7:34 PM

Rupanya ramai yang pura-pura...

Syawal menjelang dan meninggalkan ramadhan yang berkat itu.Sekolah ramadhan banyak mengajar manusia tentang apa itu takwa.Namun apabila ianya berlalu semangat sekolah tersebut pun berlalu sama dengan peredaran masa dan bulan-bulan seterusnya.Dalam ramadhan penuh dengan ikrar dan semangat tetapi menjadi lusuh selusuh-lusuhnya selepas daripada itu.


Membunuh, menipu, mencuri, merompak,malah apa sahaja berlaku berterusan.Cuba perhatikan kenapa ini semua terjadi?.Puluhan ribu masjid dan surau kita bina,ratusan sekolah agama kita wujudkan,ribuan kuliah dan tazkirah kita jadual dan kita adakan namun hasilnya masih kabur dan peristiwa-peristiwa tragis masih berterusan berlaku.Kenapa?,sedangkan puluhan ribu anggota keselamatan yang kita telah adakan dan memakan belanja jutaan malah ribuan juta pun,tetapi semakin kita berusaha didapati semakin menjadi-jadi nampaknya gejala-gejala itu.

Sebenarnya secara insaf kita hendaklah mengakui hakikat bahawa itu semua adalah "penyakit" atau "ganjaran"yang di"bayar"oleh Allah kepada kita semua hasil daripada kepura-puraan kita terhadap "janji"kepadaNya.Kita berikrar bahawa Allah itu satu dan tiada sekutu bagiNya ,namun apa yang berlaku di sebaliknya.Bukan satu malah berbilang-bilang kita sekutukan Allah dengan makhluk seolah-olah Allah itu tidak berfungsi tanpa sekutu-sekutunya itu.Undang-undang yang di perintah Allah kita tinggalkan dan kita pakai yang lain.Kita kata percaya dengan kuasa Allah,tetapi kita lebih takut kepada yang lain daripada Allah.Sebulan bertadabbur di bulan ramadhan tidak banayak mengubah persepsi kita malah lebih menyesatkan...
Oleh itu insaflah,kembalilah kepada pangkuanNya.Patuh dan taatlah bukan setakat di mulut tetapi terus ke hati dan terus di amalkan.Jangan lagi ragu,jangan lagi was-was kerana kita memang diciptaNya untuk "menyembah dan menjadi hambaNya"dan semoga kita akan akan mendapat rahmatNya sebagaimana jaminanNya setelah kita "mengikut" perintahNya.

Share/Bookmark

0 comments: