6:07 PM

Baik itu cantik...

Semua impikan yang terbaik dalam kehidupan masing-masing.Sebab itulah mereka berusaha dengan apa cara sekali pun untuk mendapatkanya.Kebaikkan selalunya mengikut penafsiran diri masing-masing,ada yang merasa baik untuk dirinya tetapi dipandang jelek oleh orang lain dan begitulah di sebaliknya.

Selalunya orang melupakan "kebaikkan " yang sebenar yang digariskan oleh ugama.

Islam mengharamkan zina, kalau sesorang lelaki itu kuat nafsunya serta mampu dan untuk mengelakkan daripada dirinya melakukan zina maka dibenar untuknya berkahwin,bukan sahaja satu malah dua,tiga dan empat sekali dibenarkan.Tetapi apa yang kita dapati hari ini mereka lari daripada panduan itu,mereka mencari pelacur,perempuan simpanan dan sebagainya untuk melepaskan nafsu serakah masing-masing.

Air yang bersih adalah minuman yang paling baik untuk kegunaan tubuh badan manusia dan dibenarkan minum tanpa larangan.Manusia lari daripada minuman itu tetapi "mencari" jenis-jenis minuman lain termasuk yang memabukkan.

Di rumah beribu-ribu wang ringgit dihabiskan membeli penapis air kononnya untuk mendapatkan air minuman yang jernih dan bersih,tetapi malang bila bangun pagi air yang berkeladak diminumnya atas nama minuman pagi yang terdiri daripada teh,kopi dan sebagainya.Semuanya memberi kesan kepada kesihatan,tetapi kita masih berpendirian masih ada kebaikkan di situ!.

Begitulah kepelbagaian ragam dalam kehidupan ini.Manusia secara puratanya adalah perlu dan sukakan "kebaikkan"tetapi dalam kehidupan sehariannya jauh daripada mengamalkan kebaikkan itu.Kalaulah kebaikkan untuk dirinya sendiri terabai maka bagaimana mungkin mereka akan melakukan kebaikkan untuk orang lain.

Justeru itu marilah bersama kita mencari kebaikkan untuk diri dan orang lain,dan kebaikkan yang sebenar hanyalah apa yang digariskankan oleh ugama dan tiada kebaikkan jika ianya berasaskan nafsu.Semoga hidup kita akan ceria dan berkat selalu...



Share/Bookmark

Read more...

6:34 PM

Pegawai kerajaan!! rakyat suka kalau mereka dapat macam ini

Berurusan di pejabat kerajaan adalah perkara biasa bagi sesetengah orang ,namun agak luarbiasa bagi sesetengah yang lain.

Bagi yang biasa berurusan mereka mudah memahami dan tahu tatacara yang sepatutnya dipatuhi apabila berurusan,samada dari segi penyediaan dokumen atau sebagainya.Bagi yang tidak biasa maka agak "susah" dan kadang-kadang boleh menjadi trauma apabila mendapat "layanan"daripada para pegawai yang bertugas.

Kelmarin 30 Mei 2011 saya bertandang ke salah sebuah agensi kerajaan negeri untuk urusan penajaan pengajian.Negeri ini di Pantai Timur dan dikatakan kaya dengan hasil minyak.

Di kaunter ada dua petugas wanita yang bertugas.Sebagai pelanggan kita mengikut peraturan dan pegawai bertugas sudah semestinya mempunyai piagam untuk dipatuhi dalam penyampaian perkhidmatanya.

Dalam penyampaian perkhidmatan para pegawai berusaha untuk mematuhi undang-undang dan peraturan bertulis yang dirangka oleh jabatan atau agensinya tanpa ada kelonggaran yang kadang-kadang kita lihat terlampau ketat dan "rigid".Sikap ini seharusnya dipuji,namun dalam beberapa hal ianya tidak menggambarkan keadaan sebenar keperluan penggubalan peraturan seperti itu.Apa perlunya salinan dokumen yang berhelai-helai,contohnya salinan kad pengenalan,pada saya satu keping sudah cukup jika ianya dianggap perlu,maka begitu juga dengan dokumen-dokumen lain.

Cara layanan para petugas juga berlaku "double standard".Jika yang datang itu segak dan kemas penampilanya maka kemas dan lembutlah cara layanannya tetapi kalau yang datang itu "Mak Cik" yang agak selekeh maka selamba lah layanannya.Anda boleh bayangkan bagaimana orang tua yang pada pandangan saya membaca pun belum tentu boleh diarah untuk berbuat itu dan ini .Apa salahnya sebagai pegawai yang digaji oleh rakyat kita "berkorban" sedikit untuk orang seperti ini.Sebagai cadangan agensi ini bolehlah menyediakan mesin pendua untuk "berkhidmat" kepada golongan yang memerlukan semasa berurusan di kaunter mereka.Kenakan bayaran terhadap perkhidmatan itu,saya pasti mereka akan bayar,tetapi "menyusahkan"mereka dengan arahan itu dan ini adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

Sebagai negeri yang "kaya" dan berupaya untuk menyumbang kepada rakyat dengan ribuan komputer riba dan sebagainya maka saya berpendapat dan yakin negeri ini berupaya untuk melakukanya.Dengan hanya "menyumbang" sedikit perolehan negeri dalam bentuk penyediaan mesin-mesin pendua di setiap kaunter agensi kerajaan negeri yang memerlukan penyediaan salinan dokumen,maka ianya akan dilihat oleh rakyat bahawa mereka didahulukan.Pada saya ini lebih penting daripada kita "berhabis"dengan program-program kualiti seperti 5S atau sebagainya yang banyak memakan belanja berbanding dengan perkhidmatan kepada rakyat dalam bentuk penyediaan kemudahan-kemudahan seperti ini.



Share/Bookmark

Read more...

11:55 PM

...kalau kita diuji...

Semua yang hidup selalunya akan diuji,ujian itu ada yang susah dan menyeksakan dan ada juga ujian itu dalam bentuk kemewahan dan kesenangan.Sesetengah orang beranggapan "kesenangan dan kemewahan" yang diperolehi itu juga adalah ujian.Itu bergantung kepada persepsi masing-masing,namun pada saya selagi kita tidak lupa daratan dan bergantung kepadaAllah maka itulah namanya nikmat dan pemberian yang sepatutnya kita syukuri.




Berbalik kepada ujian yang dihadapi oleh sesetengah orang,kadang-kadang ianya boleh mengubah sikap sesorang itu,dalam berkawan sebagai contoh,selalunya kita tidak tinggal kawan kalau kita dalam keadaan biasa,tetapi bagaimana kalau kawan kita itu "menyusahkan" kita dalam berkawan!?,dengan adanya dia kita terpaksa berhabis wang ringgit,dengan adanya dia kita mungkin "kehilangan" pangkat kerana "direbut" oleh dia.Bagaimana sikap kita?

Secara ikhlas kita sebenarnya berupaya bermuhasabah,bertazkirah dan bercakap tentang itu dan ini berkait dengan ujian ini cuma hanya dalam keadaan biasa dan tiada cubaan.Kita kutuk orang-orang dan kawan-kawan kita dengan kata-kata atau apa sahaja bahawa mereka itu tidak tahan ujian sehinggakan ianya mengadaikan prinsip yang dipegang selama ini,tetapi bagaimana kalau ianya juga terjadi kepada kita sendiri?.






Kalau anda anti rasuah,anda mengutuk dan membencinya,tetapi bagaimana kalau anda sendiri yang ditawarkanya.Seratus ringgit anda menolak,bagaimana dengan jumlah lebih besar sehingga ratusan ribu ringgit atau lebih sedangkan peranan anda tidaklah sebesar mana pun dalam hal itu.Kalau menerima pun mungkin peranan anda tidak akan kelihatan dan terserlah,atau dengan kata lain anda akan selamat dan tidak terjerat.






Kalau anda berjawatan dalam kerajaan,sebelum ini anda seorang yang berprinsip ,contohnya mufti lah katakan,setiap tuturkata dan ucapan anda berprinsip, salah tetap salah dan begitulah sebaliknya,bagaimana sikap anda jika diminta untuk menyatakan sesuatu yang bertentangan dengan sikap anda,jika engkar anda akan "kehilangan" jawatan atau tidak disambung kontrak atau sebagainya.Bagaimana sikap anda?

Sesungguhnya kita berupaya "berkata-kata" jika tidak diuji,tetapi kalau ujian sudah mendatang maka hakikatnya kita tidak berupaya untuk melawan.Jarang kita berjumpa dengan "Bilal" di zaman ini yang teguh dan yakin dengan kepercayaanya.Oleh itu bersamalah bermohon kepada Allah untuk kita supaya jangan diuji hatta apa-apa ujian pun kerana kita sebenarnya tiada daya dan upaya untuk berhadapan dalam apa juga ujian...

Share/Bookmark Read more...

5:22 PM

Antara sifat kita..

Selagi hidup dan waras pemikiran maka selagi itulah kita berkehendakkan sesuatu.Kita impikan sesuatu,namun apabila kita mendapatinya kita akan impikan yang lebih lagi mengikut perkiraan pemikiran kita.Pendek kata impian-impian itu tidak akan habis sehinggalah nyawa kita akan bercerai dari badan.

Jarang kita impikan sesuatu yang buruk dan tidak menguntungkan kita,sudah tentu sahaja kita impikan yang terbaik untuk kita,yang kurang berada impikan menjadi kaya,yang kaya impikan lebih kayanya dan begitulah seterusnya cita-cita dan impian sesorang.

Dalam mengimpikan sesuatu dan bercita-cita ini rasanya amat jarang kita impikan yang terbaik untuk kehidupan kita selepas mati,kalaupun ada cuma sekadar cakap-cakap retorik dan tidak dapat dibuktikan.Kalaulah ada kenapa kita masih "melanggar"arahan dan peringatan yang telah diberi!,kita masih mengutamakan "harta" bekal dunia yang sementara itu dalam setiap gerak kehidupan kita!.Setiap hembus nafas kita hanya untuk itu,perancangan serta strategi kehidupan semuanya untuk itu.Kehidupan selepas kematian hanya perancangan sampingan dan dibiarkan antara ada dan tiada sahaja.

Hidup kita dipenuhi dengan rasa tidak puas dengan apa yang ada,dan lebih malang ianya melibatkan hanya "perkara dunia" sahaja.Kita tidak puas hati melihat orang lain ada kelebihan,itu sebabnya adanya gejala dengki dan hasad.Kadang-kadang dalam bermuhasabah cara kita,kita terkejut melihat manusia ini bukan sahaja tidak puashati dengan orang lain dan perkara di sekelilingnya,malah dengan diri sendiri pun tidak puas hati.Kita lihat ada manusia yang tidak puas apabila dikurniakan dengan rambut lurus,maka direkanya supaya rambut menjadi kerinting,begitulah di sebaliknya,maka kedai-kedai dandanan rambut diwujudkan.Itu antara gambaranya manusia ini,bukan sahaja tidak puas denag apa yang ada pada orang lain malah denagan apa yang ada pada diri sendiri pun ianya tidak berpuashati.

Sebagai akhirnya marilah bersama kita berubah,musabahlah diri kita secara waras,jika kita ikhlas dan perpandangan jauh insyaAllah kita boleh berubah dan selari dengan anjuran dan perintah Khaliq.Dengan patuh dan mengikut perintahNya sahajalah maka kita akan menjadi makhluk yang berjaya InsyaAllah...


Share/Bookmark

Read more...

6:48 AM

Selamat Belajar lagi...


Uitm Puncak Alam
Gambar Hiasan


Bermula minggu ke empat bulai Mei 2011 ini anak-anak lepasan SPM 2010 yang berjaya mula mendaftar untuk menyambung pengajian masing-masing.Ada yang mendaftar ke Universiti dengan program Asasi,diploma atau pun matrikulasi.

Tahniah kepada yang berjaya semoga pengajian anak-anak semua mendapat kejayaaan yang cemerlang.

Uitm Puncak Alam
Gambar Hiasan


Cuma sedikit terkilan apabila ada anak-anak yang berjaya dengan cemerlang walau pun mendapat tajaan tetapi tidak mendapat apa yang dikehendakinya.Keputusan seolah-olah cacamerba,mohon ke UK tetapi ke Jepun dihantarnya,mohon kursus lain dibagi kursus lain,mungkin akan ada yang berkata kalau nak puaskan hati semua orang mana boleh!!,tetapi hakikanya begitu lah yang terjadi,itulah sebabnya mungkin timbul suara-suara sumbang sehari dua ini mempertikaikan kaedah pemberian biasiswa kepada para pelajar.

Walau bagaimana pun tahniah untuk anak-anak semua,teruskan usaha dengan semangat dan tekad masing-masing ,semoga usaha anda yang ikhlas dan berterusan itu akan mendapat perkenan Allah InsyaAllah..


Share/Bookmark Read more...

7:58 PM

Takut dan berwaspadalah peringatan ini adalah benar..

At-Takathur.png

"Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), (1) Sehingga kamu masuk kubur. (2) Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)! (3) Sekali lagi (diingatkan): Jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk pada hari kiamat)! (4) Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui (apa yang kamu akan hadapi) dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat). (5) (Ingatlah) demi sesungguhnya! Kamu akan melihat Neraka yang marak menjulang. (6) Selepas itu, demi sesungguhnya! Kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)! (7) Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!" / (8)
surah At-takasur/ 102)

Meneliti firman ini kita tersedar akan kelemahan kita,kita sebenarnya "mengejar" sesuatu yang tidak kekal dan boleh menyelamatkan kita.Siang malam kita berusaha untuk "itu".Kita bergaduh,kita bermusuh sehinggakan kita mempertaruhkan kesihatan dan keselesaan kita hanya untuk itu.

Kadang-kadang kita hanya beringat-ingat bila ada sedikit "kesusahan",namun kita teruskan semula apabila ianya hilang,kita bergaduh dan bermusuh lagi untuk "merebut" itu.

Kita sebenarnya lupa hayat kita cuma sebentar sahaja.Hayat yang sedikit ini sepatutnya menjadi medan mencari bekal untuk dibawa ke alam yang kekal.Namun apa yang terjadi amalan kita kini seolah-olah sudah terbalik,kita mencari dunia seolah-olah kita akan hidup selama-lamanya,tetapi akhirat yang kita akan kekal itu kita tidak bersedia dan berbekal untuk kesana.

Kita lihat di sekeliling,jarang yang boleh menjadi contoh,semuanya seolah-olah sama,berkejar-kejaran mencari habuan,mereka yang bercakap memberi tazkirah itu pun terlajak juga ketikanya.Oleh itu rujuklah kepada sumber yang asal jangan jadikan mereka itu contoh kerana di sana mereka juga akan berlepas diri untuk menyelamatkan diri masing-masing.

Bercita-cita adalah sesuatu yang lumrah,namun demikian ianya hendaklah berada di landasan yang diredhai Tuhan.Kerana dunia ini sesuatu yang melekakan dan mengasyikkan.Jangan nanti kerana tekunnya kita dalam mengapai cita-cita dengan lupa Tuhan nanti kita dijemput juga dalam keadaan dilupakan Tuhan.Mohon dijauhkan fitnah itu,bersederhanalah dalam mencari dunia,kerana itu tidak bermakna kita meninggalkan dunia.


Share/Bookmark Read more...

6:33 PM

Kata hati...

Teringat di masa lampau harga gula cuma 20-25 sen sahaja sekati,kini harga gula dah jadi RM2.30 sen.Mungkin ada yang berkata dulu harganya berdasarkan kati tapi kini harga dah dikira dengan kiraan kilo.Beza satu kati dengan satu kilo lebih kurang 400gram,maka harga mungkin lebih sedikit!!,itu logiknya.

Masa berlalu dengan minyak petrol,diesel dan gas juga begitu,harga semakin meningkat walaupun dulu-dulu tidak pakai istilah liter.Orang dulu guna istilah gelen untuk minyak.Bermula dengan harga sen-sen kini sudah meningkat ringgit-ringgit jadinya.

Dulu-dulu pimpinan negara dan negeri terdiri daripada kalangan mereka lepasan sekolah yang tidak begitu tinggi,kalau pun ada lepasan universiti tidaklah ramai.Semuanya dalam mentadbir dan menguruskan negara agak "halus" dalam membuat keputusan.Rakyat nampaknya selesa dengan mereka dan mereka agak perihatin terhadap rakyat.Itulah sebabnya mereka diberi kuasa yang agak lama dalam mentadbir negara.

Kini masa sudah berubah,pimpinan juga berubah, cuma rakyat yang nampaknya perlahan berubahnya terutamanya melayu.Mereka masih bersikap sama seperti dulu,masih lunak dengan apa yang berlaku.Mereka sebenarnya pilu dengan apa yang berlaku tetapi masih sopan dalam bertindak.Mereka tidak melawan walaupun orang lain sudah mula "melawan".

Kepimpinan sekarang ,mereka tidak macam kepimpinan dulu-dulu.Mereka terdiri daripada anak-anak yang terdidik dan membesar dalam suasana kesenangan dengan limpahan kebendaan.Celik mata sahaja mereka sudah ada di atas kereta,ada diantara mereka yang tidak pernah kenal lumpur dan denai.Mereka memimpin adalah kerana "diangkat" sebagai legasi.Ini kerana hormatnya orang kita kepada pemimpin dulu yang berjasa.Maka anak-anak mereka sebagai pengganti.

Nampaknya kita ini bila tiada pengalaman "susah" maka kita tidak pernah merasa apa itu susah sebenarnya.Kalau rakyat "bertempik" susahnya hidup ini akibat kenaikan harga barang-barang keperluan asas,kita semacam tidak peduli itu semua kerana kita tidak pernah mengalami.Kita tidak pernah merasa bagaimana peritnya apabila tiada nasi untuk dimakan!,Jangan dikira dengan kereta mewah atau kenderaan lain,basikal tua pun tidak pernah dimilikinya.

Kita kesal dengan apa yang berlaku kini.Kepimpinan seolah-olah beranggapan rakyat marhein ini sebagai "beban" dalam pentadbiran mereka.Segala bantuan atas apa sahaja nama termasuklah sabsidi diungkit berhari-hari,seolah-olah rakyat "berhutang" dengan mereka.Rakyat tidak pernah "memprotes",mereka membayar segala jenis cukai yang dikenakan kepada mereka.Walaupun dijanjikan dengan cukai itu mereka akan dibantu.Namun apa yang mereka dapati kesempitan hidup yang berpanjangan.Rangkaian jalanraya yang tidak sempurna. Jalanraya yang sudah ada mengalami kerosakan di mana-mana.Anak-anak belajar dikenakan bayaran yang tinggi,walaupun katanya bantuan diberi tetapi ianya bukan percuma,kena bayar kembali.

Jelas kini sebenarnya tiada lagi jatidiri dan integriti.Walaupun disebut berkali-kali dan berhari-hari ianya cuma di bibir sahaja.Tengok sahaja apa yang berlaku,harta rakyat diperlakukan bagaikan harta sendiri.Dalam urusan peribadi mahupun parti harta negara dan negeri digunakan berkali-kali .Itulah sebenarnya suasana kita kini.







.




Share/Bookmark

Read more...

6:08 PM

Untuk mu Cikgu!!


Dedikasi untuk para guruku khususnya Ustaz Adham dan Bapak soenaria Sasmita yang banyak mengajar aku tentang hidup ini

Cikgu!!
semua orang tahu
cikgu juga manusia seperti aku

kalau aku tahu malu
cikgu jua ada rasa malu
kalau aku ada hati dan rindu
cikgu juga pasti ada rasa itu

Cikgu!
Dulu aku tidak tahu
tapi kini sudah tahu
tahu bukan saja gitu-gitu
kerana engkau yang bagi ilmu

Cikgu!
Engkau bukan saja begitu
cuma memberitahu
tapi lebih daripada itu
engkau selalu memohon untuk aku
engkau memohon untuk murid-murid mu
engkau memohon untuk untuk kesejahteraan bangsa mu

Cikgu!
kini aku tahu
di sebalik wajahmu
terselit rasa pahit tanpa madu
demi untuk anak-anak didikmu
engkau lupakan dirimu
walaupun untuk kehidupanmu

Cikgu!
pengorbanan mu kini menyedarkan diriku
kini aku sudah kenal diriku
tanpamu cikgu
aku tidak tahu siapa aku

Cikgu!
Terima kasih dari ku

aku tahu ucapan ini hanya di angin lalu
namun doaku selalu untukmu
semoga Allah membalasmu
dengan syurga yang dijanjikan itu

Cikgu!
selamat hari guru untukmu
semoga hidupmu diberkati selalu
samada di dunia ini yang pilu
atau diakhirat yang pasti itu....






Share/Bookmark Read more...

11:03 PM

Rupa-rupanya..begitu!!

Setiap hari kita menjamahnya secara bergilir,kalau hari ini buah tomato mungkin esoknya kita makan daun sadri dalam sup yang disediakan,begitu jugalah dengan buah-buahan atau bahan makanan yang lain tanpa kita tahu apa khasiat sebenarnya bagi bahan-bahan yang kita makan itu.Allah menjadikan manusia ini cerdik,dan dengan kecerdikan itu manusia berjaya dengan izinNya mengkaji dan menyelidik setiap kejadiannya.Di antara secebis kajian itu termasuklah khasiat buah-buahan dan sayur-sayuran ini.....

Sebiji Tomato mempunyai empat ruang dan berwarna merah. Hati berwarna merah dan mempunyai empat ruang. Semuakajian menunjukkan tomato adalah makanan asli untuk hati dan darah.
Segugus anggur tergantung seperti bentuk hati. Setiap buah anggur kelihatan seperti sel darah dan semua kajian menunjukkan hari ini bahawa sememangnya buah anggur makanan penting jantung dan darah.
Sebiji Walnut kelihatan seperti otak kecil, hemisfera kiri dan kanan, serebrum atas dan serebrum bawah. Bahkan kerutan atau lipatan pada kacang seperti neo-korteks. Kini kita tahu bahawa walnut membantu membangunkan lebih dari 3 neuron-pemancar untuk fungsi otak.
Kacang Ginjal benar-benar menyembuhkan dan membantu menjaga fungsi ginjal , mereka memang kelihatan seperti buah pinggang manusia.
Saderi, Bok Choy, Rubarb dan lain-lain kelihatan seperti tulang. Makanan ini khusus mensasar kekuatan tulang. Tulang adalah 23% natrium dan makanan ini 23 natrium%. Jika anda tidak mempunyai cukup sodium dalam diet anda, tubuh menariknya dari tulang, membuat ianya lemah. Makanan ini mengisi keperluan skeletal untuk tubuh.
Terung, avokado dan Pir mensasarkan kesihatan dan fungsi rahim dan serviks daripada wanita - Ia kelihatan seperti organ-organ ini. Penyelidikan saat ini menunjukkan bahawa ketika wanita makan 1 avokado minggu, mengseimbangkan hormon, mengurangkan berat lahir yang tidak diingini dan mencegah barah pangkal rahim(kanser serviks). Dan bagaimana ini penting ? .... Diperlukan tepat 9 bulan untuk membesarkan avokado dari berbunga ke buah matang. Ada lebih dari 14.000 unsur kimia fotolitik untuk nutrisi dalam setiap salah satu makanan (ilmu sains moden telah mengkaji dan menamakan hanya sekitar 141 dari mereka).

Buah ara penuh dengan biji dan tergantung berpasangan ketika mereka tumbuh. Ara meningkatkan motiliti sperma laki-laki dan meningkatkan jumlah sel-sel sperma untuk mengatasi kemandulan lelaki.
Grapefruit, Oren, dan lain-lain limau kelihatan seperti kelenjar mama daripada wanita dan benar-benar membantu kesihatan payudara dan gerakan limfa masuk dan keluar dari payudara.
Bawang kelihatan seperti sel-sel tubuh. Penyelidikan saat ini menunjukkan bahawa bawang membantu membuang bahan sisa dari semua sel tubuh. Bahkan mereka menghasilkan air mata yang mencuci lapisan epitelium mata.
Ubi keledek kelihatan seperti pankreas dan benar-benar mengseimbangkan indeks glisemia pesakit diabetes.
Buah Zaitun membantu kesihatan dan fungsi ovari

Maka Nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu Dustakan?

Disalin di sini


Share/Bookmark Read more...

7:27 AM

Seorang ibu dan isteri yang boleh diteladani..

Hari ini sempat berkunjung ke kampung,rasa seronok dan gembira kerana dapat
bertemu dengan rakan taulan yang agak lama tidak ditemui.Banyak kisah yang diperkatakan.Ada cerita keluarga dan ada cerita santai yang dibualkan.

Antara yang menarik ialah bagaimana seorang ibu tua membisikkan pengalaman kehidupannya.Beliau mengimbau tentang bagaimana suaminya seorang yang garang dan tiada tolak ansur di sepanjang mereka melayari bahtera kehidupan ini.Kedua-duanya sudah hampir menjangkau 70an.Di sepanjang kehidupan berkeluarganya sumpah seranah adalah mainan suaminya,namun ianya ditakdirkan kekal sehingga sekarang ini.Mengimbau sepanjang 50 tahun bersama beliau pasrah terhadap apa yang terjadi.Beliau tidak pernah melawan,beliau sabar kerana kata beliau kalau melawan pun apa yang kita akan perolehi selain daripada tindakan yang lebih kasar daripada suaminya .Hasilnya beliau berjaya,falasafahnya satu,kalau menang pun kita tidak dapat apa-apa maka lebih baik ia beralah,hasilnya suami akan cepat beralah juga dengan dia.Beliau berjaya!!.

Kerana fobia dengan perangai suami,menjadi harapan ibu tua ini kalau dapat menantu janganlah namanya sama dengan nama suaminya.Tuhan mengujinya,beliau dapat menantu sama dengan nama suaminya,rupanya nama itu perangainya sama.Kasar,garang dan kedekut adalah lumrah dalam kehidupan simenantu ini.Untuk meredakan keadaan siibu ini menasihati anak kandungnya agar mencontohi dirinya dalam melayari bahtera kehidupan ini.Alhamdulillah kata siibu ini anaknya sudah melayari kehidupan berumah tangga ini sudah lebih daripada 30 tahun dengan aman walaupun dalam suasana panas sentiasa.Apa yang penting sabar dan tenang menjadi penawar dalam kehidupanya.

Kini kata ibu ini suaminya tidak lagi segarang dulu.Setiap detik dan saat dirayu agar selalu mendampinginya.Pelik dan diluar kebiasaan rupanya manusia ini bila sudah tua dan menghampiri saat dipanggil Tuhan perangainya berubah dan ini menginsafkan.Betapa syukurnya saya kata ibu ini saya tidak mengikut perasaan semasa hayat masih muda,dengan sabar kini saya merasai nikmatnya.Tahniah untuk ibu ini dan terima kasih kerana kisah-kisah sebegini adalah sesuatu teladan yang baik untuk jenerasi yang kemudian.Sekali lagi terima kasih Mak Mah....

Share/Bookmark

Read more...

5:20 PM

Saya amat terharu!!!..

Umur sudah lebih separuh abad,banyak pengalaman dan peristiwa yang dilalui,banyak juga watak dan wajah manusia yang dilihat,ada yang baik ada yang buruk dan ada yang teramat buruk,namun itu hanya merupakan sekadar peristiwa yang datang dan berlalu tanpa ada sesuatu yang mengujakan.

Tetapi peristiwa kali ini begitu mengujakan saya,tidak pernah berlaku sebelum ini,apabila seorang Sultan negeri bercakap tentang pahala untuk rakyatnya maka itu amat mengujakan.Saya begitu terharu dengan ungkapan Tuanku itu.Berkali-kali saya membaca berita itu,sahih baginda mengimpikan rakyatnya mendapat pahala dalam kehidupan ini.

Antara titah Baginda:
" Perkara pertama yang terlintas di dalam fikiran sebaik sahaja menaiki takhta Kesultanan Kelantan: Perkara pertama ialah untuk memilih nama rasmi yang akan dipakai selaku Sultan iaitu Sultan Muhammad V dan perkara kedua ialah untuk menukar seruan “Daulat Tuanku” yang lazim digunakan sebelum ini kepada seruan “Allahu Akhbar”. Pada pandangan saya, inilah yang paling sesuai kerana secara tidak langsung siapa yang melafazkannya akan memperolehi pahala. itulah yang terbaik untuk rakyat saya."

Tahniah rakyat Kelantan!!!

Wawancara penuh di sini

Share/Bookmark

Read more...

5:21 PM

Antara "kawan" yang mengkhianati kawan




http://www.ahadees.com/images/quran/arabic/14_22.gif
Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar, dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya". Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.(Surah Ibrahim ayat 22)

Awas!! hindari dan jauhilah "kawan" seperti ini, bersama kita mohon perlindungi daripada Allah .




Share/Bookmark Read more...

4:44 PM

Bersahabat: betulkan caranya...

Setiap daripada kita mempunyai kawan atau sahabat.Dalam berkawan bermacam peristiwa yang kita alami dan lalui.Ada masa kita bertemu kawan yang setia dan boleh diharap,ada juga yang kita temui kawan hanya sekadar berbual dan meluahkan perasaan sahaja dan pelbagai lagi jenis kawan yang kita ada dan temui.

Dalam mencari pangkat dan kelebihan yang lain majoriti kawan meninggalkan kawan.Lebih dahsyat ada yang melobi dan membuat fitnah terhadap kawan supaya apa yang dihajatinya akan diperolehi dan kadang-kadang kawan ditinggalkan dengan kesepian.

Dalam politik pun begitu ada masa berkawan rapat ,tetapi dalam masa yang lain berpecah dan bergaduh.Namun begitu ada yang peliknya juga dalam politik ini,ada masa bermusuh dalam masa yang agak lama,kalau mengikut adatnya tidak akan berbaik dan berkawan sampai bila-bila tetapi dengan tidak dijangka-jangka boleh berkawan pula.

Sebenarnya dalam kehidupan ini terutamanya di masa kini jarang kita temui kawan yang betul-betul setia dan boleh diharap,hatta kita tengok kawan sejati dalam kehidupan seseorang yang kita panggil isteri itu pun tidak sejati jadinya.Ada yang bergaduh,ada yang menduakan suami,ada yang menderhaka dan sebagainya,kalaulah yang ada ikatan sejati itu pun tidak sejati maka apakah yang kita boleh harapkan daripada kawan-kawan biasa kita yang lain!!.

Kita kembali kepada panduan sejati yang Allah sediakan untuk kita.Itu sahaja penyelesaianya!!!.Berkawan atau bersahabat ini kalau tidak kita asaskan kepada taqwa maka sudah pasti akan berlaku perbalahan.Kita akan bertelingkah,bermusuh dan bergaduh sesama sendiri,cuma yang akan terselamat daripada cubaan tersebut hanyalah mereka yang berkawan atas dasar taqwa dan sentiasa bertaqwa dalam kehidupanya.Bersolat dan menjauhi larangan Allah dan beramal dengan suruhanNya sahajalah yang dapat menyelamatkan kita dalam setiap persahabatan.Oleh itu mulakanlah dari sekarang,kalau sudah "terlanjur" kita sebenarnya kita masih ada masa,ubahlah sekarang kerana dengan mengubahnya kita akan mendapat kebaikan dan kesejahteraan dalam kehidupan ini.



Share/Bookmark

Read more...

4:44 PM

Orang surau jangan syok sendiri!!!

Selalunya bila kita berada dalam kelompok yang sama maka kita agak jahil tentang kelompok-kelompok yang lain,lalu kita beranggapan bahawa kelompok lain itu semacam kelompok kita juga.Itu adalah satu tanggapan yang lumrah,kita jarang melangkau sempadan untuk mengenali kelompok-kelompok lain yang agak berjauhan atau di luar kelompok kita.

Kita lihat" kelompok surau" contohnya,mereka adalah terdiri daripada orang-orang yang baik dan bersopan santun.Tidak timbul keraguan tentang sifat serta perangai mereka,cuma kalau ada yang agak songsang itu merupakan lumrah yang tidak menjejaskan penampilan dan personaliti mereka.

Kita lihat banyak di kalangan kelompok-kelompok ini begitu taksub atau fanatik dengan kelompok masing-masing.Sebab itulah mereka jarang berinteraksi dengan kelompok atau golongan di luar kelompok masing-masing.

Melihat kepada potensi "penyampai" atau pendakwah gejala ini agak merugikan,contohnya bagi kelompok surau,mereka sebenarnya tidak tahu bahawa khalayak yang berada di luar kelompok mereka itu "rosak"dan agak susah untuk diperbetulkan.Mereka seolah-olah syok sendiri dengan apa yang dilalui oleh mereka.Ini disebabkan mereka berinteraksi hanya di kalangan mereka sahaja.Bertazkirah,berceramah dan sebagainya hanya di surau dan masjid yang sudah pasti para pengunjungnya adalah yang "bersih",namun bagaimana dengan selain daripadanya yang berada di luar sana.

Kepada kelompok ini kena berubah!!,demi untuk mengamankan masyarakat semua kita kena berperanan.Keluarlah daripada kepompong itu,keluar itu bukan bermakna kita meninggalkanya tetapi kita jadikan kelompok asal kita itu sebagai pengkalan untuk bergerak,jangan jumud di situ.Di luar sana masih banyak yang perlu kita perbetulkan,jangan syok sendiri ayuh mulakan..!!







Share/Bookmark

Read more...

9:35 PM

Kita sayang kepada apa yang tidak perlu kita sayang..

Anda ada menyimpan barang lusuh?saya percaya ramai diantara kita yang berbuat demikian.Untuk apa kita simpan barang tersebut? selalunya kira merasa "sayang" kepadanya menyebabkan kita menyimpannya walaupun ianya menyusahkan kita.

Lumrah kalau kita membaiki kereta maka alat ganti lama dikembalikan kepada kita dan seterusnya kita akan bawa balik dan simpan.Kita kadang-kadang menyisih dan menyusun alat-alat atau apa sahaja dirumah kita,namun sedikit sahaja yang kita buang dan yang selebihnya disimpan kerana "sayang"nya kita kepada barang tersebut

Kadang-kadang puluhan tahun kita menyimpan,bagi yang selalu berpindah barang lusuh tadi kita arak ke hulu dan ke hilir bersama-sama kita pindah.Untuk apa kita menyimpan kita sendiri pun tidak pasti.Namun apa yang pasti kita selalu membawanya bersama kita walaupun tidak pernah sekalipun kita menggunakanya atau kita mengambil munafaat daripadanya.

Di pejabat-pejabat sekarang ini diarahkan untuk membudayakan 5S dalam membudayakan kekemasan dan mencantikkan pejabat.Di rumah juga sepatutnya begitu!.

Rupanya selama ini kita memenuhi minda kita untuk berfikir dengan perkara yang tidak wajar.Kita seolah-olah "bercermat" tetapi kita sebenarnya tidak membudayakan kebersihan dalam hidup kita.Sampah di bengkel kereta kita bawa balik simpan dirumah,peralatan dapur yang rosak dan tidak berguna lagi kita simpan dan menjadi "sampah" dirumah kita.Begitulah berbagai lagi barang yang lama dan lusuh itu menjadi beban kepada kita.Oleh itu ayuh bersama berubahlah,tinggalkan pemikiran yang kita bawa selama ini kerana ianya tidak menguntungkan kita dan dalam sesetengah hal ia menyusah dan membebankan kita dari segi pemikiran mahupun kewangan.



Share/Bookmark

Read more...

5:25 PM

Tahniah anak-anak...

Tarikh 6 Mei 2011 adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak pelajar lepasan SPM 2010.Kalau pada akhir Mac lalu mereka tertunggu-tunggu dengan keputusan SPM masing-masing kini keputusan penempatan mereka ke IPTA telah pun dikeluarkan.

Bagi yang berjaya mendapat tempat , kegembiraan terbayang di wajah masing-masing.Tahniah diucapkan semoga anak-anak diberi Allah kurniaan untuk terus menghadapi pembelajaran dalam suasana yang mudah dan berkesan.Bersama kita pohon agar Allah mengurniakan kita dengan mudah kefahaman dan kuat ingatan dalam setiap detik kehidupan kita.Berdoalah juga agar kita menjadi orang mendapat ilmu yang bermunafaat dan boleh dimunafaatkan oleh diri dan orang lain.Semoga ianya menjadi bekal untuk kehidupan di akhirat nanti.

Kepada yang tidak berjaya,percayalah ini bukan kesudahan kerana ketentuan tuhan adalah sesuatu yang terbaik untuk diri kita.Allah maha pengasih dan maha penyayang.Dia adalah segala-galanya.Hikmat di sebalik peristiwa ini tidak dapat kita teka kerana Dia amat mengentahui.Kita tiada daya dan upaya,cuma apa yang kita boleh lakukan setelah berusaha adalah berdoa mengharapkan anugerah yang terbaik untuk diri kita.Oleh itu jangan kecewa teruskan perjuangan anda dan ingatlah Allah itu maha pengasih dan maha penyayang.KepadaNyalah sahaja kita berserah..


Share/Bookmark

Read more...

5:44 PM

Semangat lebuhraya...

Hujung minggu berkunjung ke utara menghadiri satu program.Memandu di lebuhraya utara selatan agak memenatkan walaupun ianya tidak banyak mengunakan "skill" untuk memandu.

Gelagat para pemandu agak mengasyikkan dan jika kita berfikir secara positif rupanya ia adalah satu "muhasabah" yang baik untuk kita terapkan dalam kehidupan kita.

Kita perhatikan betapa semangatnya kenderaan yang "berumur" untuk turut sama "berlumba" kadang-kadang terkeluar asap berkepul-kepul di ekzos masing-masing,namun tidak dihiraukan oleh "tuan" masing-masing.Nampaknya lagi berumur lagi kuat tenaganya diperah untuk bertanding dengan kereta-kereta baru yang saya percaya tidak perlu mengunakan banyak tenaga untuk meluncur laju.

Nampaknya begitulah "kita" di alam realiti ini,umur sudah melangkau separuh abad atau lebih namun kita masih "memecut"untuk terus "laju",kadang semacam tidak pernah terfikir bahawa kita ini sebenarnya sudah lagi tidak "mampu" untuk laju sebenarnya tetapi kerana nafsu atau semangat "muda" yang tidak pernah hilang daripada kita selagi kita bernama manusia maka kita memecut dan terus memecut tanpa menghiraukan siapa dan ke arah mana tujuan kita sebenarnya.

Saya percaya "memecutnya" kita bukan kerana untuk menuju destinasi sangat tetapi lebih kepada untuk memuaskan hati muda kita.Kita rasa bangga kalau kita dapat memotong kereta lain,lebih-lebih lagi kereta yang kita potong itu baharu malah kuasa kudanya lebih besar.Itulah sebabnya keluar asap biru pun kita masih memecut tanpa memikirkan minyak hitam akan kering,enjin akan jadi panas serta risiko enjin akan rosak dan akan mati.

Apakah kita pernah terfikir begitu dalam hidup ini?,kalau ada maka mungkin kita akan dapat mencari sesuatu yang baik dan berguna untuk kehidupan kita di dunia ini lebih-lebih lagi di akhirat,tetapi kalau tiada maka kita sebenarnya akan terus-terusan hanyut bersama hanyutnya impian kita.Oleh itu kembalilah ke alam realiti sebenarnya supaya kita akan selamat dan berbahagia.


Share/Bookmark

Read more...