7:03 PM

Iklan Malaysia


Sarawak3


Diantara paparan yang diiklankan melalui media-media elektronik di luar negara tentang keunikan Malaysia yang sebenarnya menjadi bahan ejekan kepada rakyat Malaysia di luar negara




Sektor pelancongan adalah antara sumber pendapatan negara.Untuk menarik kedatangan pelancong ke negara ini terutamanya dari luar maka banyak promosi telah dibuat.Antaranya dengan mengiklankan melalui saluran-saluran media elektronik termasuk siaran TV.Promosi ini dipanjangkan ke stesen-stesen TV di seluruh dunia.

Usaha-usaha ini adalah baik,namun kepada pihak yang terbabit yang menyediakan bahan-bahan iklan ini seharusnya mencari satu idea yang boleh membantu untuk meningkatkan kefahaman masyarakat dunia tentang keunikan negara Malaysia itu sendiri.Jangan kita hanya memaparkan cuma tarian-tarian etnik yang pada saya cuma secebis daripada apa yang ada di sini namun ianya bukanlah sesuatu yang istimewa,malah membawa persepsi negatif kepada Malaysia itu sendiri.

Berlaku di Timur Tengah,pernah para pelajar kita diejek dan diperli sebagai orang yang tiada tamadun kerana mereka beranggapan di negara kita penduduknya masih kolot dan cara berpakaian seolah-olah orang asli kuno.Ini adalah kesan daripada iklan yang disiarkan melalui TV mereka di sana.(merujuk iklan yang memaparkan tarian etnik daripada Sarawak).

Sebagai kesimpulanya kepada mereka-mereka yang terlibat dalam industri ini,marilah bersama berfikir bagaimana untuk menarik orang luar ketempat kita tanpa kita memperlekeh "kita"dengan iklan-iklan atau promosi yang membawa persepsi yang tidak begitu enak dan menyiniskan kita,sebabnya keperluan kita ialah agar pelancong datang untuk "menikmati"negara kita bukannya datang sebagaimana kita menyaksikan kumpulan sarkas yang beraksi dan dipuji kerana kelucuan para badutnya.



Share/Bookmark Read more...

4:25 AM

Riba'..Haram hukum beramal denganya.

http://anangdya.blog.friendster.com/files/apilapindo.jpg





Petang tadi sempat menjengah satu slot TV terbitan JAKIM,slot berbentuk forum itu membicarakan tentang rezeki.Dalam perbincangan tersebut salah seorang ahli panel bercakap pasal riba'.Tegahan yang amat sangat sampaikan Allah mengajak mereka-mereka yang beramal dengannya untuk berperang denganNya.Ini dinyatakan oleh Allah melalui firmanNya dalam al-Quran.

Semasa masih muda remaja semasa bersama majlis ilmu kerap kali dibentangkan perkara yang berkait dengan riba' ini.Semasa itu banyak perkara yang berkait dengan urusan kewangan majoritinya terlibat dengan riba' termasuklah urusan jualbeli yang melibatkan pinjaman kewangan dan sebagainya.Sebagaimana yang dihuraikan oleh panel riba' ini terbahagi kepada beberapa jenis.Namun apa yang jelas ianya adalah tidak halal dan diharamkan dalam islam.

Dewasa ini aktiviti perniagaan masih juga seperti dahulu.Pinjaman yang melibatkan kewangan juga masih begitu dan seperti dahulu.Cuma apa yang pasti sekarang ini sudah wujud amalan yang diistilahkan dengan sistem kewangan islam.Maka dengan wujudnya instrumen kewangan ini maka banyaklah amalan atau aktiviti kewangan yang dulunya haram sekarang ini sudah menjadi halal apabila ianya di"islamkan".

Cuma terdetik sedikit keraguan atau kerisauan apakah sistem yang dikatakan islam ini betul-betul menepati kehendak islam yang sebenar.Apakah ciri-ciri yang ditetapkan oleh islam itu dipenuhi semuanya.Apakah kebajikan serta tidak zalim dalam urusan sentiasa diambil kira.Fahamkah mereka-mereka yang menjadi pemilik kepada institusi-institusi yang menjalankan perniagaan ini tentang apa itu kebajikan yang dituntut islam.Dengan kebanyakkan dari mereka bukan islam maka diragui akan keberkesanannya dan bersesuaian dengan kehendak islam.

Memang tidak dinafikan setiap amalan yang dijalankan adalah dipantau oleh satu jawatanjuasa yang dinamakan jawatankuasa syariah.Mereka adalah terdiri daripada ulama'-ulamak yang dikatakan pakar daripada segi hukum.Tetapi pada saya mereka agak naif dari segi selok belok perekonomian terutamanya yang melibatkan sistem kewangan itu sendiri(bukan semua).
Kenapa saya berkata begitu.Secara realitinya sekarang ini aktiviti ini banyak yang diistilahkan dengan istilah arab yang saya percaya ianya memang ada dalam istilah ekonomi islam.Pada mereka yang pernah belajar terutamanya berkaitan hukum Fekah maka akan terjumpa istilah istilah ini.Namun pada saya istilah ini juga digunakan dengan tujuan untuk mengaburi kita supaya nampak "islamnya" aktiviti mereka.Terbaru saya dimaklumkan along juga menggunakan istilah ini.Maka amat malanglah kita jika situasi ini tidak diperhalusi dan dibendung supaya ianya tidak membarah dan akan merosakkkan sistem ekonomi islam itu sendiri yang pastinya mempunyai banyak kebaikkan dan penyembuh kepasda penyakit masyarakat yang berkaitan ekonomi.

Kepada para ilmuan dan pengamal ekonomi islam, sucikanlah sistem ini.Jangan hanya untuk kepentingan keuntungan di dunia maka kita cipta istilah-istilah yang yang kita kaitkan dengan islam namun ruhnya jauh menyimpang dari islam.Jangan bila ditanya kita melepaskan tangggungjawab cuma dengan ungkapan"kalau hendak makan ayam sembelih maka harganya lebih mahal daripada yang tidak sembelih".Ungkapan ini tidak menyelesaikan masalah.Malah ianya akan lebih membanyakkan masalah.












Share/Bookmark Read more...

6:19 AM

Tabik untuk Ahli Parlimen Seri Gading..Johor






Melihat perbahasan yang disampaikan oleh Ahli Parlimen Seri Gading Johor hari ini,saya agak kagum.Bukan bererti beliau mengkritik pihak kerajaan maka saya bersetuju,tetapi apa yang dibangkitkan itu yang melibatkan masalah rakyat memang menyentuh perasaan dan merupakan realiti yang dihadapi oleh sebahagian besar rakyat jelata.Contohnya berkait pemereksaan kereta yang berusia 15 tahun sebelum memperbaharui cukai jalan.Realitinya memang membebankan.Usahkan orang kampung orang bandar pun sama kalau pendapatannya sekadar kais pagi makan pagi kais petang makan petang maka "terasa" lah penangannya.Saya tabik tu sebab orang kerajjan yang cakap begitu kalau pembangkang bukan saja tidak tabik tapi mengulas pun tak mahu,sebabnya itu perkara biasa..apa pun kita ikuti ucapan beliau di sini










Share/Bookmark

Read more...

10:12 PM

Begitu Rupanya Terengganu !!



The image “http://mymalaysiainfo.com/generalinfo/malaysian-flag/terengganu-flag/terengganu.GIF” cannot be displayed, because it contains errors.






Sebut saja negeri Terengganu,semua maklum dan terbayang tentang keunikannya.Keropok lekor,Pulau Redang,Pulau Perhentian dan keindahan pantainya yang memukau adalah sesuatu yang istimewa bagi negeri yang lokasinya berada di Timur Semenanjung Malaysia ini.

Beberapa minggu lepas saya berpeluang mengunjungi negeri yang digelar Darul iman ini.Keterujaan saya agak tergugat apabila beberapa kawan yang bercerita betapa Terengganu ini walau pun kaya dan indah namun mereka tidak bangga menjadi rakyat negeri Terengganu.Kenapa tanya saya?kehairanan!.Apakan tidak selama menjadi rakyat negeri ini apa pun kemudahan yang rakyat negeri lain dapat tidak pernah dinikmati oleh mereka.Kemudahan pembiayaan pelajaran,yuran atau apa saja tidak pernah diperolehi.Tetapi kawan-kawan yang lain semacam mudah saja dapat daripada Terengganu ini dakwa kawan saya itu.Kita yang pohon ni bermacam syarat yang dikenakan,tetapi yang dapat tu ada yang bukan rakyat Terengganu pun,tetapi kerana beliau ada kenalan rapat dengan pihak-pihak tertentu di terengganu maka dapatlah.Saya antara percaya dengan tidak kenyataan tersebut.Sebabnya mana mungkin sebuah kerajaan yang kaya macam Terengganu ini akan bersikap "double standard" macam yang didakwa oleh kawan saya tadi.

Namun hari ini saya lebih percaya dakwaan kawan saya itu apabila mengikuti perbahasan ucapan dasar di perhimpunan agong UMNO yang ke 60 kelmarin.Apabila berlaku hujjah berhujjah antara wakil Kelantan dan Terengganu maka "confirm" apa yang disebut kawan saya itu adalah sesuatu yang betul dan berharap supaya kawan saya itu jangan bersedih lah dah memang nasib awak menjadi rakyat Terengganu yang ditakdirkan begitu.Namun percayalah hidup ini bagaikan roda takkan selamanya anda berada di bawah mungkin tidak lama anda pasti akan berada di atas pula.




Share/Bookmark Read more...

5:48 AM

Tsunami Di Langkawi..Tsunami di Indonesia..




http://3.bp.blogspot.com/_l2oDN4EhTF8/R_rrdkMwaQI/AAAAAAAAAcw/v6FkB4v6ins/s400/ILUSTRASI%2BGEMPA.bmp


http://4.bp.blogspot.com/_pvRvwG7CXP8/SA7Kz6BkcOI/AAAAAAAAAIg/EDzN96Bzy5E/s400/tsunami.jpg


Tsunami..mengancam manusia,haiwan mahu pun alam.Kenapa terjadi?, kata sesetengah orang itu adalah cuma fenomena alam.Termasuk yang berkata begitu para prof di universiti.Pernah terdengar melalui wawancara di TV.Apakah kerana nak keluar TV maka terpaksa bercakap begitu cuma Allah sahaja yang tahu(?).

Hari ini 140kt 2009, ada latihan menghadapi bencana ini di Langkawi dan di Indonesia.Berbeza sungguh!!.Daripada visual yang ditunjukkan dalam TV menunjukkan orang di Indonesia lebih bersungguh atau lebih menghayati kehadiran bencana itu berbanding apa yang berlaku di Langkawi.Saya tidak dapat bayangkan kalau bencana ini betul-betul berlaku di Langkawi maka apa akan terjadi kepada penduduknya..dengan tidak selincah orang-orang di Indonesia maka latihan itu pada saya walau pun berjaya ianya seharusnya di perkemaskan lagi ( mohon maaf untuk org-org Langkawi).

Bercakap tentang Tsunami,gempa bumi atau apa bencana sekali pun teringat saya bila menatap helaian-helaian kitab suci Al-Quran,maka antara yang di sebut oleh Allah melalui qalamNya itu ialah

ثُمَّ رَدَدْنَا لَكُمُ الْكَرَّةَ عَلَيْهِمْ وَأَمْدَدْنَاكُم بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَجَعَلْنَاكُمْ أَكْثَرَ نَفِيرًا

"Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya".(surah al Isra' ayat 16)

dan
وَإِن مَّن قَرْيَةٍ إِلاَّ نَحْنُ مُهْلِكُوهَا قَبْلَ يَوْمِ الْقِيَامَةِ أَوْ مُعَذِّبُوهَا عَذَابًا شَدِيدًا كَانَ ذَلِك فِي الْكِتَابِ مَسْطُورًا

(Dan tiada sesebuah negeri pun melainkan Kami akan membinasakannya sebelum hari kiamat, atau Kami menyeksa penduduknya dengan azab seksa yang berat; yang demikian itu adalah tertulis di dalam Kitab (Lauh Mahfuz). ) (surah alIsra' ayat 58)

Teringat saya bila melancong ke Langkawi betapa segala keindahan yang ada cuma hanya dari segi fizikalnya sahaja.Namun keindahan roh Langkawi itu sendiri telah banyak hilang kerana ketamakan dan kealpaan manusia kepada kepada penciptanya.Betapa bercambahnya bagaikan cendawan tempat-tempat maksiat misalnya restoran-restoran minuman keras dan sebagainya.Tanah besar Malaysia juga tidak terkecuali.Oleh itu beringat-ingatlah wahai manusia termasuk saya, apakah akan selamat kita bila Allah berfirman sebagaimana di atas.Apa usaha kita dalam menyampai dan memberi peringatan atau apakah kita hanya tahu menyebut namun masih leka dengan suapan kebendaan yang tidak akan membawa kita ke mana hatta ke tepi lubang kubor pun tidak mampu kita bawa.Marilah bersama kita menginsafi diri masing-masing sesungguhnya kita tiada kuasa!, cuma bernafsu sahaja besar namun tiada apa-apa.




Share/Bookmark Read more...

2:00 AM

Santai sabtu



Sambil-sambil istirehat hujung minggu terjumpa satu video lama anak buah berpantun....sama-sama berhibur dengannya.

video
Share/Bookmark

Read more...

8:17 PM

Mari Melancong.....

Alhamdulillah kali ini mari kita sama menikmati keindahan yang terdapat di Bumi Para Anbiya' itu negara Mesir hasil lawatan pada ogos yang lalu.


Kubu Solahuddein Alayubi
Pantai Dahab
Makam Nabi Soleh(?)kalau tidak silap
Lembu Musa Assamiri
Gereja atas Jabal Musa
Pandangan dari atas Jabal Musa

Matahari muncul dipagi hari pandangan dari atas Jabal Musa
Perkampungan di Semenanjung Sinai
Kapal di terusan Suez











Share/Bookmark Read more...