3:29 PM

Ku pohon doa untukmu kawan..(updated)

[DOA17+ketika+terdengar+kematian+atau+kemalangan.GIF]
Alfatihah untuk Sdr.Hasan Ismail (1956-2010).


Semalam sempat ziarah Sdr Hasan di hospital.Masih dapat bercakap dan berinteraksi dengannya.Walaupun nampak agak kritikal penyakitnya, sebagai manusia kita mengharapkan kesembuhan untuk beliau.Namun Allah maha mengentahui segala-galanya.Jam 3.00 pagi tadi dimaklumkan beliau telah dipanggil Allah kembali ke alam kekal untuk selama-lamanya.

Terkenang beliau yang begitu banyak menghadapi cubaan dengan ujian kesusahan tetapi hasil ketekunan dan kesabaran akhirnya Allah memberikan beliau "kelapangan".Beliau berjaya sehingga ke menara gading dan menjadi pendidik yang cekal.Namun di akhir-akhir kehidupanya beliau sekali lagi diuji dengan penyakit yang juga menjejaskan keselesaan hidupnya.Ujian itu juga dihadapi dengan tabah,sering bercakap untuk pencen awal tetapi nampaknya tidak sempat mengecapi masa pencen yang beliau harapkan.Untuk kita yang masih diberi kehidupan bersyukurlah dan kepada keluarga Sdr Hasan bersabarlah dengan ujian ini,sesungguhnya keupayaan kalian menghadapinya dengan sabar selama ini telah membezakan tahap keupayaan menghadapi ujian kalian berbanding dengan mereka yang tidak pernah diuji.Sekali lagi al-fatihah untuk beliau.
Juga alfatihah untuk Hj Kashim Abdullah dan Hj Manan Arifin yang juga dijemput kembali pada minggu ini.



Share/Bookmark

0 comments: