8:43 PM

Ini Cikgu yang bercerita...

Permohonan masuk ke Tingkatan 4 di SM Teknik /Vokasional 2010

Gambar hiasan


Semalam dengar Cikgu bercerita.Cikgu kita ni mengajar di salah sebuah sekolah di Ipoh Perak.Kelakar,sedih, terpegun serta bingung pun ada bila mendengar cerita Cikgu kita ni.Beliau ada pengalaman mengajar di banyak tempat dan negeri.Namun pengalaman di Ipoh ini antara terhebat dan menusuk jiwa beliau dan bagi kita yang bukan Cikgu ni terfikir apa betul perkara-perkara yang sebegini berlaku di sekolah-sekolah kita.

Lokasi beliau mengajar adalah di bandar Ipoh.Komposisi pelajar boleh lah dikatakan menepati kehendak 1 Malaysia yang sering diwar-warkan itu.Melayu Cina dan India semua ada.Kata Cikgu ini minggu pertama melangkah kaki ke sekolah ini jiwanya sudah mula merudum dari segi semangatnya,apa tidak nya, perkara pertama yang dilihat dan dialaminya pada hari pertama masuk kelas ialah apabila beliau mula mengajar, murid-muridnya pula mengajak kawan-kawan yang lain untuk memulakan "perlawanan"...anda tahu perlawanan apa.....


Ya perlawanan berkentut.Anda cuba bayangkan kata Cikgu kita ini, tidak pernah terfikir dalam kepala kita kentut pun boleh berlawan.Bunyi dalam kelas macam katak berbunyi tetapi bunyi itu adalah bunyi kentut dan baunya Masyallah Allah sahaja yang tahu..

Hari kedua masuk kelas,sedang Cikgu mengajar,murid-murid di belakang main terup.Hangat hati dengan perlakuan murid-murid tu Cikgu berteriak marah"engkau orang kalau nak main mari kat depan ni"(sebenarnya bagi amaran ) tetapi apa yang terjadi sebenarnya...mereka terus bangun dan datang ke depan terus bermain sebagaimana yang Cikgu kita ni tempik tadi dekat meja guru pulak tu.

Hari ketiga masuk kelas,setelah dua hari memerhati didapati cuma seorang sahaja daripada keseluruhan murid dalam kelas tersebut yang agak "berminat" sikit hendak belajar.Itu pun setelah bagi "option" siapa yang nak belajar sila ke depan,maka seorang saja yang kedepan dan sehingga sekarang ini Cikgu kita ni mengajar hanya seorang saja murid bagi kelas tersebut.Itu cerita satu kelas,bagi kelas-kelas lain belum cerita lagi tu..kita ceria semula la..

Daripada apa yang diceritakan oleh guru ini saya boleh membuat kesimpulan mengikut persepsi sayat..dan anda juga bolehlah membuat kesimpulan mengikut persepsi anda masing-masing...Namun sebenarnya cerita inibukanya rekaan tetapi ianya adalah realiti dan memang terjadi pada tahun 2009 ini.Untuk KPM nilai semulalah peranan anda....sesungguhnya sia-sia kita membelanjakan berbilion setiap tahun untuk membina prasarana pendidikan samada bangunan atau apa saja namun hasil yang kita perolehi daripada ujudnya prasarana itu adalah "kosong".

Kepada para guru teruskanlah amanah anda kerana keikhlasan anda hanya Allah yang membalasnya.Kepada para pentadbir KPM uruskanlah diri anda sebaik-baiknya supaya sejajar dengan matlamat menjadikan manusia insan yang kamil,jangan jadikan ianya hanya sebagai slogan semata-mata dan letakkan diri anda sebagai seorang yang bermaruah,jangan jadikan diri anda sebagai alat kepada mereka-mereka yang berkepentingan!!.Oleh itu sedarlah sesungguhnya sekarang ini ramai di kalangan anda yang menjadi "alat" kepada segolongan manusia yang mementingkan diri demi mengisi tembolok serta memenuhi serakah nafsu sehingga mengesampingkan nilai-nilai kemanusiaan yang sepatutnya kita pupuk bermula dari awal pendidikan.Nah lihatlah contoh yang berlaku di Ipoh tadi.Apakah kita ingin membiarkan mereka terus-terusan seperti itu...katakan tidak wahai orang-orang KPM dan warga Malaysia seluruhnya!!.



Share/Bookmark Read more...

9:35 PM

Bashir & Afnan..



Selamat Berhariraya untuk Bashir & Afnan..








Share/Bookmark

Read more...

8:48 PM

Selamat Eidul Adha 1430




عيد مبارك
كل عام وأنتم بخير

Share/Bookmark Read more...

9:15 PM

Untuk Anak-anak......orang dewasa pun boleh...

Sekarang ini musim cuti sekolah,banyak majlis yang dibuat sempena musim cuti ini.Selain majlis walimah ,majlis berkhatan juga akan dibuat.Biasanya majlis ini dianjurkan oleh persatuan penduduk atau pun Masjid atau sebagainya.Majlis ini selaunya meriah kerana ianya diselangselikan dengan upacara-upacara tertentu seperti paluan kompang,mandi beramai-ramai atau sebagainya.

Bagi yang menganut Islam berkhatan ini adalah sebahagian daripada suruhan agama,dan banyak mempunyai faedah samada untuk kesihatan atau pun kehidupan manusia.

Cara berkhatan ini banyak perbezaannya jika dibandingkan masa dulu-dulu dengan sekarang.Kalau dulu tanpa bius dan tanpa doktor berkhatan diteruskan juga.Itu lah sebabnya timbul cerita ada di kalangan anak-anak di masa itu yang lari lintang pukang atau menyorok bila sahaja melihat Tok Mudim bertandang.Tetapi kini sudah moden.Anak-anak tidak lagi berperangai seperti orang-orang dulu.Sebut berkhatan masing-masing sudah tidak takut lagi kadang-kadang terlebih berani pula,walau pun begitu ada segelintir yang masih takut-takut,itu lah sebabnya kita tengok ada yang meraung bila ditanya sakit ke?jawabnya bukan sakit tetapi geli..

Itulah sepintas berkait majlis berkhatan ..nak lihat dari segi faedah,cara dan sebagainya saya tertarik dengan artikel ini dan jangan lupa klik read more








Share/Bookmark

Read more...

6:52 AM

Kerja ikut buku kena kritik tak ikut buku kena kuiri











Sehari dua ini orang kerja kerajaan terasa seram sejuk.Tan Sri KSN dah bagi amaran bahawa mereka-mereka yang bersalah akan dikenakan tindakan.Ini semua adalah hasil daripada pendedahan jabatan odit tentang salah laku yang berlaku di kebanyakkan jabatan-jabatan kerajaan.

Dalam keghairahan "menunggu" apa yang akan terjadi ada kawan yang bersungut,dah memang nasib kita katanya.Kalau kerja ikut buku pelanggan samada dalaman atau luaran akan marah dangan kita.Kalau tidak ikut buku ada yang suka dengan kita tetapi kalau dapat dekat odit maka nahas kita!!.Tetapi dalam bab tidak ikut buku ini sesiapa yang bertugas dengan kewangan maka akan sentiasa terdedah dengan perkara ini(terpaksa tidak ikut peraturan).Ikut bukunya tidak boleh! tetapi bos kata hendak juga!..bagaimana?ikut nanti kena kuiri,tak ikut nanti prestasi(?)..bila ikut dan kena kuiri maka kita yang proses ini terkial-kial menjawab untuk melepaskan bukan saja diri malah bos sama,namun kadang-kadang sesetengah bos "semacam" melepaskan diri sendiri dan kita yang kena ini langsung tidak diambil peduli.Itulah bila berlaku surcaj atau apa-apa sahaja yang kenanya pegawai bawahan sahaja tetapi yang atas-atas terlepas..itu sungut kawan..entah betul entahkan tidak dakwaan itu saya kurang arif.

Tambah kawan itu seelok-eloknya yang buat kewangan ini pangkatnya paling tidak setaraf dengan pengarah itu sendiri.Sekurang-kurangnya tidaklah mengarahkan perkara-perkara yang tidak tentu hala,maklumlah pangkatnya sama.Kata saya, itu engkau punya khayalan saja tetapi realitinya tidak begitu tetapi berdoalah mana tau Allah akan makbulkan doa engkau..












Share/Bookmark Read more...

5:53 PM

Untuk Anak-Anak Yang Sedang Berjuang.

Tahniah untuk anak-anak ini
Yang berjaya dapat memerlangkan diri
berkat ketekunan kini semua menjadi
semalam kegembiraan tidak terperi
sebab UPSR sudah menjadi

Kini masih tinggal berbaki
SPM dan STPM masih berdiri
untuk anak-anak menyelongkari

ayuh kuatkan diri
kerana ini adalah peluang sekali
untuk kita membuktikan diri
jangan sampai mengulang lagi
kerana usia kita tidak ada lagi
untuk sama macam hari ini.

kuatkan diri
untuk peperangan ini
tidak sia-sia kita menghambakan diri
kerana kejayaan kita untuk diri
keluarga juga tumpang bangga diri

selamat berjuang hai anak-anak kini
daku cuma berdoa dalam diri
untuk anak bangsa sendiri
semuga mendapat restu Ilahi...












Share/Bookmark

Read more...

3:27 AM

Untuk Dr.Asri





Pertamanya saya nak ucapkan Tahniah!! untuk Dr. Asri kerana berjaya mengumpulkan para penyokong beliau pada hari sebutan kesnya di Mahkamah Syariah Gombak Timur hari ini(18/11/2009).

Keduanya juga saya nak ucapkan Takziah di atas ujian yang menimpanya sehingga ditangkap dan didakwa kerana mengajar tanpa tauliah.Sebenarnya itu adalah ujian untuk anda dan merupakan manifestasi hasil daripada ciptaan undang-undang oleh manusia.Pada saya ianya kekal dan masih diamalkan kerana wujudnya sindrom bisu di kalangan ugamawan yang mengerti tetapi membisu seribu bahasa tentang perkara ini.Kenapa tidak dibangkitkan semasa ada sedikit "kuasa",saya pohon maaf kepada anda, kenapa perkara ini tidak anda godak semasa di Perlis yang pada saya ada forum yang boleh anda bangkitkan.Nah.. kerana sunyi pada masa itu maka hasilnya sekarang ini bising,dan bisingnya tidak dapat mengubah suasana kecuali ada yang sanggup untuk "menguji" di negeri-negeri lain pula.Saya percaya ada para pimpinan yang bersama menyokong anda itu pun di negerinya masih berundang-undangkan seperti yang anda kena ini.

Oleh itu kepada para ilmuan/ugamawan, semasa anda ada sedikit peranan dan "kuasa" maka ubahlah supaya ianya bersesuaian dengan kehendak syariat dan nasihatilah para pimpinan terutamnya pimpinan politik supaya dalam menjaga "kepentingan" kita juga seharusnya mengingati bahawa esok akan ada suatu hari yang setiap orang akan mati dan apa yang diamal dan dilakukan di dunia ini akan dibuat perkiraan selepas kematian kita nanti.Saya yakin dan percaya mereka akan dengar dan akur dengan suara anda semua kerana anda adalah orang kepercayaan mereka dan Saya masih percaya sekarang ini nasi masih belum jadi bubur.!!!








Share/Bookmark Read more...

6:16 PM

JPJ dan Tugasan

Pagi ini di Kota Bharu ada urusan.Dalam perjalanan terkejut bila melihat ada seorang lelaki berbadan tegap mengejar seorang anak gadis yang sedang memandu motorsikal.Saya menjangka orang itu nak meragut.Kejar mengejar berlaku dan lelaki itu menarik tangan anak gadis tersebut...motorsikal terpelanting dan anak itu terpelanting sama.Tengok anak itu tak bangun-bangun tercedera agak saya.Saya memerhati dari jauh dan sah anak itu cedera...nampak darah di dahi.Anak itu tidak bertopi keledar.

Ramai datang melihat..rupa-rupanya lelaki itu pegawai JPJ sedang bertugas tetapi anehnya tidak beruniform.Yang menahan mula-mula tu berbaju oren, pada saya bukan uniformlah.Dan setengah jam kemudian saya sengaja pusing sekali lagi untuk melihat keadaan,tetapi kali ini semua sudah beruniform pula(?)kenapa ya(?).

Pada saya anak itu memang lah bersalah kerana tidak bertopi keledar.Namun begitu janganlah keranan nak menahan maka kita merentap penunggang yang sedang menunggang itu, lagi pun ianya berlaku agak jauh dari kawasan sekatan yang dibuat dan sekatan tu pun pada awalnya agak tersorok sikit.

Pada saya secara kesimpulanya memang lah anak itu lari tadi sebab orang yang mengejar itu tiada uniform dan dia tidak tahu pun itu pegawai JPJ.Musim sekarang ini musim orang "meragut"..kalau saya pun takut.Sudah tentu kalau terjadi pada saya ...saya pun lari...untuk JPJ berhati-hatilah dalam tugasan anda agar situasi yang semacam itu dapat dielakkan...kesian anak itu.Entah sihat entah tidak anak itu sekarang...









Share/Bookmark

Read more...

4:14 PM

Saya Ni Jenis syok sendiri ke?

Semalam pergi "meeting".Pengerusi buat ucapan alu-aluan,dalam ucapan tersebut dia sebut nama saya dan juga nama-nama lain sebagaimana mesyuarat yang lain.Hari ini saya rasa macam syok pula bila nama disebut,selalu pun ada juga nama disebut tapi tidak rasa syok macam ini.Maklumlah yang mempengerusikan mesyuarat itu jenis boss yang "glamour" sikit.Bila balik saya cerita pada orang rumah saya yang boss puji saya,saya banyak buat benda baik dan membantu kerukunan kampung saya dan sebagainya.Orang rumah saya sebagaimana biasalah,sinisnya ada.Kata dia awak ni cakap tu betul ke?selalunya mesti ada gambar atau apa-apa visual paling tidak pun handphone awak mesti tunjukkan dengan saya,tapi kali ini tiada pun...!saya mula terperasan yang semalam tu boss tak cakap apa-apa pun dengan saya cuma sebut sepintas sebagaimana adab alu-aluan mesyuarat saja..tapi saya nak tunjuk dengan orang rumah dan orang kampong saya bahawa saya ni orang yang dikenali oleh boss .Sebabnya sudah puas saya berusaha untuk memenangi hati boss tetapi sehingga kini belum terhasil.Saya ingat dalam program semalam pun boss akan sapa saya lagi pun mesyuarat semalam diadakan berhampiran dengan kampung saya.Seingat saya kalau orang datang dekat kampung kita maka kita akan di dahulu dan diutamakan lah..tetapi tidak nampaknya..adakah saya ini syok sendiri?



US President Barack Obama poses with fellow Apec leaders in Singapore
Gambar Hiasan










Share/Bookmark Read more...

6:03 AM

Dapat Pun Susah Tak Dapat pun susah..






Semalam hantar sms ucap tahniah untuk kawan dapat naik pangkat.Hari ini baru dapat jawapan balas daripada kawan itu.Terkejut juga saya dibuatnya,kata kawan itu awak saja yang ucap tahniah untuk dia yang lain ucap juga tetapi semuanya sinis.Saya balas lagi sms beliau bertanya yang sebenarnya dan kenapa,Kata kawan tu dia yang dapat ni bukan dari kalangan yang senior dan prestasi pun bukan yang terbaik, itu sebab ada yang iri hati katanya.Tetapi saya ini banyak tolong orang dan selalu berdoa agar diberi rezki untuk saya kata kawan itu.Itu sebabnya saya dapat kali ini.Saya balas balik sms kawan tu dengan kata-kata ini..."Berdoalah kepada Allah agar apa yang kita dapat itu adalah rezki yang berkat dan minta jauh daripada dikurniakan sesuatu yang berbentuk istidraj untuk kita kerana ianya akan menyusahkan kita".Sesungguhnya apa yang kita buat hanya kita dengan Allah yang tahu dan sebarang "kecurangan" hanya Allah yang membalasnya..dan percayalah sesuatu yang kita dapat itu jika dalam rahmat Tuhan maka ianya akan membawa ketenangan tetapi jika apa yang kita dapat itu membawa sebaliknya seperti rasa keluh kesah atau sebagainya maka bermuhasabahlah...sesungguhnya di sana ada sesuatu yang tidak kena...bermuhasabahlah adauhai kawanku sesungguhnya masih ada masa dan nyawa belum lagi melewati halkum...










Share/Bookmark Read more...

4:07 AM

Satu Hari Di pejabat Zakat

Minggu ini pergi ke pejabat Zakat.Tujuannya nak tanya samada boleh dapat bantuan untuk anak-anak yang belajar.Rasanya merela layak dan termasuk dalam asnaf yang layak menerima zakat.Pegawai berkenaan mengakui mereka layak,tetapi permohonan itu tidak dapat dipertimbangkan kerana kad pengenalannya tidak menunjukkan anak-anak pelajar tersebut bukannya lahir di negeri berkenaan.Pernyataan bahawa mereka sudah bermastautin melebihi 10 tahun tidak dapat diterima dan permohonan itu tidak dapat dipertimbangkan..

Di atas satu senario yang memang realiti yang berlaku di kesemua pejabat-pejabat zakat di seluruh negara kini.Kenapa apabila menerima zakat tidak pernah di tanya I/C saudara no berapa?kod negeri kelahirannya berapa? terus sahaja diterima tanpa soal,sedangkan apabila asnaf memohon maka persoalan I/C dan lahir di mana itu diungkitkan?Pelik..

Harta zakat banyak.Para pegawai zakat bangga mereka berjaya mengutip zakat dengan amaun yang berganda setiap tahun.Namun ke mana ianya di salurkan.Adakah asnaf yang sepatutnya menerima zakat menerima sebagaimana sepatutnya.Dengan gambaran sebagaimana di atas saya percaya sebab itulah ramai di kalangan asnaf yang sepatutnya boleh membebaskan diri dari musibah kemiskinan tidak dapat berbuat demikian.Tidak dinafikan ada yang menerima bantuan,namun ianya adalah tidak menyeluruh.Para pentadbir lebih berminat dan menjurus kepada membina bangunan-bangunan atau apa sahaja dengan alasan untuk membuat pelaburan.Tidak juga dinafikan langkah itu juga membawa kebaikan,namun ianya biarlah setimpal dan bersesuaian dengan syariat islam yang sebenar.Melabur tetapi kita mengenepikan beberapa asnaf yang sepatutnya menerima bahagian mereka dengan alasan yang tidak begitu islam adalah sesuatu yang malang dan mendukacitakan.

Dalam keghairahan kita memberi bantuan zakat pula,contohnya di Mesir ada pegawai zakat sebuah negeri mengenakan syarat-syarat yang berlebihan dan menyusahkan serta melambat-lambatkan kepada para penerima yang terdiri daripada pelajar-pelajar.Mengikut apa yang dimaklumatkan amaun yang sepatutnya diterima tidak sama dengan apa yang telah diluluskan.Malang sekali kalau betul berita ini..

Sebagai pemerhati,kita rayulah kepada pembuat-pembuat polisi berkait zakat ini permudahkanlah,tiada ruginya kita kerana zakat itu adalah pemberian Allah untuk makhluknya yang layak melalui tangan-tangan mereka-mereka yang beriman yang percaya bahawa Zakat itu adalah penyubur kepada rezki serta harta yang telah dikurniakan kepada mereka.Kenapa kita menyusahkan?apakah anda yakin keberkatan itu dari tangan /kuasa anda atau dari Allah sebenarnya...ikhlaslah nescaya keberkatan itu bermula di sini.









Share/Bookmark

Read more...

4:32 PM

Gurindam Jumaat

Hari-hari makan hati
Sejak dapat PM ini
1 Malaysia hidangan pasti
Namun yang dapat cuma bunyi

Perit sungguh musim 1 malaysia ini
Hari-hari bercakap pasal ekonomi tinggi
Aku di sini makan cuma berbahagi-bahagi
Antara hidup dan mati

Dulu sebelum 1 Malaysia ada lagi
Kami ada identiti sendiri
Bumiputera jadi penjamin diri
Tapi kini meritokrasi sudah makan diri

Hai apa nak jadi dengan Malaysia ini
Dulu mengaji boleh tumpu sepenuh hati
Tapi kini kena bebankan diri
Untuk sama berfikir macamana nak dapat nasi

PTPTN katanya untuk mengaji
Tapi gayanya lebih dari ceti
Kalau tidak begitu maka tak jadi
Sebab itu ramai yang tak dapat lari

Ramai sudah jadi macam separuh mati
Mengaji habis tapi kerja tak dapat cari
Ceti yang bagi belanja mengaji mencari-cari
Mana ini orang tak bayar hutang lagi

Keluh kesah ini memang terjadi
Kalau tidak masakan sampai ke parlimen kini
Rayu sudah runding pun banyak kali
Tapi alasan tidak diterima sehingga kini

MARA pun sama-sama terjadi
Kata dana sudah tiada kini
Untuk bantu anak-anak mengaji
Cuma yang cemerlang di beri

Cemerlang itu pun aku tidak mengerti
Apa penilaian yang dimaksud diri
Sebab aku pun mengaji dan lulus hingga kini
Tapi tidak dimengerti

MARA kini tidak seperti dulu lagi
Sudah tidak peduli rakyat lagi
Bila jumpa tersengih nampak gusi
Cuma untuk menyejukkan hati

Nampak sangat jaga kroni
Sebab pernah jadi begini!
Kalau tidak masakan orang mencaci

Aduhai bapak menteri
Apa nak jadi dengan Malaysia ku ini
Dalam mendabik diri semua aku juarai
Semua yang ku harap cuma sedih yang mari

Jangan bangga diri
Kelak padah yang mendatangi
Percayalah kalau ikhlas yang dicari
Semua tidak jadi macam ini

Kini aku menyendiri
Terasa lemah segala sendi
Kerana semuanya menyepi
Cuma berserah kepada ILAHI...




















Share/Bookmark

Read more...

3:34 AM

Nilai sebuah ketelusan

Sehari dua ini banyak peristiwa yang terjadi,daripada orang tua bunuh isteri kerana ingin bercerai sehinggalah ribut dalam pejabat kerana ada kenaikan pangkat.Pak tua yang membunuh menyedihkan kita.Namun yang tidak naik pangkat sedih sendirian.Semalam ada kawan dari utara hantar mesej.Katanya ketelusan sekarang ini nilainya sebiji murtabak sahaja.Aku masih tidak faham kenapa mengamuk kawan saya itu.Di akhir mesej yang diterima rupanya kawan saya itu kempunan pangkat juga.Beliau kesal katanya sekarang ini kalau pulun kerja sahaja alamat dapat itu saja lah.Kalau mahu lebih mesti ada "kelicinan" maka akan lancarlah semua perkara. Kelicinan itu mesti ada walaupun sebiji murtabak raja. Aku mengangguk faham...




Nilai sebuah Ketelusan untuk kawan-kawan yang Faham





Share/Bookmark Read more...

9:46 PM

Berkata Benarlah Walau Pun Pahit

"Berkata Benarlah Walau Pun Pahit".Kalau anda sering mengikuti kuliah atau tazkirah terutamanya melibatkan bab jihad maka ungkapan tersebut sering diperdengarkan kepada kita oleh para ustaz atau pun penyampai tazkirah/kuliah berkenaan.Tujuannya adalah untuk meyakinkan kita bahawa sebarang kemungkaran itu hendaklah ditegur atau dihalang walau dengan apa cara sekali pun.

Kesan kepada perkara ini maka ramai yang menjadi begitu "laser" dalam penyampaian masing-masing tanpa memahami apa sebenarnya kehendak dan tujuan ungkapan tadi.Hasilnya ramai yang mulanya berjinak-jinak dengan jalan yang lurus ini mula menjauhi dengan kepelbagaian alasan.







Dalam penyampaian pula lebih kepada menuding kepada orang lain.Diri sendiri semacam maksum daripada segala dosa.Ayat-ayat yang dibaca cuma untuk memperbaiki akhlak orang lain,akhlak diri dikesampingkan.Dulu berlaku kes dimana mengajak manusia "membuang dunia"kerana apa hasil yang diperolehi sekarang ini(baca pada masa itu) termasuk gaji paling tidak adalah syubahat kalau tidak haram pun.Ramai di antaranya yang terpengaruh dan meninggalkan pekerjaan termasuk pegawai tinggi kerajaan.Teringat apabila ada yang menyumbang kepada para muridnya maka akan ditanya daripada mana hasilnya.Kalau hasil gaji maka paling baik dan selayaknya duit itu hanya untuk membeli sabun saja.Bunyinya macam fitnah! tetapi itu realitinya,yang mengena masih hidup dan yang terkena juga masih hidup.Yang mengena, mewah dengan kehidupan kerana sekarang bersama kerajaan yang dulunya dikatakan membawa sumber yang syubhah.Yang terkena hidup bagaikan debu tanpa arah,sesuap pagi sesuap petang mengharapkan rezki yang Allah tentukan,namun duit denda kerana melanggar kontrak dengan kerajaan terpaksa dilunaskan.




Associate Prof. Dr. Abu Hassan Bin Hasbullah

Dimana budaya istiqamah yang telah kita sumbatkan kepada para pengikut?saya rasa inilah juga yang berlaku kepada para pendakwah masa kini jika kita hanya berkata namun untuk orang lain.Lihat kepada apa yang diutarakan oleh Prof.Dr.AbuHasan dalam seminar PAS tempohari.Majoriti mula menjauhi PAS,kesimpulan saya puncanya kerana cakap tidak serupa bikin.Bila ditegur mengamuk hatta orang yang lebih tua pun diherdik...cuba-cuba fikirkanlah.







Share/Bookmark Read more...

3:23 AM

Maka Hasil Tapisan Sudah Mula Kelihatan

Hari ini PAS berseminar diKuala Lumpur.Selain ucapan Presiden juga ada pembentangan kertas kerja oleh dua ahli akademik dari IPTA.Perbahasan masing-masing disampaikan oleh perwakilan dari seluruh negara.

Dulu-dulu semasa muda remaja sering mendengar tentang betapa setiap perjuangan itu ada ranjau dan cubaan.Cubaan itu termasuklah hartabenda pangkat dan sebagainya.Kepada mereka yang tidak ikhlas percayalah mereka tidak lama berada di landasan perjuangan.Mereka akan gugur dalam perjalanan perjuangan ini.

Saya sebagai manusia biasa, tidak merasa apa-apa apabila para naqib pada masa itu membicarakan perkara sedemikian.Berbisik sendirian itulah namanya ujian.Namun disepanjang perjalanan hidup ini saya melihat seorang demi seorang pergi meninggalkan "jalan" yang mereka dokongi itu.Apa yang pasti semakin tinggi "martabat"sesorang maka semakin kuat atau laju dia pergi bersama "ujiannya".

Namun hari ini apabila mengikuti beberapa tulisan (kalaulah benar bagai dikata) dan mengikuti walau pun tidak sepenuhnya seminar yang diadakan di Kuala Lumpur itu rupanya masih ada lagi pendokong yang sedang "diuji" namun masih bertahan dengan alasan -alasan tersendiri.Walaupun begitu "bertahannya" itu ada benda disebalik kekentalannya untuk bersama "Jalannya" itu

Demi sesungguhnya Allah itu maha kaya,saya menyangka bahawa saya tidak sempat melihat terjadinya perkara-perkara sebegini semasa masih dalam hayat tetapi belum pun apa-apa Allah telah menunjukkan hasil tapisan yang bermula tidak berapa lama dulu.

Kepada pendokong jamaah beristiqamahlah anda di jalan yang lurus itu,jika ada pohon yang rendang untuk berteduh berhati-hatilah kerana walau pun rendang, akarnya akan merosakkan bumi dan akan memecahkan lantai rumah kita,oleh itu buanglah pokok itu demi keselamatan rumah yang akan menjadi tempat berteduh anak cucu kita.Kita tanam pokok baru biarlah tidak rendang pun namun mungkin ianya bermunafaat kepada kita paling tidak pun menjadi ulaman para haiwan dan manusia.









Share/Bookmark

Read more...

6:16 PM

Tazkirah Jumaat yang memilukan

Hari ini sempat menyelongkar maklumat maya dan terjumpa satu "berita"
di sini,alangkah sedihnya kalau betul bagai dikata,cuma yang boleh mengubati hati ini satu ungkapan keramat arwah guru saya: kata beliau INGAT!!!

Kalau kita jumpa orang yang dikatakan berilmu tetapi perangainya tidak melambangkan ilmunya maka insafilah bahawa Abu Jahal itu lahirnya di Mekah,hidupnya bersama Nabi,dan semasa kelahiran Nabi melakukan sembelihan unta untuk menunjukkan tanda syukur,namun Ianya dikutuk oleh Allah dan ternyata benar memang sebenarnya Ia manusia terkutuk sebagaimana di sebut Alquran.

Kepada para pimpinan yang amanah , banyak sirah yang telah kita pelajari dan baca,jangan kita merasa gundah gulana Islam melalui Rasulnya telah mengajar kita bagaimana untuk bertindak dan melakukan pembaikan.Ini lah sebenarnya proses pembersihan dalam setiap gerakkerja sesuatu jamaah.Sesungguhnya akan lebih ramai lagi akan gugur di perjalanan perjuangan ini.Ingat Islam yang dilintupi dengan taqwa sahaja akan menang..insyaAllah.







Share/Bookmark Read more...

5:35 AM

Patut La Tok Guru Tak Mahu....






Isu Kerajaan perpaduan mengocak ketenangan dalaman PAS.Tok Guru menolak mentah-mentah idea tersebut.Pengalaman lalu menyerikkan Tok Guru.Seriknya bila PAS dibuli semasa menjadi kerabat BN satu masa dulu.Kata Tok Guru.

Sehari dua ini berlaku pergolakan dalam parti MCA pula.Pecat memecat berlaku.EGM juga menjadi agenda konon untuk keutuhan parti.Sekejap timbalan presiden dipecat,diganti oleh naib pula,sekejap diterima semula.Naib yang mengganti Timbalan melenting.Presiden pula memecat ahli jawatan kuasa pusat yang dikatakan tidak sebulu pula.Pendek kata pening dan bercelaru dibuatnya.Bagaimana sebuah parti yang dikatakan sudah matang tetapi bercelaru bagaikan lakonan pentomen budak sekolah di atas pentas.

Melihat kepada kemelut yang melanda MCA,pada hari ini timbul lembaga sebenar yang turut bersama kocakkan dalaman MCA itu. Konon untuk menyelesaikan kemelut MCA, Apabila PM yang UMNO dan Menteri yang jaga ROS juga UMNO bersuara dengan mesej yang sama dan ROS menjadi perisai maka pada saya sah apa yang Tok Guru takutkan itu benar-benar berlaku dan kini giliran MCA pula.PAS sudah merasainya dan pengalaman itu membuatkan Tok Guru sebagai orang lama berhati-hati dengannya..Tok Guru lebih tahu...orang baru apa yang dia tahu !.Baca ini

Nampaknya sekarang ini NGO-NGO atau apa-apa organisasi termasuk parti-parti politik semacam sudah sudah tidak boleh menguruskan entiti masing-masing secara bebas dan telus.Kerana ada yang"berkepentingan" maka di sana ada satu lagi entiti lain yang akan menentukan nasib mereka atas justifikasi "perundangan" dan perkara ini jarang kita lihat di masa-masa dulu kalau pun ada mungkin ianya amat jarang berlaku.Oh Malaysia.. ku sangka sesudah 52 tahun mu Merdeka akan semakin matang dan berwibawa namun kematangan mu lebih kepada membawa kemuskilan pada benak fikiranku....(?).








Share/Bookmark Read more...