5:38 PM

Tahun Baru 2009

Selamat tahun baru 2009,semuga untuk tahun ini kita semua mendapat hidayah yang berkekalan dan sentiasa diberi taufik dan petunjuk yang benar.Sesungguhnya janji Allah barang siapa yang bertaqwa maka Allah akan memberi kita jalan keluar,menganugerahkan rezki dengan tidak semena-mena dengan cara yang tidak pernah terfikir oleh akal kita.Maka bertawakallah dan dan memadai hanya Allah sahajalah sebaik-baik penolong dan tempat bergantung.


[wahidpc.gif]


Sebagai permulaan tahun baru ini saya ingin mempersembahkan satu kesah yang sepatutnya kita sebagai orang yang mengaku beriman dan sunnah itu sebagai ikutan,maka kita semua sepatutnya juga beramal dengannya dalam semua hal dan keadaan.Ini adalah merupakan ucapan presiden PAS semasa pengumuman calon bagi pilihanraya P36 bagi Kuala Terengganu dan amat menarik untuk kita perhati dan teladani.

"Mengendalikan tugas yang berat ini saya terpaksa mengikut panduan yang diajar oleh Nabi saw iaitu istikharah dan istijarah saya tidak payah terjemah Dr Tan Seng Giaw (Timbalan Pengerusi DAP yang turut hadir) tahu….dia boleh baca jawi. Istikharah dan Istisyarah, kalau Dr Tan Seng Giaw tahu orang PAS tidak tahu malang

Sabda Nabi saw: “Tidak sia-sia mereka yg beritikharah dan tidak sesal mereka yang beristijarah”.

Beristisyarah kita mendengar pandangan-pandangan manusia dan rakan-rakan semua pihak yang kita tahu yang kita kenal yang kita percayai

Istikharah memohon pertolongan dari Allah swt lepas itu kita bertawakal kepada Allah swt.

Setelah mengambil pendekatan itu maka saya ingin membuat pengumuman calon yg dipilih oleh PAS yang diamanahkan untuk bertanding dalam pilihan raya ini ialah Tuan Hj Mohd Abd Wahid bin Endut. Beliau ialah YDP PAS kawasan Kuala Terengganu. Kerana yang kita nak lawan ni Ketua Bahagian Umno Kuala Terengganu. Yang padan dengan Ketua Bahagian Umno ialah YDP PAS Kawasan. Kita beri kepercayaan sebelum saya mengulas lebih panjang dan memang dia tidak minta jadi calon dan saya pilih dia…….


Ok sebaik sahaja kita menyantai maklumat tersebut mari bersama juga menyantai lagi sebagai maklumat ilmu untuk permulaan tahun baru ni mari sama-sama kita baca dan fahami ini klik di sini dan selepas itu mari bersama santai di sini pula .Untuk itu mohon izin kepada tuan-tuanpunya blog untu link dengan blog masing-masing.


Share/Bookmark

Read more...

11:32 PM

Merenung Tauladan


Hari ini rutin bulanan ke hospital.Berjumpa dan berbincang dengan doktor tentang permasalahan yang dihadapi.Lebih kurang 15 minit selesai.Datang jam belum pukul 8.00 pagi tetapi jumpa doktor jam hampir 11.00 pagi.Saat menunggu lebih lama daripada kerja sebenar yang sepatutnya dibuat.Apa nak buat memang dah begitu.Namun disini bukan itu yang hendak dirungutkan tetapi ingin berkongsi pengalaman dan sebagai tauladan.


Sebenarnya sudah lama saya berulang alik ke hospital ni.Kalau nak dikirakan sudah puluhan tahun.Samada untuk rawatan diri sendiri atau menziarah kawan-kawan tak kisahlah.Cuma apa yang pasti bila kita ke hospital berabagai ragam dan kerenah yang dapat kita lihat.Bermula daripada ragam pekerja termasuk doktor sehinggalah kepada pesakit itu sendiri.

Daripada pengamatan satu kesimpulan dapat dibuat memang manusia ini sebenarnya LEMAH hatta untuk mengawal kencing pun belum tentu dapat inikan lagi perkara-perkara yang lebih besar.Teringat kata-kata lawak jenaka seorang kawan bila selesai majlis pemakaman DYMM Yang Dipertuan Negeri Sembilan semalam..kata kawan saya"Saya memang bercita-cita hendak menjadi raja bila besar nanti tetapi bila melihatkan raja juga mati maka saya sudah padamkan cita-cita tersebut daripada ingatan saya".Termenung juga saya dengan lawak itu tetapi bila merenung lama sikit baru saya perasan rupanya lawak itu ada kiasanya.Manusia ini sebesar mana dan segagah mana pun dia tidak akan ke mana yang pasti akan kembali ke pangkuan yang maha Esa dan kekal di sana selama-lamanya.

Oleh itu marilah bersama kita mendisiplinkan diri kita dan jangan menzalimi diri dan orang lain dan banyakkan berbuat amal insyaAlah akan ramai daripada kita akan semboh dan tidak dijangkiti oleh penyakit samada zahir atau pun batin.



Share/Bookmark

Read more...

5:54 PM

SALAM MAAL HIJRAH 1430

Hari ini kita sudah masuk ke tahun baru hijrah 1430.Ini bermakna umur kita sudah bertambah setahun lagi.Bermakna juga umur kita sudah semakin pendek dan sudah semestinya menghampiri kematian.Oleh itu sempena dengan tahun baru hijrah ini marilah bersama kita mempertingkatkan takwa dan iman kita semuga menjadi manusia yang Allah redha kehidupan kita dunia dan ahkirat.



Ya Allah berilah kami kebaikan di dunia dan berikan lah kami kebaikan di akhirat dan lindungilah kami daripada sengsara dan azab ner
aka.



Untuk Permulaan Tahun Hirah 1430 ini kita juga menyaksikan kekejaman Yahudi Israel telah meghina Islam dengan menyerang rakyat Palestin yang tidak berupaya dari segi persenjataannya.Oleh itu marilah bersama kita bermunajat kepada Allah dengan Qunut Nazilah ini sebagai sumbangan dan simapti kita kepada Rakyat dan bumi Palestin itu.


Share/Bookmark Read more...

9:42 PM

Kereta Terbang

Kalau di zaman kanak-kanak memang menjadi kegemaran dengan membaca komik fiksyen yang mengesahkan watak kartun menggerakkan jentera duaguna iaitu sesekali menjadi kereta dan dimasa yang lain menjadi kapalterbang.Nah di tahun 2008 ini rupa-rupanya ianya menjadi realiti dan memang berpijak di alam nyata kita lihat....



IA bermula dengan angan-angan 30 tahun lalu dan sekadar mampu dijelmakan di layar perak seperti melalui filem Back to the Future, misalnya.

Maka, memiliki ‘kereta terbang’ yang mempunyai tahap fleksibeliti tinggi hanya tinggal impian sehinggalah baru-baru ini. Jika perancangan berjalan lancar, kereta terbang itu akan mula ada di jalan raya pada hujung tahun depan.


Mengikut pengeluarnya, kereta itu boleh mencecah harga £127,000 (RM651,686) seunit dan mempunyai kecekapan tinggi untuk membawa penumpangnya ke mana-mana hampir pada setiap masa, termasuk jika cuaca buruk untuk menerbangkan pesawat.

Dikenali sebagai Transition, kereta terbang itu dihasilkan Terrafugia Inc, syarikat ditubuhkan graduan Jabatan Aeronautik dan Astronautik bersama Sekolah Perniagaan Institut Teknologi Massachusetts pada 2006.

Kereta terbang itu dilengkapi sayap boleh lipat di kedua-dua sisinya. Jika ia diletakkan dalam keadaan bersedia untuk berfungsi, panjang sayap itu adalah 8.38 meter. Tahap kelajuannya pula adalah 185 kilometer sejam dan boleh terbang tanpa henti sejauh 740 kilometer.

Memetik kenyataan Terrafugia, jika berfungsi sebagai kereta, Transition boleh bergerak di jalan raya pada kelajuan ‘di lebuh raya’.

Untuk mengendalikan Transition sepanjang 5.79 meter itu juga sangat mudah. Anda hanya perlu membawanya ke stesen minyak untuk mengisi bahan bakar tanpa plumbum dan enjin Rotax 912s empat lejang berkekuatan 100 kuasa kuda itu sedia untuk digunakan.

Jurucakap Terrafugia berkata, disebabkan saiznya yang kecil, pemilik Transition tidak perlu pening kepala memikirkan membina hangar kerana ia boleh disimpan di dalam garaj.

“Apabila perlu terbang, anda pandu Transition ke lapangan terbang berhampiran dan gunakan ia untuk pergi ke destinasi sejauh 740 kilometer, sama ada melalui udara atau darat.

“Anda sentiasa boleh menjadi juruterbang atau pemandu kereta mengikut kesesuaian anda,” katanya.

Untuk mengendalikan Transition, penciptanya memasang panel kawalan semudah mungkin. Pemandunya hanya perlu menekan beberapa butang di kokpit untuk menukarnya daripada pesawat kepada kereta atau sebaliknya.

Namun, sebagai langkah keselamatan, sayap Transition hanya boleh didepangkan selepas penggunanya memasukkan kod keselamatan khusus. Itu pun jika pemandunya mempunyai lesen juruterbang sah.

Berbeza daripada konsep kereta terbang lain, Transition masih memerlukan sedikit landasan untuk berlepas.

Jurucakap itu berkata, pemilik Transition kini tidak lagi perlu bergantung kepada faktor cuaca jika perlu menerbangkan kenderaan itu untuk pergi ke mana-mana.

“Jika cuaca buruk, anda tukarlah mod Transition daripada kapal terbang ringan menjadi kereta dan anda boleh meneruskan perjalanan di atas jalan raya,” katanya.

Dengan kelebihan itu, sesiapa yang berminat untuk memilikinya boleh menempah Transition dengan membayar wang deposit sebanyak RM33,391 kepada pengilangnya.

Berdasarkan laman web Terrafugia, sebaik saja depositi diserahkan, bakal pemilik Transition boleh ‘membuktikan bahawa komuniti juruterbang pada hari ini boleh merealisasikan impian’ dengan memiliki kenderaan unik itu.

“Ia bebas risiko. Satu-satunya kemungkinan untuk anda adalah menjadi pemilik terawal Transition mendepangkan sayapnya di laman rumah dan berlepas ke mana-mana destinasi,” kata laman web berkenaan.

Pada laman web Terrafugia [klik sini], syarikat itu dinyatakan menghasilkan unit prototaip Transition di Boston, Massachusetts.

Transition dibina hasil gabungan reka bentuk kapal terbang dengan memberi penekanan kepada kreativiti, keselamatan, alam sekitar dan kepuasan pelanggan. Perkataan ‘terrafugia’ berasal dari Latin dan bermaksud ‘lari dari bumi’.

Dipetik daripada Harian Metro













Share/Bookmark

Read more...

4:41 PM

Berkabung



Di akhir tahun 2008 masehi dan 1429 Hijrah ini kita dikhabarkan dengan beberapa berita sedih dan menyayat hati.Pertamanya berita kemangkatan DYMM Yang Dipertuan negeri Sembilan yang saya coretkan melalui posting semalam,dan lebih menyayat hati kita semua ialah kedurjanaan Yahudi Israel yang telah mengebom dan memusnahkan kesemua lokasi-lokasi keselamatan di Palestin.Dengan menggunakan segala kekuatan yang ada telah menyebabkan lebih daripada 200 nyawa yang tidak bersalah menjadi korban serangan tersebut.Adalah menjadi kewajipan seluruh umat Islam untuk turut sama berhadapan dengan yahudi ini dan bagi kita yang jauh ini marilah bersama untuk bermunajat kepada Allah supaya sentiasa memberi pertolongan dan perlindungan kepada umat Islam Palestin dan Islam seluruhnya.





Sedikit berkenaan DYMM Yang dipertuan Negri Sembilan dipetik dari Malaysiakini.....Alfatihah

Tuanku Ja'afar yang dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-10 bermula 26 April 1994 hingga 25 April 1999 diputerakan di Klang, Selangor, pada 19 Julai 1922.

Baginda merupakan putera kedua Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad, Yang di-Pertuan Agong yang pertama.

Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seri Menanti, Kuala Pilah dari tahun 1928 hingga 1933 dan seterusnya melanjutkan pengajian ke Maktab Melayu Kuala Kangsar dari tahun 1933 hingga 1944.

Kemudian, baginda melanjutkan pelajaran ke Raffles College Singapura pada tahun 1941, tetapi ia terganggu apabila meletusnya Perang Dunia Kedua.

Semasa pemerintahan Jepun, baginda berkhidmat sebagai pegawai di Pejabat Tanah, Seremban manakala dari 1946 hingga 1947, baginda bertugas sebagai Penolong Pegawai Daerah di Rembau, Negeri Sembilan.

Baginda juga pernah berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan di Ipoh dan Pegawai Daerah di Tampin, Negeri Sembilan.

Tuanku Ja'afar meneruskan pengajian yang tertangguh disebabkan Perang Dunia Kedua, dengan memperoleh Ijazah Undang-undang LL.B di Universiti Nottingham, United Kingdom pada tahun 1951.

Semasa berada di Britain, baginda juga mengambil peluang untuk mengikuti beberapa kursus ikhtisas seperti Kursus Pentadbiran di Balliol College Oxford, Kursus Bidang Ekonomi dan Diplomat di Universiti Oxford.

Sebagai seorang yang dinamik dan berfikiran luas, baginda telah diamanahkan menjawat beberapa tugas penting di luar negera; antaranya sebagai Kuasa Usaha Tanah Melayu di Washington, Amerika Syarikat dan Setiausaha Pertama Suruhanjaya Tetap Persekutuan Tanah Melayu ke Bangsa Bangsa Bersatu di New York dari tahun 1957 hingga 1958.

Baginda juga berkhidmat sebagai Setiausaha Pertama dan Kounselor di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Tanah Melayu di London, dan kemudian pada tahun 1958 hingga 1962 sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tinggi di London.

Baginda dilantik sebagai Duta Malaysia di Republik Arab Bersatu yang beribu pejabat di Kaherah dari tahun 1963 hingga 1965 dan Pesuruhjaya Tinggi ke Nigeria dan Ghana dari tahun 1965–1967.

Tuanku Ja'afar menjadi Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia pada 16 April 1976 dan sering menggesa supaya mutu pendidikan negara dipertingkatkan.

Baginda dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-Undang oleh beberapa universiti seperti Universiti Filipina (27 Julai 1990), Universiti Nottingham (21 Julai 1995), Universiti Santiago, Chile (28 September 1995) dan Universiti Brunei Darussalam (11 September 1996).

Baginda pernah menerima Anugerah Pingat Keamanan Dunia Sri Chin Moy Centres International pada 11 Disember 2005 yang disampaikan oleh Sri Chin Moy yang mengasaskan pertubuhan antarabangsa itu sebagai menghargai sumbangan dan jasa baginda dalam kemajuan pendidikan, perkhidmatan awam, sukan, serta memartabatkan nama Negeri Sembilan dan Malaysia di mata dunia.

Tuanku Ja'afar dan keluarga juga turut dikenali sebagai "Keluarga Diraja Sukan" kerana baginda sekeluarga meminati sukan kriket, tenis, badminton, skuasy, hoki dan golf di dalam dan luar negara.

Baginda meninggalkan Tuanku Ampuan, Tunku Najihah Almarhum Tunku Besar Burhanuddin, tiga putera dan tiga puteri iaitu Tunku Dara Naquiah, Tunku Laxamana Tunku Naquiyuddin, Tunku Imran, Tunku Jawahir, Tunku Irinah dan Tunku Putera Nadzaruddin.



Share/Bookmark

Read more...

4:47 AM

Kenapa Bertudung Bila Ada Kematian?


Hari ini 27/12/2008 bersamaan 29 Zulhijjah 1429 kita menerima satu berita sedih iaitu mangkatnya Yang DiPertuan Negeri Sembilan.Alfatihah untuk roh baginda.Cuma apa yang menjadi sedikit persoalan kepada saya apabila melihat semua pembaca berita TV bertudung dalam siarannya masing-masing.Kenapa begitu?kenapa bila ada sahaja kematian maka semua manusia berubah, seolah-olah kita kena kembali kepada suruhan Allah bila ada kematian sahaja.Apakah ini merupakan tanda-tanda mempersenda hukum Allah?!!!.



Kita ikuti tulisan oleh Ust Zaharuddin Abd Rahman yang dipetik dari blog beliau:

"Tak pe ustaz kan, pandangan pertama tak berdosakan, cuma kami pandang lama je la ?" tanya seorang pemuda berumur 35 tahun kepada saya sambil tersenyum-senyum selepas dia merenung wanita berskirt di hadapannya.

Ia adalah satu perkara yang amat menyedihkan, ia sebenarnya hasil dari sikap sebahagian umat Islam hari ini mengambil ringan tentang hukum Islam.

Berkenaan larangan melihat kali kedua kepada aurat ini diriwayat dalam beberapa buah hadith, antaranya hadith : "Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!" (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi) - Iaitu, Jangan kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya.

Demikian juga kata Baginda SAW kepada Ali KW :

لا تتبع النظرة النظرة , فإنما لك الأولى وليست لك الآخرة

Ertinya : "Jangan kamu ikuti satu pandangan dengan pandangan yang lain, kerana yang pertama bagimu ( diampunkan) dan tidak bagi yang kedua" ( Riwayat Ahmad, Abu Daud, Albani : Hasan)

Artis & Lawak Hukum

Lebih teruk lagi terdapat artis Malaysia yang sanggup menggunakan lafaz-lafaz Islam seperti ‘MashaAllah' dan ‘InshaAllah' serta ‘Allahu Akbar' dalam lakonan lawak mereka sambil sengaja disebut dalam bentuk yang melucukan. Ini amat jelas memperlawakkan lafaz mulia Islam, ia amat kerap dilakukan oleh satu kumpulan pelawak Malaysia yang terkenal. Moga mereka diberikan hidayah oleh Allah SWT.

Demikian juga dengan ucapan alhamdulillah bagi seorang artis yang berpakaian separuh bogel dikhalayak umum apabila berjaya meraih sesuatu anugerah di media. Atas nama seni dirasakan tindakannya halal. Pada hakikatnya jika lakonannya itu penuh dengan adegan ‘peluk sana sini' dan ‘dedah sana sini', maka di ketika itu ia bukanlah lagi sebuah seni mulia yang diiktiraf Islam. Ia adalah seni ‘fasad' yang berdosa dan tidak layak diraikan dengan ungkapan mulia Islam.

Ketika itu, kemenangan mereka di atas pentas dan melafazkan ucapan sedemikian adalah satu bentuk mempermainkan hukum dan lafaz Islam di tempat yang tidak sewajarnya. Seolah-olah seorang yang ingin merompak membaca 'Bismilah' ketika memulakan rompakannya dan mengucapkan ‘Alhamdulillah' apabila berjaya terlepas dari kejaran polis, atau menyebut ‘Alhamdulillah' di dalam tandas, atau seperti seorang peminum arak mengucapkan "alhamdulillah" apabila menyelesaikan minumannya.

Menurut kaedahnya, semua ini menambahkan lagi dosa si pelaku terbabit disebabkan wujud unsur penghinaan samada secara langsung atau tidak langsung kepada hukum serta lafaz mulia Islam. Walaupun mereka tidak langsung berniat untuk menghina lafaz mulia itu.

Apabila ia adalah sebuah hukum atau ucapan zikrullah, maka adalah tidak harus sama sekali sesiapa juga mempermainkan atau menyebutnya di tempat yang tidak sewajarnya. Nabi SAW bersabda :-

ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق والمغرب

Ertinya : " Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka sejauh antara timur dan barat" ( Riwayat Al-Bukhari dengan Fathul Bari, Bab Hifdz Lisan, 11/376 , no 6477)

Imam Ibn Hajar Al-Asqolani menegaskan bahawa erti hadith ini adalah seorang yang bercakap tanpa jelas maksud ayatnya sehingga menjadikan ia boleh membawa maksud yang pelbagai sehingga sebahagiannya boleh mencarikkan sesuatu hukum. (Fath Al-Bari, 11/376)

Hina Islam, Bertudung & Bermaksiat Lebih Besar Dosa

"Amat memalukan la ustaz, saya baru jumpa satu video yang tunjukkan pasangan melayu ditangkap di tasik-tasik dan tempat awam tengah bercumbuan, apa pandangan ustaz, hampir 95 % darinya bertudung jenis tak sempurna tu ustaz, ustaz tau tak?" tanya seorang pendengar kuliah saya sejurus selepas kuliah saya berkenaan aurat.

Kemudian selang beberapa hari, pemuda ini menghantar email kepada saya beserta satu petikan video yang dimaksudkan. La Hawla Wala Quwwata Illa Billah..wa Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun..memang amat mendukacitakan.

Pemuda itu juga menulis seperti 'kepeningan' dan 'kebingungan' dengan persekitaran ini dengan katanya

"Boleh tak agaknya saya buat kesimpulan bahawa hampir semua wanita yang bertudung pendek atau fesyen, dengan kain belah atau baju sempit atau baju kurung biasa, semua ni jenis yang 'murah' dan boleh diajak seks bebas dengan mudah hari ni, apa pandangan ustaz?" Mengurut dada saya mendengar kesimpulan pemuda berpakaian kemas dan bekerjaya profesional ini. Sudah tentu amat marah para wanita dengan kesimpulan si pemuda ini.

"Saya hanya masih percaya dengan wanita yang berjubah dan bertudung labuh sahaja sekarang ini ustaz, harapnya mereka dapat pertahan maruah dan kesucian mereka serta tak jadi macam si pemakai tudung pendek yang terbukti tiada banyak beza dengan free hair" katanya lagi dengan tegas.

Selepas pemuda ini mengutarakan pendiriannya barulah saya memberikan penjelasan panjang lebar. Bagaimanapun saya belum berhasrat menyebutnya di ruangan ini, cukuplah saya dedahkan betapa kecewanya pemuda profesional ini dengan apa yang berlaku di hadapan matanya.

Kesimpulannya, wahai wanita bertudung kembalikan maruah anda dengan tutupan aurat yang sebenarnya, akhlak wanita Islam yang sebenarnya, janganlah merosakkan imej Islam itu dengan maksiat yang amat dimurkai Allah SWT. Sesungguhnya kenikmatan duniawi amat amat sementara, carilah kenikmatan akhirat yang kekal abadi.

Dari sudut hukum pula, hal wanita bertudung yang melakukan maksiat, dosanya sudah tentu lebih hebat dari wanita yang tidak bertudung yang melakukan maksiat. Hal ini boleh difahami dari ayat seperti :-

ينساء النبي لستنّ من يأت منكنّ بفاحشة مبينة يضاعف لها العذاب ضعفين

Ertinya : Wahai isteri-isteri Nabi, barangsiapa di antaramu yang melakukan maksiat dengan jelas, maka di gandakan azab buatmu dua kali ganda" ( Al-Ahzab : 59 )

Memang benar ayat ini ditujukan khas buat isteri-isteri Nabi SAW disebabkan kemulian dan kedudukan mereka yang sangat mulia, bagaimanapun ayat ini sebenarnya menggariskan bahawa setiap kali bergandanya kemuliaan, maka bergandalah dosanya (jika melakukan maksiat), demikian hukuman ke atas wanita bebas lebih berat dari wanita hamba sahaya di zaman silam. Dikatakan sebabnya adalah kerana bertambahnya mudarat dan penghinaan kepada Nabi SAW (Al-Jami' Li Ahkam AL-Quran ; AL-Qurtubi, 14/ 114 dengan sedikit pindaan )

Demikian jualah bagi wanita bertudung yang telah menaik tarafkan kedudukannya dengan kemuliaan Islam, tetapi kemudiannya melakukan maksiat. Maka jika bersandarkan kaedah di atas, jelaslah dosa mereka bertambah besar kerana maksiat itu sendiri dan merosakkan imej Islam secara jelas. Bertawbatlah. Demikian juga halnya maksiat (termasuk pelaburan internet yang disepakati haram secara sepakat ulama dunia dan Malaysia) yang dilakukan oleh seorang ustaz yang jauh lebih besar dosanya dari dosa oleh lelaki biasa di sebabkan imej dan kedudukan yang dibawanya.






Share/Bookmark

Read more...

12:00 AM

Jumaat Penghulu segala Hari



Bagi setiap muslim yang mukallaf dan tidak mengalami sebarang keuzuran adalah menjadi kewajipan kepadanya untuk menunaikan solat jumaat pada setiap hari jumaat.Solat ini yang mesti ditunaikan pada waktu zohor dilakukan hanya dua rakaat sahaja dan menunaikanya maka ianya menggantikan solat zohor itu sendiri.Kenapa dan apa istimewanya hari jumaat tersebut.Mari bersama kita mencari beberapa kelebihan yang ada di sebaliknya.



Kelebihan Hari Jumaat
Imam Al-Ghazzali berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud
sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat.
Pada hari itu dijadikan Adam a.s. dan pada hari Jumaatlah terjadinya
kiamat.

"Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan
semulia-mulia hari di sisi Allah."

Imam Al-Ghazzali menambah bahawa Kaab Al-Ahbar (seorang tabien dan
ulama yahudi yang memeluk ugama islam pd zaman Saiyidina Abu Bakar)
berkata burung-burung dan haiwan apabila bertemu satu sama lain
Pada hari Jumaat mengucapkan "Selamat, selamat hari yang baik".

Imam Al-Ghazzali juga berkata malam Jumaat mempunyai banyak
kelebihan
dan disunnahkan pd mereka yg mempunyai isteri bersatu pd malam itu.
Doa Antara Dua Khutbah
Kebanyakan ulama berpendapat waktunya adalah antara dua khutbah,
iaitu
pd saat imam sedang duduk setelah khutbah pertama sebelum beliau
bangun utuk khutbah kedua. Saat inilah saat yang paling
dimustajabkan doa.

Sedekah Pada Hari Jumaat
Bersedekah membeawa pahala yang besar. Ia menjauhkan bala,
menjauhkan

penyakit dan mendekatkan diri kepada Allah. Apalagi jika dilakukan
pada hari Jumaat.

Mati Pada Malam Jumaat
Hadis nabi "Tidak seorang muslim yg mati pada hari Jumaat atau pada
malam Jumaat kecuali diselamatkan Allah daripada fitnah kubur".

Kelebihan Menunaikan Sembahyang Jumaat
Nabi bersabda "Barangsiapa yg dapat menunaikan sembahyang Jumaat
maka baginya disisi Allah pahala seratus orang yg mati syahid. Dan
barangsiapa meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak 3 kali tanpa
darurat, maka Allah akan mengecap hatinya".

Ibadah pada hari Jumaat
Perjalan ke masjid - adalah sunnah mengambil jln yg jauh tetapi
apabila pulang sunnah ambil jln yang dekat - Imam Al-Ghazzali.

Selawat
Sabda nabi "Banyakkanlah berselawat ke atasku pd hari Jumaat kerana
sesungguhnya ia adalah hari saksi (hari Jumaat) disaksikan oleh
para malaikat.
Mandi dan Pakaian
Sunnah pada hari Jumaat memakai pakaian yang bersih, baru dan
berwarna
putih.
Memotong Kuku
Ibn Masud berkata "Mereka yg memotong kuku pd hari Jumaat, Allah
akan sembuhkan dia dari segala penyakit dan berikannya keselamatan

Insyaallah bersama beramal dengan kelebihan-kelebihan ini.

Share/Bookmark

Read more...

8:18 PM

Sempena Cuti Hari Natal 2008

BOLEHKAH MERAYAKAN PERAYAAN ORANG KAFIR?

Bahagian pertama (1):

Bagi Islam, terdapat dua hari raya yang diiktiraf sepertimana yang dikhabarkan oleh Nabi saw di dalam hadith baginda yang diriwayatkan dari Anas bin Malik ra. katanya:

Maksudnya: "Ketika Rasul s.a.w. sampai di Madinah, bagi penduduk Madinah itu ada dua hari (raya) yang mereka bermain (berseronok) pada hari tersebut sepertimana kebiasaan semua kaum (Rom dan Parsi), setiap umat itu bagi mereka hari raya mereka tersendiri. Dan adalah bagi orang Arab Madinah ketika zaman Jahiliyah terdapat dua hari yang mana mereka bermain (dan berseronok) pada hari tersebut. (apabila Nabi s.a.w. melihat mereka menyambut dua hari tersebut) Nabi saw bertanya: "hari apakah dua hari ini?" Mereka menjawab: "Adalah kami di zaman Jahiliyah bermain (berseronok) dalam dua hari ini." Sabda Nabi saw: "Sesungguhnya Allah telah menggantikan bagi kamu semua dengan hari yang lebih baik dari dua hari tersebut iaitulah hari raya al-Adha dan Hari raya al-Fitr." (Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Nasa-ie dari Anas Bin Malik. Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah berkata: "Sesungguhnya Isnad hadith ini berdasarkan syarat Muslim)

Di dalam hadith ini jelas menunjukkan dua hari raya di zaman Jahiliyah yang disambut oleh penduduk Madinah di peringkat awal itu tidak diiktiraf oleh Nabi saw, walau untuk membiarkan mereka bermain pada dua hari tersebut sepertimana adat kebiasaan yang mereka lakukan. Bahkan Nabi saw menegaskan dengan sabda baginda:

"Sesungguhnya Allah telah menggantikan bagi kamu semua dengan (dua) hari yang lebih baik dari dua hari tersebut"

Nabi menegaskan ‘Eid al-Adha dan ‘Eid al-Fitr adalah dua hari raya yang datang menggantikan hari raya yang disambut oleh masyarakat Arab Jahiliyah ketika itu. Apabila telah datangnya pengganti (al-Adha dan al-Fitr) maka yang diganti (dua hari raya di zaman Jahiliyah) ditinggalkan dan tidak mungkin untuk disambut bersama lagi buat selama-lamanya. Ini adalah sesuatu yang jelas dan tidak mungkin untuk seseorang mengatakan kita sambut kesemua hari raya tersebut iaitu dengan mencampur-adukkan al-Adha dan al-Fitri dengan dua hari raya yang disambut di zaman Jahiliyah atau apa sahaja hari perayaan/kebesaran kaum kuffar lainnya, lalu... tidaklah sewajarnya kita sambut kesemuanya. Cukuplah dengan dua hari raya yang disyari’atkan itu. Kenapa perlu ditambahahi dengan element perayaan dari agama yang lain? Apakah perayaan kita masih tidak mencukupi?

Adapun sebenarnya, merayakan perayaan kaum kuffar adalah sama saja seperti kita ini merestui/menyokong/meraikan perbuatan mereka yang kafir dan mensyirikkan Allah. Adalah meraikan & mengucapkan tahniah (wish) atas perayaan mereka, adalah termasuk ke dalam perbuatan menyekutukan Allah.Ini kerana, perayaan-perayaan yang dilakukan (dirayakan) oleh orang-orang kafir itu adalah bagi tujuan meraikan agama mereka dan bertitik tolak kepada persoalan aqidah. Sebagai contoh, perayaan krismas (oleh kaum nasara/kristian) yang mana mereka menganggap bahawa Isa (Jesus sebagai anak tuhan) dan perayaan krismas (hari natal) adalah sebagai suatu tarikh untuk mereka meraikan kelahiran Jesus christ sebagai anak tuhan. Apakah kita sebagai muslim (yang bersih aqidahnya dari semua itu) mahu meraikan sama? Kemudiannya, persoalan ini dilihat dan diperhatikan sepertimana yang dinyatakan sebagaimana dalil Qur’an ini;

Daripada Surah al-Kafirun (109) ayat 1-6, maksudnya: "Katakanlah (Muhammad) wahai orang-orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak menyembah apa yang aku sembah. Dan aku tidak beribadat sebagaimana kamu beribadat. Dan kamu tidak beribadat sebagaimana yang aku beribadat. Dan bagi kamu agama kamu, dan bagi kami agama kami."

Daripada Surah Luqman (31), ayat 13 - sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar."

Bersama di dalam perayaan adalah sebahagian daripada Mawaddah dan Mahabbah (cinta) kepada mereka. Allah berfirman: "Jangan kamu menjadikan Yahudi dan Nasara itu Auliya'…" dan firmannya lagi: "Wahai orang-orang yang beriman jangan kamu menjadikan musuh-musuh Ku dan musuh-musuh mu sebagai teman-teman setia, kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita Muhammad) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada diantara kamu dengan mereka, sedangkan mereka telah kufur dan engkar terhadap kebenaran yang sampai kepada kamu…" (al-Mumtahanah, 60: 1)

Maksudnya: "Jika kamu kufur, sesungguhnya Allah tidak berhajat sesuatu daripada kamu, dan Dia (Allah) tidak redha akan kekufuran hamba-hambanya, dan jika kamu bersyukur nescaya Dia meredhai kamu dengan kesyukuranmu itu." (al-Zumar, 39: 7)

Dalam hal ini, Sheikh al-Islam Ibnu Taimiyah menyatakan (maksudnya): "Apabila umat Islam bersepakat ke atas penegahan golongan bukan Islam dari menzahirkan syiar agamanya, bagaimana pula umat Islam boleh terlibat melakukannya? Tidakkah perbuatan umat Islam menzahirkan syiar agama mereka itu lebih dahsyat dari perbuatan golongan kafir yang menzahirkan agamanya." (Ibn Taimiyah, Iqtida' al-Sirat al-Mustaqim fi Mukhalafat Ashab al-Jahim, hlm. 187)

Bahagian ke-dua (2):

Berkenaan ayat 8 (Surah Mumtahanah, 60) – Maksudnya: Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.

Dan ayat,

Surah an-Nisa’ 4: ayat 86 – Maksudnya: Apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik dari padanya, atau balaslah penghormatan itu (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu.

Ada sebahagian pihak yang menggunakan ayat-ayat di atas bagi menyokong perbuatan mereka untuk samaada bersama-sama merayakan perayaan orang-orang kafir atau mengucapkan tahniah ke atas perayaan mereka.

Sebenarnya, ayat ini perlulah diperhatikan dengan lebih teliti lagi.

Berdasarkan ayat di atas, cuba kita lanjutkan ayat 86 daripada surah an-Nisa’ tersebut ke ayat seterusnya iaitu ayat 87 – (Maksudnya): Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Sesungguhnya Dia akan mengumpulkan kamu di hari kiamat, yang tidak ada keraguan terjadinya. Dan siapakah orang yang lebih benar perkataan(nya) dari pada Allah?

Dilihat juga kepada ayat ini (maksudnya):


Daripada surah Luqman, 31: ayat 13-15 (maksudnya): Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar." Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya (meleraikan dari penyusuan) dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapa-mu, hanya kepada-Ku-lah kembalimu. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Kuberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.

Daripada ayat tersebut, dapat diperhatikan bahawa berbuat baik kpd ibu bapa adalah suatu tuntutan yang besar, namun apabila melibatkan persoalan syirik, maka... tiada ketaatan dalam soal itu iaitu wajiblah kita berlepas diri dari kekufuran itu. Walau dalam soal ibu bapa yang melakukan sesuatu yg mungkar atau ibu bapa itu sendiri kafir, kita tetap dituntut untuk bergaul baik dengan mereka. Asalkan yang bukan untuk merestui/meraikan kekafiran mereka. Malahan adalah sebenarnya kita dituntut untuk mengajak mereka meninggalkan kekafiran/kekufuran/kemaksiatan mereka dengan hikmah.

Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya. (Ali Imran, 3: 159)

Diteruskan lagi, berdasarkan ayat 86 daripada surah an-Nisa’ tadi yang dijadikan hujjah bagi segolongan pihak bagi membolehkan kita mengucapkan tahniah (wish) kepada kaum kuffar di dalam pesta/sempena perayaan mereka, maka diperhatikan juga kepada beberapa point berikut:


1
- Apakah tafsiran para salaf (ulama zaman awal dari golongan sahabat, tabi’in, dan tabi’ut tabi’in) terhadap ayat tersebut? Adakah terdapat contoh bahawa para salaf menggunakan ayat tersebut untuk membolehkan perbuatan ucap tahniah/meraikan atau sewaktu dengannya sempena perayaan agama lain? Adalah jawabannya tidak. Jika ada, ayuh di-bawakan ke mari.


2
- Cuba kita lihat semula, apakah sebenarnya yg dimaksudkan dengan "Ucapan/Penghormatan balas yg lebih baik" dalam ayat tersebut? - tafsiran "baik/ahsan" itu harus mengikut neraca/perkiraan siapa sebenarnya? – Bukankah yang baik itu adalah jika kita katakan seumpama ucapan yang berbentuk mengajak (dengan hikmah) atas mereka kepada supaya masuk kepada Islam/syahadah dan meninggalkan kekafiran (mengajak ke arah aqidah yang suci bersih - Islam)! Dan bukannya sebaliknya dengan menyatakan sokongan ke atas kekafiran mereka.


3
- Mengapa suruhan/saranan dalam ayat itu yang menyatakan bahawa "balas dgn ucapan/penghormatan yg lebih baik" itu mesti dimaksudkan dengan balas balik dengan ucapan syirik juga?

Ini kembali kepada ayat ini, “Janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.” (Luqman, 31: 13)

Bahagian ke-tiga (3):

Terbayangkah di fikiran kita, apakah mungkin seseorang mengucapkan tahniah dan ucap selamat (wish/greet) kepada penjenayah bunuh, pencuri (yang mencuri atau mahu melakukan kecurian), perogol dan seumpamanya. Jika kita mengatakan tidak, maka soal perayaan kaum kuffar (yang mengandungi penyekutuan ke atas Allah) lebih utama untuk ditidakkan, kerana jelas ianya membawa maksud redha dan setuju kepada kepercayaan-kepercayan yang ada dalam sesuatu perayaan tersebut. Masuk akalkah, seseorang muslim yang mentauhidkan Allah (yang murni aqidahnya) mengucapkah tahniah kepada seorang Budha, Hindu atau Kristian yang sedang menyembah tuhan mereka atau yang sedang merayakan perayaan mereka yang penuh kesyirikan menurut neraca Islam?

Ini dapatlah disamakan sebagaimana berikut yang mana kita mengucapkan selamat kepada si perogol, pencuri, dan pembunuh dengan ucapan:

“Semoga kamu selamat membunuh, mencuri, atau merogol.”

Atau juga,

“Tahniah kerana anda telah selamat melaksanakan pekerjaan anda (mencuri, merogol, atau membunuh)”

Secara logiknya, mana mungkin kita akan mengucapkan ke atas mereka yang sedang melakukan kemungkaran atau maksiat dengan ucapan tahniah atau selamat? Jadinya, dalam persoalan syirik apatah lagi, kerana persoalan syirik adalah suatu persoalan yang lebih besar lagi kemungkarannya berbanding maksiat seperti perbuatan rogol, zina, mencuri, dan membunuh. Kerana ianya berhubung kait dengan aqidah (ke-Islaman).

“Janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.” (Luqman, 31: 13)

Bahagian ke-empat (4):

Fatwa-fatwa para ulama:

1 - Sheikh Dr. Soleh Bin Fauzan al-Fauzan:

MENYAMBUT DAN IKUT MERAYAKAN HARI RAYA ATAU PESTA ORANG-ORANG KAFIR SERTA BERLANGSUNGKAWA DALAM HARI DUKA MEREKA

- Hukum Menyambut Dan Bergembira Dengan Hari Raya Mereka

Sesungguhnya di antara intipati terpenting dari sikap membenci orang-orang kafir ialah menjauhi ibadah mereka. Sedangkan syi’ar mereka yang paling besar adalah hari raya mereka, baik yang berkaitan dengan tempat mahupun waktu. Maka orang Islam berkewajiban menjauhi dan meninggalkannya.

Ada seorang lelaki yang datang kepada baginda Rasulullah s.a.w. untuk meminta fatwa kerana ia telah bernadzar memotong (menyembelih) haiwan di Buwanah (nama tempat), maka Nabi s.a.w. menyatakan kepadanya:

هل كان فيها وثن من أوثان الجا هليه يعبد قال: لا، قال: هل كان فيها عيد من أعيادهم قال: لا، قال النبي صلى الله عليه وسلم أوف بنذرك – وفإنه لاوفاء لنذر في معصية الله ولافيما لايملكه ابن ادم

“Apakah di sana ada berhala dari berhala-berhala jahiliyah yang disembah?” Dia menjawab, “Tidak”. Beliau bertanya, “Apakah di sana tempat dilaksanakannya hari raya dari hari-hari raya mereka?” Dia menjawab, “Tidak”. Maka Nabi bersabda, “Tepatilah nadzarmu, kerana sesungguhnya tidak boleh melaksanakan nadzar dalam maksiat terhadap Allah dalam hal yang tidak dimiliki oleh anak adam.” (Hadis Riwayat Abu Daud dengan sanad yang menepati syarat Bukhari dan Muslim)

Hadis di atas menunjukkan, tidak boleh menyembelih untuk Allah di tempat yang digunakan menyembelih untuk selain Allah; atau di tempat orang-orang kafir merayakan pesta atau perayaan mereka. Sebab hal itu bererti mengikuti mereka dan menolong mereka di dalam mengagungkan syi’ar-syi’ar mereka atau menjadi wasilah yang menghantarkan kepada syirik. Begitu pula ikut merayakan hari raya (hari kebesaran) mereka menunjukkan sikap wala’ kepada mereka dan mendukung mereka dalam menghidupkan syi’ar-syi’ar mereka.

Di antara yang dilarang adalah menampakkan rasa gembira pada hari raya mereka, membantu perayaan mereka, memasak makanan sehubungan dengan hari perayaan mereka. Dan di antaranya lagi ialah mempergunakan kalendar Masehi, kerana hal itu menghidupkan kenangan terhadap hari Natal bagi mereka. Kerana itu para sahabat menggunakan kalendar Hijriyah sebagai gantinya.

Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah berkata di dalam Iqtida’ Shiratal Mustaqim (ditahqiq oleh Prof. Dr. Nashir al-‘Aql), 1/425-426, “Ikut merayakan hari-hari besar mereka tidak diperbolehkan kerana dua alasan:

Pertama: Bersifat umum, seperti yang telah dikemukakan di atas bahawa hal tersebut bererti mengikuti Ahli Kitab, yang tidak ada dalam ajaran kita dan tidak ada dalam kebiasaan salaf. Mengikutinya bererti membawa kerosakan dan meninggalkannya terdapat maslahah menyelisihi mereka. Bahkan seandainya kesamaan yang kita lakukan merupakan sesuatu ketetapan semata, bukan kerana mengambilnya dari mereka, tentu yang disyari’atkan adalah menyelisihinya telah diisyaratkan di atas. Maka barangsiapa mengikuti mereka, dia telah kehilangan maslahah ini sekali pun tidak melakukan mafsadah (kerosakan) apa pun, terlebih lagi kalau dia melakukannya.

Alasan kedua: Kerana hal itu adalah bid’ah yang diada-adakan. Alasan ini jelas menunjukkan bahawa sangat dibenci hukumnya menyerupai mereka dalam hal itu.”

Beliau mengatakan, “Tidak halal bagi kaum muslimin bertasyabbuh (menyerupai) mereka dalam hal-hal yang khusus bagi hari raya mereka; seperti makanan, pakaian, mandi, menyalakan lilin, meliburkan kebiasaan seperti bekerja dan beribadah atau pun yang lainnya. Tidak halal mengadakan kenduri atau memberi hadiah atau menjual barang-barang yang diperlukan untuk hari raya tersebut. Tidak halal mengizinkan anak-anak atau pun yang lainnya melakukan permainan pada hari itu, juga tidak boleh menampakkan perhiasan. Ringkasnya, tidak boleh melakukan sesuatu yang menjadi ciri-ciri khas dari syi’ar mereka pada hari itu. Hari raya mereka bagi umat Islam haruslah seperti hari-hari biasanya, tidak hal yang istimewa atau khusus yang dilakukan umat Islam. Adapun jika dilakukan hal-hal tersebut oleh umat Islam dengan sengaja maka berbagai golongan dari para salaf dan khalaf menganggapnya makruh. Sedangkan pengkhususan seperti yang tersebut di atas maka tidak ada perbezaan di antara ulama, bahkan sebahagian ulama menganggap kafir orang yang melakukan hal tersebut, kerana dia telah mengagungkan syi’ar-syi’ar kekufuran. Segolongan ulama mengatakan, “Sesiapa yang menyembelih kambing pada hari raya mereka (kerana merayakannya), maka seolah-olah dia menyembelih babi.” Abdullah bin Amr bin Ash berkata, “Sesiapa yang mengikuti negara-negara ‘ajam (non-muslim) dan melakukan perayaan Nairuz (atau Nauruz – pesta tahun baru Iran yang bertepatan dengan tanggal 21 Maret) dan Mihrajan (pesta hari bahagia bila tiba musim luruh) serta menyerupai mereka sampai ia meninggal dunia dan dia belum bertaubat, maka dia akan dikumpulkan bersama mereka pada hari kiamat. (Majmu’ Fatawa, 25/329-330)

- Hukum Ikut Serta Merayakan Pesta, Walimah, Hari Bahagia atau Hari Duka Mereka Dengan Hal-Hal Yang Mubah Serta Berta’ziyah Pada Musibah Mereka

Tidak boleh memberi ucapan selamat (tahni’ah) atau ucapan belasungkawa (ta’ziyah) kepada mereka, kerana hal itu bererti memberikan wala’ dan mahabbah kepada mereka. Juga dikeranakan hal tersebut mengandungi erti pengagungan (penghormatan) terhadap mereka. Maka hal itu diharamkan berdasarkan larangan-larangan ini. Sebagaimana haram mengucapkan salam terlebih dahulu atau membuka jalan bagi mereka.

Ibnul Qayyim berkata, “Hendaklah behati-hati jangan sampai terjerumus sebagaimana orang-orang bodoh, ke dalam ucapan-ucapan yang menunjukkan redha mereka terhadap agamanya. Seperti ucapan mereka, “Semoga Allah membahagiakan kamu dengan agamamu”, atau “memberkatimu dalam agamamu”, atau berkata, “Semoga Allah memuliakanmu”. Kecuali jika berkata, “Semoga Allah memuliakanmu dengan Islam”, atau yang senada dengan itu. Itu semua tahni’ah dengan perkara-perkara umum. Tetapi jika tahni’ah dengan syi’ar-syi’ar kufur yang khusus milik mereka seperti hari raya dan puasa mereka, dengan mengatakan, “Selamat hari raya Natal” umpamanya atau “Berbahagialah dengan hari raya ini” atau yang senada dengan itu, maka jika yang mengucapkannya selamat dari kekufuran, dia tidak lepas dari maksiat dan keharaman. Sebab itu sama halnya dengan memberikan ucapan selamat terhadap sujud mereka kepada salib; bahkan di sisi Allah hal itu lebih dimurkai daripada memberikan selamat atas perbuatan meminum khamar, membunuh orang atau berzina atau yang seumpamanya. Banyak sekali orang yang terjerumus dalam hal ini tanpa menyedari keburukannya. Maka, barangsiapa yang memberikan ucapan selamat kepada seseorang yang melakukan bid’ah, maksiat, atau pun kekufuran maka dia telah menentang Allah dan mengundang murka Allah. Para ulama wira’i (sangat menjauhi makruh, apalagi haram), mereka sentiasa menghindari tahni’ah kepada para pemimpin zalim atau kepada orang-orang dungu yang diangkat sebagai hakim, qadhi, mufti; demi untuk menghindari murka Allah dan laknat-Nya. (Ahkam Ahli Dzimmah, tahqiq oleh Dr. Subhi Saleh, 1/205-206)

Dari huraian tersebut jelaslah, memberi tahni’ah kepada orang-orang kafir hal-hal yang diperbolehkan (mubah) adalah dilarang jika mengandungi makna yang menunjukkan rela kepada agama mereka. Adapun memberikan tahni’ah atas hari-hari raya mereka atau syi’ar-syi’ar mereka adalah haram hukumnya dan sangat dikhuwatirkan pelakunya jatuh kepada kekufuran. (Sheikh Dr. Soleh Bin Fauzan al-Fauzan, Kitab at-Tauhid, jil. 1 di bawah tajuk al-Wala’ wal Bara’)

2 – Imam as-Suyuti:

Sesungguhnya Saidina Umar al-Khattab telah mensyaratkan ke atas mereka (kafir zimmi) agar tidak menzahirkan perayaan mereka di negeri-negeri umat Islam. Apabila mereka ditegah daripada menzahirkan, maka bagaimana pula seorang Muslim itu melakukannya? Tindakan tersebut adalah sebahagian dari tindakan yang boleh menguatkan ketamakan hati mereka utk menzahirkan perayaan mereka". (As-Suyuti, Al-Amru bi at-Tiba' wa an.Nahy 'an al-Ibtida', hlm. 150.

3 - Fatwa Kerajaan Arab Saudi (Lajnah Daimah Lil Buhuts al-Ilmiyyah wal Ifta`) yang diketuai oleh Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah Alu Syaikh menyatakan dengan tegas:

“Dilarang bagi umat Islam untuk mengucapkan selamat atas hari raya orang kafir, karena ini menunjukkan sikap rela terhadapnya di samping memberikan rasa gembira di hati mereka.”

4 - Dari Eropa, anggota Dewan Penelitian dan Fatwa Eropa (Al-Majlis Al-Urubi li Al-Buhuts wa Al-Ifta`), Dr. Muhammad Fuad Al-Barrazy, dengan tegas berkata:

“Saya tidak membolehkan untuk memberikan ucapan selamat hari raya kepada mereka (pemeluk agama lain), juga tidak membenarkan untuk saling bertukar hadiah dalam kaitan itu (bagi tujuan meraikan)”


Dipetik dari: bahaya-syirik.blogspot.com


Share/Bookmark Read more...

4:08 PM

Kopitiam




"



Kopitiam,ungkapan dan perkataan yang sudah sinonim dengan sebahagian besar daripada kita semua.Apa itu kopitiam?dalam mencari-cari rupa-rupanya itulah dia kedai kopi,cumanya itu dalam bahasa Cina loghat apa saya tidak pasti tetapi yang pasti semua kopitiam adalah dipunyai oleh orang cina tetapi pekerja termasuklah pengurusnya adalah orang melayu.Apa muslihatnya anda fikirkanlah sendiri.

Bercambah sekarang ini kopitiam tumbuh,bagaikan cendawan kalau nak diistilahklan.Semua penuh dikunjungi oleh pelanggan.Pelbagai bangsa mengunjungi kopitiam ini.Tetapi pada pengamatan saya majoritinya melayu kalau di sebelah pantai timur,kalau pantai barat bercampur-campur.

Tahniah kepada pengusaha kerana dapat mengusahakan satu perusahan baru walau pun ianya sudah lama tetapi diberi nafas baru,setidak-tidaknya boleh memberi pekerjaan kepada mereka-mereka yang memerlukan pekerjaan dan sumber pendapatan.

Cuma menjadi kegusaran saya,kadang-kadang bila bercakap dengan kawan-kawan yang menjadi pengunjung tetap kopitiam ini apakah status sebenar makanan yang disedia dan dihidangkan di kopitiam-kopitiam ini?Halal ke dia atau sebaliknya.Kita kena ingat majoriti pekerjanya adalah melayu tetapi pekerja dapurnya adalah bukan daripada bangsa ini.Melayu yang Islam cuma tukang bawa kepada pelanggan sahaja.Sementara tukang beli bahan,tukang sedia bahan dan tukang masak bahan bukan daripada mereka.Tanpa prejudis saya berpendapat mereka tidak faham apa itu halal haram yang sebenarnya sebagaimana kehendak Islam.

Kalau di Parlimen dalam sidangnya baru-barui ini membangkitkan status halal dan haram yang melibatkan hotel,pada saya di kopitiam juga perkara yang sama wujud.Sijil-sijil halal yang dipamirkan diragui ketulinannya.Sebahagian kita lihat hanya difotokopi sahaja dan kalaulah berita ini yang saya kutip dalam satu blog dijadikan ukuran maka amat malang sekali kepada kita terutamanya kepada pengemar-pengemar kopitiam:

WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam 'WCOK' telah beroperasi bermula sekitar tahun 1999. Dimana diawal penubuhan status HALAL sebenarnya telah diragui lagi.

Beberapa produk yang harus diragui STATUS HALAL & dikenalpasti HARAMnya

ialah:-

-Nissin Noodles (Mee Segera Nissin Noodles) yang diimport dari Hong Kong (tertulis dipaket bungkusan)

-Daging Salai yang digunakan pada hidangan Sandwish & Nissin Noodles juga diragui status halalnya. Ini kerana pada waktu awal penubuhan White Coffee Oldtown Kopitiam 1999 tiada dipasaran Malaysia yang menjual Daging Salai HALAL. Perkara ini anda boleh rujuk kepada para penyelidik, pensyarah & pelajar di Fakulti/ Jabatan Perhotelan @ F&B / Food & Beverages.

-Minyak yang digunakan didalam penyediaan menu 'Ipoh Ho Fun @ Ipoh Kuew Teaw Sup'. Minyak tersebut dihasilkan sendiri oleh WCOK dan tidak terdapat dipasaran. Hanya diberitahu ianya minyak udang. Tetapi adakah ianya benar & tiada campuran lain?

-Herbal Jelly adalah produk yang diimport daripada China. Diberitakan, antara isi kandungannya adalah kulit kura-kura. Khasiatnya dikatakan dapat memanaskan anggota dalaman badan (persoalannya - bolehkan UMAT ISLAM makan yang terhasil daripada KURA-KURA)sumber tranungkite online


Sekali lagi tanpa prejudis itu adalah sebagai contoh daripada beribu-ribu kopitiam yang wujud.Oleh itu marilah sama-sama kita mencari yang halal,kerana halal itu adalah tuntutan ugama dan sebagai pembimbing untuk kita mendapat redha Allah.
Share/Bookmark Read more...

11:01 PM

Santai Sambil Merenung




Apala Bush Nak kata Ye....
Share/Bookmark

Read more...

4:39 PM

Cuti Tahunan kakitangan Awam

Kenapa pula kena potong hah!!! dalam nada jerit isteri yang sedang menatap akhbar pagi minggu lepas.Terkejut saya apa pula yang kena potong!?.Terkedu dengan berita tersebut saya menghubungi kawan-kawan di kalangan kakitangan awam. Dengan nada simpati cuba mendapatkan penjelasan dan makluman ekoran berita tersebut.Rupanya memang betul cuti semua kakitangan awam di kurangkan kepada 25 hari bermula pada januari 2009 ini.Tapi kena ingat bukan semua yang terlibat...yang terlibat hanya bagi yang menerima Option dari kerajaan dan semua kakitangan yang memasuki perkhidmatan kerajaan bermula 1 januari 2009.Itu sahaja.Kepada yang ingin kekal dengan kadar cuti sekarang nah di persilakan dan kekal mendapat kemudahan sedia ada.Disamping menerima dan menolak option ini sesuatu yang seharusnya diberi pujian kepada kerajaan ialah dengan memberi peluang kepada kakitangannya untuk menambah jumlah gantian cuti rehat(GCR) daripada 120 hari kepada 150 hari.Ini bermakna kalau umur panjang kakitangan kerajaan akan mendapat dalam bentuk tunai sejumlah 5 bulan gaji apabila tiba masa untuk bersara nanti...kalau meninggal maka jadilah itu rezki keluarga dan anak-anak.

Terfikir saya kenapa option ini dibuat,menghitung-hitung rasionalnya maka saya dapat buat satu kesimpulan bahawa kakitangan awam ini sebenarnya terlampau banyak cuti.Ada cuti tahun,ada cuti gantian, ada cuti sakit,ada cuti minggu dan kepelbagaian cuti lagi lagi yang tidak disenaraikan di sini.Cuba lihat analisa yang dibuat dalam bentuk jadual yang dibuat di bawah:

ANALISA HARI DALAM SETAHUN
Bilangan hari 366 hari
Bilangan hari mingguan 104
Bilangan hari Kelepasan Am 16
Bilangan Cuti Rehat 30
Bilangan Cuti Gantian 12
Bilangan Cuti Sakit 15
Bilangan cuti PTK 2
Bilangan hari tidak bekerja 179
Bilangan hari bekerja 187
Peratus hari bekerja 51% sahaja


Maka rasional sangat lah pada saya dengan perubahan ini dan cuma satu harapan janganlah selepas ini maka upah juga akan dikurangkan nanti menjerit pula sekalian yang ada sedangkan jerit yang berbasikal yang berlaku sekarang ini pun sudah ada yang menjerit-jerit dan terjerit-jerit.
Share/Bookmark

Read more...

12:44 AM

Hari Sabtu Yang Kecewa


Pagi-pagi dah siapkan satu pos untuk publish pada hari sabtu ini.Memang agak panjang sikit dengan tajuk ceramah sabtu.Tetapi agak malang bila siap dan tengah bersiap untuk publish tetiba berlaku black out.Rasa okey lagi,tetapi bila elektrik ada balik komputer yang tadi shutdown tanpa arahan dah meragam pula dan terus tak boleh on sehingga petang.Rasanya nak makan la tu.Tetapi apa pun dah memang rezki semacam itu terima sajalah dan reda dengan apa yang berlaku.InsyaAllah ceraamah sabtu akan muncul semula bila berkesempatan.
Share/Bookmark

Read more...

10:26 PM

Santai Hari Minggu

Kepada anda yang kreatif mari bersama kita mencuba satu respi dari Timur Tengah yang aku kutip dari forum blog Tranungkite.Kepada forumer yang bekenaan terima kasih diucapkan dan minta izin untuk guna dan sebarkan.Semuga sumbangan anda menjadi sadakah yang bermunafaat,insyaAllah.

CARA2NYA IALAH :

POTONG DAGING KAMBING DLM BENTUK KETULAN YG BESAR



KEMUDIAN LETAKKAN GARAM SECUKUP RASA DAN GAULKAN



POTONG BAWANG SECARA YG AGAK DADU KEMUDIAN GAULKAN ( KALAU NAK GAULKAN BERSAMA GARAM TADI PUN TAK APA)



KEMUDIAN SUSUNKAN DAGING TERSEBUT DI ATAS PARA ( BOLEH BUAT SENDIRI ...SURUH TUKANG WELDING BUATKAN..) SPT GAMBAR DI BAWAH...



SEDIAKAN TONG DRUM ( YG TELAH DIMODIFIEDKAN BERDASARKAN KESESUAIAN DGN 'PARA' SPT YG TELAH DISEBUT SBLM INI...) DAN JANGAN LUPA LETAKAN JERAMI KERING ATAU APA SHJ YG MENYEBABKAN HASIL YG SAMA...





KEMUDIAN BERAS DILETAKAN DI BAHAGIAN BAWAH (NANTI INSYAALLAH AKAN DIJELASKAN KEMUDIAN CARA NAK BUAT BERAS TU..)



ACUAN BERAS:

BASUH BERAS( BASMATI LAGI ELOK)KEMUDIAN LETAKKAN CILI HIJAU BESAR



KEMUDIAN TUMIS BAWANG YG DIPOTONG DADU



KEMUDIAN CAMPURKAN DGN LOBAK YG DIHIRIS KECIL

Cool.jpg" border="0" />

KACAU MCM NI



KEMUDIAN MASUKKAN CILI HIJAU BESAR, LEMON HITAM, TOMATO YG DIPOTONG, REMPAH, GARAM DAN APA2LAH YG SESUAI( BIJI PELAGA, KAU MANIS KE ATAU APA-APALAH...IJTIHAD SENDIRI)





KEMUDIAN TAMBAH AIR DAN BIARKANNYA MENDIDIH 5-7 MINIT





INSYAALLAH JADI MCM NI..



KEMIDIAN PADAMKAN API...BIARKAN LIMA MINIT ..PASTU MASUKKAN BERAS YG TADI TU...



KEMUDIAN TAMBAHKAN LADA HIJAU BESAR ATAU AIR YG SESUAI KUANTITINYA






PASTU BUAT MCM NI...




PASTU BUAT MCM NI...









BAKAR HINGGA 15 MINIT ATAU HINGGA MASAK..



BEGINI INSYAALLAH JADINYA..



RUPANYA MCM NI..



KEMUDIA BACA BISMILLAH...


Selamat Mencuba





















Share/Bookmark Read more...

12:56 AM

Renungan senafas




Hari ini hadir dalam satu majlis sumbangan umtuk anak-anak yatim dan ibu tunggal oleh salah satu badan korporat dengan motto back to school.semangat sedemikian seharusnya dipuji dan semuga diikuti oleh yang lain.Majlis disulami dengan ceramah berbentuk motivasi kepada anak-anak dan penerima lain.Sekalung tahniah kepada penganjur dan penderma.

Sempat ikut satu sessi slot motivasi tersebut.Permulaan yang menggerunkan dengan tayangan kehancuran bumi dengan diselangi ayat-ayat alquran yang menceritakan kehancuran bumi.Surah AlWaqiah.Hebat sungguh moderatornya.Insyallah ada yang terkesan dan memadai walau hanya seorang yang terkesan dari penyampaian tersebut.

Tajuk yang diberi lebih kepada menaikkan semangat jatidiri kepada anak-anak yatim supaya tidak bersifat rendah diri dan seterusnya merosakkan masa depan.Nah contoh yang diber ialah Muhammad itu sendiri.Walaupun yatim tetapi mendapat pengiktirafan terbaik dari Allah iaitu sebagai pesuruh dan rasulnya.Walau pun sudah berlalu 1400 tahun lebih beliau masih diiktiraf bukan sahaja oleh orang islam malah oleh kafir.Penulis sebuah buku Michael Halt membariskan nabi pada tempat pertama diantara 100 terbaik di dunia.Biar pun beliau membariskan antara 100 tersebut termasuklah penjenayah namun apa yang perlu kita ambil perhatian ialah kafir pun mengiktiraf keunggulan dan keagungannya.Oleh itu terimalah anak-anak bahawa yatim kamu tidak sia-sia tetapi syaratnya kena usaha dan jangan lupa Allah dalam setiap hal.
Share/Bookmark

Read more...

4:03 AM

Pilihanraya Kuala Terengganu P36






Sehari dua ini sibok orang memperkatakan tentang pilihanraya kecil(PRK) Parlimen kuala Terengganu yang bakal diadakan pada 17 januari 2009 ini.Manakala penamaan calunnya akan diadakan pada 6 januari 2009.PRK ini diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya Yb.Dato'Razali Ismail pada awal bulan Dis 2008 tempohari.

Apa yang menarik ialah tentang calon-calon yang akan bertanding nanti.Bagi parti-parti PAS dan UMNO adalah tidak menjadi sesuatu yang luarbiasa bagi mereka,ini kerana bertanding itu adalah amalan wajib bagi sesebuah parti politik bila adanya pilihanraya samada pilihanraya umum atau pun kecil.

Cuma untuk kali ini aku tertanya-tanya apakah gerangan yang menarik sangat sehinggakan ada tiga m*****k **y** ini untuk terus mencuba nasib mereka dalam gelanggang kali ini,sedangkan kalau hendak dilihat peluang bagi mereka bagaikan jauh panggang dari api.Lihat saja apa yang mereka alami dalam pilihanraya di Permatang Pauh (pilihanraya kecil),Kuala Terengganu dan Rantau panjang Kelantan!Hanya kuasa Allah sahaja yang menentukan segala-galanya.

Faham kah mereka apa itu politik.Kalau melihat apa yang di istilahkan dalam wikipedia politik itu ialah" proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain".faham ke mereka?atau suka-suka atau ada dalang yang ingin suka-suka atau ada yang jenis mahu suka-suka.Pada aku apa pun niat mereka sesungguhnya mereka sengaja menempah dosa,setidak-tidaknya sebagai bahan untuk menjadi bualan dan fitnah manusia.Keduanya membazir.Dah tentu kalah deposit pun hilang....alasan negara demokrasi kita bebas untuk bertanding tu...alasan karut pada yang perasan saje.noktah
Share/Bookmark

Read more...

4:21 PM

Pasal Patriotik pula...









Pagi-pagi hari ini tengok suratkhabar.Berita sebut Perak dan kedah tidak patriotik.Patriotik ni makna lebih kurang tidak cinta negaralah.Sebabnya nak tukar kereta exco daripada Perdana Ke Toyota camry.Aku tidak nak komen la,cuma kalau sama-sama nak fikir mari kita pakat ingat balik apa yang Terengganu buat beberapa bulan dulu.Terengganu tukar juga...tetapi bukan Camry tapi Mercedes lagi...Heboh seluruh negara tapi tak dengar pula pasal patriotik tak patriotik ni.Alahai manusia...
Share/Bookmark

Read more...

5:43 PM

Penampilan Baru




Pertamanya....
Semalam minta anak-anak untuk dekorasi penampilan blog ini.Walaupun tidak secara pro aku rasa boleh la...cuma minta Pakda Day dan Makda Mak kalau boleh minta lengkapkan lagi supaya lebih cun lagi..bukan apa malas nak menegun depan skreen ni untuk update penampilan.Apa pun terima kasih so much untuk kalian.

Keduanya...
Sehari dua lepas raya haji ni ada beberapa kematian yang dikhabarkan kepada aku,pertama di kampung kerana sakit tua,kedua bapa kepada pemandu pejabat kerana kemalangan namun juga tua,ketiga jumaat lepas juga sakit tua kebetulan di sembahyangkan di masjid selepas fardu jumaat.





Kenapa sebut pasal kematian,cuma skadar untuk mengingat....kerananya aku lihat sekarang ini apabila berlaku kematian seolah-olah tidak ada apa kepada yang hidup ini.Semacam mereka tidak akan melaluinya selama-lamanya.Insaflah aduhai kawan kita juga mesti akan ke situ cuma tak tahu bila.Untuk aman kesitu marilah bersama mengelakkan diri dai melakukan dosa dan nifak semuga selamat dunia dan akhirat.




Ketiganya...



Jumaat sebelum Raya haji aku ada memasang telinga mendengar siaran web tv online yang dilayari oleh anak buah.Kuliah Tok guru semasa itu.Namun apa yang menarik pada ku dan tidak pernah ku dengar Tok Guru segarang itu ialah bila diakhir kuliah nya beliau memaki perokok dengan sebutan Binatang!!!!masyaAllah..berhentilah aduhai para penagih rokok...tekunkan semangatmu supaya boleh meninggalkannya..dan akhirnya kalau ikhlas maka ganjarannya pahala.
Share/Bookmark

Read more...