7:43 PM

Anda sebenarnya berpura-pura..

Meragui kesetiaan seseorang adalah sifat buruk yang ada pada manusia.Ramai di kalangan kita yang mempunyai sifat itu sebenarnya.Sebab itulah kita dapati ada yang bergaduh dan berkelahi walaupun umum mengentahui dan secara zahirnya kita dapati ianya berkawan rapat dan akrab sekali.

Fenomena ini berlaku dimana-mana,di pejabat ,di kampung malah juga dalam keluarga termasuklah di kalangan suami isteri.Kenapa berlaku begitu?.Kita ada penasihat kita ada kaunselor berdaftar dan tidak berdaftar malah beribu-ribu para kaunselor yang diwujudkan/dikeluarkan bertugas untuk mengharmonikan gejala ini,namun tidak juga berkurangan malah apa yang menyedihkan para kaunselor yang bercakap indah itu pun terbabit sama malah lebih teruk lagi berbanding dengan orang biasa.

Gejala di depan manis di belakang masam ini lumrah terjadi pada masa ini.Sebab itulah kita dapati ada diantara kita yang pada suatu masa disanjung dan dihormati tetapi ada suatu masa dan ketika ianya terbungkam dan ditinggalkan termasuk oleh kawan-kawan rapatnya.Ini semua adalah kerana "kesetiaan" yang ada tidak diamalkan dalam kehidupan mereka.Di depan bercakap lain di belakang cakap lain.

Islam menjelaskan persahabatan itu pada suatu ketika akan berpecah dan bergaduh antara satu sama lain,kecuali persahabatan yang kita pupuk itu diasaskan kepada takwa.Kebiasaanya orang yang ada pada dirinya takwa mereka itu tidak akan melupakan Allah dan RasulNya.Maka sudah tentu ianya bersolat dan menunaikan semua suruhan dan mengelakkan diri daripada melakukann perkara yang dilarang.Maka orang yang mempunyai perangai dan sifat seperti ini serta ikhlas pula maka ianya akan selamat dan dijamin Allah ianya akan selamat dalam persahabatan.

Percayalah jika adanya berlaku sesuatu pergaduhan , itu adalah sebabnya, samada salah seorang dari kita tidak ikhlas atau kedua-duanya sekali yang tidak ikhlas.

Oleh itu dalam hidup ini marilah bersama kita corakkan kehidupan ini dengan kedamaian dan keikhlasan kepada apa yang kita lakukan itu.Demi sesungguhnya kepura-puraan itu hanya akan menghancurkan kita dan hasilnya tidak kemana.Hiasilah nikmat umur kita yang diberi ini dengan ketenangan hasil daripada keikhlasan kita.Anda berkata anda bahagia,walaupun anda berpangkat dan berharta tetapi dari kerut dahi anda sebenarnya menampakkan jiwa anda yang sakit itu.Kalau tidak masakan anda selalu merungut!!menyalahkan itu dan ini..ayuh mulakan..lawan sifat buruk yang ada pada diri anda itu...masih ada masa.







Share/Bookmark

0 comments: