5:22 PM

Alfatihah untuk Necmettin Erbakan






Necmettin Erbakan, 85, pemimpin pergerakan Islam di Turki telah meninggal dunia pada hari ini (27 Februari 2011).



Pihak hospital telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa Necmettin Erbakan telah meninggal dunia pada pukul 11.40 pagi (waktu Turki).

Beliau juga adalah bekas Perdana Menteri dari pro Islam yang pertama di Turki selama setahun iaitu dari 1996 sehingga 1997. Pada tahun 1997, akibat daripada tekanan daripada pihak tentera, dia telah meletakkan jawatan dan parti pimpinannya Parti Kebajikan diharamkan oleh pihak tentera. Beliau kemudiannya diharamkan daripada terlibat dengan politik atas arahan Mahkamah Perlembagaan di Turki.
Sedikit maklumat berkaitan dengan Erbakan, beliau dilahirkan pada 29 Oktober 1926 di Sinop, Turki. Beliau merupakan seorang jurutera, ahli akademik dan ahli politik yang disegani. Beliau adalah graduan di bidang kejuruteraan di Istanbul Technical Universiti pada 1948 dengan mendapat CGPA 4.00/4.00 dan juga memiliki ijazah kedoktoran PhD RWTH Aaren University di Jerman.
Di samping berjaya dalam bidang politik, beliau juga berjaya dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan pernah dilantik sebagai Ketua Jurutera bagi satu projek untuk membina kereta kebal Jerman iaitu Leopard Tank 1A.
Inilah contoh terbaik yang wajar diteladani oleh kita. Beliau menunjukkan kecemerlangan di dalam semua bidang. Kita doakan semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin

Kredit untuk Buletin ini

Share/Bookmark Read more...

10:48 PM

Berbuat baiklah, anda akan dapat balik kebaikan itu..

Bila kita mendapat sesuatu yang baik umpama pangkat atau pun harta benda,kita ucapkan Alhamdulillah tanda syukur,dan apabila kawan-kawan ucapkan tahniah maka kita balas balik dengan ucapan terima kasih dan terasa nikmatnya dengan anugerah itu.

Ungkapan serta rasa hati yang bahagia ini selalunya dalam perkara yang melibatkan diri sendiri maka ianya keluar secara luhur dan ikhlas,tetapi apakah ungkapan itu betul-betul ikhlas kalau apa yang diperolehi itu ianya melibatkan orang lain?tambahan lagi ianya melibatkan saingan kita?

Cuba kita muhasabah diri masing-masing apakah ungkapan syukur yang kita ucapkan apabila mendengar kawan-kawan mendapat sesuatu yang baik itu betul-betul ikhlas atau pun tidak,malah dalam simpati pun,apakah simpati itu betul-betul keluar daripada sifat kita yang jujur atau hanya sekadar menyedapkan pendengaran kawan-kawan atau siapa sahaja yang bersama kita itu.

Percayalah,keiklasan kita dalam sesuatu itu ada ganjaranya.Anda cubalah,dan perhatikanlah,dalam kehidupan ini akan ada sesuatu yang istimewa akan anda nikmati hasil keiklasan anda samada dalam hubungan dengan kawan atau siapa sahaja.Kadang-kadang anda dibayar tunai terhadap kebaikan yang anda lakukan dan begitulah disebaliknya.Untuk itu belajarlah dan asuhlah diri kita untuk mendapatkan keikhlasan itu.Semua itu akan kita perolehi jika kita selalu mendampingi diri kita dengan Allah dan percayalah selain daripada DIA tiada siapa yang berupaya untuk menganugerahkanya..



Share/Bookmark

Read more...

11:08 PM

Hutang antara jerat dan keperluan

Rasulullah SAW bersabda:

اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : ” إن الرجل إذا غرم فكذب , ووعد فأخلفحدث

Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah ? ; Baginda menjawab : ” Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari” ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 ).

Semua kita yang hidup samada miskin atau kaya pastinya akan berhutang.Sedikit atau banyak bergantung kepada keperluan masing-masing.Ada orang berhutang kerana keperluan yang mendesak dan ada juga yang kurang perlu tetapi saja-saja nak berhutang.Walau apa pun berhutangnya sesorang itu ada alasannya masing-masing.

Disebalik berhutang itu ada baik buruknya.Islam banyak memberi panduan dan seboleh-bolehnya "mengelak" daripada berhutang.Banyak peringatan yang diberikan oleh Allah dan Rasul supaya berhati-hati dalam berhutang ini.

Kepada pemberi hutang,selain ianya "ada" sumber mungkin juga ianya ada hasrat di sebalik pemberian hutang itu.Kalau ianya bersesuaian dan tidak menzalimi manusia maka ianya adalah baik,namun ianya akan menjadi dosa jika ianya memberi dalam bentuk yang zalim dan memeras.Contohnya mengambil untung secara riba' dan sebagainya.

Memberi hutang dengan tujuan untuk orang "kalah" dengan kita juga adalah sesuatu yang tidak baik sebenarnya dan perlu dielakkan.Oleh itu berhati-hatilah apabila kita berhutang dan memberi hutang.Semoga hutang tidak mengikat dan merosakkan kita.Sebagai maklumat baca ini


Share/Bookmark Read more...

4:34 PM

Luahan rasa

Tidak pasti,sejak semalam hati terasa tenang,seolah-olah mendapatkan sesuatu yang dihajati.Nak dikatakan ianya berkait dengan kepulangan anak-anak daripada Mesir,tidak juga,sebab kepulangan anak-anak ini bukan kali pertama malah sudah berkali-kali.

Sejak bermulanya di Mesir akhir januari yang lalu rasa resah dan gundah menjadi-jadi,harapan bertalu-talu mengharapkan terjadinya sesuatu.Setiap hari dan masa mencari-cari berita tentang itu,dan kini nampaknya harapan itu terkabul juga akhirnya.

Entah kenapa walaupun tidak pernah ke sana dan bukan pun urusan diri tetapi terlekat di hati tentang Mesir ini.Nah akhirnya menjadi,tahniah untuk anak-anak muda dan mereka yang tertindas, kerana perjuangan dan usaha mereka akhirnya mula menampakkan hasil.Walaupun nampaknya ia masih berliku tetapi tapak sudah mula dipijak, maka ianya wajib diteruskan dan bersama doa kita pohonkan.Agaknya inilah yang menenangkan itu!!.

sama-sama baca ini



Share/Bookmark

Read more...

4:11 PM

Anak-anak Mesir :sekadar ingatan..

Kepada anak-anak yang baru pulang daripada Mesir selamat pulang di ucapkan dengan doa semoga kalian diberi ketenangan dan selesa berada di samping keluarga yang tercinta.

Sesungguhnya "peristiwa Mesir" ini memberikan kesan yang tidak terjangka oleh sesiapa,samada diri sendiri atau masyarakat sekitar.Banyak hikmah yang terlindung dan terserlah dapat kita nilai.Ada diantara yang tidak pulang dalam tempuh yang lama kita dapati kali ini dapat pulang,ada yang baharu sahaja pergi dan bercita-cita tidak akan pulang sehingga tamat pengajian tetiba pulang juga,begitulah berbagai peristiwa yang terjadi.

Kepada yang masih belum tamat pengajian,sila fokuskan matlamat anda,jangan bila berada di tempat sendiri ini melekakan anda.Perjuangan anda masih belum selesai lagi,dan dalam keadaan semasa anda semua kena "peduli" diri sendiri,jangan mengharapkan "orang lain" dalam mengambil berat tentang diri anda.Ambil tahu semua,bila pengajian akan bermula semula,bila boleh balik ke sana semula dan sebagainya.Ingat di zaman banyak orang "ber-retorik" ini kadang-kadang boleh menghayutkan kita.Jika ada berita tentang universiti bercuti dalam tempuh-tempuh yang tertentu pendek atau panjang,cuba siasat tentang kesahihannya.Teringat peristiwa apabila berlakunya perang teluk di sekitar tahuan 1990an apabila Iraq masuk ke Kuwait,berapa ramai pelajar kita yang belajar di Iraq pada masa itu sedang bercuti tidak dapat kembali ke Iraq untuk menyambung pelajaran mereka.Sikap "berlepas tangan" pihak-pihak tertentu pada masa itu amat mengecewakan.Oleh itu kepada anda semua jangan peristiwa yang pernah terjadi itu berulang dalam peristiwa Mesir ini.

Saya yakin ada di antara mereka yang terlepas peluang di Iraq tempohari kini mempunyai anak-anak dan terlibat sama dalam peristiwa Mesir ini.Jadikan pengalaman anda sebagai panduan,agar peristiwa yang sama tidak berulang..


Share/Bookmark

Read more...

7:54 PM

Selamat pulang anak-anak ku...

gambar pelajar malaysia klia sepang


q7hez.jpg

Credit to ShamsulQamar


Alhamdulillah proses evakuasi rakyat Malaysia daripada Mesir ke Jeddah Arab Saudi dan seterusnya ke Malaysia sedang berjalan dan dijangka selesai dalam masa tidak berapa lama lagi.

Oleh kerana proses ini juga melibatkan anggota keluarga dan juga rakan-rakan yang terdekat maka perjalanan proses ini diikuti dengan lebih rapat dan berterusan.Tahniah dan selamat pulang kepada yang telah sampai ke Tanah Air dan dengan doa diharapkan kepada yang masih belum tiba supaya bersabar dan mudah-mudahan kesabaran anda itu akan disirami dengan kesenangan nanti.

Nampaknya daripada pengalaman yang dilalui oleh mereka yang terlibat adalah sesuatu yang "berharga" dan banyak mengajar tentang suasana kehidupan.Ada yang memuji-muji dan ada yang mengeji-geji.Kepada kita yang tidak mengalami mungkin hanya sekadar ungkapan sabar yang dapat kita ucapkan,tetapi bagi yang mengalami Allah sahaja yang tahu apa yang tersorot dalam sudut hati masing-masing.

Kepada ibu bapa dan ahli keluarga masing-masing mempunyai persepsi sendiri.Sedih,gembira dan pelbagai rasa datang di saat "menunggu" samada berita ataupun ketibaan batang tubuh yang ditunggu itu sendiri.Daripada pengalaman menceritakan semua itu.Ada yang membuat panggilan jam 3.00 pagi minta tolong carikan anaknya,yang sudah seminggu tidak dapat dihubungi,ada yang telefon menangis-nangis macamana nak hubungi anak yang kini berada di Jedaah dan sebagainya lagi sketsa yang menceritakan suka dan duka dalam proses evakuasi ini berjalan.Walau pun berada di Malaysia,tetapi kerana melihatkan dan memahami perasaan kawan-kawan,terpaksa juga "berhabis" bil telefon untuk menyelesaikan tuntutan kawan-kawan.Alhamdulilah setakat ini dipermudahkan Allah.

Sebagai muhasabah,rupanya inilah gambaran "kecil' apabila kita berhadapan dengan sedikit "kesusahan".Boleh tak kita bayangkan apa yang akan berlaku dalam situasi sebenar pada hari yang Allah sebutkan apabila berlakunya "huru hara" dan pada hari tersebut Allah nyatakan tidak akan berguna lagi harta dan anak pinak!!! Allahuakbar!!bayangkan saudara...!! oleh itu carilah ganjaran sebaik mungkin hasil daripada peristiwa sebegini dengan kita banyak bersabar dan berserah kepada Allah.Berjiwa besarlah dengan kita melupakan sedikit sebanyak "kecacatan" yang berlaku dan hindarilah diri daripada mengungkit-ungkit kebaikan yang dilakukan.Semoga mendapat taufik dan hidayah...





Share/Bookmark Read more...

10:36 PM

Apabila orang politik berkata-Kata

Bila baca ini,berbagai penafsiran yang terbayang di benak fikiran,apakah semua orang politik begini?melihat dan menilai apa yang sudah,sedang dan mungkin akan berlaku jawapanyanya adalah sama.Kalau anda orang politik begitu jugakah jawapan anda apabila ditanya?Kalau saya memang ada jawapannya yang tersendiri...alahai manusia!!.



Share/Bookmark

Read more...