11:19 PM

khutbah Jumaat yang.....

Hari ini sempat menunaikan solat jumaat di kampung.Kerana kesibukan urusan dunia maka sudah lama saya tidak bersolat di sini.Alhamdulillah sempena cuti hari ini dapatlah berkunjung ke kampung halaman untuk permulaan tahun 2010 ini.

Fardu jumaat kali ini diimamkan oleh imam yang agak muda dan kira umurnya pangkat adiklah dengan saya.Mesej yang ingin disampaikan ialah tetang kepentingan belajar dan mencari ilmu.Saya yakin khutbah ini ditulis khusus sempena pembukaan penggal pertama persekolahan untuk tahun 2010 yang bakal menjelang pada hari ahad di negeri Pantai Timur dan isnin bagi negeri di pantai barat.

Isi kandungan serta mesej yang ingin disampaikan adalah amat baik,cumanya cara penulisan khutbah tersebut pada saya tidak mencapai piawaian sebenar bersesuaian dengan pendengar yang rata-rata orang kampung yang pada saya bahasa serta penggunaan istilah dalam khutbah itu tidak akan difahami oleh mereka.Pada saya kalau masjid di Putrajaya khutbah itu adalah sesuai,tetapi kalau di kampung saya ini saya rasa jauh daripada sesuai.Maaf bukan untuk merendahkan tahap pemahaman orang kampung yang saya cintai ini tetapi itulah hakikatnya.Malah imam yang membaca pun tersangkut-sangkut dengan istilah-istilah orang putih tersebut.Cuba anda bayangkan sudahlah istilah orang putih,dimelayukan dan dijawikan pula,kesian Pak imam...

Untuk panel penulis khutbah di pejabat-pejabat ugama pohon fahamilah situasi ini.Saya tahu anda semua adalah orang terpelajar
dan memegang ijazah malah ijazah lanjutan dan mungkin pemegang status doktor falasafah,tetapi kalau anda berfikir semua orang macam anda maka anda silap.Oleh itu fahamilah situasi dan saya yakin jika itu yang anda amalkan maka mesej yang ingin anda sampaikan akan sampai dan difahami serta kesannya adalah baik sekali,ayuh bersama positifkan diri anda demi kebaikan bersama.





Share/Bookmark

Read more...

5:16 PM

Munajat tahun baharu 2010

http://nustaffsite.gunadarma.ac.id/blog/viyan/files/2008/11/doa.jpg







Ya Allah,sempena tahun 2010 ini kami ingin mengadu kepadaMu bahawa kini kami berada dalam kesempitan.Jenayah menjadi-jadi di mana-mana sahaja hatta di rumah-rumahMu ya Allah.Para pimpinan kami asyik bertelagah dan menampakkan mereka melupaiMu dalam setiap tindakan masing-masing.Kata-kata atau janji pemimpin kami sekarang ini jarang boleh dipegang jika berjanji,mereka seolah-olah menganggap kami ini sebagai sampah dan tidak bernilai apa-apa.Janji untuk menolong rakyat dengan slogan-slogan retorik yang sangat mengujakan cuma tinggal slogan sahaja.

Ya Allah ya Rabbuna,harga barang-barang keperluan kami naik hari demi hari.Tiada tempat lain untuk kami mengadu cuma hanya pada Mu ya Allah.Rezki pendapatan kami tidak seberapa,untuk tahun-tahun baharu mendatang ini kami jangka akan lebih perit lagi dengan bebanan cukai,tol dan lain-lain bil yang terpaksa kami tanggung yang sudah tentunya akan naik.

Ya Allah Ya Rabbuna,Kebajikan kami kini sudah banyak yang terabai.Anak-anak belajar kalau tiada duit maka akan ketinggalanlah kami.Para pimpinan semacam tidak peduli kami.Peluang belajar hanya untuk yang cemerlang sahaja sedangkan kecemerlangan itu adalah sesuatu yang sulit untuk dinilai.Kalau bilangan A yang banyak sahaja yang diambil kira maka di mana anak-anak yang kurang banyak A itu hendak pergi.Kami takut mereka-mereka ini nanti akan menjadi penjenayah atau pengkhianat yang akan merosakkan masyarakat kami nanti,sedangkan kini polis seolah-seolah tidak termampu membendung gejala yang sedang berleluasa.

Ya Allah Ya Rabbuna,Pimpinlah kami bantulah kami,anugerahkan kepada kami para pemimpin yang berakhlak mulia dan patuh kepada titah perentahMu.Jauhilah kami daripada dipimpin oleh mereka-mereka yang pembohong,munafik dan perasuah.Demi sesungguhnya kami takut tidak mendapat keberkatan daripadaMu hasil daripada dipimpin oleh mereka yang zalim.

Ya Allah Ya Rabbuna,Limpahilah kami dengan segala kerahmatanMU dan jadikanlah kami hamba yang mendapat keberkatan serta petunjuk serta kekalkanlah kami dalam Iman selamanya dunia dan akhirat.Lindungilah kami daripada melakukan kezaliman dan munafik serta lindungilah juga kami daripada dizalimi serta hancurkanlah mereka-mereka yang zalim serta membohongi rakyat jelata dengan kuasa yang ada.

Ya Allah Ya Rabbuna,Berikanlah kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat juga kebaikan.Kami pohon pada Mu ya Allah kerana tiada lagi yang lain untuk kami mengadu kecuali MU Ya Allah..Amin











Share/Bookmark Read more...

5:37 AM

Gula memang bawa penyakit...tetapi








Awal pagi 1 januari 2010 harga gula akan dinaikkan sebanyak 20 sen.Itu keputusan kerajaan yang memerintah kini.Alasannya kerajaan terpaksa menanggung beban kewangan yang tinggi untuk subsidi gula .Harga roti putih juga tidak lagi dikawal sebagaimana sebelum ini.Ini bermakna pengguna akan membayar dengan nilai yang lebih untuk mendapatkan gula dan roti berbanding dengan harga sebelum ini.Sumber di sini

Memang gula tidak baik untuk kesihatan. Walaupun merbahaya untuk kesihatan kita dapati masih ramai yang menggunakanya.Pendek kata dalam kehidupan ini kalau tiada gula maka tidak cerialah kehidupan kerana ianya adalah bahan yang berfungsi untuk menyelerakan kita dari aspek pemakanan.Itu fakta.

Saya boleh bersetuju dengan pengumuman ini dengan alasan yang diberi, tetapi saya tidak boleh bersetuju dengan pengumuman ini kerana ianya bercanggah dengan kenyataan kerajaan sebelum ini yang berjanji harga gula tidak akan dinaikkan.Jarak masanya janji itu bukan setahun atau dua tahun malah bukan berbulan pun tetapi cuma beberapa minggu sahaja janji itu diungkapkan.Kita kecewa dengan sikap ini.Dari segi persepsinya kerajaan seolah-olah menggangap rakyat jelata ini jenis yang boleh dipermainkan.Buatlah apa sahaja pun namun mereka akan menerimanya.Itulah realiti yang seharusnya kita hadapi sekarang ini.Kita sebagai rakyat seolah-olah tiada sebarang aura yang boleh menimbulkan rasa simpati oleh pihak-pihak yang sepatutnya perihatin dengan keadaan serta permasalahan kita.Sekarang mulai terasa sebagai rakyat berhargakah kita ini!!!?.










Share/Bookmark Read more...

8:37 PM

Selamat bersara untuk Sdr Zakaria


Hari ini hari terakhir bagi pembantu am rendah di pejabat saya.Beliau telah memilih untuk bersara secara pilihan setelah berkhidmat lebih daripada 20 tahun dengan kerajaan,dan selepas ini beliau akan memulakan kehidupanya sebagai seorang yang bersara yang sudah tentu suasananya akan berlainan sama sekali dengan apa yang beliau tempuhi sebelum ini.

Pada saya beliau bukan sahaja sebagai kakitangan malah beliau juga sebagai sahabat, maka sudah tentu saya akan merasa "kehilangan" dengan ketiadaan beliau.Seorang yang penuh komitmen dan banyak membantu saya dalam tugasan harian.Selain "pendoa" tetap pejabat saya setiap pagi beliau juga adalah seorang yang tekun dalam kerja-kerja hariannya yang lain.Pada saya kerana "ini"lah juga yang mendorong beliau untuk bersara awal.

Sebagai sahabat saya doakan semoga sdr Zakaria akan memperolehi kesihatan yang baik sepanjang hayat serta dimurahkan rezki dan memperolehi kejayaan dalam semua bidang kehidupan ini.Teruskan perjuangan anda dan Selamat maju jaya untuk saudara Zakaria..









Share/Bookmark

Read more...

11:36 PM

Mid kawe tabik ko raja demo...

Di Johor Baharu jumpa kawan dari Kelantan.Kawan ni cakap sultan dia sekarang sudah lama ikut" sunnah nabi" jadi dia pun ada terasa juga tetapi takut tidak mampu katanya.Saya macam tidak percaya cerita itu,beliau berkali-kali mengesahkan bahawa itu bukan cerita rekaan.

Dalam melayari maya ini saya terjumpa ini dan ini, hanya kepada Allah saya berserah apakah benar atau tidaknya hanya Dia yang maha mengentahui.Apa pun kalau betul saya ucapkan tahniah dan kepada Tuan Hamid ayuh silakan!!!!.









Share/Bookmark

Read more...

8:03 AM

Johor Baharu yang banyak kenangan






Minggu ini meluangkan masa memenuhi undangan kawan lama di Johor Baharu.Berada di sini membuatkan aku terimbau kenangan lama yang amat terkesan kepada diri dan keluarga.Hampir 15 tahun bermastautin di sini,Memulakan hidup berkeluarga sehinggakan direzkikan dengan anak-anak juga di sini,mengemudi bahtera keluarga yang kini sudah menghampiri 30 tahun juga di sini, alangkah manisnya pengalaman itu....
Kini JB fizikalnya tidak lagi sebagaimana JB yang aku tinggalkan 10 tahun dulu.Berubah hampir seluruhnya.Sistem jalanraya sehinggalah kepada penempatnnya.Satu masa dulu tempat aku memikat burung ruak-ruak dan ayam hutan kini sudah tidak begitu lagi keadaanya.Kini tempat itu telah dibangunkan menjadi taman rekreasi untuk warga bandar ini.Sesuai dengan lokasinya di bandar maka dinamakan "hutan bandar".Dua hari di JB sempat menjengah ke hutan bandar.Meriah sekali nampaknya suasana yang sudah tentu menggembirakan warganya,tahniah untuk "perancang" JB ini semuga anda berjaya menjadikan ianya terbaik namun seboleh mungkin jauhkanlah daripada pembaziran...
Untuk Abang Saat dan Kak Asiah selamat menerima menantu dan untuk Tuan Hamid serta Puan Zainah terima kasih kerana melayan dan sudi membantu....








Share/Bookmark

Read more...

7:59 AM

Sakit tenat tapi tak mati-mati



Khamis,buat lawatan tapak, projek yang sudah lewat lebih daripada 200 hari.Buat masa ini dua ribu lebih sehari kena bayar kerana lewat.Projek ini dikira sakit ,bukan sakit main-main tetapi amat tenat tapi yang hairannya tak juga mati-mati.
Terfikir siapalah kontraktor projek ini.Nama memang terkenal tetapi kenapa semacam tidak mampu saja gayanya.
Berdozen lawatan pemantauan oleh jabatan-jabatan teknikal yang lain namun masih juga begitu.Cuma yang paling menghairankan kenapa ianya tidak mati-mati walaupun dikatakan telah berpucuk surat penamatan kerja telah dikeluarkan(?).





Share/Bookmark

Read more...

8:10 PM

Cerita Hilang...

Sehari dua ni heboh pasal cerita kehilangan enjin jet tentera,semalam tengok lapuran dari DUN Terengganu rupanya di sana juga ada kehilangan.Cuba tengok di sini










Share/Bookmark

Read more...

11:25 PM

Melayu....

Di Malaysia ini penduduknya kira melayulah yang majoritinya.Di negara lain yang berjiran juga bilangan bangsa melayu ini juga agak ramai terutamanya di Indonesia.Sebagaimana mereka saya juga melayulah kiranya.Asal usul keturunan asal tidaklah pula diketahui,cuma sesedar sahaja dalam hidup ini dah jadi melayu.walaubagaimanapun syukur walaupun melayu namun masih Islam.Cuma dalam bermenung dengan melayu ini saya terfikir rupanya bangsa saya ini satu bangsa yang pelik dan jauh dari "petunjuk" sebenarnya.Cuba tengok di sini.Anda boleh bayangkan kalau nak kira berpuluh,beratus,malah beribu mesjid,surau atau madrasah yang wujud di negara kita ini.Majoritinya ada aktiviti masing-masing dari segi untuk mengharmonikan keimanan supaya lebih dekat dengan penciptanya,namun kita lihat kepada apa yang berlaku ini menunjukkan ianya tidak memberi kesan kepada manusia melayu ini. Sesuatu yang menyedihkan bila saja berlaku sesuatu dan pelik sikit maka percayalah melayu bahawa "itu" bermunafaat dan boleh dijadikan ubat atau sebagainya.Saya tidak begitu maklum tentang bangsa lain tetapi kalau melayu itulah lumrah yang berlaku.Untuk para ilmuan ayuhlah tuan-tuan "ubatilah" melayu ini,dan ikhlaskan hati anda supaya ubat yang anda masukkan ke dalam jiwa-jiwa mereka itu benar-benar masuk dan boleh mengubati jiwa mereka dan tidak menduakan Allah yang kita sembah ini.











Share/Bookmark

Read more...

5:00 AM

Orang Kelantan Tak sensitif ke?


http://mms.kl.fm/attach/klfm/12241641.jpg
Gambar hiasan




Semalam seorang menteri kata Kelantan tidak layak dapat royalti minyak kerana minyak itu digerudi di luar pantai Kelantan dan melebihi tiga batu nautika.Itu kata menteri yang asalnya orang Kelantan juga.Orang Kelantan tak sensitif ke dengar pernyataan semacam ni,sepatutnya orang Kelantan perjuangkanlah hak Kelantan tu ni nak sekat pula,hai nasib la orang Kelantan..apa macam orang Kelantan?nak menanggani orang yang tak ada jati diri Kelantan macam ni.Selalunya masa belajar dulu saya lihat orang Kelantan ni begitu taksub dengan negeri dia,pantang perlekeh kena kita.Kali ni menteri pula yang "perlekeh" Kelantan.....alahai politik..










Share/Bookmark Read more...

4:10 AM

Aku mula rasa takut...


sumber gambar di sini




Kini takut mula melanda diri aku.Sebelum ini aku begitu yakin dengan keupayaan para penguasa yang diamanahkan untuk menjaga negara yang aku cintai ini,namun rupa-rupanya keyakinan yang aku harapkan selama ini bagaikan mengharapkan sibuta untuk memimpin aku melintas jalanraya yang sibok.Begitulah misalannya kalau kita melihat beberapa peristiwa yang berlaku kebelakangan ini.Cuba bayangkanlah kalau enjin jet pun boleh dicuri maka bagaimana mungkin perkara-perkara lain tidak dicuri.Pendek kata sepintas berfikir pada aku tiada sesuatu pun akan selamat di tanah airku ini jika ini keadaanya.Tak payah berKPI atau ber NKRA la kalau macam ni Sia-sia saja beretorik macam ini.Di Parlimen Pak Menteri dan para Tok wakil pun sama memonteng,kalau murid sekolah tentu kena dah.Tetapi yang ponteng ini para pembuat "dasar".Anda nilailah dalam perkara yang menentukan hidup mati negara pun mereka mengambil jalan mudah dan senang apa lagilah kalau ianya hanya membabitkan rakyat marhein yang sekadar dapat memberikan satu undi setiap lima tahun sekali.Kamu hai rakyat yang tidak berguna bukan selayaknya menjadi perhatian kami.Kamu hanya kami guna untuk kuasa kami saja,tetapi kalau kamu itu montel,gebu dan pandai bergincu atau artis ke maka kami ada la rasa sikit pecah liurnya. Biar pun sudah berkeluarga namun tambah lagi kami sanggup.Maaf tuan n3 ini rasa naik darah sangat,bercakap pasal integriti tetapi tengoklah apa yang jadi.Kini aku sangat takut, apakah ada jaminan untuk kita hidup aman dan makmur sebagaimana sebelum ini....Ya Allah selamatkanlah kami daripada fitnah yang akan merosakkan ini...











Share/Bookmark Read more...

10:28 PM

Muhasabah 1 Muharram 1431H


Sebagai mengakhiri tahun hijrah 1430,umat Islam di negara ini telah mengadakan upacara sambutan ketibaan tahun baharu islam tersebut

Bermula akhir waktu solat asar dan selepas solat maghrib semalam mereka ramai-ramai berdoa dengan doa akhir tahun dan doa awal tahun.Juga disulami dengan ceramah atau tazkirah sempena dengan peristiwa tersebut.

Saban tahun begitulah tahun hijrah disambut dan bagi sestengah daripada kita itu sudah menjadi "rutin" tahunan.Persoalannya setiap awal tahun ada saja "azam" baru yang dijanjikan.Tahun 1431H ini pun sama. Azam ini selalunya daripada baik kepada yang lebih baik. Namun sebagai muhasabah cuba kita perhatikan perkara-perkara ini.Topiknya "berlawan sesama sendiri".

1.Parti politik Pemerintah lawan Pembangkang.

2.Ahli Istana juga berlawan.

3.Mazhab juga berlawan.

4.Kakitangan Kerajaan berlawan untuk pangkat.

5.Kakitangan berpangkat juga berlawan antara hakiki dan KUP.

6.JKK Kampung juga berlawan kerana projek tidak selari.

Sekadar menyebut contoh di antara yang banyak-banyak yang terjadi. Sama-sama bermuhasabah kenapa masih begini sedangkan saban tahun berazamkan diri.Kesimpulan kini sebenarnya kita ini melupai Ilahi secara hakiki sebut cuma untuk mengabui diri sendiri.Ya Allah ya Ilahi selamatkanlah hamba-hamba mu ini.









Share/Bookmark

Read more...

8:43 PM

1431H...umur tambah lagi



DOA AKHIR TAHUN



DOA AWAL TAHUN






Selamat menyambut Tahun Baharu Hijrah 1431

Semuga sentiasa dalam anugerah Iman dan Islam


Allahu Akbar










Share/Bookmark Read more...

4:28 PM

Bersih itu Cantik

"Skuad sampah" MPKB Bandaraya Islam


Sekarang ini isu kebersihan adalah menjadi topik percakapan kebanyakkan orang.Di bandar terutamanya; kalau sampah tidak dipungut maka pihak yang berwajib seperti majlis perbandaran akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya atas perkara tersebut.Kadang-kadang tidak habis dengan pengurusan sahaja yang kena kutuk malah kerajaan negeri berkaitan juga turut menerima tempiasnya.

Semalam dalam perjalanan ke Kelantan daripada Terengganu saya terserempak dengan satu "skuad" yang terdiri daripada wanita bermotorsikal dengan "berlembing" di tangan menikam-nikam sampah di tepi jalanraya dan memasukkan dalam karung plastik.Untuk lebih jelas saya menghampiri skuad ini,rupa-rupanya mereka ini adalah pekerja kontrak yang sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di sepanjang lebuhraya tersebut.Dimaklumkan selain di lebuhraya di perkampungan berhampiran juga kerja-kerja ini pun dibuat juga.

Hari ini sambil memandu di Kota Bharu saya sekali lagi terserempak dengan "skuad" juga. "Skuad sampah",itu tulisan pada motorsikal bertayar tiga yang saya temui itu.Kumpulan yang sedang berkonvoi ini juga melakukan kerja-kerja memungut sampah sebagaimana yang ditemui oleh saya di Terengganu semalam.Cuma di Kelantan lebih bersistem dari segi logistiknya.

Daripada pemerhatian ini nampaknya pihak-pihak yang berwajib sedar tentang tanggungjawab yang perlu dilakukannya demi untuk melestarikan kawasan masing-masing,buktinya penyediaan kemudahan termasuk para pekerja sebagaimana yang saya sebut tadi,cuma apakah respon kita sebagai pengguna dan pemilik kepada kawasan kita itu?!Adakah bila kawasan kita kotor atau tidak terurus maka terus kita menyalahkan orang lain dalam perkara tersebut, memang tidak dinafikan ada di kalangan mereka yang dipertanggungjawabkan itu tidak begitu peka dengan kerja-kerja yang seharusnya dilakukan itu,seperti ponteng kerja atau sebagainya,namun begitu itu bukan alasannya untuk kita turut tidak bekerjasama dalam menjaga kebersihan ini.Ayuh kita bersama melestarikan kawasan kita...





Share/Bookmark Read more...

7:25 PM

Terengganu hanya tinggal Darul Iman....

Pemandangan resort di tepi pantai Terengganu


Sudah tiga hari berada di Terengganu Darul Iman.Negeri yang berbiraikan pantai keseluruhannya.Di sana menginap di salah sebuah resort yang agak terkenal dari segi namanya walaupun begitu perkhidmatanya tidak se-gah namanya.Berbanding dengan kunjungan sebelum ini nampaknya kali ini semakin merosot samada dari segi kemudahan mahu pun keselesaanya.

N3 kali ini bukan hendak mempertikaikan itu tetapi tentang perkara lain.Sejak hari pertama lagi timbul kemusykilan di benak fikiran saya,rupanya di negeri Darul Iman ini minuman keras masih bebas dijual di khalayak termasuk di tempat-tempat pelancungan sebegini.Yang lebih musykil lagi ialah para pelayannya adalah terdiri daripada adik-adik pelatih daripada beberapa kolej yang menawarkan kursus-kursus perhotelan yang dihantar ke situ untuk tujuan praktikum.Ke hulu ke hilir membawa dulang yang berisi minuman keras yang pelangganya saya lihat cuma tidak lebih daripada tiga orang yang berbangsa orang putih kalau tidak silap pengamatan saya.Kenapa pengurusan hotel ini tidak sensitif dengan perkara-perkara sebegini,setidak-tidaknya!nak harapkan kerajaan negeri pada saya tidak keterlaluan kalau saya katakan Terengganu kini hanya tinggal Darul Iman sahaja dan yang lain sudah hilang entah kemana.Dimaklumkan di pulau-pulau persekitaran perairan Terengganu juga lebih dahsyat daripada itu malah banyak di" publish" oleh akhbar-akhbar perdana.

Kepada pihak berwajib di Terengganu celik lah anda, kerana dengan kecelikkan anda mungkin Allah akan selamatkan Terengganu daripada sebarang bala dan bencana,kalau tidak Allah berhak menentukannya.





Share/Bookmark Read more...

5:59 AM

Laut & Pantai


Pantai dan laut dua entiti yang tidak boleh dipisahkan.Kedamaian berada di sini.Sebagaimana bukit dan air terjun, laut dan pantai juga istimewa kepada manusia.Rezki kebendaan berada di sini ikan ,sotong sehinggakan minyak juga berada di sini.

Selain kedamaian pantai dan laut juga menjadi tempat meresahkan.Bila ombak atau alunnya kuat maka ianya membimbangkan semua orang,itu sebab ramai yang beringat-ingat dengannya.

Namun begitu dalam ketenangan, pantai dan laut juga menyentap kedamaian manusia.Dalam mencari kedamaian terkadang Pantai dan laut memberi duka.Ramai sudah yang berduka kerananya.Lemas dan hanyut lumrah yang terjadi.

Semalam di Rantau Abang Terengganu duka ini terjadi lagi.Alfatihah untuk mangsa ini.Kadang-kadang beringat pun ketentuan itu tetap juga terjadi.Oleh itu bersama kita hanya berserah hanya pada Ilahi.Ketentuan DIA memang pasti dan kita mestinya kena mengerti...sekali lagi al-fatihah.









Share/Bookmark

Read more...

12:11 AM

Mengata Lagi..







Hari ini nak mengata lagi
Biarlah walau pun ada yang tak sudi
Asalkan puas di hati
Aku tetap akan mengata lagi

Mula-mula nak mengata menteri
kenapa asyik sebut sabsidi
hari-hari kata sabsidi akan tiada lagi
aku pun tiada mengerti
macamlah tiada lain yang boleh dikaji

sabsidi itu apa erti
bantu rakyat yang mentaati
itu sebab cukai semua beri
walaupun tidak berkenan di hati
oleh kerana taat maka mereka beri

sebut negara makin maju kini
kemudahan yang selalu beri
sudah tidak mahu diberi lagi
apa sudah jadinya nanti

Persatuan pengguna juga tambah sekaki
sokong menteri nak tarik sabsidi
jaga pengguna apa macam ini
atau ada sesuatu di sebalik hati

sudahlah wahai orang-orang ini
jangan jadinya semua menjauhkan diri
kerana sebab tak tau urus negeri
kita cakap orang tak layak yang makan sabsidi

bukan sebab itu wahai pak menteri
aku tahu semua ini
duit habis bukan kerana sabsidi
tetapi tiris di sana dan di sini

satu lagi nak mengata ni
untuk cuepacs yang sentiasa di hati
berjuang sudah sebati
memperjuangkan nasib ahli

pertama naik gaji
kadang-kadang menjadi
maka semua senang hati
ada kala tidak menjadi
maka ada yang maki
namun aku tidak peduli
sebab aku juga tumpang sekaki

cuma satu yang aku kesali
usahlah perjuangkan ini
untuk lanjut umur lagi
untuk tidak mahu pencen lagi

kesianlah anak-anak kita ini
habis mengaji sampai phd
balik-balik kena menggangur lagi
sebab jawatan tiada kosong lagi
sebab bapak sambung lagi
hari hari ceti panggil diri
sebab hutang mengaji tak bayar lagi

hendak menoreh tiada mengerti
hendak bertani pun tidak mengerti
nak jadi kuli pun tidak mengerti
sebab mengaji bukan dalam bidang ini

retoriknya menjadi-jadi
penuh dengan slogan itu dan ini
rupanya kena tipu ditegah hari

kata anak tidak ada jatidiri
kata banyak sudah peluang diberi
bila perhati mana semuanya ni
yang ada cuma syok sendiri.

bapak sambung dan sambung lagi
sampai ada yang sudah berkali-kali
hai mati lah macam ini
nak kahwin macam mana ni
tiada duit nak tanggung anak bini

Cukuplah wahai bijak bestari
berilah peluang untuk anak-anak ini
jangan sampai kita bela mereka lagi
walaupun sudah tercabut gigi

mereka pun nak berbini
mereka mahu urus diri
macam mana kalau macam ini
kerja masih tidak boleh diberi
kerana kita tamak untuk diri

cakap sentiasa beralas itu dan ini
kerana kami yang banyak ketahui
maka itu sebab kami terpaksa sambung lagi
macamlah diri lain tiada lagi
untuk mengurus semua ini

aku tengok dengan mata kepala sendiri
ada yang sambung itu sudah tidak bergigi
malah ada yang sudah tuli
namun kena gagahi
sebab engkau orang ketahui

cukuplah wahai bijak bestari
sudah sampai masa kini
untuk beri anak-anak berdikari
jangan kerana kita ini
peluang mereka tertutup lagi

dengarlah mengata aku ini
sebab aku tiada rugi
aku takut kamu hilang kuasa nanti
sebab mereka ini bukan boleh diajari
bila hati sudah memberontak lagi
kata pujuk sudah tidak makan lagi
sebabnya benci sudah tidak terperi
kalau aku pun tentu begini
buat apa sokong lagi
sebab ianya tiada erti...














Share/Bookmark

Read more...

11:12 PM

Bersama kenangan......

(Gambar hiasan....salam Pak Majid Apa Khabar sekarang,moga-moga sihat hendaknya)

Hari ini jumaat.Balik kampung.Bila di kampung banyak aktiviti yang boleh dibuat berlainan dengan di bandar,kalau hendak berpeluh kena "jogging" atau pergi"gym"atau main badminton.Pendek kata sikit atau banyak semua kena keluar belanja dan hasilnya keluar peluh saja.Selalunya kalau berpeluh tandanya sihat lah pada kebiasaan dan menjadi kepercayaan semua orang.Apa pun kita kena berserah kepada Allah lah dalam bab ini.Kalau di kampung semua percuma.Dalam proses mengeluarkan peluh pun kita dapat hasil,paling tidak pun ulam-ulaman untu makan tengahari.Itu nikmatnya di kampung.

Lepas solat jumaat ada jiran sekampung jemput untuk tahlil arwah di rumahnya.Dalam majlis tersebut jumpa ramai kawan-kawan lama.Masing-masing bertanya khabar,maklumlah dah lama tidak berjumpa.Dalam bertanya khabar tu baru saya ingat rupanya kita ni dah tua.Bayangkan ramai rakan-rakan tadi dah putih rambut masing-masing malah yang dah tak ada gigi pun dah ada,bila disapa "dah tua kita ni"jawab rakan tersebut selamba.

Rupa-rupanya kita ni kalau lama di bandar sikap peka itu agak kurang sikit.Maklumlah di sana mana ada masa sangat muhasabah diri ni.Masing-masing sibuk dengan urusan dan terlebihnya urusan dunia lah.Itulah kalau untuk lebih terkesan dari segi muhasabah diri ini selalu-selalu lah jengah kampung halaman.Jumpalah kawan-kawan sepermainan kita dulu-dulu.Dari sini kita sekurang-kurangnya beringat dan insaf bahawa kita sebenarnya sudah tua dan perangai kita pun sepatutnya lebih baik,Jangan bermuhasabah bila kena musibah saja.Sebenarnya semasa hidup ini kena sentiasa muhasabah diri waimma masa senang atau pun susah. Di bandar kita sebenarnya sentiasa berjiwa muda.Itulah kadang-kadang berlaku ada di kalangan jurujual yang sebaya anak kita panggil kita pakcik ada yang komplen,ai ingat saya ni dah tua ke panggil pakcik.Rambut dah putih misai dan janggut pun sama putih,jalan pun terketar dan mengah-mengah tetapi bila panggil pakcik marah pula.Alahai manusia.

Berbalik pada kenang-mengenang ini rupanya saya ini pun sudah masuk dalam kategori generasi pertama.Bayangkan semasa masih di kampung dulu ada anak-anak yang masih atas dukungan ibu tetapi hari masa jumpa dalam majlis tadi ini sudah segak,bermisai tebal,malah dah kahwin pun serta sudah ada anak..terfikir hai cepatnya masa berlalu..bagaimana nak hitung hari Allah yang disebut satu hari di akhirat sama dengan seribu tahun di dunia.Mohon ampun ya Allah.....








Share/Bookmark Read more...

9:52 PM

Aqidah dan solat kena jadi agenda negara

Hari ini sempat menghadiri seminar pemantapan aqidah yang di adakan di balai Islam Kota Bharu kelantan.Tiga pembentang kertas kerja dijemput untuk memenuhi program tersebut.

Antara intisari yang dapat diambil daripada seminar ialah tentang solat dan aqidah; perlu dimantapkan dan perlu menjadi agenda kerajaan.Kedua-dua agenda ini apabila dimantap dan menjadi pegangan rakyat keseluruhannya maka ianya akan menjadikan mereka;sebagai warganegara yang berdisiplin serta patuh dengan apa sahaja larangan dan tegahan yang ditetapkan.

Di sana tiada lagi yang menagih dadah,mencuri,merompak dan kesannya, bajet yang kerajaan sediakan untuk pengurusan perkara tersebut dapat dialihkan kepada urusan lain yang lebih berfaedah.Contohnya bajet tersebut boleh digunakan untuk membangunkan pendidikan ataupun prasarana pembangunan untuk rakyat keseluruhannya.Oleh itu kepada yang celik ayuh...mulakan!!!







Share/Bookmark

Read more...

1:45 AM

Kursus; bukan BTN sahaja yang kena kaji!!!

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/8/86/Nordin_kardi.jpg
Orang kuat BTN satu masa dulu



BTN kena kaji balik;puncanya kerana protes oleh kerajaan Selangor.BTN ini didakwa telah membawa unsur perkauman dan boleh merosakkan pemikiran bersih rakyat jelata.Pro dan kontra berlaku.Ada yang menyokong dan ada yang menentang.Mereka yang sekarang ini bersetuju untuk mengkaji balik modul BTN itu jugalah sebenarnya yang mempertahankannya semasa diperkenalkan dulu dan berjalan sehingga ke hari ini. Entah mimpi apa kita tidak ketahui.Cuma daripada pengalaman ber-BTN nyata apa yang diungkitkan oleh kerajaan Selangor itu ada kebenaranya.

Kursus BTN ini setiap programnya apabila dijalankan bukanlah secara percuma.Bermula daripada tempat,fasilitator makan minum dan sebagainya adalah memerlukan belanja.Belanja yang diperlukan adalah tinggi dan jika diperhalusi ianya adalah membebankan kerajaan.Bayangkan selain perbelanjaan asas di kem ,setiap peserta juga akan menuntut lain-lain elaun jika melibatkan kakitangan kerajaan.Maka sudah tentu membazir dan membebankan dan tidak berbaloi dengan apa yang kita dapat di sana.

Selain BTN pada saya banyak lagi kursus lain sebenarnya yang patut dikaji.Contohnya kursus yang dianjurkan oleh beberapa jabatan terutamanya yang melibatkan penganjuran di hotel-hotel atau tempat mewah yang lain.Didapati penganjuran itu tidak begitu mencapai matlamatnya dan apa yang dilihat ianya semacam program "melancung" dan "ditaja".Secara telus cuba lihat senarai,siapa peserta yang selalu menghadiri kursus terutamanya melibatkan lokasi luar pejabat.Kadang-kadang apa yang dimaklumkan mereka itu adalah terdiri daripada orang yang sama walaupun kursus itu topiknya sama.Tambahan lagi kalau ianya melibatkan lokasinya di Sabah atau Serawak.Bukan dongengan lagi "kursus" ini sebenarnya tiada apa-apa.Apa yang ada cuma retorik yang menipu kita,sebenarnya menghabiskan beras sahaja......








Share/Bookmark Read more...

1:51 AM

Melayu dan bahasanya

Dua tiga hari ini saya berkesempatan untuk menghadiri satu kursus yang dinamakan "kursus keterampilan bahasa melayu".Pemudahcara bagi kursus ini adalah "munsyi" yang dijemput khas.Beliau katanya berpengalaman memberikan kursus ini di beberapa tempat termasuklah IPTA tempatan.

Melihat kepada isi penyampaian beliau secara sepintas bolehlah dikatakan bemunafaat dan berkesan.Penumpuan beliau adalah lebih tertumpu kepada tatabahasa dan format penulisan surat yang berkualiti.Cuma apa yang saya fikirkan kalaulah bahasa melayu yang diajar ini yang sewajibnya digunakan dalam penulisan harian maka saya berpendapat tidak ramai penulis novel yang akan berjaya menyiapkan novelnya malah para sasterawan tidak akan dapat melahirkan idea dalam bentuk bertulis mahupun pengucapan.Kenapa saya berkata begitu; kebanyakkan bahan yang ditunjukkan semasa kursus adalah terdiri daripada bahan penulisan semasa seperti surat khabar,pamplet dan juga baner serta beberapa buku hasil tulisan beberapa penulis Tanah air.Majoriti daripada apa yang ditunjukkan ialah kesalahan.Bukan sahaja akhbar malah soalan bahasa melayu STPM juga terdapat kesalahan yang ketara.(?)

Persoalanya,bagaimana mungkin kita boleh berbahasa melayu yang betul kalau hari-hari kita dihidangkan dengan penggunaan bahasa yang salah!?Surat khabar,TV,radio malah apa sahaja melakukan kesalahan dalam berbahasa.Cuba anda bayangkan bagaimana murid akan menjawab betul tentang soalan yang ditanya sedangkan soalan itu sendiri salah dari segi tatabahasanya.Terpulanglah kepada pemikir bahasa untuk menentukanya cara-cara atau langkah-langkah yang perlu untuk mengatasi perkara ini.Kesimpulan yang saya dapat buat hasil daripada kursus pendek ini ialah bahasa melayu ini sebenarnya sudah rosak dari segi penggunaan tatabahasanya.Ini semuanya pada saya ialah kerana tiada keberanian di kalangan berkuasa untuk memartabatkannya walaupun ianya dalam makluman dan disedari.

Di sini saya sebut satu contoh yang paling nyata dikatakan oleh munsyi tentang kesalahan yang dilakukan oleh institusi yang pada saya tidak sepatutnya berlaku;itu pun kalau apa yang disebut oleh munsyi itu betul;ialah apa yang dilakukan oleh bank negara.Tulisan "WANG KERTAS INI SAH DIPERLAKUKAN DENGAN NILAI RM...."kata munsyi ayat dalam tulisan ini adalah salah...di sini saya mohon kepada yang mahir bahasa boleh tolong komen dan komen anda amat saya hargai.












Share/Bookmark

Read more...

4:54 PM

Bila senja sudah mendatang.....







Share/Bookmark

Read more...

1:19 AM

Kereta Jatuh Di KB Mall


Quantcast

kb mall runtuh


Gambar terbaru ditempat kejadian kereta yang terjatuh ke dalam bangunan KB Mall




UPDATE!!
Hari ni di Kota Bharu,Kelantan, baru sekejap lebih kurang jam 5.00 ptg (6/12/2009) dimaklumkan sebahagian kecil bahagian atas KB Mall runtuh disebabkan sebuah kereta terlanggar dinding di tingkat 3 (Tempat Letak Kereta)....2 pelajar Masterskill College..Maut..





Share/Bookmark Read more...

6:03 PM

SPM: Boleh ambil 12 subjek

SPM: Boleh ambil 12 subjek,itu keputusan terbaru KPM yang dikeluarkan oleh menterinya.Keputusan itu dibuat hasil daripada rayuan yang dibuat oleh MIC untuk kepentingan kaum India yang bimbang takut bahasa mereka akan pupus jika tidak diadakan dalam bentuk peperiksaan.

Mendengar berita tersebut kita terfikir kenapa berkecamuknya kita sejak sejak kebelakangan ini.Apakah keputusan dibuat sebelum ini tidak mengambil kira perkara-perkara sebegini.Bunyinya macam budak-budak main "jualan" di bawah pondok saja gayanya.Apakah layanan yang diterima oleh pelajar-pelajar sekolah-sekolah ugama secepat itu responnya berkaitan bahasa arab misalnya.Betapa susahnya mereka untuk menentukan sabjek yang perlu mereka ambil setelah polisi 10 mata pelajaran diperkenalkan.Walaupun ada ruang-ruang yang membolehkan mereka mengambil lebih daripada 10 tetapi cuma 11 sahaja masa kini.Terdengar rungutan di kalangan mereka terutamanya yang beraliran sains betapa mereka terpaksa melupakan hasrat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang profesional seperti arkitek atau sebagainya kerana terpaksa "meninggalkan" beberapa sabjek yang berkaitan.

Untuk KPM dan menterinya lihatlah perkara ini.Jangan kerana untuk "sesuatu" maka kita terpaksa membuat keputusan yang merugikan "melayu" yang menjadi sebutan setiap daripada kita.Pilihlah kumpulan pemikir yang baik dalam meminta pandangan,kerana mungkin ada diantara mereka yang berkepentingan menyebabkan kita akan hanyut kerana tunjang yang kita harapkan untuk mengukuhkan asas sebenarnya reput dan memburuk..














Share/Bookmark

Read more...

1:07 AM

Bila mendung menjadi...maka hujan pun terjadi dan bala pun mula menampakkan diri kerana kecuaian manusia kini


Hujung tahun menjelma lagi.Pejam celik sudah hampir setahun umur kita bertambah lagi.Bagi mereka-mereka yang tinggal di Pantai Timur hujung tahun biasanya adalah musim banjir dan sudah menjadi kebiasaan bagi mereka banjir akan melanda dan mereka bersedia.

Namun yang peliknya sejak kebelakangan ini banjir ni sudah tidak kenal lokasi lagi,Kedah,Perlis,Melaka, pendek kata kebanyakan negeri sudah mula mengenali banjir.Kini mereka tau betapa banjir ini kalau tidak kena gayanya akan menyusahkan kehidupan.

Semalam tempat saya pun kena banjir.Belum pernah dalam sejarah sebesar itu banjirnya.Sudah lama mengenali dunia ini,inilah kali pertama melihat ada orang berpindah di tempat saya.Pusat pemindahan adalah di Balairaya kampung.Mengikut ceritanya bantuan terus sampai.RM500.00 satu keluarga.Maka berduyun-duyun yang datang "pindah" yang tak kena banjir pun pindah juga! tujuannya RM semata-mata.

Itulah lumrah dunia dan perangai manusia.Sentiasa mencari peluang.Samada halal atau haram tolak tepi.Yang penting tembolok dulu yang perlu diisi.Kalau yang kurang "mengajinya" berperangai begini kita susah nak komen,tetapi yang berlaku di kalangan yang terlebih mengaji,hanya Allah yang tahu.

Itulah penting Islam yang tulen menjadi benteng dalam diri.Kerana ianya akan mengilap nilai seseorang yang bernama manusia yang akan dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk untuk dirinya.











Share/Bookmark

Read more...