5:42 AM

Dr.Wahab Arbain


Alhamdulillah hari ini dapat ziarah Dr Wahab yang berkebetulan berada di Sekinchan Selangor.Saya kagum dengan kegigihan serta semangat beliau.Doa saya semoga beliau terus diberikan Allah keberkatan dan berjaya dalam semua hal.InsyaAllah semoga diberi peluang oleh Allah untuk bertemu beliau lagi di masa-masa yang akan datang.Terima kasih Dr kerana meluangkan masa untuk kita bertemu.

Share/Bookmark

Read more...

6:15 PM

Musafir


Hari ini masih di Ipoh memenuhi jemputan keluarga.Berdoa semoga Allah mengurniakan segala kebaikan dan keberkatan.Alhamdulillah walaupun hujan dan berlaku kesesakan jalanraya nampaknya perjalanan ini telah dipermudahkan oleh Allah.Syukur kepadaNya.

Share/Bookmark

Read more...

5:46 PM

Kita juga kena buat baik....

Alhamdulillah masih diberi kehidupan.Sesungguhnya ianya merupakan nikmat yang tidak dapat dinafikan dan kita sewajibnya bersyukur dengan kurniaan itu.

Selalunya dalam kehidupan ini peringatan atau pun tazkirah itu biasanya disampaikan kepada orang lain.Nasihat,peringatan atau apa sahaja bentuk tidak lain dan tidak bukan adalah bertujuan untuk kebaikan.

Mengajak dan menyeru untuk berbuat kebaikan adalah sesuatu yang terpuji,namun banyak daripada kita lupa untuk menyeru dan mengajak diri kita sendiri untuk melakukan kebaikan.Para imam selalu menyebut di atas mimbar berpesan kepada makmun dan juga dirinya sendiri untuk bertaqwa.Bagaimana dengan kita?.

Kebaikan adalah menjadi impian setiap orang,kita seronok bila dapat kebaikan,kita juga seronok bila melakukan kebaikan.Namun terfikir apakah kita ikhlas dalam melakukan kebaikan itu?.

Allah adalah segala-galanya,bersama kita melakukan kebaikan,pohon Allah berikan kita yang terbaik dan hindari kita daripada gangguan syaitan.Pohon Allah berikan kita keikhlasan dalam setiap geraklaku yang kita buat kerana demi sesungguhnya kita tiada daya dan upaya dalam setiap perkara ,kepadaNyalah sahaja kita berserah.



Share/Bookmark

Read more...