7:51 PM

Islam & Amal...kenapa memilih?









Semua sependapat Islam itu adalah cara hidup yang "syumul" dan istimewa kepada setiap insan.Pendapat atau persepsi itu pastinya akan kita dengar bila kita bercakap dengan orang-orang yang mengaku dirinya Islam.

Apa betul begitu?.Realiti hari ini nampaknya kesyumulan yang dibanggakan itu nampaknya tidak begitu menyerlah apabila kita melihat perlakuan atau amalan orang-orang islam itu sendiri.Sepatutnya bila kata lengkap itu maka islam itu hendaklah diterapkan sepenuhnya dalam kehidupan kita bermula dari sekecil-kecil sehinggalah ke sebesar-besar perkara.Pendek kata semuanya hendaklah kita berpandukan kepada Islam sebagai penunjuk dalam kehidupan kita ini.

Bila ada yang mati,bila terkena musibah,bila di masjid itu sahaja nampaknya kita menjurus kepada Allah,namun dalam perkara-perkara yang lain kita agak jauh dan Islam itu kita semacam meninggalkanya di tepi dan kita kembali mengingatkannya apabila kita berhadapan dengan situsi-situasi yang disebut tadi.

Kadang-kadang dalam berpakaian Islam pun seperti bersongkok,berjubah,berkopiah,malah dalam masjid pun kita meninggalkan Islam tanpa kita sedari.Memaki hamun,menipu tidak bertolak ansur, adalah amalan harian sebahagian daripada kita .Itu belum lagi kita mengambil kira amalan atau muamalah kita dalam masyarakat dan negara,seperti muamalah ekonomi,muamalah politik atau sebagainya.Kita semacam "syok sendiri" seolah-olah merasa diri kita selamat daripada dosa kerana cara pakaian kita,percakapan ala Islam kita atau kumpulan kita.

Marilah bersama muhasabah diri,sejauh mana amalan kita hari ini sesuai dengan Islam yang kita anuti ini?apakah amalan kita juga "terpilih"?,bila sesuai dengan hati kita buat dan kita meninggalkanya bila tidak sesuai dengan kehendak nafsu kita!?.

Marilah kita beramal dengan Islam ini seluruhnya,jangan berpilih-pilih,kerana itulah sebenarnya Islam,juga bersama untuk tidak meninggalkan solat berjamaah di masjid, mengamalkan solat Dhuha, Qiamullail dan berusaha bersungguh-sungguh meninggalkan perbuatan yang tidak menepati kehendak Islam yang kita anuti ini.













Share/Bookmark

Read more...

11:05 PM

Tengok Ni..Hebat!!!!!






Share/Bookmark

Read more...

8:37 PM

Barang Siam ni Pelik Sungguh!!!



Teknologi pertanian Thailand ada kelebihannya berbanding dengan apa yang ada di Malaysia.Samada kita hendak mengakui hakikat ini atau menolaknya terpulanglah kepada persepsi penerimaan kita masing-masing,cuma apa yang pasti segala bentuk hasil pertanian yang berselerak dipasarkan di negara ini bermula dengan sayur-sayuran sehinggalah buah-buahan majoritinya adalah berasal dari sana.Jangan terkejut hatta buah asam jawa pun yang kita di sini gunanya sebagai ramuan untuk masakan tetapi asam jawa Thailand boleh dimakan begitu saja sebagaimana buah-buahan lain,manis bergula bagaikan buah mangga atau buah-buah yang lain.Pelik kan...Untuk para pemikir teknologi pertanian ayuh!!!..lawanlah! Setidak-tidaknya kalau tak lebih biar setanding...dan untuk Tuan Hj Azmi Muar/Batu Pahat selamat merasa,biarlah sedikit namun dapat merasa.











Share/Bookmark

Read more...

6:31 AM

Musim Keliru

Sekarang musim KPI,Musim rakyat didahulukan,musim pencapaian diutamakan.

Semalam sempat menziarahi saudara yang terkena musibah sakit buah pinggang.Beliau terpaksa menjalani dialisis setiap dua hari sekali.Dimaklumkan bahawa pihak hospital tempat beliau menjalani dialisis ini tidak lagi menyediakan makanan ruji seperti tahun-tahun sebelumnya,cuma disediakan biskut kering dan air sahaja.

Sehari dua ini heboh mengatakan kerajaan akan menarik balik elaun Cola dan elaun perumahan kakitangan kerajaan,cuma nasib baiknya tidak menjadi sebagaimana pengumuman yang dibuat oleh Ketua Pengarah JPA sebagaimana yang dilapurkan oleh surat khabar Sinar semalam.Tengok disini

Kawan-kawan yang anak-anak bersekolah dan tinggal di asrama sibuk bercakap yang tiap-tiap hujung minggu kena ambil anak bawa balik rumah(?).

Sekarang musim ber KPI dan Ber NKRA ini semakin mengelirukan..









Share/Bookmark

Read more...

4:59 AM

Napoleon Bonaparte....muslim rupanya

Sempat melayari maya sekejap tadi,terpegun bila membaca yang Napoleon Bonaparte itu akhirnya muslim 23 tahun sebelum kematiannya.Untuk membacanya sila ke sini











Share/Bookmark Read more...

4:39 PM

Sekadar Bertanya diri....

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0224/Kosmo/Negara/ne_10.1.jpg






Di rumah,banyak kerja-kerja yang seharusnya kita lakukan.Membersih halaman,cuci pakaian,memasak dan berbagai lagi yang merupakan rutin yang mencorakkan kehidupan harian sebahagian besar dari kita semua.Ada yang melakukan sendiri dan bagi yang tidak berkemampuan dari segi masa kerana urusan-urusan lain maka kerja-kerja tersebut diberikan kepada orang lain.Orang itu biasanya kita panggil pembantu rumahlah.

Bila kerja-kerja kita dilakukan oleh orang lain maka sudah tentu ianya tidak dilakukan secara percuma,tambahan lagi di zaman ini.Sebagai pembantu sudah tentu ianya berkehendakkan upah di atas kerja-kerja yang dilakukannya.Sebagai orang yang mengupah atau majikan kita juga mengharapkan kesempurnaan yang maksima terhadap kerja-kerja yang kita upah orang lakukan tadi,sebabnya upah yang kita keluarkan adalah merupakan wang hasil titik peluh kita dan hak kita.Sebagai pembantu dia semestinya patuh dan taat serta mengikut garis panduan serta jangka harap yang telah ditetapkan oleh majikan dan sekarang ini orang sebut KPI Lah.

Perkara yang sama; namun cuba kita tengok dari skop yang agak besar sikit.Untuk lebih fokus kita lihat kepada kakitangan kerajaan yang ada pada hari ini.Mereka dilantik untuk membantu kerajaan dalam melaksanakan dasar-dasar yang telah ditetapkan.Siapa kerajaan?mengikut teori ianya adalah rakyat bagi sesebuah negara.Kalau logik teori itu dipakai bermakna rakyat adalah merupakan majikan kepada setiap kakitangan kerajaan yang dilantik.Kalau begitu setiap kakitangan kerajaan sewajibnya patuh dan taat kepada setiap kehendak majikanya(baca rakyat).Ini kerana sebagai majikan merekalah sebenarnya yang membayar upah kepada setiap kakitangannya.

Cukai,tol,levi,ses dan sebagainya adalah sumber kepada majikan ini,kalau begitu kenapa kita masih dapati bila "majikan"(baca rakyat)bertandang ke pejabat-pejabat kerajaan mereka dipandang sebagai menyusahkan,mereka dilayan dengan cemik muka yang berbagai malah ada yang dihina dan sebagainya.Wujudnya pelabagai peraturan serta prosidur yang menyusahkan,untuk apa semua ini?.Di Hospital contohnya apa perlu data-data peribadi diisi setiap kali rutin rawatan dibuat,kata sudah canggih berIT dan sebagainya namun kadang-kadang masa menunggu lebih lama daripada zaman belum IT.Begitulah di pejabat-pejabat lain.Berdozen slogan utamakan pelanggan (baca majikan),tetapi sebenarnya memperlekehkan pelanggan,apa tidaknya waktu tugas sepatutnya pukul 8.00am tetapi datang 8.30am,sudahlah begitu sesampai pejabat borak dulu,nasib pelanggan tak baik kena tinggal oleh pegawai untuk minum dulu.kenapa jadi begini?...

Kepada para majikan(baca rakyat) lihatlah bagaimana para pembantu kerja anda ini bekerja.Mereka cipta pelbagai prosidur namun ianya tidak mesra pengguna sebenarnya.

Tidak rugi kalau dipermudahkan segalanya.Anda pernah beli stem pos?.Rasanya belum pernah terdengar ada yang merasuah bila hendak membeli stem pos!,belum terdengar ada yang merasuah bila kita hendak masuk Pasaraya dan begitulah seterusnya terhadap apa-apa perkara yang tidak menyusahkan.Tetapi rasuah berlaku di mana-mana saja kalau sesuatu itu diperketatkan atau menyusahkan!!.

Kepada teman-teman penjawat awam sebenarnya rakyat itu adalah majikan anda,anda tidak sepatutnya menyusahkan majikan yang sebenarnya membayar upah anda.Apakata jika mereka memecat anda dari jawatan anda dan anda menganggur?,sudah tentu anda akan berada dalam kesusahan,oleh itu sebelum anda dipecat atau diberhentikan oleh "majikan" anda muhasabahlah diri dan tindakan anda supaya ianya tidak menyakitkan hati majikan anda...bersama kita fikirkan.









Share/Bookmark Read more...

5:08 PM

Untuk teman-teman...




"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria ,
ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba tak kena "

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja,
hasilnya adalah "biasa" saja, sesiapa yang datang dengan ceria,
hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.

Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang
akan menggembirakan orang di sekeliling kita.
Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah... . "

Jadi renungkan lah....

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa,
hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada
KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA .

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya
'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'

8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam, selagi hati kita berdengki, jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita) dan tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja), kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari dari anggapan kita itu sendiri.

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA ,
maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia...
sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...
adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita
dan tingkat kerjasama dalam kerja,
tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan ..
kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..
kita withdraw kat akhirat nanti...
tapi kalau kita asyik dengki mendengki..
nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..
~ Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita,
nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya

"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."






sumber catatan









Share/Bookmark Read more...

7:13 PM

Gerhana Matahari : Akidah satu tapi amalan berbeza


Gerhana matahari separa atau dikenali sebagai "gerhana matahari anulus" berlaku antara pukul 3 petang hingga 5.45 petang pada 15/1/10 berikutan "sentuhan pertama" bulan ke cakera matahari.

Bagi orang Islam,ada cara yang tersendiri bagaimana seharusnya dilakukan apabila kita berhadapan dengan fenomina sebegini.Kita disunatkan untuk melakukan solat sunat gerhana atau dalam istilah ugamanya disebut solat sunat" khusuf"dan hukumnya adalah sunat muakkad.

Pada hari kejadian,didapati ramai orang yang berminat dengan kejadian Allah ini.Berbagai peralatan canggih atau pun tradisional digunakan untuk mencerap matahari dan acara ini berterusan sehinggalah keadaan kembali seperti sediakala.Selesai mencerap ramai yang memberi komen itu dan ini dan mengakui kebesaran Allah sebagai pencipta,namun kita dapati tidak ramai yang selain mencerap mereka juga menunaikan tuntutan ugama yang menggalakkan kita supaya melakukan solat sunat khusuf pada hari tersebut.Apakah ini berlaku kerana kejahilan kita atau sebaliknya terpulanglah,namun melalui N3 ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada mereka yang menyahut seruan ugama ini dengan mengadakan solat tersebut di masjid-masjid atau di mana saja,samada berjamaah atau bersendirian,dengan iringan doa semoga mendapat redha Allah InsyaAllah.Kepada yang berkenaan dan muslim selain mengajak masyarakat untuk melihat gejala ini seharusnya juga mereka dimaklumkan tentang keperluan solat ini agar "kita" tidak rugi apabila gejala yang jarang-jarang berlaku ini berlaku di masa kita masih diberi nafas oleh yang maha pencipta ini.






Share/Bookmark

Read more...

8:14 PM

RASUAH : Ada guru yang mengajarnya...











Share/Bookmark

Read more...

3:53 AM

Indahnya potret alam ini...

















Share/Bookmark

Read more...

2:12 AM

Pencen sajalah...kesian anak-anak kita

Ada seorang kawan yang sekarang ini masih berkhidmat dan buat masa ini mengepalai satu jabatan di sebuah negeri.Tahun ini merupakan tahun terakhir beliau berkhidmat kerana umurnya sudah menghampiri 58 tahun.Selalunya berhubung melalui telefon.Minggu lepas isteri memaklumkan ada bercakap dengan isteri kawan tersebut.Antara intisari percakapanya ialah kawan ini masih mengharapkan agar kerajaan menimbang untuk melanjutkan umur berpencen lebih daripada apa yang ada sekarang.Mendengar isu ini saya hanya bermenung dan pandangan saya agak lain sikit daripada kawan ini.

Pada saya umur 58 sudah lebih daripada mencukupi untuk kita berkhidmat dan 56 sebagaimana sebelumnya adalah amat sesuai.Pada saya perlanjutan tempoh perkhidmatan ada beberapa persepsi.Paling penting dan keutamaan pada semua orang adalah RMnya.Kalau ada alasan lain itu alasan sekunder sahaja itu pun kalau ada alasan.

Untuk yang berpandangan sedemikian ,mari bersama kita merenung.Kebanyakan daripada kita ada anak.Lihatlah di mana anak-anak kita sekarang,kepada yang sudah tamat belajar di mana dia,sudah bekerja? atau masih menggangur?kalau sudah berkerja dan berpendapatan tetap maka alhamdulillah,tetapi di luar sana masih ramai yang menggangur dan antaranya ialah tiada kekosongan jawatan baru atau pun lama.Pada saya antara puncanya kerana kita.Sepatutnya sudah pencen tetapi masih memperjuangkan agar umur pencen dilanjutkan dan apabila dilanjutkan maka jadilah sebagaimana apa yang kita lihat sekarang ini,pengangguran menjadi-jadi.

Berbagai kempen dibuat untuk menarik minat anak-anak yang menggangur ini untuk berkerja di sektor-sektor yang membabitkan tenaga misalnya di ladang-ladang atau pun pembinaan.Namun tiada sambutan.Hasilnya ramai pendatang yang datang mengambil peluang ini.

Anak-anak ini belajar dalam pelbagai bidang dan majoritinya melibatkan kepakaran dan penggunaan otak.Bidang-bidang yang ada peluang pekerjaan melibatkan penggunaan kekuatan tenaga sahaja,maka bagaimana mungkin seorang yang mahir ICT tiba-tiba hendak pergi menoreh getah atau memasak.Cuba lihat anak-anak kita yang sedang memasak itu pegang senduk pun macam pegang pen,belum lagi memegang pisau pemotong kelapa sawit atau pisau menoreh getah atau sebagainya.Oleh itu pencenlah kawan!!biarlah anak-anak kita itu menguruskan keluarganya sendiri,biarlah mereka merasa sebagaimna yang kita rasa semasa memulakan penghidupan lama dulu.Jangan kita gelapkan peluang mereka dengan sedikit"kepentingan" diri kita.Betul kita masih membantu mereka tetapi ingat! bantuan kita sekarang ini seolah-olah kita memelihara ayam daging dalam reban.Mereka tiada inisiatif untuk membina kehidupan mereka kerana kita"memelihara" mereka walaupun mereka sudah berkeluarga.Cukuplah tu kawan..jangan diikutkan rasa hati nanti hilang erti.









Share/Bookmark

Read more...

4:09 PM

Terima Kasih...kerana datang


http://drzeze.files.wordpress.com/2009/01/sorautara.jpg
Masih dalam bulan Muharram 1431H.Sebagaimana tahun-tahun sebelumnya acara "mengacau" bubur asyura tahun ini agak lewat,ini memandangkan adanya beberapa kekangan yang terpaksa dihadapi.Walaubagaimanapun alhamdulillah hari ini khamis 21Muharram@ 7/1/10 majlis ini berjaya di adakan.Meriah dan bersahaja.Terima kasih kepada yang terlibat dan melibatkan diri sehingga menjayakan majlis ini,juga pada tetamu yang turut"mengacau"dan ada diantaranya merupakan pengalaman pertama bagi dirinya.Tahniah dan terima Kasih.









Share/Bookmark Read more...

10:11 PM

Keliru & pilu

Bila saya baca berita ini saya jadi keliru,
Berita ini juga mengelirukan saya berbanding dengan berita ini,
Kenyataan ini juga semacam bercanggah dengan yang ini,
Kalau nak kira banyak lagi yang keliru dan terkeliru tetapi cukup lah untuk hari ini,cuma yang pasti saya kini cukup pilu dengan kekeliruan ini.










Share/Bookmark

Read more...

7:06 PM

Garam pun kena naik harga juga...

Harga gula naik antara alasannya selain daripada duit kerajaan sudah berkurangan untuk subsidi,juga diselitkan supaya rakyat hidup dalam keadaan sihat.Ini kerana gula dikatakan antara penyebab kepada terjadinya pelbagai penyakit kepada manusia,seperti diabetis dan lain-lain lagi.

Pada saya makanan ini jenis apa pun kalau tidak terkawal cara pengambilanya juga akan membawa penyakit.Itu fakta,kalaulah logik naik harga dengan tujuan untuk jaga kesihatan rakyat maka garam pun kena naik jugalah,sebab darah tinggi juga berpunca daripada pengambilan garam yang tidak terkawal,itu logiknya kalau dikira kenaikan harga sesuatu barang itu dengan tujuan untuk menjaga kesihatan dan alam sekitar,seeloknya juga kita tidak perlu bersusah-susahlah menaja pembangunan ke sana dan ke sini kerana kesan sampinganya tidak baik untuk manusia sejagat.

Sehari dua ini berbagai alasan yang kita dengar apabila sesuatu perkara dilakukan oleh pihak-pihak tertentu.Sekali fikir logiknya ada tetapi dua kali fikir maka nampak pandirnya.Oleh itu kepada yang ada akal dan fikiran cubalah rasional dalam memberikan alasan jangan nanti akhirnya kita bukan sahaja diketawakan oleh generasi pengganti kita malah akan dimaki hamun seadanya kerana seolah-olah generasi kita ini bertindak tanpa memikirkan mereka semua.












Share/Bookmark

Read more...