7:04 AM

Besar sungguh!!!

Hari ini sempat mengunjungi pameran pertanian di Kota Bharu Kelantan.Dengan tema "pertanian satu ibadah"ianya sesuatu yang mengujakan.Di antara yang menarik ialah pameran haiwan ternakan.Salah satunya seekor lembu yang beratnya 850kg dengan tanda harga RM11000.Agak-agaknya kalaulah di sembelih dan dijual dagingnya dapat untung ke tidak?,dan agaknya kalaulah dijual di warung-warung daging di tepi jalan ,berapa warung yang dapat diagihkan ye..bagi saya yang tidak mahir pasal berniaga daging ni rasanya kalau beli untuk berniaga nampaknya tidak sangguplah tetapi kalau untuk kenduri rasanya bolehlah....











Share/Bookmark

Read more...

2:47 AM

Kawasan Rusa

Melalui lebuhraya Gerik(Perak) - Kupang (Kedah) agak mengasyikkan.Ini kerana di laluan ini dikatakan masih terdapat rusa liar yang lepas bebas di sekitarnya.Papan tanda peringatan yang diletakkan di tepi lebuhraya tersebut oleh pihak yang berkuasa mengesahkan kewududan haiwan tersebut di sini.Anda berminat dengannnya silalah ke sana..!!





Lebuhraya Gerik - Kupang


Lebuhraya Gerik -Butterworth












Share/Bookmark Read more...

6:12 PM

Pulau Pinang







Minggu ini akhir April 2010 ada tugasan di Pulau Pinang.Kebetulan hari ketibaan adalah pada hari mengundi bagi pilihanraya kecil Hulu Selangor yang berkeputusan dengan kemenangan bagi BN.Terkenang bahawa calon di Hulu Selangor di menangkan oleh Melayu tetapi di Pulau ini dia menang atas kapasiti kekuatan bangsanya sendiri....alahai bangsa ku..





Share/Bookmark

Read more...

5:57 PM

Ringgit dulu dan Ringgit sekarang

Semalam pergi pasar untuk dapatkan bekalan mingguan.walaupun selalu ke pasar tetapi kali ini terimbau kisah lama semasa muda remaja dimana masa itu kalau kita berbelanja rasanya 10 ringgit sudah cukup untuk seminggu makan keluarga,tetapi sekarang nampaknya RM200 belum tentu cukup untuk satu minggu bakan keluarga.Kata Pak cik yang berniaga tu barang sekarang bukannya mahal, harganya tetap sama sebagaimana dulu-dulu juga tetapi nilai duit kita yang murah sebenarnya.Logiknya ada sebabnya dulu-dulu kuih muih tu 10 sen mungkin dapat 5 atau sepuluh,tetapi sekarang ni 1 ringgit kadang-kadang dapat 1 sahaja kuih,betul juga kata orang yang duit kita sekarang ini sudah jadi macam duit Jepun satu masa dulu...tak menyesal ke berangan nak jadi negara maju...?































gambar hiasan

Share/Bookmark Read more...

7:22 AM

Anda bangga ke jadi melayu ?

Sebagai orang melayu,apa perasaan anda sekarang ini?,anda bangga menjadi melayu?!! atau anda malu untuk mengaku diri anda sebagai melayu.Melihat realiti sebenar yang berlaku di kalangan melayu sekarang ini kadang-kadang terasa juga malunya nak mengaku diri ini sebagai melayu,apa tidaknya,dalam menilai-nilai komponen bangsa yang ada di Malaysia ini nampaknya Melayulah yang terkebelakang sekali dari segi kelemahan sikap dan jatidirinya.

Melayu teramat lemah dari segi sensitivitinya.Merompaklah,mengatalah,kutuklah atau buat apa sahaja kepada Melayu,cuma yang marah atau tersentuh sensitivitinya adalah melayu yang kena itu sahajalah,tetapi melayu lain tidak akan memberi apa-apa respon pun terhadap apa juga yang berlaku kepada melayu lain.Dengan kata lain orang melayu ini tidak akan terganggu mindanya kalau "poketnya" tidak diganggu,tetapi kalau ganggu poketnya"maka akan mengamuklah dia,itupun dia sahaja yang akan mengamuk keseorangan.

Itulah diantara sikap Melayu yang kita lihat dan berlaku masa kini.Tidak usah ceritalah tentang perangai lain orang melayu ,nescaya kita lagi malu untuk mengaku kita ini sebagai melayu.Marilah bersama berdoa kepada Allah agar menyelamatkan Melayu-melayu ini daripada kehinaan yang semakin menyerlah kini.Apakah kata-kata Hang Tuah "takkan melayu hilang di dunia ini" hanya sekadar retorik untuk melekakan melayu supaya sentiasa mengalah dan terus mengalah sehingga lenyap melayu dalam keadaan layu dan terus layu.Alahai melayu!!!.



Gambar hiasan




Share/Bookmark Read more...

3:26 AM

Pinggiran Kuantan


Pemandangan Pinggiran sungai Bandar Kuantan Pahang Darul Makmur
Rabu 21/04/2010









Share/Bookmark Read more...

4:19 AM

Agaknya ini lah kesannya

Di negara kita ini dah banyak saluran TV yang disediakan.Saluran-saluran TV ini menyediakan pelbagai program untuk tatapan masyarakat.Namun begitu diperhatikan majoritinya adalah dalam bentuk telenovella yang menghidangkan kisah-kisah yang berbentuk cinta dan perasaan.Dalam apa bahasa sekalipun Indonesia,Filipina,Mexico dan sebagainya semuanya berbentuk cinta dan perasaan.Maka itulah agaknya kesan yang kita lihat sekarang ini berlaku begitu banyak sekali gejala sumbang yang berlaku.Di kalangan muda remaja,dewasa malah yang tua bangka pun terpalit sama.Saban hari ada sahaja kes khalwat dan sumbang mahram yang berlaku.Apakah ini realiti ikutan daripada kisah-kisah yang dipaparkan melalui program-program tersebut...bersama kita fikirkan.

TV3 logo The sixth RTM logo used from 2004 - present Tv9logo.jpg




File:EscravaIsaura.jpg
gambar hiasan




Share/Bookmark Read more...

7:16 PM

kalau macam ni kena berhentilah....

[mie-instan.jpg]


Nampaknya berita tentang bahayanya mee segera ini agak mengejutkan,kerana majoriti di antara kita memang gemar memakan mee segera ini,terutamanya di kalangan anak-anak termasuk juga orang dewasa.Anak-anak yang berada di pusat-pusat pengajian tinggi yang sibok dengan urusan pengajian,dek kerana ianya cepat,mudah dan rengkas disediakan maka menjadi rutin kepada mereka memakan benda ini.Baca inidan ini.Demi untuk masa depan generasi kita,kepada pihak berwajib usahakanlah untuk memberi kesedaran tentang perkara ini,kerana mencegah itu lebih baik daripada kita mengubatinya.








Share/Bookmark Read more...

2:23 AM

Tahniah untuk Ameer


Sekalong Tahniah untuk Ameer kerana melepasi halangan pada hari ini 18/4/2010 dan berjaya memecah rekod keluarga berenang dari Pulau Kapas Terengganu ke Pantai Marang sejauh 6.5 KM dalam acara Kapas-Marang 2010 International Swimathon ....sekali lagi Tahniah











Share/Bookmark

Read more...

7:11 PM

Usaha yang baik tetapi kesannya yang......

Jam 4.00 pagi,kerana ada hal yang mustahak terpaksa ke bandar.Di sana walaupun hari sudah malam malah melebihi dua pertiga malam pun masih terdapat ramai orang dengan urusan masing-masing.Yang berniaga makan masih terus berniaga seolah-olah hari esok sudah tiada lagi.Kebetulan juga melalui kawasan masjid,tetapi di sini tiada orang,malah masjid masih tertutup dan gelap tanpa cahaya.

Melihat kedua keadaan yang berbeza ini membuatkan fikiran resah secara tiba-tiba,betapa gambaran yang disebut oleh Allah melalui al-Quran itu tentang perangai manusia adalah jelas melalui pengamatan yang dilihat pada pagi ini.Manusia sibuk hanya "mencari" untuk kudapan jasad hatta terpaksa melupakan kerehatan malam yang disediakan Allah.Saya yakin makanan rohani amat sedikit kita usahakan kalau pun ada,namun ianya tidaklah "selazat" apa yang kita sediakan untuk jasad.Percayalah untuk rohani tiada vitamin,tiada hiasan dan tiada menu tambahan yang kita cuba usahakan,berlaianan dengan menu untuk jasad yang kita setiap hari berikhtiar termasuk berkursus untuk melazatkanya.

Sebagai peringatan baca dan hadamkanlah firman Allah ini:

الَّذِي جَمَعَ مَالا وَعَدَّدَهُ
(yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitung,)


يَحْسَبُ أَنَّ مَالَهُ أَخْلَدَهُ

(dia mengira bahawa hartanya itu dapat mengkekalkannya)

Semoga bermunafaat...









Share/Bookmark

Read more...

3:41 AM

Bukit Bunga Kelantan & Buketa Thailand





















Share/Bookmark

Read more...

7:29 PM

Angkat ekor...

Kata orang-orang tua,kera atau anjing itu tiada siapa yang hendak angkat ekor mereka kecuali mereka sendirilah yang angkat ekor masing-masing....




Orang ini angkat ekornya sendiri-sendiri




ini pun sama dan tiada orang yang ingin angkat ekornya,maka terpaksalah dia angkat sendiri walau apa cara sekalipun.....Kesiannnn..




Share/Bookmark Read more...

12:08 AM

....atau sememangnya kita tidak kisah....


Berita penarikan kereta daripada pasaran kerana berlakunya kecacatan pembuatan mengejutkan semua orang.Tambahan lagi ianya melibatkan nama besar seperti Toyota,Honda dan beberapa jenama lain.Kecacatan ini sebagaimana yang dilaporkan telah mengakibatkan berlakunya kehilangan nyawa akibat daripada kemalangan yang berlaku.

Penarikan kereta dari pasaran ini melibatkan negara-negara Eropah dan Amerika.

Dalam melihat perkara ini,banyak persoalan yang menjegah pemikiran kita.Kenapa "penarikan" ini tidak berlaku di negara kita,sedangkan jenama-jenama tersebut juga wujud di negara kita ini,lagi pun dari segi teknikalnya semua komponen yang dibuat untuk menghasilkan kereta-kereta tersebut adalah sama dan cara pemasangan juga rasanya tiada yang berbeza dari segi spesifikasinya.

Di negara kita ini,antara yang terbanyak dari segi bilangan dan kekerapan berlakunya kemalangan.Pernah kita buat kajian atau tubuh pasukan penyiasat untuk menyiasat sebab-sebab berlakunya kemalangan tersebut khususnya kenderaan yang terbabit.Pasukan penyiasatan hanya ditubuhkan bila berlaku kemalangan yang melibatkan kapalterbang,bas atau bot-bot sahaja.Pernah kita dengar ke bila berlaku kemalangan terutamanya melibatkan kereta individu dan berlaku pula kematian,ditubuhkan pasukan penyiasat untuk mengenal pasti punca berlaku.Rasanya tiada dan nampaknya pihak berwajib tidak berminat ke arah itu sebagaimana yang diamalkan di negara-negara luar.

Di sini sebenarnya bukan tidak ada aduan yang melibatkan kenderaan baharu yang dibuat oleh para pembeli di pusat-pusat servis yang disediakan,namun sejauh mana responnya tidak dapat dipastikan.

Melihat kepada budaya tidak sensitif di kalangan pengguna dan juga pembekal maka tidak mustahi apa yang berlaku di Amerika dan juga Eropah juga sememangnya berlaku juga di sini,tetapi disebabkan kita tidak peka dan sikap pembekal yang tidak begitu perihatin terhadap kepentingan keselamatan maka perkara yang penting ini terabai begitu sahaja.

Sebagai penyelesaian, kerajaan seharusnya bertindak dengan segera dalam perkara ini dengan menjadikan "keselamatan" sebagai keutamaan dalam pembuatan kenderaan yang dijual di negara ini.Pasukan penilaian yang berkualiti hendaklah ditubuhkan dengan segera untuk menilai serta memastikan setiap kenderaan yang dijual di negara ini betul-betul selamat dan terjamin dari segi kualitinya.





Share/Bookmark

Read more...

6:10 PM

Apa anda buat bila malam mendatang....

Anda selalu bangun malam?Bila bangun apa anda lakukan?Apakah anda buat ini


atau buat ini




sesungguhnya pilihan anda adalah hak anda.Namun apa yang baik adalah pilih mengikut apa yang digarap PENCIPTA!!.dan...baca ini


Share/Bookmark Read more...

12:26 AM

Buah

Anda kenal buah ini?,sangat baik untuk kesihatan,baca di sini & sini






Share/Bookmark Read more...

11:33 PM

Benda Pelik !!!!!




Benda Pelik ni!!!! cuba klik sini














Share/Bookmark Read more...

11:14 PM

Salam untuk warga Zagazig

Apa khabar warga Zagazig!!!!


Masjid Fatah





















Share/Bookmark Read more...

12:16 AM

Kalau benar bagai dikata,malu kita!!

Sabtu cuti hujung minggu.Sempat merayau ke alam maya,meneroka sana dan meneroka sini dan terjumpa artikel ini.Nak tahu bacalah...












Share/Bookmark

Read more...

5:49 PM

Motivasi dari abang warung kopi

Hari ini jumaat 2 April 2010.Masih bercuti.Dikesempatan ini agak lama berada di kampung menemani orang tua yang satu-satunya khazanah "milik saya" yang paling berharga dalam dunia ini.


Nyamanya kampung (gambar Hiasan)

Pagi,selesai solat subuh singgah di sebuah warung kampung.Sudah lama tidak begini,damai sungguh rasa hati.Tujuan singgah selain daripada bersarapan juga untuk berjumpa kenalan sekampung yang sememangnya lama tidak dikunjungi.Rindu sungguh rasa hati untuk menikmati suasana begini dan Alhamdulillah kali ini tertunailah apa yang dihajati.
Di warung pesan minuman kurang manis.Kata abang warung orang sekarang takut mati!! tambahan lagi yang kaya dan berharta.Kalau miskin tidak kisah itu semua.Mana ada orang kampung minta minuman kurang manis? Katanya.Hatta yang berpenyakit kencing manis pun tidak pernah minta minuman yang kurang manis,kata abang itu.Dah lama saya berniaga begitulah gelagat pelanggan dan berbezanya antara orang berada(baca:orang bandar/bekerja dan bergaji tetap) dengan orang yang kurang berada (baca:orang kampung tidak berpendapatan tetap).

Gambar hiasan

Sebenarnya untung nasib kita ini Allah dah tentukan,luah abang warung itu, memberi tazkirah pada saya. Kan selalu sebut ajal maut,jodoh dan pertemuan itu Allah dah tentukan!! Kenapa bila dalam hal begini kita menolak tawakkal seolah-olah kita berkuasa segala-galanya? Kita lupa Allah sebenarnya.Beringat dan berwaspada itu mesti!! Kata abang itu,tetapi apa yang lebih penting kita kena tawakkal.

Betapa ramai yang sudah meninggalkan kita (baca: mati).Semuanya kalau boleh tidak mahu mati,tetapi kenapa mati juga?!kata abang itu lagi.Babi di hutan kenapa ada yang mati di jalanraya? Sedangkan sepatutnya babi itu mati di hutanlah!,kalau ada di antara babi yang boleh bercakap dan bersyarah di kalangan mereka memberi peringatan tentang perlunya menjaga diri dari bahaya jalanraya nescaya penceramah itu akan di perli dan dipermainkan oleh kelompok babi itu,tanpa memikirkan bahawa ketentuan Allah yang tertuliss di "Lauh Mahfuz" itu adalah ketentuan yang tepat dan maha benar..kata abang warung itu lagi.Terpegun saya....


gambar perkuburan (gambar hiasan)

Berfikir panjang saya,leteran abang warung itu walaupun bersahaja dan tanpa ilmu yang berjela menginsafkan saya,sesungguhnya persinggahan kita di "sini" hanya sementara saja dan bekal yang hakiki hanya unuk ke"sana",oleh itu bijaklah dalam mencari "bekal",jangan bekalnya lebih ditempat yang tidak perlu berbekal lebih,sedangkan tempat yang perlu bekal lebih kita berkurangan bekal pula,tekan abang itu.Saya akur,walaupun hujjahnya agak "keterlaluan" tetapi nampaknya ianya sesuai untuk "mengubati" jiwa saya dan mungkin juga jiwa-jiwa yang lain.Bersama renungkan....



Untuk N3 ini saya pohon bersama berdoa dan menyedekahka al-fatihah kepada sahabat-sahabat yang baru meninggal semalam dan dua hari lepas.Abdullah Syukri Hassan dan Din....semoga diberi keampunan..












Share/Bookmark Read more...

7:34 AM

Anugerah :Beza antara nampak dan tidak nampak

Semua seronok bila mendapat sesuatu anugerah.Kalau daripada istana tentulah pingat kebesaran atau sebagainya,dan kalau di pejabat-pejabat sudah semestinya anugerah khidmat cemerlang atau pun pekerja terbaik dan sebagainya.Kalau dapat mesti seronok.Sebab itulah ramai yang berusaha untuk mendapatkanya.Usaha itu samada cara elok atau tidak tolak tepi,apa yang penting dapat,dan bila dapat maka seronoklah.

Anugerah ini kalau diperolehi,biasanya tiada apa sangat ganjaranya,paling tidak bergelar atau dalam surat menyurat maka di pangkal atau hujung nama itu adalah apa-apa pingat atau gelaran,itu saja.Kadang-kadang kita hairan kenapa manusia suka sangat dengan perkara-perkara sebegini?

Berbeza dengan anugerah yang asli yang dijanjikan Allah.Berjenis-jenis yang Allah sebut dalam Al-Quran,kita lihat tidak ramai yang cuba merebutnya.Kalau ada pun usahanya tidaklah sebagaimana merebut anugerah yang disamopaikan di dunia ini sebagaimana yang disebut tadi.Dari jenis apa pun mansia ini hatta yang bertitle ustaz pun sama,bila anugerah daripada istana ke atau jabatan ke maka bertungkus lumuslah dengan usaha dan persiapannya.Bermula daripada persediaan pakaian sehinggalah tatacara penerimaanya,belajar,penedek kata daripada A sampai Z kita belajar dan ingati,namun anugerah yang Allah dah janjikan itu ada kita bersiap samapai begitu?,sedangkan ganjaran itu adalah berkekalan dan menjadi nikmat yang tidak terperi nikmatnya.

Terfikir kita ini sebenarnya amat jahil dan tidak pandai memilih dan menilai sebenarnya.Kita lebih mementingkan apa yang kita dapat lihat berbanding dengan apa yang dijanjikan Allah yang sebenar-benar penjanji,cuma tidak diperlihatkan sahaja untuk masa kini.Apakah kita sebenarnya beriman? sebagaimana yang kita ikrarkan atau cuma menyebut di bibir sahaja bagaikan burong tiong?tetapi di hati sebenarnya tidak?!!.Kalau begitu masakan kita berbeza dalam situasi begini.Bersama fikirkan...











Share/Bookmark

Read more...