nikmat umur kita yang diberi ini dengan ketenangan hasil daripada keikhlasan kita.Anda berkata anda bahagia,walaupun anda berpangkat dan berharta tetapi dari kerut dahi anda sebenarnya menampakkan jiwa anda yang sakit itu.Kalau tidak masakan anda selalu merungut!!menyalahkan itu dan ini..ayuh mulakan..lawan sifat buruk yang ada pada diri anda itu...masih ada masa.







Share/Bookmark

Read more...

11:53 PM

Rasa berkenan pula la...



Harga di pasaran bagi model terbaru proton inspira ini antara RM79,888 hingga RM95,000 dan pelancarannya sepenuhnya dijadualkan pada 10 November ini.


Share/Bookmark Read more...

9:39 PM

Yakin yang benar

Sering kali dalam berdoa keyakinan yang sebenar itu menjadi permohonan kita kepada Allah.Diantaranya menyakini bahawa Allah itu adalah pemberi rezeki bukan yang lain.Kita kena yakin bahawa selain daripada DIA maka adalah makhluk belaka.Itu sepatutnya dalam kehidupan ini.


Secara realiti begitukah sikap dan pendirian kita?.Kenapa bila ingin mendapatkan sesuatu kepada sianu sianu dulu keutamaan kita.Dewasa ini kalau memohon pekerjaan misalnya,bila mula memohon dan ada panggilan temuduga contohnya,"talian hayat"tentunya di kalangan manusia dulu yang kita cari dan keyakinan kepada talian hayat itu nampaknya lebih menjadi keutamaan daripada DIA sebagai "Arrazaq".

Betulkah pengakuan kita selama ini?,Dalam berdoa kita sentiasa memohon namun keyakinan tidak sebagaimana kita meyakini "talian hayat" yang disebutkan sebelum ini.

Pohon Allah lindungi kita daripada sifat dan sikap "mendua"kan keyakinan ini kerana sebenarnya kalaulah begitu keyakinan kita maka kita sebenarnya sedang dihanyutkan dengan sifat yang menjadi kesukaan para penyesat kita dan akhirnya kita akan hilang apa yang disebut keyakinan yang sebenar itu.

Share/Bookmark Read more...

5:28 PM

Kenapa Ustaz!!!.begitu jadinya...

Ustaz,individu terhormat di kalangan masyarakat.Kebiasaanya mereka ini arif dan berilmu serta mendapat didikan ugama,hatta mereka yang tidak mendapat didikan ugama secara formal pun akan di panggil ustaz bilamana mereka sentiasa bercakap dan kehidupanya lebih mirip kepada cara berugama.

Kebelakangan ini banyak berita yang mengaitkan ustaz ini dengan salah laku yang bertentangan dengan hukum hakam ugama yang sepatutnya dijauhi.Terbaru berita daripada Indonesia yang mengaitkan Kiyai Sejuta Umat yang dikatakan melakukan perkara sumbang yang amat berat kesalahanya.

Ada kawan yang bertugas di pejabat harta pusaka,juga mengadu jika ada urusan pembahagian pusaka yang diuruskanya melibatkan dari golongan ustaz,majoritinya bermasalah.Mereka ini kadang-kadang susah mengalah dan "berkira" tanpa ada tolak ansur.

Di jalanraya,pun sama kita lihat mereka yang "berwajah" ustaz ini antara yang akhlaknya cukup tidak menyenangkan dan mengelirukan (baca:bukan semua).

Kenapa ustaz!!!,mungkin inilah cubaan yang Allah letakkan kepada orang yang "ingin" untuk bersamaNya,namun telah diambil kesempatan oleh musuh untuk mempengaruhinya sebagaimana ianya memperdaya Adam dan Hawa sehingga dikeluarkan daripada syurga Allah.

Kita ini kadang-kadang melihat salah kalau dilakukan orang lain,tetapi bila kita melakukan sendiri ,maka akan adalah alasan untuk "menghalalkan" perbuatan kita itu.Jarang kita mengaku dan mohon ampun terhadap kesalahan yang kita lakukan,jika pun ada adalah sedikit bilangannya.

Sebagai akhirnya kepada para ustaz dan kepada yang ada benih-benih kebaikan dalam diri masing-masing,ayuh pupuklah dengan ilmu dan beramallah dengan ikhlas dan bertawakkallah.Anda semua adalah orang harapan untuk memperbetulkan masyarakat yang kini porak peranda.Kepada andalah contoh dan tauladan oleh itu kesilapan yang telah berlaku kita pohon Allah ampuni dan pohon juga dilindungi daripada hasutan syaitan yang akan merosakkan kita di dunia mahu pun akhirat nanti..hati-hati ustaz ye..

Share/Bookmark Read more...

7:53 PM

Allah sentiasa menguji..

Dalam kehidupan ini kita sentiasa berhadapan dengan bermacam keadaan.Ada yang menyeronokkan dan ada yang menyedihkan.Kesemua itu adalah "anugerah"daripada pencipta kepada hambanya,tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menguji tahap keimanan masing-masing.


Semalam ziarah kawan yang di"tarik" sedikit nikmat hidupnya.Beliau sakit.Namun begitu di tempat kerja beliau dianggap semacam tidak sakit oleh kawan-kawan termasuk penyelianya.Kesian kawan ini apabila dilawati oleh penyelia yang lebih kanan dan "bersuara" senada dengan kawan-kawan yang menganggap beliau tidak sesakit mana pun.

Pelik(?), sebagai penyelia kita seharusnya bijak mengolah situasi,bukan caranya untuk tujuan sesuatu maka kita sanggup "menghukum" anak buah kita dengan persepsi yang begitu negatif.Bukan kita tidak tahu anak buah kita itu yang keluar masuk hospital,bukan kita tidak tahu setiap hari,setiap minggu,setiap bulan sentiasa dengan ubat dan cuti sakit.Apakah bijak sebagai penyelia kita mengadu kepada penyelia yang lebih kanan dengan prejudis tanpa rasa bersalah.Mohon dilindungi dan di jauhi Allah.

Kepada kawan ini bersabarlah,percayalah itu semua adalah ujian Allah kepada kita.Ujian ini berbagai,ada yang datang dalam bentuk ujian perasaan dan ada yang datang dalam bentuk sakit mahu pun kebendaan.Pokoknya sabarlah.Cuma orang yang sakit tahu apa itu rasa sakit.Pesetankanlah semua itu dan pecayalah tiada siapa yang setakat ini berjaya "menongkat" langit,semuanya akan pergi menyahut seruan Ilahi.Cumanya sabar dan taqwa sahaja yang akan memenangkan kita nanti.Usah bersedih kawan!!! sabarlah ketahuilah roda yang berpusing itu satu masa dia akan tersentuh bumi walaupun di masa ini dia berada di awan yang tinggi.

Share/Bookmark Read more...

11:51 PM

Dill...demo ada dalam majlis Raja demo lah..bagus Raja demo


Share/Bookmark

Read more...

8:51 PM

Anda Tidak Sihat!!...nah ini ubatnya




Jangan dengar sahaja tapi kena faham dan amati apa kata "TUAN" kita ini perkatakan dan jika kita munafaatkan semua itu nescaya kita akan hilang semua penyakit zahir mahupun bathin...ayuh bertadabburlah..insyaAllah selamat semuanya




Share/Bookmark

Read more...

6:17 PM

JEMPUTAN MAJLIS I'DULFITRI ALUMNI KOLEJ ISLAM

Asalamualaikum.


Dengan hormatnya YB/YBhg Dato'/Datin,Sdr/Sdri dijemput ke Majlis I'dulfitri Alumni Kolej Islam (KIM/KIK/KISAS) pada 26 sept 2010(ahad) bertempat di Institut Latihan Islam (ILIM) Bangi,Jam 11.00 Pagi - 3.00 Ptg.

Sukacita dapat memaklumkan kepada rakan-rakan lain dan maklumkan kehadiran sdr/sdri kepada
- En Sharani-0133579090
- En Walid -0122259281
- Cik Bahiyah-0193676605
- Pn Rosmawati-0193160847
-Hj Jaafar Jusoh -0193160847.

Untuk peta arah rujuk di sini

Share/Bookmark Read more...

4:25 PM

Manusia selalunya kalah dengan syaitan jenis ini

Syaitan adalah makhluk yang derhaka kepada Allah.Kerana godaannya maka Adam dikeluarkan dari syurga Allah dan tinggal di bumi ini.Syaitan sebagai penggoda memohon kepada Allah untuk berterusan menggoda manusia sehingga kiamat dan diperkenankan.


Kita sebagai manusia yang menjadi sasaran penggoda ini,sejauh mana menyedari bahawa syaitan itu akan datang dan menggoda kita dalam pelbagai bentuk dan keadaan.

Rasanya bagi sesetengah daripada kita mungkin akan berjaya menghadapai godaan yang datang terus daripada bisikan syaitan itu sendiri tetapi mungkin akan tewas jika ianya datang dengan pihak ketiga.Sudah tentu pihak ketiga itu adalah daripada kalangan kita sendiri iaitu manusia juga.

Cuba kita renung,sepanjang hidup kita ini,contohnya dalam hal solat.Pernah atau tidak kita melambatkanya atau kita terus meninggalkanya sehingga terluput waktu.Mungkin ada di antara kita pernah begitu,kenapa sebabnya,kalau hanya kerana bisikan perasaan yang sudah tentu itu bisikan syaitan mungkin kita akan berjaya melawanya dengan kita terus bersolat walaupun dalam keadan liat.itu bermakna kita berjaya melawan penggoda ini.Bagaimana pula kalau yang datang itu dalam bentuk manusia yang kita terpaksa akur dengan melayan atau sebagainya sehinggakan kita terpaksa "melupakan" solat itu,contohnya bos kita,atau mereka yang berkedudukan atau sebagainya yang menyebabkan kita malu alah dengan orang itu?.dalam hal ini ramai di antara kita yang tewas.

Sebenarnya dalam hidup ini kita akan berjaya meghadapi syaitan yang sebenardengan syarat kita sentiasa mendampingi agama,tetapi kebanyakkan daripada kita akan tewas dengan syaitan yang datang dalam bentuk proksi,proksi itu termasuklah saudara mara kita ,pembesar negeri atau negara,ketua pejabat kita atau sebagainya.Yang kalah ini bukan sahaja yang agak kurang agamanya malah yang dikatakan alim juga akan kalah.Lagi alim kita maka lebih ramai proksi-proksi syaitan yang akan kita dampingi.Sebab itulah kita lihat sekarang ini ramai mereka yang alim tidak begitu kedengaran suaranya jika ada isu-isu yang berkait dengan "kepentingan" diri malah kalau ianya melibatkan tiada kepentingan maka berhari-hari dan bertalu-talu ianya dimainkan.Ini sebenarnya kita sudah tergoda dengan mainan syaitan ini.Walaupun pahit bunyinya tetapi hakikatnya begitulah.

Sebagai kesimpulanya,marilah bersama kita mencari redha Allah dengan kita melepaskan diri kita daripada godaan syaitan,lebih-lebih lagi yang datang dalam bentuk proksi itu.Ingalah masa di dunia ini sangat singkat tempohnya berbanding dengan masa di alam akhirat sebagaimana dinyatakan bahawa satu hari di akhirat bersamaan seribu tahun di dunia.Ya Allah ampuni dan berikanlah petunjuk serta kekuatan kepada hamba-hambaMu yang lemah ini....amin

Share/Bookmark Read more...

5:49 PM

Sila ambil Perhatian!!!!

Beberapa portal berita di Malaysia termasuk The Malaysian Insider dan Malaysia Kini dipenuhi amaran malware - perisian yang boleh merosakkan komputer daripada pengendali web pencarian gergasi, Google.

Malware itu dikatakan berasal dari 'Innity' sebuah syarikat jaringan pengiklanan online. Google kini menghalang pengguna dari memasuki lebih 600 laman web setelah Innity mula menyiarkan iklan yang menghubungkan kepada laman web yang dicemari malware berbahaya.

Hari ini saja, beberapa laman seperti The Star, The Malaysian Insider, Malaysia Kini, Berita Harian dan My Sinchew turut terjejas.

Malah banyak blog pro kerajaan seperti Pisau.net, Minda Intelek Melayu dan juga blog Bumiyang.blogspot tak dapat dibuka. Begitu juga blog pemimpin terkenal seperti CheDet.cc.

Mengikut laporan 'Google Safe Browsing', Innity telah menjadi hos untuk perisian berbahaya yang disebarkan ke laman web yang menyiarkan iklannya.

Pemilik laman web yang terlibat dinasihatkan membuang semua kod dan iklan dari Innity sehingga ia menyelesaikan masalah ini. Untuk langkah keselamatan, buang semua link iklan atau blog dan portal yang mempunyai jangkitan Malware ini untuk sementara waktu.

Innity dalam laman webnya mendakwa jaringan pengiklanannya melayan lebih 2.1 billion iklan dan mempunyai lebih 29 juta pengguna sebulan termasuk 250 laman web terkenal di Malaysia, Singapura, dan negara Asia Tenggara yang lain.

Google telah mengesan ancaman itu pada 19 September dan ia meliputi pelayar internet terkenal termasuk milikan Google sendiri iaitu Chrome, Mozilla Firefox, Internet Explorer dan Safari yang digunakan pengguna Apple.

Malware merupakan perisian yang direka bentuk untuk memasuki ke dalam sistem komputer dan menyebabkan resiko kerosakan komputer tanpa disedari oleh pengguna.

Nama Malware wujud daripada gabungan ‘malicious’ yang membawa maksud niat jahat dan ‘software’ pula bermaksud perisian. Perisian ini dicipta oleh individu yang mempunyai kepakaran berkenaan kod program pelbagai perisian. Tujuan golongan ini ialah untuk mengganggu, mengancam dan menimbulkan masalah kepada pengguna komputer.

Pada masa ini Malware diwujudkan untuk tujuan mengaut keuntungan. Bukan saja untuk mengganggu sistem komputer tetapi ia juga digunakan untuk mencuri data, identiti, wang serta maklumat pengguna, semata-mata bagi mengaut keuntungan yang berlipat ganda oleh penjenayah siber.

Serangan malware termasuklah terhadap kebanyakan blog yang ada diantaranya terus tidak dapat diakses kecuali mereka yang mengambil risiko mengabaikan arahan daripada melayari blog-blog berkenaan. Beberapa template tertentu dikesani mudah untuk berkompromi dengan malware ini.

Bagi yang telah terkena jangkitan malware ini pastikan anda membersihkan "cookies" daripada browser-browser anda.

Pastikan portal dan blog anda TIDAK memasang iklan daripada Innity dan manggaonline. Bagi iklan pop-up dari widgeo.net yang mengganggu pelayaran blog, buang widget yang memaparkan data pengunjung. Sekalipun cantik dan maklumatnya bermakna, tetapi iklan popup yang diterbitkan terlalu menganggu sehinggakan pengunjung boleh menjadi bosan kerananya.

Semua malware akan menyebabkan sistem komputer bertambah lambat seperti penyambungan Internet dan juga masa untuk sistem ‘boot’ menjalankan operasinya.

p/s: bagi webmaster blog, anda dinasihatkan supaya bertindak segera mengatasi perkara ini supaya mengelakkan blog atau portal di blacklist selamanya oleh Google. Bagi pelayar internet, elakkan dari memasuki laman yang ada amaran tersebut kerana ia akan merosakkan PC/Laptop anda dalam jangka masa panjang!

Sumber:
http://mediapermatangpauh.blogspot.com/


Cara lain lagi nak elak malware tersebut baca sini

Share/Bookmark Read more...

6:07 PM

PTPTN : Hutang kena bayar..!!!

Hutang wajib kena bayar.Bagi orang islam kalaulah ditakdirkan mati dan hutang tidak dijelaskan maka peluang untuk mendapatkan syurga adalah terhalang.Itu kaedah umumnya.bagi yang berhutang dengan PTPTN juga begitulah sifirnya.Kalau sudah berhutang denganya maka peminjam kena bayarlah.


Sebagai pemerhati,mendapati rata-rata peminjam PTPTN ini sebenarnya bukan semuanya terdiri daripada mereka yang dikategori sebagai liat membayar,ramai di kalangan mereka cuba dan berusaha untuk membayarnya namun begitu di sana ada sebab-sebab lain yang menjadikan mereka agak sulit untuk menjelaskan pinjaman mereka.

Semasa pengajian mereka bertungkus lumus dengan pembelajaran.Selesai belajar mereka sekali lagi menghadapi cabaran untuk mencari pendapatan.Alam pengajian tidak sama cabarannya dengan alam penghidupan sebenar.

Untuk membayar mesti ada sumber kewangan.Untuk mendapatkan sumber kewangan mesti ada pekerjaan.Berbeza semasa belajar kalau tiada duit minta saja denga keluarga,tetapi peluang itu tidak lagi datang setelah habis sahaja belajar.Hidup mesti diteruskan,maka pekerjaan hendaklah dicari.

Dewasa ini kerja yang bersesuaian dengan kelulusan agak sukar untuk diperolehi,tambahan lagi kerja di sektor awam.Kerja di sektor swasta pun juga sukar dan kalaupun ada rata-rata bergaji di bawah paras kemiskinan.Hendak kerja sendiri memerlukan modal,mana nak cari modal sedangkan hidup seharian pun atas belas ehsan.Inilah dilema sebenar mereka yang berhutang ini.Bukan tidak hendak bayar tapi kemampuanya agak terhad.

Peluang kerja disektor awam bukan tidak ada,tetapi sekarang ini agak terhad disebabkan beberapa polisi yang tidak membantu ke arah memberi peluang kepada golongan muda ini untuk hidup berdikari.Kalau dulu bila sahaja sampai umur 55 maka pencenlah penjawat itu maka akan ada generasi baru yang akan mengganti,tetapi sekarang dah di tambah kepada 58,kini nampaknya tengah perjuangkan lagi untuk capai umur 60 pula.Kenapa begitu!!,cuba bayangkan apa sebenarnya sumbangan yang boleh dibuat oleh orang yang sudah lanjut umur?,terima sahajalah hakikat bahawa kalau umur sudah melewati 50an kita sebenarnya sudah lemah,yang merasa gagah dan kuat itu cuma nafsu sahaja,tidak lebih daripada itu.

Marilah bersama membantu anak-anak kita yang kita bela dan pelihara daripada kecil ini untuk berdikari.Masakan dari kecil kita bantu dia namun selepas sahaja mereka dewasa dan berkeluarga kita masih lagi membela mereka.Berilah peluang mereka untuk berdikari,cukuplah apa yang kita ada ini,dan hidup ini pun bukannya berkekalan sebagaimana kehendak nafsu kita.

Kepada kerajaan juga seharusnya berperanan untuk membantu PTPTN ini.Bantulah mereka dengan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan,dan realisasikanlah konsep gaji minima di sektor swasta ,agar anak-anak ini tidak lagi hidup dalam paras kemiskinan,kita yakin mereka ini tidak lagi akan memburu pekerjaan di sektor awam jika sekiranya peluang mendapatkan sumber di luar itu terbuka.Mereka ini semua adalah terpelajar dan berilmu,kita yakin mereka sebenarnya bukanlah bebal dan degil jika kehidupan mereka tidak sulit dan susah.Sesungguhnya kesulitan dan kesusahan yang menimpa mereka sahajalah yang menjadikan mereka bersikap demikian.Oleh itu cuba kita tanya diri sendiri di mana peranan kita sebagai pemerintah,pemimpin dan ahli masyarakat untuk membantu menyelesaikan kemelut ini? atau kepentingan diri mengatasi segala-galanya?!!..berfikirlah dan berubahlah ..






Share/Bookmark Read more...

5:23 PM

puisi untuk kawan...

Biarkanlah kawan

kan kita ada pegangan
orang itu bukannya ada kekuatan
hanya ada perasan

perasan bukan kekuatan
cuma angkara syaitan
sampai masa dia ketewasan
nanti akhirnya tiada yang akan melayan

biarkanlah kawan
dia dengan angan-angan
kan kita ada pegangan
sebenarnya dia sedang dalam kerisauan
masakan tidak sentiasa dalam ketersasulan

biarkanlah dia begitu berterusan
tanpa bertolongan Tuhan
dia sentiasa di dampingi syaitan
itu sebab dia bertindak keterlaluan

semua orang dipersetan
dalam kelembutan
tanpa ada perasaan
hanya keputusan
tanpa ada alasan

biarkanlah kawan
kini tiada siapa yang berkekalan
langit tidak ditongkat berterusan
satu hari kita akan pulang dipanggil Tuhan

usah dibangga dengan kekuasaan
kerana itu hanya ujian
kalau baik ada ganjaran
kalau jahat pun ada ganjaran
carilah yang ada keuntungan
jangan cari yang merugikan

ingatlah kawan
kita hidup tidak berkekalan
oleh itu carilah kebaikan
semoga hidup dalam keberkatan...







Share/Bookmark Read more...

7:35 AM

Daulat Tuanku



DAULAT TUANKU
ALLAHUAKBAR!!!!

Share/Bookmark Read more...

7:34 PM

Rupanya ramai yang pura-pura...

Syawal menjelang dan meninggalkan ramadhan yang berkat itu.Sekolah ramadhan banyak mengajar manusia tentang apa itu takwa.Namun apabila ianya berlalu semangat sekolah tersebut pun berlalu sama dengan peredaran masa dan bulan-bulan seterusnya.Dalam ramadhan penuh dengan ikrar dan semangat tetapi menjadi lusuh selusuh-lusuhnya selepas daripada itu.


Membunuh, menipu, mencuri, merompak,malah apa sahaja berlaku berterusan.Cuba perhatikan kenapa ini semua terjadi?.Puluhan ribu masjid dan surau kita bina,ratusan sekolah agama kita wujudkan,ribuan kuliah dan tazkirah kita jadual dan kita adakan namun hasilnya masih kabur dan peristiwa-peristiwa tragis masih berterusan berlaku.Kenapa?,sedangkan puluhan ribu anggota keselamatan yang kita telah adakan dan memakan belanja jutaan malah ribuan juta pun,tetapi semakin kita berusaha didapati semakin menjadi-jadi nampaknya gejala-gejala itu.

Sebenarnya secara insaf kita hendaklah mengakui hakikat bahawa itu semua adalah "penyakit" atau "ganjaran"yang di"bayar"oleh Allah kepada kita semua hasil daripada kepura-puraan kita terhadap "janji"kepadaNya.Kita berikrar bahawa Allah itu satu dan tiada sekutu bagiNya ,namun apa yang berlaku di sebaliknya.Bukan satu malah berbilang-bilang kita sekutukan Allah dengan makhluk seolah-olah Allah itu tidak berfungsi tanpa sekutu-sekutunya itu.Undang-undang yang di perintah Allah kita tinggalkan dan kita pakai yang lain.Kita kata percaya dengan kuasa Allah,tetapi kita lebih takut kepada yang lain daripada Allah.Sebulan bertadabbur di bulan ramadhan tidak banayak mengubah persepsi kita malah lebih menyesatkan...
Oleh itu insaflah,kembalilah kepada pangkuanNya.Patuh dan taatlah bukan setakat di mulut tetapi terus ke hati dan terus di amalkan.Jangan lagi ragu,jangan lagi was-was kerana kita memang diciptaNya untuk "menyembah dan menjadi hambaNya"dan semoga kita akan akan mendapat rahmatNya sebagaimana jaminanNya setelah kita "mengikut" perintahNya.

Share/Bookmark Read more...

3:50 AM

Selamat Hari Raya 'Idulfitri



Share/Bookmark

Read more...

8:20 AM

Pengalaman yang mengasyikkan...

Alhamdulillah hari ini sudah 29 Ramadhan 1431H.Juga syukur kepada Allah kerana Alquran kali ini dibaca dengan terjemahan dan tafsirannya sekali. Pembacaan ini telah memberi kelebihan dengan peningkatan kefahaman dan pengertian tetang isi kandugan firman Allah itu.


Menatap alQuran sehingga saat ini terasa betapa nikmanya.Terasa betapa bertuahnya diri ini dikurniakan dengan Islam.Kalau dulu semasa masih muda remaja sering mendengar ucapan bahawa kita sesungguhnya amat bertuah kerana dikurniakan dengan Islam.Ianya merupakan satu nikmat yang tidak ternilai untuk manusia.Ungkapan itu cuma menjadi halwa telinga sahaja tanpa ada sebarang rasa yang istimewa yang melekat di jiwa.Terasa hambar dan tidak bertenaga.Namun Alhamdulillah apabila menatap dan memahami alQuran ini ayat demi ayat dan surah demi surah betapa kata-kata yang menjadi nostalgia yang dilontarkan oleh para ilmuan terdahulu kembali menusuk kalbu.

Terbayang di benak fikiran apa akan jadi jika sekiranya ditakdirkan dihidupkan di kalangan bukan Islam,apakah situasi sekarang(baca: beriman) akan menjelma kepada diri ini.Saya yakin tanpa hidayah yang di anugerahkan Allah maka sudah tentu seseorang itu tidak akan ketemui jalan yang lurus ini.Ya Allah aku pohon padaMu agar ditetapkan hati dan pendirian ini agar berterusan di atas jalan engkau yang benar ini.





Share/Bookmark Read more...

7:10 PM

SELAMAT HARIRAYA EIDULFITRI ...Kita sebenarnya tidak punya apa-apa....

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
ونُقِرُّ فِى الأرْحامِ مَا نَشاءُ الى أجلٍ مُسَمَّى ثمَّ نُخْرِجُكُم طِفْلاً ثم لِتَبْلُغُوآ أشُدَّكُم، ومِنْكُم مَن يُتَوَفَّى ومنكم مَنْ يُرَدُّ على أرْذَلِ الْعُمُرِ لِكَيْلاَ يَعْلَمَ مِنْ بَعْدِ عِلْمٍ شيئًا
صدق الله العظيم

Mafhumnya:
"Dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai peringkat umur dewasa; dan dalam pada itu ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu".
(al Haj, ayat 5:)

Pernahkah anda berfikir dan bermuhasabah tentang diri sendiri,kalau ada setakat manakah muhasabah kita itu?dan apakah hasilnya,adakah ianya membantu dalam memotivasikan diri ke arah merapatkan lagi diri kita dengan pencipta atau sebaliknya!?

Hari ini sudah 28 hari kita berpuasa di bulan ramadhan 1431H.Ini bermakna umur kita semakin meningkat dan bererti ianya semakin singkat.Sebagai makhluk sudah sepastinya kita tidak akan kekal mendiami bumi ini selama-lamanya.

Dalam kehidupan ini,apa perasaan anda?sentiasa merasa gagah,kuat dan berkuasa atau bagaimana?,dan apakah kekuatan yang anda rasa ada pada diri anda itu memberi kelebihan kepada anda setakat ini?.Cuba kita bersama bayangkan atau fikirkan.

Pernahkah anda melihat kawan-kawan disekeliling ,sebagai manusia yang peka dan hidup bermasyarakat pula maka sudah tentu perkara itu adalah biasa bagi kita.Kita dapati ada di kalangan mereka itu yang hidupnya senang dan ada yang hidupnya susah.Kenapa terjadinya begitu sedang semuanya mengharapkan kesenangan dalam kehidupan masing-masing .Kita renung lagi,apakah semua impian yang indah-indah yang kita impikan itu semuanya menjadi milik kita,tidak bukan?sedangkan berbagai usaha dan ikhtiar kita telah lakukan!.Berjuta wang kita belanjakan konon untuk mengelakkan daripada musibah dan penyakit,namun setiap hari masih ramai yang ke hospital,dan ramai juga yang terpaksa dihantar ke kubur,kenapa berlaku semua ini?sedangkan kita kata kita kuat dan gagah,kita kaya dan berharta.

Oleh itu insaflah,sebenarnya kita ini adalah manusia yang tidak punya apa-apa,apa yang ada cuma hanyalah sedikit pemberian secara ihsan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih untuk hambanya.Dengan pemberian ini sudah sewajibnya sebagai hamba yang lemah kita kena syukuri serta sabar terhadap apa yang telah dikurniakan kepada kita.

Kepada anda yang dianugerahkan dengan sedikit "kuasa" berlaku adillah,jadikanlah keadilan itu sebagai neraca pertimbangan dalam menguruskan apa yang anda perolehi itu,kerana kalau anda berlaku zalim anda hanya cuma mengundang bala dan bencana daripada Allah yang bukan sahaja anda akan pikul di dunia ini malah akan berterusan dalam kehinaan di hari yang tiada lagi sebarang faedah harta dan anak-anak.

Carilah kelebihan dunia ini sekadarnya.Jangan menipu dan menzalimi serta mengambil sesuatu yang bukan hak anda.Bersyukurlah dengan apa yang telah anda perolehi.Allah itu maha mengentahui.Percayalah sesungguhnya apa yang telah anda perolehi itu adalah cukup dan sesuai untuk anda.Janganlah tamak dan dengki dengan apa yang dikurniakan Allah kepada orang lain,jika kita bersikap begitu sebenarnyai kita melawan Allah yang maha tahu tentang apa yang ada pada setiap makhluknya.

Kita sebenarnya tidak ada kekuatan dan kelebihan,hatta untuk berhadapan dengan apa rokok yang kita hisap itu pun kita tidak mampu apatah lagi dengan azab yang lebih hebat daripada itu.Cuba bayangkan dalam merokok itu pun kita cuma menghisap hanya sekadar sampai ke putingnya sahaja kerana tidak tahan dengan kepanasan api yang sedikit berbanding dengan api neraka sebenarnya.Oleh itu cukuplah,marilah bersama kita hindarkan diri-diri kita daripada menjadi orang yang di murka Allah dengan berubah ke arah perangai dan personaliti yang lebih baik.Bersama hindari daripada tamak,gila kuasa,megah diri dan bersikap zalim dalam kehidupan sehari-hari kita.

Renungilah petikan ayat alquran di atas,sebenarnya itulah sebenarnya putaran kehidupan kita,tidak kira siapa kita.Rajakah kita,menterikah kita atau manusia biasakah kita.Apapun sempena Syawal yang mendatang SELAMAT HARI RAYA diucapkan semoga segala amalan dan ibadat kita sepanjang Ramadhan ini diterima dan diber iganjaran oleh Allah sebaiknya insyaAllah.



Share/Bookmark Read more...

11:30 PM

Comel pula la dia ni...




Cantik pula dia ni..rasanya eloklah terus macam ni YB !!
menariklah..

sumber di sini

Share/Bookmark Read more...

8:13 AM

Kenapa orang menghina kita....

Kalau ada orang yang "menyerang" kita sudah tentu ada sebabnya,mungkin tingkah laku yang telah kita lakukan samada secara sedar atau sebaliknya telah menyebabkan penyerangan itu berlaku.Jarang berlaku orang menyerang orang lain tanpa sebab,itu pun kalau ada mungkin orang gila agaknya.

Di ambang kita menyambut ulang tahun kemerdekaan kita ini nampaknya banyak isu yang berbangkit terutamanya membabitkan patriotisme sesorang dan nampaknya semuanya itu kita "tunjukkan" pada orang lain,tanpa kita bermuhasabah kenapa terjadinya begitu.

Di satu-satu kawasan kejiranan jarang kita lihat berlaku pergaduhan tanpa adanya provokasi,ianya aman damai jika tiadanya perkara yang boleh membangkitkan rasa tidak puas hati atau sebagainya.Namun begitu perkara sebaliknya akan berlaku jika adanya unsur-unsur provikasi di kalangan penghuninya,termasuklah ketidakadilan,pilihkasih atau sebagainya.Maka bagaimana mungkin kita mengungkit perilaku jiran atau kawan sekampung kita dengan kata-kata yang mereka seolah-olah "melawan" kita sedangkan kita telah bertindak "mengenepikan" mereka dengan tindak tanduk kita selama ini!!?.

Oleh itu "terbukalah" wahai kawan,kerana rasanya belum terlambat untuk kita mencari jalan damai.Usahlah merenggangkan lagi hubungan yang semakin renggang ini dengan mengungkit perkara-perkara yang tidak sepatutnya kita ungkit.Kita kena ingat semakin kita "bertindak melawan" maka kita tidak akan dapati sesekali orang akan mengikuti kita dalam keadaan hatinya yang kecewa dan terasa dipinggirkan.Pokoknya ikhlaslah nescaya ada yang akan membantu kita....





Share/Bookmark

Read more...

1:52 AM

Cukup la tu ...tak kemana pun!!

Hari ini dah 19 hari kita berpuasa.Siang malam kita bermunajat kepada Allah.Ini semua adalah tidak lain dan tidak bukan adalah dengan tujuan mencari redha Allah.Namun demikian mengapa masih lagi kita bertengkar dan "berperang" di atas maudhu' yang tidak perlu kita tengkarkan? ,kerana apa yang kita buat itu lebih membawa kepada menjauhkan diri kita daripada rahmat Allah sebenarnya.

Kita menghina dan memperlekeh saudara kita yang melakukan sesuatu perkara walau pun baik namun kerana ianya hanya semata-mata berlawanan dengan "fikrah" kita,maka kita lawan habis-habisan.Kadang-kadang sudah terang lagi jelas apa yang dilakukan oleh saudara kita itu adalah baik,tetapi kerana "bebal"nya maka kita secara membuta tuli menyanggah.

Melihat "perbalahan" ini di sini dan di sini,membuatkan kita sebenarnya simpati kepada mereka dan terfikir di benak fikiran kenapalah begini jadinya mereka ini?,apakah tahap ilmu yang ada sehinggakan percakapan dan pandangan mereka menjadi bahan gelak dan ketawa anak-anak di persekolahan?....


Share/Bookmark

Read more...

12:37 AM

"Kita orang puasa tau !!!!"

Untuk Bashir,Afnan dan Bunaiyya...selamat berpuasa semoga tarbiah ini mematangkan anda dalam meneruskan hidup ini...insyaAllah





Share/Bookmark

Read more...

1:11 AM

Ramadhan...11 hari sudah berlalu




Hari ini sudah 11 hari kita berpuasa.Ini bermakna sudah 11 hari Ramadahan berlalu.Beruntung kepada yang berdisiplin dan dapat melakukan amalan yang terbaik dan bersesuaian dengan kehendak ajaran ugama.

Dalam tempuh ramadhan ini pelbagai peristiwa dan kejadian yang berlaku,ada yang baik dan ada yang tidak baik.Kepada yang baik alhamdulillah semoga mendapat ganjaran yang setimpal.Namun kepada yang tidak baik hendaknya kita sama-sama bermuhasabah dan mengelak daripada ianya berterusan,kerana ianya hanya akan membawa kepada akibat tidak baik terutamanya di hari pembalasan.

Banyak isu yang kita lihat dan dengar,dinar dan dirham,doa khutbah dan kepelbagaian lagi,Bila timbul isu-isu yang semacam ini maka ramailah yang akan memberi pendapat dan pandangan.Diantara pendapat dan pandangan itu ada yang kelakar dan ada juga yang logik.Semuanya menjadi perhatian.

Dalam berhujjah usahlah kita bertegang urat kerana semata-mata mempertahankan "kebebalan" kita tanpa mengambilkira rasionalnya.Oleh kerana ianya dikeluarkan oleh orang yang kita anggap "musuh" kita,maka kita lawan dia bagaikan nak rak,sedangkan hujjah kita itu ditertawakan orang.Rasioanllah hai insan semoga anda semua aman dan tenang dalam ramadhan ini...





Share/Bookmark

Read more...

7:00 PM

Seronok pula dengar loghat ni...


Share/Bookmark

Read more...

8:59 PM

Alfatihah untuk ilmuan berjasa ini..

2 Ramadhan 1431H bersamaan 12 Ogos 2010, Ustaz Ahmad Sonhadji Mohamad kembali ke Rahmatullah… pada usia kira-kira 88 tahun.Alfatihah..lanjut baca di sini



Share/Bookmark Read more...

1:08 AM

Kisah Guruku yang kini seorang MB

Masih segar dalam ingatan,semasa mula diamanahkan sebagai MB Kedah pada tahun 2008 dan ketika itu selesai berceramah di Terengganu,beliau secara berseloroh katanya,"Zi aku lani MB Kedah hang tau,pi la sana!!.

Masih juga segar dalam ingatan di akhir tahun 70an sebagai murid beliau saya selalu disuruh untuk menghantar Isteri beliau ke hospital,masih teringat betapa walaupun beliau seorang pensyarah dan menerima gaji yang agak lumayan pada masa itu,kehidupanya adalah agak sederhana dimana keretanya pada masa itu hanyalah Opel sahaja.Bila nak balik ke Kedah selalu pinjam kereta orang lain termasuklah kereta abang saya.

Juga masih teringat dan segar dalam ingatan saya,bila saya dalam penerbangan hendak menunaikan fardu haji,kebetulan beliau ada sama,sebagai guru saya,terasa malu pun ada,beliau bertungkus lumus mengangkat barang-barang saya untuk dimasukkan ke kapalterbang.

Juga masih teringat dalam ingatan saya bersama menemai beliau memburu burung ruak-ruak dan ayam hutan.

Kini guru,kawan dan orang yang saya anggap bapa saya ini diberikan Allah pangkat dan kemuliaan.Doa saya semoga Allah mengekalkan beliau di atas jalan yang benar dan diberi petunjuk sebaik-baiknya serta berjaya untuk menegakkan Islam di bumi Allah ini.Baca lagi kisah beliau di sini




Share/Bookmark

Read more...