10:08 PM

Kalau betul Sayang Nabi,kena buat ini...

Alhamdulillah hari ini sempat mengikuti program sambutan Maulidurrasul S.A.W 1431H.Ceramah di sampaikan oleh AlFadhil Ustaz daripada pejabat Ugama negeri.Antara intisari ceramaha beliau ialah.

1. Tujuan sambutan maulid adalah bertujuan untuk melahirkan rasa sayang dan kecintaan kita kepada rasul S.A.W.

2.Mengikut Qadi Iyad diantara rasa cinta itu ialah dengan mengamalkan sunnahNya samada yang kecil mahupun yang besar.Diantara sunnahnya yang tidak pernah ditinggalkan Rasulullah S.A.W selama hidupnya siang dan malam ialah memelihara janggut.Walaupun nampak "simple"namun ianya adalah sunnah,maka semestinya orang yang mengaku kasih kepada Nabi tidak seharus meninggalkanya.

3.Rasulullah S.A.W,walaupun beliau yatim piatu namun beliau adalah orang yang amat suka dan menggalakkan umatnya menghormati kedua ibu bapa.Selama kita hidup ini,sejauh mana pengorbanan serta penghormatan kita kepada kedua ibu bapa kita.Sebagai contoh,kepada kita yang hidup agak mewah,pernahkan anda menjenguk bilik tidur ibu bapa kita?bagaimana keadaannya? adakah seselesa bilik tidur kita?berhawa dingin berkatil empuk dan berbantal gebu.Kalau tidak setaraf, maka anda sebenarnya tidak termasuk dalam golongan yang beramal dengan sunnah kerana membiarkan kedua ibu bapa anda tidak selesa dalam hidupnya sebagaimana selesanya anda.Bukankah sunnah itu adalah perkataan,perbuatan dan takrir Nabi S.A.W.

4.Masih berbicara tentang berbuat baik kepada kedua ibu bapa.Berapa ramai antara kita yang pulang menziarahi ibu bapa di hari-hari cuti.Terbaru pada cuti tahun baru Cina tempuhari.Ramai di anatar kita akan menghabiskan masa cuti kita di Cameron Highland,Bukit Merah,Tambun,Kota Bharu,Masjid Kristal, China Bandung atau sebagainya berbanding dengan menziarahi ibu bapa,sedang kita semua maklum bahawa melihat rupa paras ibu bapa itu adalah diberi ganjaran pahala oleh Allah S.W.T.Alangkan ruginya kita walau pun pulang kadang-kadang masa bersama ibu bapa amat singkat berbanding masa kita menziarahi kawan-kawan dan taulan lain.

5.Ikut sunnah kah kita kalau sepanjang masa di alam rumahtangga asyik berkelahi,sedangkan Rasulullah S.A.W amat menjaga kualiti rumah tangganya dengan berkasih sayang di antara isteri-isteri Baginda.

6.Dalam beramal dengan sunnah hendaknya jangan memilih.Dalam poligami, terutamanya lelaki selalu beralaskan sunnah bila hendak melakukanya,namun bila berpoligami perkara sunnah yang melibatkan poligami yang lain ditinggalkan.Begitu juga wanita bila menyebut poligami sering menolaknya walaupun penolakkan itu kadang-kadang mencabar aqidah masing-masing.

7. Dalam beramal dengan kegemaran mmasing-masing banyak yang tidak menagmbil kira hukum halal dan haram.Contohnya merokok,walaupun sebahagain besar ulama' menghukumnya sebagai haram namun masih ramai yang menolaknya dan kadang-kadang juga menjejaskan aqidah hasil darpada penolakan tersebut.Sebahagian ramai yang terlibat adalah terdiri dariapada golongan cerdik pandai termasuk para ustaz.Dalam persoalan hukum ini terimalah hukum yang ditetapkan itu,masalah hendak beramal atau tidak itu adalah soal lain kerana hukum dan amalan adalah perkara yang berlainan....bersambung












Share/Bookmark

Read more...

9:58 PM

Ustaz!!! nak tanya sikit ni,boleh jawab?

Kenapa...

Bila pergi belajar di Saudi dan lulus bila balik ke Malaysia kena label Wahabi
Bila pergi belajar di Iran dan lulus bila balik ke Malaysia kena label Syiah
Ini satu lagi bila balik daripada Lubnan sekarang ini kena label Ahbass pula

TETAPI

Kenapa bila ke Amerika ke England ke, balik tiada seorang pun kena label Kristian ke atau Yahudi ke,sedangkan pembawakan atau cara hidupnya hanya Allah sahaja yang tahu(baca: tidak semua).Kenapa berlaku macam ni Ustaz?...









Share/Bookmark

Read more...

5:39 PM

Memo untuk anak-anak merdeka

http://2.bp.blogspot.com/__xaIb5LqhFs/Sr0XbQTZGCI/AAAAAAAABD8/tUYtzvY8dCw/s320/cium_jabat_tangan_orang_tua.jpg




Kepada yang masih punya ibu
kepada yang masih punya bapa
renunglah sejenak untuk kedua-duanya
sesungguhnya mereka sudah tua
dikala anda kini masih muda remaja

kelak suatu hari anda juga akan tua

bila tua
tiada apa-apa lagi yang ada
cuma lidah jua
itu pun tiada tenaga
untuk berbicara
tambah-tambah lagi pada anda yang masih muda remaja
kalau bicara juga
takut tersentuh hati yang sentiasa membara
maka kelak hati akan terluka

hai anak-anak merdeka
bila sudah tua
tiada apa-apa lagi yang ada
orang muda tiada lagi hormat bicara
ahh!!! orang tua apa ada
dulu masih ada harta
kini cuma rintangan jua

Aduhai anak-anak permata
apakah itu rasa anda
pada orang tua
mengherdik dan mengata
kepada orang yang berjasa

jangan begitu wahai orang muda
kerana yang tua itu sebenarnya permata
yang menguntungkan anda
bila anda juga akan tua

jagalah hati yang tua
kelak anda akan dapat laba
kerana dia juga yang memelihara
untuk kebahagiaan anda....












Share/Bookmark Read more...

7:02 PM

Macam ini rupanya Firaun






WAJAH Raja Tut yang dibina semula menggunakan mesin pengimbas CT oleh sekumpulan saintis pada 2005.

























Anda nak tahu kisah Firaun cuba ke sini
Share/Bookmark Read more...

2:58 AM

Rasuah: Mungkin ini juga puncanya ?....




Kebetulan hari ini ahad,sempat meneliti beberapa dokumen lama yang tersimpan,daripada simpanan ini terdapat beberapa prosidur dan peraturan berkaitan dengan beberapa jabatan.Dalam mengamati satu persatu terfikir dalam benak fikiran kenapa dan apakah rasionalnya digubal peraturan -peraturan ini.Banyak yang ada lebih kepada menyusahkan dari memudahkan.Kita tengok sekarang ini ada yang telah diubah pun,kalau dulu sebagai contoh, pengeluaran paspot sampai berminggu tetapi kini dalam tempuh satu atau dua hari sudah selesai,begitulah dengan beberapa perkara yang melibatkan beberapa jabatan yang sebenarnya boleh dipermudahkan.

Sebenarnya dalam jabatan-jabatan kerajaan kini masih wujud fenomena penggubalan dasar yang menyusahkan dan perkara inilah yang menjadi punca kepada berlakunya gejala "hulur"(baca:rasuah) ini.Kita tengok sahajalah apa yang berlaku di agensi-agensi yang melibatkan banyak interaksi dengan orang awam,semua berlaku perkara ini.Contoh tidak payah sebut tetapi perhatikanlah sendiri.Kadang perkara paling remeh pun dibuat prosidur itu dan prosidur ini.Manusia,tahu sahajalah dia mesti nak cepat kalau lambat sikit mulalah cari jalan,dan untuk memudahkan maka rasuahlah!.

Semua tahu rasuah itu haram,ugama kata haram dan undang-undang manusia pun kata haram juga.Sebagaimana undang-undang Allah yang lain dilanggari, maka rasuah yang sudah tentu salah itu juga dilanggari oleh manusia.

Rasuah sebenarnya ditentang oleh semua orang,hatta orang rasuah juga lebih "menyibuk"kalau bercakap tentang rasuah dan kadang-kadang "menentangnya" lebih dari yang lain.Sebenarnya mereka ini amat dukacita kalau sesuatu perkara terutamanya di jabatan-jabatan kerajaan ini dipermudahkan.dengan mudahnya itu akan menjejaskan peluang mereka untuk merembat apa sahaja demi kepentingan diri.

Oleh itu demi untuk mengurang kan gejala ini marilah bersama untuk membasmikanya.Kepada pegawai-pegawai kerajaan terutamanya yang "berkuasa"tapis-tapislah sesuatu proposal yang di angkat oleh anak buah anda itu,mungkin di sebalik cadangan itu tersimpan "sesuatu" demi tembolok sesorang atau kalau tuan empunya diri tidak bermaksud begitu mungkin ianya akan diambil kesempatan oleh mereka-mereka yang suka mencari kesempatan.Bersama-sama fikirkan.











Share/Bookmark Read more...

1:49 AM

Bekam satu kaedah perubatan


Gambar Hiasan


Hari ini Alhamdulillah diberi Allah kelapangan,dan dapat balik kampung.Hari ini juga dikira bersejarah kerana berkesempatan mencuba satu kaedah perubatan tradisional iaitu "bekam".Walaubagaimanapun Perubatan yang disebut dan pernah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W ini mempunyai beberapa pantang larang antaranya tidak boleh tidur selepas melakukan bekam,juga hendaklah "berpuasa' dalam beberapa tempoh waktu.Sebagai maklumat serba ringkas tentang bekam ini rujuk di sini.











Share/Bookmark Read more...

11:00 PM

Kerajaan...Ubahlah polisi !!

Membaca surat khabar sejak akhir-akhir ini,menyesakkan dada dan membingungkan fikiran.Banyak sangat berita yang membabitkan gejala kerosakan moral terutamanya yang membabitkan rumahtangga.Contohnya isteri curang dengan suami orang dan sebagainya.

Apakah wanita bekerja menjadi penyebabnya?Contoh terbaru cuba tengok di sini.Pendek kata gejala ini nampaknya kini semakin menjadi-jadi dan rasanya akan berterusan jika langkah-langkah yang proaktif ke arah pencegahan tidak diambil dengan segera.

Sebagai cadangan dan mungkin ini tidak popular,namun untuk kesejahteraan umat seharusnya dibuat walaupun ianya agak susah diterima masyarakat.Antaranya kurangkan pengambilan kakitangan di kalangan wanita,jika perlu tempatkan hanya di tempat yang betul-betul bersesuaian dan diyakini langkah ini akan menghindari berlakunya gejala pengangguran di kalangan penduduk terutamanya lelaki.Memang menjadi "sunnatullah"sebenarnya yang sepatutnya yang mencari rezeki adalah lelaki dan wanita add peranannya yang tersendiri disebalik wujudnya lelaki.Mungkin cadangan ini ada kelemahan dan ditentang namun melihat berlakunya berbagai gejala yang merosakkan kebelakangan ini mungkin ianya adalah satu alternatif.Jom bersama fikirkan!!.







Share/Bookmark

Read more...

10:13 PM

Saja-saja buat andaian

Semua maklum sekarang ini musim ekonomi meleset,radio, TV,surat khabar malah semua bercakap hatta yang dekat kedai kopi pun bercakap pasal ekonomi meleset ini.Tambahan lagi kalau lihat bajet agensi-agensi awam semuanya dipotong.Ada kawan yang dapat kontrak bekal pakaian seragam di sekolah-sekolah, dulu kalau jumpa beliau tersengih-sengih senang hati,dan selalu dapat minum "free"kini kalau jumpa usahkan minum, suara sapaan pun belum tentu kita dapat,dah lah muka pula mencuka.Ini semua gara-gara ekonomi melesetlah.Kontrak bukan dipotong malah tidak dapat langsung.

Ini lagi cerita kawan,ini yang anak belajar luar negara,pergi dulu berhutang dengan harapan dapat pembiayaan daripada agensi-agensi kerajaan seperti MARA ke atau JPA ke, namun selepas mula pengajian,ianya tinggal harapan,bukan pembiayaan yang dapat malah nak berhutang pun tak dapat.Ini juga gara-gara ekonomi melesetlah juga.

Pak Awang yang menoreh di kampung juga bercakap pasal ekonomi meleset,tetapi hasil harga getahnya 6 ekar seminggu dapat RM4 ribu.

Betul ke meleset ni?,hujung tahun 2009 agensi kerajaan seperti LHDN,Kastam mengumumkan kutipan cukai berbilion,katanya mengatasi kutipan tahun-tahun sebelumnya.Itu belum lagi kutipan oleh agensi-agensi lain seperti polis melalui samannya,imigresen dan lain-lain agensi.Kemana perginya semua itu?.

Apakah hasil dikutip itu disimpan selamat dan dipantau oleh "seseorang"(?).Sebenarnya di negara kita ini ramai orang yang mewah.Kemewahan adalah merupakan "kuasa".Sebab itulah mereka yang ada kemewahan juga akan ramai pengikut.Dengan mem"beku"nya kemewahan di kalangan yang mewah maka akan menyebabkan pengikut akan lari kerana tiada lagi habuan yang akan diterima oleh mereka,maka dengan tercabutnya "kemewahan " di kalangan yang mewah ini ditambah lagi dengan tiadanya pengikut maka senanglah "sesorang" itu untuk berbuat apa sahaja kerana "kuasa" kini semua tertumpu di "tangan"nya sahaja.Dengan "permainan" ini biarlah mereka menderita,biar rakyat rasa terseksa,namun kuasa dapat dipusatkan dan tidak lagi berbahagi-bahagi.

Apakah permainan ini akan berlanjutan?,setahun,dua tahun,tiga tahun atau bertahun-tahun,terpulanglah kepada ampunya perhitungan,kerana untuk kuasa mesti ada perhitungan.















Share/Bookmark

Read more...

11:43 PM

Untuk anak-anak yang bakal jadi doktor perubatan




Sebut kerja doktor semua orang berminat,entah apa yang diminati Allah sahaja yang tahu.Kepada yang telah jadi doktor,sebenarnya mereka lebih tahu apa sebenarnya yang "istimewa" sangat doktor ini.Cuba baca kisah ini.Semuga pengalaman ini memberi erti kepada yang akan mengalami dan memberi semangat untuk kekuatan diri satu masa nanti.











Share/Bookmark Read more...

5:16 AM

Kemalangan Jalanraya : Topi keledar,Tali keledar atau doa?

Setakat ini sudah 21 kali OPS dilancarkan ,namun kemalangan terus berlaku dan saya yakin ianya akan terus berlaku dan berlaku sehinggalah Allah menentukan ianya tidak akan berlaku lagi.Persoalanya,kenapa?.Sudah berbuih mulut memberikan nasihat dan peringatan,berjuta wang dibelanjakan untuk kempen keselamatan jalanraya ini namun secara kesimpulannya adalah gagal.

Kenapa gagal?ini persoalan yang sepatutnya kita fikir dan perhalusi.Dengan usaha-usaha yang sudah,sedang dan akan dilakukan logiknya ianya akan terbendung,tetapi kenyataan ini ternafi dengan sendirinya dengan hakikat yang berlaku sekarang ini.

Dalam berbincang isu ini bersama kawan-kawan saya agak tertarik dengan pandangan bahawa kita dewasa ini agak jauh meninggalkan "pencipta" maka risikonya kita hilang "keberkatan".Bila keberkatan hilang maka hasilnya kita akan kehilangan juga ketenangan dan keselamatan yang dijanjikan oleh Nya(pencipta).

Keikhlasan juga antara punca hilangnya keberkatan,setakat mana ikhlasnya kita dalam "berkempen" ini,kalau ikhlas mengapa masih ada titik bengit setiap kali timbulnya masalah ini.

Oleh itu kesimpulanya marilah kita ikhlas dalam membuat sesuatu dan kembalilah kepada pencipta,dan sesuatu itu akan berubah jika mendapat redhaNya,bagaimana caranya?Islam mengajar semua ini,selain ikhlas kita tawakkal dan hiasilah dengan doa sepanjang masa untuk menjauhi bala ini keseluruhanya,bukan sahaja individu itu sendiri yang berdoa semasa berkenderaan namun yang lebih penting para pemerintah "berdoa" supaya bala ini dihindarkan daripada berlaku di negara kita ini.Setiap doa akan pasti dimakbulkan jika kita melengkapi segala syarat-syarat yang telah ditentukan oleh Nya.Percayalah selagi ini kita tidak penuhi maka selagi itulah kita akan sentiasa menghadapi gejala ini walau beratus atau beribu ops yang kita adalak.Bersama fikirkan walau pun mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pandangan ini.









Share/Bookmark

Read more...

4:21 PM

Hakikat Manusia satu renungan

Membaca dan memahami alQuran adalah sesuatu yang mengujakan.Di dalamnya tersirat pelbagai kisah dan tauladan.Diantara yang menarik adalah hakikat kita ini sendiri sebagai manusia.Allah menceritakan asal usul kejadian sehinggalah terbentuk manusia dan dizahirkan ke alam dunia ini.

Allah menceritakan juga "perangai,kebolehan,dan sikap sebenar manusia",di sebalik sebaik-baik kejadian kalau salah 'pilihan"dia boleh turun ke darjat yang paling rendah.

Manusia ini sebenarnya suka menentang arus,walaupun baik macamanapun tetapi tidak sesuai dengan nafsu maka ditentangnya,dan sesuatu yang buruk itu jikalau sesuai dengan nafsu maka itulah yang diturutinya.

Contoh yang paling mudah dan realiti,dalam menggauli wanita,Islam membolehkan dan ada cara halal,mesti kahwin,tidak cukup satu boleh dua,tidak cukup dua boleh tiga dan seterusnya sehingga empat.Tetapi apa yang berlaku sekarang ini mereka yang "melawan" ini tidak memilih yang baik ini malah sanggup menghabiskan wang ringgit untuk melanggan pelacur atau sebagainya untuk memuaskan nafsu.

Contoh lain,dalam bab makan minum,pelbagai juadah halal dikurniakan Allah untuk dinikmati,diajar dan dididik bagaimana memilih yang halal dan disuruh menjauhi yang tidak baik,tetapi manusia masih engkar.Air suam terbaik tetapi minuman yang memabukkan itu juga yang dipilih kenapa?sebabnya manusia ini adalah spesis yang suka "melawan".

Maka tidak hairanlah berbagai bala yang menimpa manusia dari dulu sehingga sekarang ini.Sebenarnya manusia di beri pilihan antara baik dan buruk,dan pilihan sebahagian daripada mereka adalah yang buruk dan kesanya menyusahkan mereka juga.Sebenarnya Allah tidak menganiaya mereka tetapi mereka menganiaya mereka sendiri.Rujuk sini(surah Al-Ankabut.ayat 40)


"maka masing-masing kami binasakan disebabkan dosanya,iaitu diantaranya ada yang kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu dan ada yang dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi dan ada yang kami timbuskan dia di bumi dan ada pula yang kami tenggelamkan di laut dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri"(20:40)


Bersama berdoa supaya kita dijadikan dan termasuk dalam golongan yang tidak menentang dan sentiasa bersama golongan yang di redhai Allah dan dijauhi azab dan kesesatan sehingga bila-bila.









Share/Bookmark Read more...

3:52 AM

Kawan & Kawan-kawan




Hidup ini tidak dikira sempurna kalau tiada kawan.Bukan sahaja manusia malah haiwan juga berkawan.Kalau tiada kawan maka orang kata bagaikan "kera sumbang".Kalau ramai kawan itu lagi baik bagi sesetengah orang,bagi yang kurang kawan itu lain pula pandangannya.Sebenarnya kawan ini tengok keadaan,kalau yang positif maka baiklah kita tetapi kalau negatif maka susahlah kita.

Dalam berkawan ini kita pernah dengar perumpamaan bagaikan "kawan makan kawan",kalau kita dapat kawan macam ini maka nahaslah kita.Oleh itu dalam berkawan kita kena pilih kawan.

Sejarah menceritakan bagaimana kawan yang rapat di satu masa tiba-tiba menjadi lawan dan memusnahkan kita,tidak kira apa bidang kehidupan kita,ini sering berlaku.Kawan politik lebih-lebih lagi,bukan sahaja politik pemerintahan malah ianya menjalar kepada politik dalaman di jabatan-jabatan kerajaan,kampung dan sebagainya.Kawan dan kawan-kawanlah yang berperanan menghidupkan lakunan hidup ini yang dilihat sering menimbulkan ilustrasi "kawan makan kawan ini.

Dalam berkawan ini hati-hatilah,pilihlah kawan yang baik jangan jadinya kawan yang anda harapkan itu satu hari makan anda sebagai kawannya.Hati-hatilah,sebenarnya lebih baik tiada kawan daripada dapat kawan yang makan kawan!!!












Share/Bookmark

Read more...

6:20 AM

ZALIM : Kini bagaikan cara hidup

Zalim,semua orang tahu hatta budak kecil pun tahu cuma sebutan atau penerimaan dan persepsi mungkin agak berbeza dengan orang dewasa.Perkara ini memang tidak disukai oleh semua makhluk malah Allah juga melarang dan dengan sebab itulah maka diutuskan para Rasul untuk mengajar dan mendidik manusia daripada melakukan kezaliman.

Zalim berlaku dalam pelbagai bentuk dan cara.Selalunya mereka yang lemah atau tidak mempunyai kuasa akan sentiasa menjadi mangsa kepada situasi ini.Sebagai pemangsa ada saja alasan jika ianya berbuat sesuatu walau pun umum tahu itu merupakan kezaliman.Undang-undang ditafsirkan dalam dimensi yang baru.Terma-terma perjanjian,kalau dulu lain tetapi kini lain.Pendek kata semua nya ada justifikasi atau alasan,sedang kan itu sahih zalimnya.

Kepada yang mengaku muslim,sudah tentu berikrar yang alquran itu panduan hidup.Perihal kezaliman jelas disebut dalamnya.Perincian berserta kisah-kisah "kezaliman" juga disebut dan dijelaskan.Semua itu sebagai panduan untuk yang mengaku bahawa alquran itu sebagai panduan,tetapi kenapa kita yang bercakap tentang keadilan dan sering merujuk "panduan" dalam perkiraan harian majoritinya masih beramal dengan kezaliman,samada sesama insan atau pun dengan Tuhan?!!.

Ingatlah kezaliman itu sesuatu yang merosakkan.Anda merasa anda berjaya tetapi hakikatnya anda zalim.Rujuklah kisah-kisah Firaun,kisah Qarun dan para pemerintah yang diutuskan para nabi itu,semuanya dimusnahkan kerana kezaliman mereka.Ingatlah juga bahawa kezaliman itu pasti ada balasan yang sudah pasti tidak tertanggung oleh kita.Tidak takutkah anda dengan "itu" semua,atau anda merasakan itu semua hanya bualan kosong atau tulisan kosong yang tidak memberi apa-apa kesan,percayalah dan tidak susah untuk kita melihat tauladan-tauladan tersebut.Kalau kisah-kisah para nabi anda merasakan ianya sejarah lama,maka tengoklah peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekeliling anda,bagaimana musibah yang dihadapi oleh kawan-kawan serta sahabat-sahabat anda,saat kematianya,saat kesusahanya,semuanya berhubungkait dengan alam kehidupan yang dilalui oleh mereka.Apa anda tidak mengambil iktibar daripada peristiwa-peristiwa di sekeliling anda?.

Insaflah dan cukuplah,kalau kuasa yang anda rebut,ianya tidak akan membawa anda ke mana!kalau kekayaan yang anda cari,juga ianya tidak akan kemana,Oleh itu carilah yang kekal untuk anda,yang akan membantu anda di hari tidak ada gunanya harta dan anak pinak kecuali yang datang dengan hati-hati yang tenang,oleh itu jauhilah diri anda daripada menjadi orang yang zalim.











Share/Bookmark

Read more...

11:14 PM

Ibu & Bapa ; apa lagi komitmen kita?...

N3 Sebelum ini berbicara tentang sumbangan kita kepada kedua ibu bapa.Hari ini rasanya masih belum puas rasanya untuk berbicara tentang perkara itu lagi.

Pernah kita menangis bila ibu atau bapa susah?pernah kita tidak tidur malam bila ibu sakit?pernah kita berusaha bila ibu dalam kesusahan,mungkin ada, tetapi berbanding dengan sumbangan ibu/bapa maka "sumbangan" kita tidak "bernilai"jika direnung dengan hati yang tulus.

Usah berbicara pasal benda,harta atau apa sahaja,sebagai ibu/bapa di kepalanya sentiasa memikirkan anak-anaknya sejahtera.Itulah sebabnya siang dan malam berkerja,berkerja dan terus berkerja supaya anak-anaknya hidup dalam aman dan tenang.Begitulah seterusnya sehinggalah kita berubah ke alam yang lebih dewasa dan seterusnya ke alam perkahwinan dan berkeluarga.Namun ibu/bapa masih tidak melupakan kita.Susah!!,dia datang,senang!!dia bangga dan mendoakan.

Kita sebagai anak bagaimana?.Dia susah,apa kita buat?dia keseorangan apa kita lakukan?.

Bagi yang berduit kita menyumbang,tetapi apakah sumbangan itu membahagiakanya?.Sebenarnya kita sekarang ini teramat sibuk dengan dunia kita.Mencari,mencari dan terus mencari.Apa yang dicari sebenarnya kita sendiri pun tidak tahu.Kadang-kadang kita silap dalam menilai kehidupan ini.Kita beranggapan bahawa "kebendaan" itu adalah segala-galanya.Itulah sebabnya ibu/bapa kita "diamkan" mereka cuma dengan wang ringgit dan kita merasa puas seolah-olah kita telah membuat sebaik-baiknya untuk mereka.Sebenarnya kita tertipu dan terpesona dengan khayalan yang kita olah sendiri.Ibu/bapa sebenarnya tidak memerlukan sangat benda-benda itu.Mereka memerlukan "orang" bukannya barang sebagaimana yang kita sangkakan.

Kepada anda yang masih ada ibu/bapa berubahlah,berbuat baiklah kepada dua ibu/bapa anda sebagaimana anda berlemah lembut dengan anak-anak anda.Sesungguhnya ibu/bapa itulah sepatutnya anda utamakan daripada anak-anak anda sendiri,setidak-tidaknya setanding dari segi layanan sudah dikira memadai itu pun sebenarnya tidak cukup.Sebagai contoh jikalau anda "kehilangn"anak-anak, anda boleh sedih dan menangis tetapi kenapa anda tidak pernah merasakan itu bila anda meninggalkan ibu/bapa anda sendirian.Bila anda memberi anak-anak sesuatu dengan penuh kasih sayang,tetapi kenapa bila anda memberi kepada ibu/bapa, anda merasakan ianya sesuatu yang memeritkan.Kenapa bila anak meminta,contohnya wang ringgit dalam jumlah yang besar, anda susah senang akan berusaha sedaya mungkin untuk mendapatkannya.Tetapi bila ibu/bapa yang meminta anda terpaksa berkira-kira dengannya.Apakah berbaloi sikap kita ini.Ingat!!! Ibu/bapa itu sebenarnya adalah kita dan anak-anak itu juga adalah kita,oleh itu berlaku adil dan berbuat baiklah untuk mereka...mari bersama kita fikirkan..










Share/Bookmark

Read more...

5:19 AM

Berbuat baik Untuk Kedua Ibu Bapa:setakat mana komitmen kita


Gambar hiasan


Anda masih ada Ibu?,anda masih ada bapa?,kalau masih ada bersyukurlah kerana mereka adalah merupakan "pemberian" yang amat "berharga" untuk anda.Denganyalah anda berhak untuk diberi syurga atau sebaliknya.

Kepada yang masih ada kedua ibu bapa,mari bersama menilai apa sumbangan anda untuk mereka berbanding "sumbangan" mereka untuk anda.Bermula dari dalam kandungan sehingga melahirkan,membesar sehingga dewasa dan seterusnya anda juga berkeluarga tentu mengingatkan anda tentang sumbangan itu.Namun setelah itu bagaimana pula sumbangan anda,dalam bentuk benda,perasaan atau apa saja,berjaya anda menilainya dan apa kesimpulanya berbanding dengan "sumbanagn" yang anda telah terima daripada keduanya?.

Mungkin ramai yang secara retoriknya mendabik dada yang mereka banyak 'menyumbang" untuk kedua ibu bapa masing-masing,betulkah begitu?kalau betul kenapa masih ramai orang-orang tua ditempatkan di-rumah-rumah orang tua,juga berkeliaran di sana-sini tanpa penjaga.Mustahil mereka ini tiada pewaris!?.

Kepada anda yang masih mempunyai kedua-duanya ayuh rebutlah peluang ini.Setidak-tidaknya jangan lah sakiti hati-hati mereka,berikan mereka ketenangan perasaan dan carilah redha mereka supaya anda selamat di sini dan di sana dengan sebaik-baiknya.










Share/Bookmark Read more...

8:39 PM

Ada yang suka ,ada yang takut dan ada yang benci

MEDIA samada dalam apa bentuk pun ada memang mempunyai tanggapan yang pelbagai,kepada sesetengan golongan kalau tidak jumpa media terutama wartawan untuk membuat liputan tentang aktiviti atau apa saja yang berkaitan dirinya maka "semacam" tiada erti dalam hidupnya.

Bagi sesetengah golongan yang lain liputan media merupakan satu mimpi ngeri dan seboleh-bolehnya perkara ini hendak dielakkan daripada menjadi fokus oleh media.Begitulah jika terserempak sahaja dengan mereka kadang-kadang kelamkabut dibuatnya,cuba tengok di sini.

Kesimpulan saya, kepada yang mencari "glamour"maka media itu sebagai sahabat sejati dan kepada yang selalu buat salah ianya adalah merupakan "musuh" yang selalu untuk dijauhi,kadang-kadang amat menyeksakan bagi mereka bila media bertandang walaupun bukan untuk membuat liputan(?),begitu juga yang kena kutuk oleh media juga akan melenting,dan yang kena puji selalunya akan besar diri dan begitulah seterusnya.Pokoknya Media ni amat besar peranannya dalam mencorakkan suasana masyarakat,oleh itu berhati-hatilah anda yang terlibat dengan media ini supaya diri anda tidak disoal di hari hidup selepas mati kenapa anda tidak amanah dalam bidang anda?,.oleh itu sekali lagi beramanahlah nescaya anda akan selamat di sini dan di sana.













Share/Bookmark

Read more...

8:56 PM

Alam Persekolahan yang memenatkan













Share/Bookmark

Read more...

6:46 AM

Semakan Gaji Polis,Yang lain macam mana?

Tahniah untuk warga PDRM kerana mendapat rezki penyelarasan gaji yang pada saya bukan sedikit nilainya.Semoga dengan penyelarasan ini memberikan kemudahan kepada semua warganya dan yang penting jadikanlah ini sebagai motivasi untuk mengelakkanlah kita daripada perlakuan-perlakuan negatif yang kesannya mungkin akan menghindarkan keberkatan memasuki jiwa dan kehidupan kita,dan menghilangkan "kenikmatan" kehidupan dunia ini seterusnya menjadi "mujrimin" di akhirat.Mohon perlindungan Allah.

Kepada yang berwajib,janganlah melihat PDRM sahaja yang "menyumbang",sesungguhnya warga penjawat awam yang lain juga adalah merupakan penyumbang kepada kemakmuran ini,oleh itu dalam membahagikan ganjaran hendaknya adalah"keadilan " itu.Kerana yang lain juga adalah anak-anak yang perlu kepada pemerhatian dan belaian ehsan seorang "bapa".Tidak elok membeza-bezakan kasih sayang tuan...









Share/Bookmark

Read more...