11:11 PM

Beras,BERNAS dan Penguatkuasa.



Penguatkuasa bersama barangan seludup yang dapat ditumpaskan (gambar hiasan).

Semalam terbaca satu lapuran yang memetik bahawa majoriti saham BERNAS telah dimiliki oleh syarikat luar negara yang berpusat di Hong Kong.Syarikat tersebut Wang Tak Co.Ltd memiliki 31 peratus pegangan saham dalam syarikat strategik negara itu.Keadaan ini agak mengecewakan kerana operasi BERNAS adalah melibatkan komoditi asas dan ianya adalah merupakan nadi kepada kehidupan masyarakat di negara ini.

Berkebetulan semalam juga sempat berbual dengan seorang kawan yang kebetulan bertugas sebagai pegawai penguatkuasa di sempadan.Beliau mengeluh terhadap apa yang terjadi.Kata beliau rupanya selama ini penugasanya hanya untuk menjaga kepentingan orang luar sahaja.Kamu boleh bayangkanlah kadang-kadang semasa bertugas berlaku situasi yang amat merbahaya sehingga ke peringkat boleh menjejaskan nyawa.Itu semua tidak kisahlah sebab tugasan kami adalah untuk menjaga kepentingan negara dan rakyatnya.Tetapi dengan berita ini menjadikan kami hilang semangat dan rupa-rupanya pengorbanan kami selama ini tidak begitu bernilai pada sesetengah orang..keluh kawan saya itu.Saya hanya sekadar menarik nafas lesu dan amat bersimpati dan amat memahami keluhan kawan itu...











Share/Bookmark Read more...

12:45 AM

Dedikasi untuk....bunga-bunga di taman


aduhai bunga-bunga ku
Kuntummu sentiasa ternanti-nanti
Kembangmu ku tercari-cari
wangianmu sentiasa diperhati
Kelopak mu ku belai sepi
Agar meriah di taman hati
Takutnya aku akan layumu nanti....















Share/Bookmark

Read more...

3:05 AM

Anda ada sakit ini...

Antara lokasi untuk mencari ketenangan dan nikmat



Dewasa ini banyak penyakit yang pelik-pelik melanda manusia.Majoriti akan mencari penawar atau ubat untuk menyembuh atau meredakannya.Klinik, Hospital,Bomoh atau siapa sahaja akan dicari untuk tujuan itu.Namun begitu tidak ramai menyedari penyakit yang melanda ke atas diri masing-masing dalam bentuk yang agak susah di fahami,dengan kata lain ianya melibatkan sakit spritual.Diyakini penyakit ini adalah disebabkan oleh kesalahan diri masing-masing.Bagi orang Islam ianya adalah lebih selesa di sebut dosa.Virus dosa ini adalah penyebab kepada sakitnya jiwa pada setiap pelakunya.Itulah sebabnya Nabi S.A.W mengajar kita untuk berdoa supaya kita sentiasa mohon berlindung dengan Allah S.W.T dan dijauhi dari rasa keresahan(alhamm),kesedihan(alhazn),ketidakmampuan(alajz),kemalasan(alkasl),kecil hati(aljubn),bebanan hutang(ghalabati addain) dan di bawah tekanan orang(alkahri rijal).(Kepada anda yang ingin berdoa rujuklah tek asal dalam tulisan Arab kerana sebutannya akan lebih tepat berbanding dengan tulisan roman ini).Ayuh!! marilah Sama-samalah berusaha untuk menjauhi sebarang dosa.Insyallah Selamat di dunia dan juga di akhirat.












Share/Bookmark Read more...

10:15 PM

MS ISO vs Kerani Tua dan RM


Minggu ini dilibatkan dalam program sistem pengurusan kualiti MS ISO 9001 : 2008. Sebelum ini MS ISO 9001 :2000 .Penumpuan adalah kepada memperbetulkan sistem kualiti termasuklah penambahbaikan sistem fail serta pengendalian perlaksanaan amalan sistem kerja itu sendiri.
Sebelum ini juga telah banyak terlibat dan yang agak mengkagumkan saya ialah tentang kehebatan kerani-kerani senior yang rata-rata sekarang ini sudah pun pencen malah telah pergi dahulu meninggalkan kita.Apa yang hebat ialah usaha mereka dalam mengemaskini fail-fail yang dikendalikan oleh mereka.Kemas,teratur dan terkini serta senang untuk dirujuk.Dari fail-fail lama yang telah ditutup terbukti!!,malahan perkara yang sama saya lihat semasa membuat satu kajian di Arkib Negara.Ini bermakna sikap serta disiplin adalah tunggak utama dalam menjaga kualiti sesuatau tugasan atau pekerjaan itu.ISO adalah bukan penentu segala-galanya.

Pada saya ISO itu bagus kerana ianya banyak membantu dalam memkemaskan sistem kerja namun kita kena ingat betapa dalam menjayakanya kita MESTI menghabiskan kos yang begitu besar termasuklah bayaran untuk konsultan dan sebagainya.Namun hasilnya sama sebagaimana yang telah dibuat oleh orang-orang tua kita (para kerani) terdahulu.Malahan pada saya dalam beberapa hal ianya lebih baik.Tambahan lagi diperhatikan konsultan ini peranannya adalah tidak seberapa.Bagi kita yang tidak begitu faham sangat tentang ISO ini kita rasa mereka ini hebat.Tetapi apabila lama sikit kita mendalami dan belajar tentang ISO,baru kita faham rupanya apa yang dibuat oleh konsultan ini adalah merupakan "copy and paste" sahaja daripada lokasi-lokasi lain yang pernah dibuat oleh mereka.Itulah apabila berbuat sesuatu timbul kelam kabut dan apabila dirujuk jalan penyelesaianya tidak seberapa.Cuma ungkapan "buatlah bengkel lagi"akan sentiasa keluar dari para konsultan ini.Maka kalau bengkel maka paling kurang RM2000/sehari akan terpaksa kita bayar.Bayangkanlah kalau banyak siri dan setiap siri minima tiga hari.(maaf untuk kawan-kawan para konsultan sekalian).

ISO itu baik tetapi kosnya besar,Apa kata kita pupuk balik para anggota kita dengan semangat kerja orang-orang lama sebagaimana saya sebut tadi.Kalau berjaya RM selamat dan kualiti pun berjalan.Untuk Konsultan mungkin rezki anda ada tetapi berpada-padalah.








Share/Bookmark

Read more...

4:07 AM

Sekadar andaian..

http://www.x-fail.com/2008/12/lidah-bercabang-dua.html
"lidah bercabang"gambar hiasan


Sehari dua ini perkembangan politik tanah air agak menarik bercampur celaru.Bagi yang senior dan berpengalaman dalam politik maka itu adalah fenomena biasa dan itu lah sebenarnya politik dan "berpolitik" sedemikian adalah sesuatu lumrah untuk menghidupkan politik itu sendiri.

Kesah melompat parti,kalau sebelum ini hanya berlaku di saat-saat berlaku pilihanraya,tidak kira kecil atau umum.Dan hanya berlaku di kalangan pengikut dan banyak tertumpu di kampung-kampung atau kawasan setinggan yang mungkin akan diambil balik untuk projek pembangunan atau sebagainya.

Namun kebelakangan ini perkara ini berlaku di kalangan pimpinan yang sebelum ini berada diperingkat yang memutuskan dasar serta halatuju sesuatu parti itu sendiri.Yang anehnya mereka adalah dari golongan yang memerintah.Dengan kata lain mereka adalah dari komponen Barisan Nasional(BN) dan merupakan pemerintah kerajaan sekarang ini.

Kenapa berlaku begini?apakah polisi serta dasar yang dibawa oleh parti yang dimasuki itu lebih baik dari apa yang pada BN!?.Anda boleh menilai..

Kepada Pakatan dan khusus untuk PAS apakah dengan melompatnya para panglima yang selama ini "bermusuh" politik dengan PAS maka parti itu berupaya untuk melayan "karenah" yang akan dibawa oleh mereka-mereka ini apabila berada di dalam Pakatan.Kita tengok dan perhati apa yang berlaku dan dilakukan oleh sesorang yang selama ini agak keterlaluan dalam menghentam PAS di Kelantan dan untuk "hidup"dalam politik beliau mengambil sikap lunak kepada PAS dan PAS yang "Ikhlas" telah menyerahkan kepadanya kerusi Parlimen untuk ditandingi oleh orang ini.Nah sekarang apa jadi...Oleh itu berhati-hatilah dalam menghadapi situasi begini.Pada saya "berperang" secara berhadapan adalah lebih aula dari kita berperang dalam rumah sendiri yang kalau strukturnya sudah mereput dan membusuk maka akan lebih cepatlah ianya menuju kepada kehancuran,kecuali kita berstrategi dan tahu bila seharusnya menggunakan strategi..









Share/Bookmark Read more...

7:43 AM

Madah ...

aku insan biasa
tiada ilmu seperti lebai
tiada kepandaian seperti guru
tiada kebolehan seperti pendeta
tapi masih boleh mengintai
tapi masih boleh menilai
tapi masih ada rasa hati









Share/Bookmark

Read more...

11:16 PM

Israk Mikraj 1430 H


Apakah ini Boraq?anda yakin!?yang penting ilmu akan mencerahkan anda

Malam tadi 23 julai/ 1 syaaban, dijemput menghadiri satu program israk mikraj.Alhamdulillah program berjalan lancar.Ceramah disampaikan oleh seorang guru sekolah yang bukan bertitle ustaz namun kesungguhan beliau untuk mendalami ilmu ugama maka membolehkan beliau berceramah/menyampaikan sirah berkait israj mikraj dengan lancar dan teratur.

Mendengar ceramah beliau teringat saya mendengar ceramah israk mikraj semasa berusia kanak-kanak.Bermula dengan pembedahan perut Rasulullah S.A.W sehinggalah ke Sidratulmuntaha.Segala pengalaman dan dailog Rasulullah S.A.W bersama Jibril diceritakan satu persatu.Pada saya walaupun ianya bersifat pengulangan benda yang sama dari tahun ke tahun namun ianya berfaedah untuk pendengar.Itu pun kalau perkara tersebut diambil sebagai iktibar dan diserap ke dalam kehidupan seharian kita.

Penyampaian secara bersahaja dan dalam stail tradisional pada saya baik namun kalau dikaitkan dan diolah dengan peristiwa semasa/terkini maka ianya adalah lebih baik.Sebab kisah hanya sekadar cerita dan boleh jadi pendengar akan mendengar sebagai mendengar cerita penglipurlara biasa sahaja.Habis program maka ianya habis begitu sahaja bersama tamatnya program.Kalau diolah dalam bentuk yang komprehensif dan boleh mengetuk jiwa saya percaya program sebegini akan memberi kesan yang mendalam ke dalam jiwa setiap pendengar.
Sebagai ingatan kepada para penceramah,dalam membuat persediaan seharusnya diambil dari sumber-sumber yang tulin sahaja.Jangan mengambil dari sumber-sumber yang belum tentu sahihnya.Terdapat banyak di kalangan mereka ini telah membawa kisah-kisah yang berbentuk "israiliyyat" yang pada saya akan menjadikan pendengar terutamanya kanak-kanak akan beranggapan apa yang disebut itu sebagai sesuatu yang benar.Ingat!! ugama ini adalah sesuatu yang benar.Oleh itu jadilah kita orang yang menyampaikan kebenaran bukannya kebatilan.Jauhilah menjadi orang yang sesat dan menyesatkan.Nauzubillah...









Share/Bookmark Read more...

5:58 PM

Cium lah kalau sayang!!!


Semalam sambil ronda-ronda terserempak dengan seorang warga emas yang agak istimewa pada saya.Beliau ni berniaga buah-buahan.Sambil berborak terpegun saya umur beliau dah mencecah 89 tahun namun masih sihat fizikal mahu pun mental nya.Kata beliau itu lah beliau dari kecil sehingga sekarang tidak pernah berkurang dari segi kualiti kesihatan.Yang paling istimewa dan mengujakan tingkah laku beliau semasa berjual beli.Setiap kali pelanggan membayar beliau akan mencium duit yang diterima,tidak terkecuali amaun kecil atau pun besar beliau akan menciumnya.
Teruja dengan perbuatan beliau saya bertanya apa dan kenapa beliau berbuat begitu .Selamba beliau menjawab..saya apa yang saya sayang semua saya cium.Duit saya cium,isteri saya cium pendek kata apa yang saya sayang saya cium.Allah lagi saya sayang dan kasih dan untuk itu saya cium DIA dalam bentuk sujud paling tidak dalam Lima waktu sehari semalam .DIA anugerahkan kepada kita pelbagai tanpa sebarang pembalasan atau pembelian.Nafas yang disedut setiap saat,mata yang melihat setiap masa..semua diberi percuma.Terkebil-kebil saya mendengar kuliah beliau yang saya anggap amat berharga dan memberi kesan yang mendalam dalam jiwa.Betapa saya rasa amat lemah kesedaran diri ini berbanding warga emas ini.Walau pun nampak"selekeh" penampilannya namun Dia mempunyai pemikiran dan sikap yang waras selari dengan tuntutan dan kehendak Islam itu sendiri.
Kesimpulan ringkas saya itulah anugerah Allah kepada sesiapa yang memperbanyakkan taqwa dalam hidupnya.
Mafhum salah satu ayat seribu dinar yang menjadi perhiasan di dinding-dinding rumah kita
"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah maka DIA akan memberikan kita jalan keluar.Direzkikan dengan cara yang tidak disangka-sangka.Sesiapa yang bertawakkal kepada Allah
Maka memadailah dia sebagai penolong."






Share/Bookmark

Read more...

7:09 AM

Gerhana Matahari


Gerhana penuh matahari paling lama berlaku pagi 22Julai 2009 apabila bulan berada di antara matahari dan bumi menyebabkan sebahagian matahari terlindung. Hasil peristiwa hebat kejadian Allah itu telah dilapurkan dalam pelbagai media elektronik mahupun media cetak.Namun apa yang dilapurkan cuma melibatkan aktiviti cerapan dan juga pelbagai perlakuan untuk melihat kejadian yang jarang-jarang berlaku ini.
Islam dengan disiplin nya yang tersendiri mengajar kita bagaimana cara untuk kita apabila berhadapan dengan peristiwa-peristiwa sebegini.Rasulullah S.A.W telah mengajar kita jika kita melihat dan mengalami peristiwa gerhana ini,bulan atau pun matahari maka kita hendaklah menunaikan solat gerhana.Dan alhamdullillah di tempat saya masih ada mereka terus beramal dengan suruhan ini.Semuga keberkatan akan terus dinikmati oleh ummat ini dengan taqwa yang kekal terpacak pada jiwa masing-masing.






Share/Bookmark Read more...

11:09 PM

Promosi :Mari Melancong

Anda pernah ke Kelantan?,jika belum silalah ke sana.Banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati di negeri Cik Siti Wan Kembang Tanah Serendah Sekebun Bunga tersebut.
Diantara tempat yang sering dilawati ialah lokasi membeli belah.Diantara banyak-banyak tempat untuk tujuan tersebut ialah Pengkalan Kubor.
Pengkalan Kubor sebuah pekan kecil bersempadan dengan Thailand.Di Thailand pekan yang terdekat ialah pekan Takbai.Di P.Kubor ini yang paling istimewa dan sering menjadi tumpuannya ialah Kawasan Bebas Cukainya.Selain barangan yang harganya murah juga terdapat aneka pilihan barang-barang impot serta tempatan.Dengan gaya bahasa yang bersopan serta keramahan peniaga di sini membuatkan kita akan tertarik dan menjadi lumrah jika ke Kelantan lagi maka P.Kubor akan menjadi lokasi lawatan untuk kali kedua dan seterusnya.
Sebagai ingatan, barangan di sini adalah murah kerana tidak dikenakan cukai apabila dibawa masuk ke dalamnya.Namun begitu apabila kita membeli dan hendak di bawa keluar maka kita akan dikenakan cukai di pintu masuk kawasan tersebut.Pihak kastam ada bertugas di situ.Walau pun demikian jangan bimbang bagi kita sebagai pelancong"asli" ini cukai yang dikenakan adalah berpatutan dan tidak membebankan.Cuma ingatan juga kalau boleh jangan datang masa cuti,kerana kesesakkan akan berlaku tambahan lagi kawasannya yang agak sempit,dan harga mungkin tinggi sikit....selamat melancong

Panorama sepintas dalam Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor

Peringatan oleh pihak Kastam tentang pengenaan cukai dan aturannya







Share/Bookmark Read more...

11:17 PM

Praktik Ilmu Dr.Wahab Arbain

Melayari Blog Mulberry Garden dan Blog Dr Wahab maka di kutip beberapa cara untuk menyediakan teh Mulberry dan alhamdulillah nampaknya menjadi.Sudah sebulan beramal dengan teh ini,nampaknya macam ketagih pulak,maklumlah buang air kecil agak lawas dan peluh sentiasa segar,semuga diberi kelebihan oleh Allah hasil dari kejadianNya ini.InsyaAllah.Di bawah foto hasil praktikal yang dilakukan.Selamat mencuba

Ranting pokok mulberry yang di prun diikat seberkas dan di gantung dalam bilik.Tiga hari sudah kering dan rapuh,maka daun yang sudah kering diramas-ramas menjadi hancur macam serbuk teh cina yang kita beli dekat kedai tu.


Serbuk daun mulberry yang hancur siap untuk digunakan sebagai teh.

Teh mulberry yang siap dibancuh,harum dan menawan








Share/Bookmark Read more...

6:56 AM

Telus

Pertamanya nak ucap takziah kepada mendiang Teoh Beng Hock(gambar atas).Sebagai manusia yang boleh berfikir maka saya dukacita dengan kejadian ini.Harapannya biarlah peristiwa/kejadian ini adalah yang terakhir di negara ini.
Terfikir juga kenapa pihak-pihak tertentu itu apabila menyiasat maka tidak pernah mengambil kira soal-soal kemanusiaan.Pada saya apa salahnya kalau masa itu terhad pada siang hari saja ke atau dalam tempoh yang bersesuaian yang tidak menggangu emosi sesorang yang disiasat.Pada saya esok masih ada maka apa perlunya soal siasat itu sampai ke pagi sehingga tidak tidur malam,kerana kita bukan berhadapan dengan pengganas yang akan menghancurkan kita dengan serangan berani mati atau sebagainya.Pada saya dalam soal-soal sebegini kita masih boleh bertolak ansur,jika perlu di tahan maka tahan lah mereka dan masuklanlah ke tempat tahanan dan besoknya boleh disiasat lagi.Seruan saya kepada pihak-pihak yang berwajib jika boleh ubah lah cara itu!, dan kalau ianya bertentangan dengan undang-undang maka ubahlah undang-undang itu,pada saya undang-undang selain daripada undang-undang Allah maka ianya boleh dipinda dan diubah suai.Belajarlah untuk menghormati satu kejadian Allah ini yang disifatkan olehNya sebagai sebaik-baik kejadian.






Share/Bookmark Read more...

11:32 PM

Cerita Kopiah...bukan perlekeh tetapi realiti


Kelmarin rabu 15 julai keluar ronda-ronda bersama keluarga.Memandu santai.Sampai di satu simpang, sebuah kenderaan dengan dipandu laju memotong sebelah kiri kami,kata orang sekarang potong que lah,dengan gaya yang agak daring telah memotong kami dengan gaya yang agak kurang sopan.Anak kami merungut... pemandunya pakai kopiah dan nampak warak serta baik tapi tak sangka ya perangai begitu sekali.
Sepintas teringat saya kepada beberapa peristiwa sebelum ini,bukan sahaja memandu malah dalam beberapa hal juga mereka yang penampilan sebegini(berkopiah) memang agak luar biasa. Kalau di tempat kerja(maaf bukan semua tetapi apa yang kerap saya jumpa) orang ini lah yang selalu ponteng,datang lambat ,main kawan,susah membayar hutang,dengki dan sebagainya.Kalau bercakap bukan main lagi...mengalahkan yang bergelar ustaz atau ulamak,malah dahi juga bertanda namun perangai begitu menghampakan.
Kenapa begitu.Itu sebenarnya ujian Allah kepada yang cuba beramal dengan Islam namun tidak berpaksikan ilmu.Hasilnya makin menampakkan kejahilan malah merosakkan pandangan awam kepada Islam tu sendiri.
Oleh itu seruan saya marilah beramal dengan cara Islam sebenar.Jangan hanya dengan tempelan kulit dalam bentuk cara berpakaian sahaja tetapi jiwa kosong dengan melakukan perkara-perkara yang bertentangan dan menampakkan kemerosotan akhlak.Kepada sahabat dan taulan Marilah bersama untuk memperbetulkan cara dan gaya hidup kita supaya berakhlak dengan akhlak Islam sebenar supaya di dunia kita tidak diejek dan dicela masyarakat dan di akhirat juga kita akan mendapat redha Allah...InsyaAllah.










Share/Bookmark

Read more...

3:18 AM

!!!!...............


Yeeahh!!!!! aku menang MORALLLLL








Share/Bookmark Read more...

1:12 AM

Malaysia kita..cukup hanya Perdana Menteri

Tahniah untuk PM.Semalam 11 julai genap 100 hari memerintah.Cuma dalam menilai kepimpinan PM kita ini nampaknya di mana duduk para menteri dalam menjalankan tugasan masing-masing.Kalau dilihat prestasi 100 hari PM ini saya kira kita tidak perlu ada menteri lagi,cukup hanya PM sahaja dan dibantu oleh KSN dan para KSU dan KP pelbagai jabatan sahaja.Kenapa? sebabnya dalam masa 100 hari cukup hanya PM melawat ke lokasi-lokasi tertentu dan sudah pasti lokasi atau tempat-tempat tersebut akan berubah dengan serta merta.Tengoklah apa yang berlaku di Pudu Raya,di flat Lembah Pantai dan sebagainya.kan sudah berubah... pada saya cukup PM sahaja Menteri tidak payah..










Share/Bookmark

Read more...

10:08 PM

syukur...memang rezki

Kelmarin berkelapangan dapat balik kampung,Alhamdulilah,nampaknya buah-buahan agak menjadi walau pun tidak sebanyak tahun-tahun yang lepas.Sudah mula boleh merasa ....



Dokong sudah mula ranum
Durian sudah mula gugur


Yang mengujakan saya ialah gambar dekat bawah ini.Ini hasil tunjuk ajar daripada sifu yang saya tidak pernah jumpa secara berdepan.Namun tulisan serta panduan secara maya melalui blog beliau yang selalu saya ikuti telah membuahkan hasil.Kepada Dr Wahab ucapan terima kasih saya dan menjadi cita-cita saya mungkin satu hari jika ada kelapangan dan temuan maka kita akan berjumpa bersua wajah..insyallah.Mungkin kerana lokasi yang agak kejauhan maka terlambat sikit dan mudah-mudahan ianya cepat menjadi realiti.






Berbuah sebaik sahaja keluar pucuk selepas diprun



Sebenarnya sudah banyak kali pokok ini berbuah dan kebetulan ianya ditanam secara suka-suka di sekeliling rumah.Namun setelah mendapat sedikit maklumat dari sifu dan di praktiskan maka buahnya semakin banyak.Lihatlah.. dari satu pokok boleh dapat hampir dua kilo...kalau jadi kebun mungkin boleh buat perusahaan.



Buah baru dikutip

Jeruk daun sudah.Buat teh pun sudah.Namun yang paling best buahnya buat ice blended...terangkat.Kepada saudara-saudara yang ingin mencuba..cubalah nescaya tak terungkap..terima kasih Dr.Wahab...





Share/Bookmark Read more...

7:33 PM

Natrah @ Bertha Hertogh @ Maria Heberania Hertogh..

Semalam di beritakan Natrah @ Bertha Hertogh @ Maria Heberania Hertogh telah meninggal dunia pada usia 72 tahun.Siapa beliau ini,mencari-cari sumber di maya maka terjumpa di sini dan di sini yang saya kira cukup untuk kita mengentahui serba sedikit tentang beliau.Tuan MSO dan blog anaklaut pohon izin untuk link ke blog tuan-tuan.










Share/Bookmark

Read more...

6:36 AM

KPI,KRA...dan apa lagi.....

Sekarang ini musim pembaharuan dalam pengurusan.Bermula dengan pembaharuan dasar negara sehinggalah ke peringkat negeri mahu pun jabatan-jabatan.Semalam 6 julai PM menyatakan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan Bidang Keputusan Utama(KRA) akan diumumkan dalam masa terdekat.Kedua-duanya akan menjadi keutamaan kerajaan dalam pentadbiran negara di masa-masa mendatang.
Sudah 50 tahun lebih negara merdeka dan istilah-istilah ini baru kedengaran kebelakangan ini,hatta seorang menteri khusus telah ditugaskan dalam memantau perkara ini.Pokoknya apakah benda ini,pada saya orang kampong sudah tentu tidak faham apakejadah nya benda ini.Orang cerdik pun tersasul inikan pula orang....minggu lepas ada yang memberitahu, seorang anggota perkhidmatan awam,di selatan tanahair apabila di sebut KPI dia bertanya apa itu,adakah syarikat rokok baru ditubuhkan...bunyi macam gurauan namun itu realiti.Oleh itu dalam berbuat sesuatu; retorik itu perlu namun ianya perlu berpijak di bumi nyata dan rasional. Sesungguhnya mind set kita di bumi ini masih di takuk yang perlu kepada pencerahan ...aminnn.












Share/Bookmark

Read more...

5:42 AM

Mari Melancong..


Anda pernah melihat senibina sebegini di Malaysia?. Apa tanggapan anda bila melihatnya,sudah tentu sepintas anda akan terlintas di benak fikiran ini adalah tokong Cina yang terdapat di negara kita, namun apa yang menarik dan mungkin kalau anda belum bermaklumat tentangnya maka anda akan menafikannya jika saya katakan itu adalah sebuah masjid yang satu-satunya terdapat di negara kita Malaysia ini yang dibina berlandaskan seni binaan China. Mahu tahu di mana masjid ini?..anda bolehlah ke Kelantan dan lokasinya adalah di bandar Rantau Panjang,sebuah bandar yang bersempadan dengan negara Thailand.Buat masa ini masjid ini di peringkat akhir untuk disiap dan digunakan dan insyallah akan dapat digunakan dalam masa terdekat.Kepada anda yang belum ke Kelantan dipersilakan untuk menikmati keunikan ini.Di bandar ini juga terdapatnya sebuah kawasan Zon Bebas Cukai yang juga unik dan tidak sama dengan kawasan-kawasan Zon Bebas yang lain yang terdapat di negara kita ini.Zon Bebas Rantau Panjang ini selain daripada barangannya yang murah juga di dalam kawasan ini terdapatnya penempatan awam termasuklah sekolah,perkuburan,klinik masjid dan sebagainya,unik kan... nak tahu keunikannya anda datang lah sendiri dan rasailah perbezaannya Kelantan dengan tempat-tempat lain,kesian kastam nak kawal zon ini..










Share/Bookmark

Read more...