5:40 PM

Kisah-kisah benar yang septutnya kita ambil iktibar...

Kalau kita baca dan teliti kandungan alQuran banyak sangat kisah-kisah yang Allah ceritakan kepada manusia tentang bala yang dikenakan kepada umat manusia terdahulu hasil daripada keingkaran mereka dalam menurut perintah Allah yang disampaikan melalui Nabi-Nabi dan Rasul-Rasulnya.

Cuba kita kenangkan bagaimana Allah telah balakan dengan bencana dan azab kepada kaum-kaum Nabi Salleh,Nabi Hud,Nabi Nuh,Nabi Musa Nabi Lut dan banyak lagi nabi-nabi yang Allah telah kisahkan.Apakah kita tidak mengambil iktibar daripada kisah -kisah tersebut?sedangkan kita tengok dan lihat perlakuan mereka saling tidak tumpah dengan apa yang berlaku sekarang ini.Dalam perniagaan menipu,termasuk dalam urusan timbang dan sukat,dalam menyuruh yang makruf dan menghalang yang mungkar kita lihat bagaimana yang berbuat baik akan dihalang dan diperlekeh serta difitnah,orang alim lebih utama mempertahankan kepentingan diri daripada menyatakan kebenaran dan berbicara soal-soal remeh yang sepatutnya tidak diutamakan,ada diantara mereka yang lebih suka berada di "zon selamat"daripada mendapatkan risiko "diuji".

Sekarang ini mala petaka dan bencana berlaku di mana-mana dan dekat dengan kita,bagaimana gunung merapi meletus memusnahkan alam sekitar termasuk para penduduknya,tsunami menghancurkan prasarana dan mengubah landskap yang teratur sebelumnya menjadi padang jarak padang terkukur.Penyakit yang pelbagai yang tidak pernah dikenali sebelumnya dan tiada ubat yang berupaya menyembuhnya sehingga kini,pertelingkahan serta perbalahan sesama sendiri yang tiada tanda untuk berhenti,malah pelbagai lagi peristiwa yang berlaku yang sebenarnya menuntut kita untuk memerhati dan mengambil iktibar daripadanya.

Semua yang berlaku itu, kalau kita ini seorang yang peka dan berfikiran terbuka,kita akan sedar dan insaf bahawa yang diceritakan kepada kita melalui alquran itulah yang berlaku sekarang ini,dan kalau diperhatikan ianya adalah merupakan "pengulangan" sejarah lama terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku terdahulu.Tengoklah bagaimana perlakuan kaum Nabi Lut,mereka gay!,kini gay berleluasa,tengok pula apa yang dilakukan oleh kaum nabi Syuaib,mereka menipu dalam perniagaan termasuk dalam timbang dan sukat,kini perlakuan sama berlaku juga,cumanya "bala" seumpamanya belum lagi berlaku di tempat kita ,walau pun mungkin didatangkan dalam bentuk lain ,semoga Allah melindungi dan menjauhi perkara tersebut daripada menimpa kita semua.

Percayakah kita dengan semua itu!?,kalau percaya kembalilah kepangkal jalan,masa masih ada,kepada pemimpin! pimpinlah umat anda sebaiknya dan menepati syariat dan ajaran Allah,kesilapan dan keterlanjuran boleh dimaafkan jika dalam tempuh yang dibenarkan dan selagi nyawa tidak sampai ke halkum.Kepada para alim berkata benarlah walau ianya pahit,kepada andalah para marhein mengharapkan panduan dan tunjuk ajar.Oleh itu bersamalah mencari kebaikan.InsyaAllah jika semua ikhlas dan tulus Allah akan bimbing kita.

Share/Bookmark

Read more...

8:17 PM

Doa agar dapat bermimpi bertemu Rasulullah S.A.W




Di salin dari www.darussyifa.org






Share/Bookmark

Read more...

9:37 PM

Ubat jiwa

بسم الله الرحمن الرحيم

وَإِنْ يَمْسَسْكَ اللَّهُ بِضُرٍّ فَلَا كَاشِفَ لَهُ إِلَّا هُوَ ۖ وَإِنْ يُرِدْكَ بِخَيْرٍ فَلَا رَادَّ لِفَضْلِهِ ۚ يُصِيبُ بِهِ مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ ۚ وَهُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ


Maksud ayat:
Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia; dan jika Ia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (Yunus 10:107) |

Aduhai kawan!!!jika berlaku sesuatu yang buruk maka jangan bersedih dan menyalahkan sesiapa kerana setiap takdir yang berlaku itu hanya merupakan ujian untuk menguji kita dan jika kita bersabar maka kebaikan menanti kita,dan jika kebaikan yang mendatangi kita maka syukurilah kerana Dia akan menambah lagi kebaikan itu untuk kita.

Kita juga kena sedar yang patah-patah perkataan dan percakapan kita itu senang untuk diungkap namun tetapi untuk ianya meresap kepada hati sanubari adalah amat sukar untuk diterjemahkan,namun sabarlah kawan ianya akan berlaku jika kita "berusaha" untuk menjadikanya sebagai realiti.Semuanya akan menjadi kenyataan apabaila kita terus berusaha dengan sabar dan tekun bersama doa.Sesungguhnya Dia sahaja yang Maha Pemberi dan kita sebagai manusia tiada daya dan upaya.Namun berdoa dan berikhtiarlah untuk dikabulkan doa kita ini...


Share/Bookmark

Read more...

11:45 PM

Tua

Setiap orang yang hidupnya panjang sudah pasti akan tua.Apabila sudah tua kita akan banyak "kehilangan",tenaga, pemikiran, malah keupayaan juga akan turut hilang bersama "tuanya' kita.

Kalau masa muda sesetengah orang garang namun ianya akan berubah bila menjelang tua,begitulah lumrahnya tentang perkara-perkara lain yang ada atas batang tubuh kita ini sebagai manusia.Semuanya akan merosot dan berlalu bersama tuanya kita.

Penyakit selalunya datang masa tua,pelupa juga datang bila dah tua,begitulah fizikal kita juga berubah apabila dah tua.Rambut beruban,gigi tercabut dan sebagainya.

Sifat tua ini cuma ada pada orang yang memandang sahaja,tetapi bagi diri sendiri jarang merasa dirinya sudah tua.Sebab itulah kita dapati ramai di kalangan orang yang sudah berumur ini melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh orang tua.Merogol,merompak malah apa sahaja perkara yang tidak munasabah oleh akal berlaku di kalangan manusia yang tua ini,sebabnya kita tidak merasa yang kita sudah tua.

Sebenarnya terimalah hakikat apabila kita sudah tua kita sebenarnya sudah banyak kekurangan,jangan degillah itulah hakikat sebenarnya.

Dewasa ini kita nampak banyak orang-orang yang dikatakan sudah tua ini dilantik dan disambung perkhidmatanya bagi yang berkhidmat dalam sektor awam dan sebagainya.Kenapa sampai begitu sekali sehingga kita sanggup menolak hakikat bahawa orang tua sememang lemah!!!?Apakah dengan melihat rekod-rekod yang lalu maka kita terus beranggapan mereka ini akan terus cemerlang sebagaimana sebelumnya?Rasionallah,sesungguhnya kalau kita rasional maka kita ada jawapanya.Oleh itu Rasionallah..

Share/Bookmark

Read more...

5:12 PM

Nuklear: sesuatu yang kita tidak fahami

Sebut Chernobyl semua orang akan ingat akan peristiwa kemalangan loji nuklear yang berlaku di situ sekitar april 1986.Sekarang ini perkara yang sama berlaku di Jepun akibat gempa serta tsunami dan kesan yang menakutkan itu berpanjangan sehingga kini tidak dapat diselesaikan.Hasilnya kedua-dua kemalangan tersebut telah menyebabkan penyebaran radioaktif yang amat merbahaya kepada kehidupan dan mempunyai kesan yang berpanjangan.Jadi sebut nuklear semua orang akan fobia terhadapnya.

Kebimbangan ini turut dirasakan oleh rakyat Malaysia terutamanya di negeri Pahang dan sekitarnya hasil daripada pembinaan loji memproses nadir bumi yang sedang dibina di Gebeng oleh firma Australia, Lynas yang dikatakan akan menghasilkan 20,000 tan sisa radioaktif setahun apabila beroperasi kelak.Keluaran kilang ini dikatakan akan digunakan sebagai bahan dalam keluaran lampu kalimantang yang berada di setiap rumah-rumah kita.

Sebagai manusia yang agak kurang arif tentang nuklear ini kebimbangan yang sama turut dirasai malah lebih terkesan apabila yang bercakap tentang bahaya kesan pembinaan kilang itu adalah di kalangan yang dikatakan pakar.

Berkebetulan semalam dapat bercakap dengan seorang kawan yang agak pakar dalam nuklear ini dan beliau terlibat secara langsung dalam mengendalikan kilang Lynas ini.

Hasil perbualan dan penjelasan yang beliau berikan ternyata sangkaan sebelum ini agak meleset.Ternyata hasil daripada kajian dan pengalaman beliau selama puluhan tahun yang terlibat dalam industri nuklear ini menunjukkan apa yang akan dilalui oleh dalam projek Lynas ini adalah berada di tahap selamat dakwa beliau.Malah katanya industri bijih timah itu lebih berbahaya kerana ianya mengeluarkan plumbum berbanding dengan memproses nadir bumi ini.Projek di Bukit Merah yang ditutup itu pun kata beliau terbukti tidak ada kesan sampingan kepada para pekerja sehingga kini.

Cuma agak dikesalkan kata beliau pihak-pihak yang menentang tidak memberi peluang untuk pihaknya memberikan penjelasan tentang perkara ini,malah dalam dailog yang diadakan mereka lebih banyak mempersoalkan tentang teknikal yang mereka tidak fahami tetapi tidak mahu menerima penerangan yang diberikan,malah ditolak secara melulu tanpa ada fakta.Begitu juga dengan orang politik walaupun mereka menyatakan faham tetapi terpaksa mengikut "arus" atas desakan para pengikut.

Nampaknya perkara ini akan berterusan dan mungkin menjadi polemik yang berpanjangan.Kita orang awam hanya "terpinga-pinga"dengan situasi ini dan mendapati mana kelompok yang lebih kuat dari segi hujjah dan pembawaan maka akan menanglah dia walau pun hakikat sebenarnya betul atau salah tidak kita ketahui.

Pada saya teknologi adalah anugerah Allah.Jika ianya adalah sesuatu yang baik maka perlu dimunafaatkan selagi ianya tidak mengundang bahaya.Cumanya untuk memastikan ianya baik atau pun tidak perlu kepada kajian.Kepada kita yang tidak 'ahli " ini kena belajar dan cuba fahami apa sebenarnya perkara itu.Jangan hentam tanpa ilmu.Bila dah ada ilmu terpulanglah kepada pilihan anda...

Cuba baca ini,ini

Share/Bookmark

Read more...

5:39 PM

Percaya! tapi buat juga..

Setiap daripada kita mencari sesuatu tentunya untuk diri sendiri.Jarang kita dapati orang berbuat sesuatu untuk kepentingan orang lain,paling dekat pun kalau ada cuma untuk keluarga terdekat sahaja.Itu lumrah yang berlaku.

Allah mengutuskan Rasulnya ke dunia ini untuk menyampaikan tentang pentingnya kerja kita untuk dimunafaatkan kepada orang lain selain daripada diri kita sendiri.Semua orang tahu tentang perkara itu,samada orang itu banyak ilmunya atau sebaliknya.

Realiti dunia hari ini kita dapati jarang berlaku orang bekerja untuk kepentingan orang lain,kalaupun ada tidak banyak bilangannya.Rata-rata semuanya untuk diri sendiri,malah jika diminta maka akan ada sahaja alasanya untuk cuba mengelak.

Semua kita sebut percayakan hari pembalasan,tetapi kenapa apabila berbuat sesuatu kita jauh menyimpang dan seolah-olah hari pembalasan itu sesuatu yang tidak wujud? dan "kepercayaan" yang kita sebut itu bagaikan omong-omong kosong sahaja.Lihat sahajalah bagaimana perlakuan kita hari ini.Demi kepentingan diri,kita tidak segan silu untuk menipu,menzalimi orang lain malah kita memfitnah dan mengaibkan orang lain,malah kawan karib kita sendiri pun kita aibkan jika ianya dirasakan menjadi saingan kita.Kenapa begitu?.Semua orang tahu perlakuan sebegitu adalah berdosa.Ini semua kerana "kepercayaan " yang kita sebut itu sebenarnya bukanlah merupakan perkataan yang sebenar dan bukan lahir daripada isi hati kita yang tulus.Kita sebut hanya untuk mencari alasan supaya tidak dimarahi makhluk dan bukannya untuk mencari redha Khaliq yang menjadikan kita semua.

Sebelum terlambat marilah bersama kita insafi bahawa kehidupan dunia ini tidak kekal selamanya.Kalau kita merasakan rakaman sejarah Firaun atau Qarun itu kisah lama dan tidak begitu menginsafkan kita,maka kenanglah kisah kawan-kawan kita telah "pergi" dan sempat kita lihat .Bagaimana keadaan kawan-kawan kita itu samada yang kaya atau miskin,mereka semua pergi hanya berbekalkan dengan pakaian yang sama malah tidak mampu untuk berjalan sendiri ke kubor masing-masing.Insaflah,kuat sangatkah kita ini?.Oleh itu kembalilah kita kepada ajaran yang sebenarnya dan tetapkanlah diri dalam hidayah dan iman.

Share/Bookmark

Read more...

8:28 PM

Mengata

Dalam kehidupan ini "mengata"(baca: mengumpat) orang adalah sesuatu yang digemari dan disukai.Tambahan lagi mengata tentang keburukan orang lagi disukai.Mengata ini tidak kira orang,samada lawan atau kawan dan lagi seronok kalau orang itu "saingan" kita,kita seronok kalau dengan kata-kata kita itu orang yang dikata itu akan terhina,atau pun akan dipandang rendah oleh ahli masyarakat.

Kadang-kadang ada orang suka mengadu domba,kita akan berbuat begitu juga ada tujuanya,antaranya jika kita merasakan orang itu akan mengatasi kita maka untuk mengatasinya kita akan mengadu,kadang kepada orang atasan atau pun rakan-rakan sekeliling,tujuanya supaya orang itu dibenci dan kita dipandang tinggi.

Orang yang berperangai begini selalunya tidak dapat menerima realiti kehidupannya.Hanya akalnya sahaja yang menjadi panduan ,tanpa langsung berlapik dengan Tuhan.Apabila diperingatkan ianya akan "mengaku" menerima keadaan tetapi itu hanya luaran.Sebagai bukti apabila kita berterus terang denganya dia "mengiakan" tetapi di sebaliknya berbakul sumpah seranah hasil daripada terus terang itu.

Kita sedar itulah hakikatnya manusia,perangainya resah gelisah,jika dicuba maka lagi gelisah jadinya,tetapi jika diberi kesenangan dia akan kedekut.Hakikat ini jelas dinyatakan oleh Allah melalui Alquran yang suci.

Marilah bersama kita berdoa supaya kita dihindari oleh Allah daripada menjadi manusia yang suka mengata dan mengadu domba ini.Juga kita pohon Allah lindugi kita daripada difitnah dan diadu domba.Ingatlah tiada apa untungnya jika kita berjaya dalam fitnah atau berjaya mengadu domba,kita hanya dapat cuma semacam kepuasan tetapi kita sebenarnya masih tidak puas.Ingat saat kematian itu adalah sesuatu yang pasti dan jika ianya datang dalam keadaan kita tidak insaf dan bertaubat maka tunggulah janji yang telah Allah janji kan itu.Oleh itu taubatlah ,insyaAllah kita akan selamat.



Share/Bookmark

Read more...

6:25 PM

Bersangka baiklah selalu..

Sikap bersangka baik adalah sesuatu yang terpuji bagi yang mengamalkannya.Tabiat ini banyak menyelesaikan masalah terutamanya yang melibatkan hubungan di kalangan ahli masyarakat.Namun begitu berapa ramai yang kehidupannya diseliputi dengan sifat seperti ini.Kalau diperhatikan sedikit sekali bilangannya mereka yang mempunyai sifat "bersangka baik " ini dalam masyarakat kita.

Sebenarnya mereka yang mempunyai sifat dan perangai jenis ini adalah seorang yang berjiwa besar dan tidak mempunyai ramai musuh.Katalah atau fitnahlah apa sahaja namun dia masih "bersahaja" dengan fitnah itu,kadang-kadang tukang fitnah itu pula yang "sakit jiwa" dengan perangai orang yang berjiwa besar ini.Namun begitu berapa ramai orang yang seperti ini yang ada pada masa ini?,yang pasti ianya amat sedikit sekali.

Sifat dengki,tamak,dan memandang orang lain tidak betul adalah lumrah bagi sebahagian daripada kita.Itulah sebabnya berlaku fitnah sana fitnah sini dan selalunya akan berakhir dengan pergaduhan,malah lebih teruk lagi sehingga ke tahap berbunuhan sesama sendiri.Apa untungnya?Jika kita merenung dan bermuhasabah secara insaf sebenarnya kita tidak akan ke mana pun,paling hebat ,kita akan berjaya mengatasi sesorang yang kita dengki itu tetapi setelah kita berjaya mengatasinya apa yang kita dapat?,kita puas?,percayalah selagi kita manusia kita tidak akan rasa puas dan tenang.Selepas itu kita akan mencari lagi "mangsa" lain untuk kita puaskan hati kita dan begitulah berterusan sehinggalah kita mati.

Percayalah dalam "mengejar" dunia ini walaupun kita rasa macam ada kepuasan namun hakikat sebenarnya kita tidak pernah puas.Ini terbukti apabila kita akan berterusan mengejarnya.Ini menunjukkan kita sering dalam kegelisahan sebenarnya.Buktinya kita tidak pernah puas itu!!.

Sebagai akhirnya marilah bersama kita panjatkan doa kepada Allah agar kita diberi hidayah dan menjadi manusia yang diredhai Allah serta menjadi manusia yang sentiasa mencegah kemungkaran dan mengajak untuk melakukan kebaikan.Apa yang penting selalulah bersangka baik dalam kehidupan ini.



Share/Bookmark

Read more...

5:40 PM

Antara kelemahan kita

Naluri manusia berkehendakkan sesuatu untuk dirinya.Manusia tidak peduli,asalkan dapat memuaskan hati maka itulah yang dicarinya.Sebab itu lah kita lihat manusia terus-terusan berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang dihajatinya.Baik atau buruk caranya tidak menjadi perhitungan,apa yang penting hajat didapati dan menjadi miliknya.

Sepintas melihat situasi sebegitu kita dapat menilai bahawa manusia semacam tiada bezanya.Kaya miskin,berilmu atau tidak sama sahaja.Sebab itulah kita dapati berlaku di kalangan manusia adanya tindas menindas dan zalim menzalimi.kadang-kadang kita lihat watak yang beraksi itu tidak munasabah dengan peribadi yang dimilikinya.Berilmu tetapi rasuah,kaya dan berpangkat tetapi masih tamak dan berterusan melakukan kezaliman sesama manusia.

Manusia sering gelisah dalam mencari "habuan" ini,kenapa ya?!!.sebenarnya kita masih ada peluang untuk menyisihkan diri daripada menjadi manusia gelisah ini.Carilah Tuhan dan Dia sahaja yang pasti boleh menyelesaikanya.Kita kena percaya bahawa apa yang kita perolehi itu ada hikmatnya dan begitu juga jika kita tidak memeperolehi sesuatu itu juga ada hikmatnya.Kadang-kadang susah kita hendak memikir dan menerimanya,namun hakikat itu kita akan perolehi jika hati kita "lembut"dan berfikir secara berlapang dada dalam perkara ini.

Cuba kita renung dan kembali mengingati kisah-kisah lama kehidupan kita,saya pasti semua daripada kita ada kisah itu.Kadang-kadang apa yang kita perolehi itu ,walaupun ianya baik pada pandangan zahir tetapi banyak menyusahkan kita dan begitulah sebaliknya,kadang-kadang ada masanya kita menyesal dengan "perolehan" itu sedangkan sebelumnya kita bermati-matian untuk mendapatkannya!.Oleh itu untuk kehidupan ini berusahalah dan bertawakkallah,kita kena redha dan bersyukur dengan apa yang telah dan akan dikurniakan kepada kita kerana demi sesungguhnya Dia amat mengetahui tentang keperluan kita sebagai hamba yang dijadikan.

Share/Bookmark

Read more...

12:08 AM

Bersama Beristighfar

http://3.bp.blogspot.com/_j-5Y4BUoo8k/S7v_He2A_qI/AAAAAAAAAXM/VAeMxynukUA/s1600/penghulu_istighfar.jpg


"Ya Allah, Engkaulah Tuhanku tiada Tuhan melainkan Engkau yang menjadikan aku dan akulah hambaMu dan aku sentiasa dalam genggaman (kuasa)Mu dan aku terikat dengan perjanjian denganMu semampuku. Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada kejahatan yang aku lakukan. Aku kembalikan kepadaMu segala nikmat yang Engkau berikan kepadaku dan aku kembali kepadaMu dengan dosaku, oleh kerana itu ampunilah aku, kerana tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau)."
Share/Bookmark Read more...

11:04 PM

Carilah kepuasan dengan cara yang betul..

Setiap insan inginkan kepuasan dalam hidup.Oleh sebab itu mereka berusaha untuk mencari kepuasan itu.Samada bekerja dengan tenaga yang ada atau meminta-minta juga adalah satu bentuk pekerjaan ke arah mencari kepuasan itu.

Dalam melaksanakan pekerjaan ini jarang kita perhatikan ianya di"tapis' terlebih dahulu untuk seseorang melakukan kerja itu.Sebab itu lah kita lihat dalam kontek Islam contohnya ramai penganutnya yang bekerja tidak begitu memilih.Haram ke halal ke semuanya jadi asalkan ianya memenuhi kehendak dan kepuasan diri.Itu sebab ramai yang kita lihat yang terlibat dengan benda-benda yang tidak baik ini ramai di kalangan orang islam,contohnya di premis penjualan arak,judi juga termasuk rasuah dan sebagainya.

Tidak dinafikan ramai di kalangan bukan islam juga terlibat,tetapi kita kena faham mereka itu tidak pernah diformalkan dakwah kepada mereka berbanding dengan orang Islam.Contoh terbaru bagaimana begitu ramai pegawai kastam yang ditangkap kerana aktiviti yang menyalahi undang-undang,bukan sahaja salah dari segi undang-undang dunia malah undang-undang tuhan juga ternyata salah,yang agak sedih dan menyedihkan mengikut maklumat ada di kalangan mereka yang terlibat ini dan berjawatan di peringkat tinggi itu juga adalah seorang yang secara formalnya mendapat pendidikan Islam dari peringkat sekolah sehingga ke peringkat universiti.Amat malang sekali jika maklumat ini adalah betul dan tepat.

Integriti disebut di mana-mana,di pejabat,di sekolah di TV,radio malah institut Integriti juga ditubuhkan,tetapi kenapa kempen-kempen yang ada cuma lebih kepada retorik dan hasilnya tidak begitu memberangsangkan!,kita percaya bukan 62 orang pegawai kastam itu sahaja yang terlibat malah bukan kastam sahaja yang terlibat malah pelbagai agensi juga turut terlibat,kita doakan semoga Allah memberi keinsafan kepada semua yang ada niat atau mula-berniat dan kepada yang sudah terlanjur supaya kembalilah ke pangkal jalan,carilah keberkatan dengan kita menghindari diri kita daripada perkara-perkara yang haram.Dalam melakukan maksiat ini semua akan terlibat tidak kira kita ustaz,ulama atau siapa sahaja yang penting bersamalah kita berdoa agar kita dilindungi daripada melakukan maksiat itu.Masa untuk taubat insyaAllah masih terbuka...




Share/Bookmark

Read more...