1:07 AM

Bila mendung menjadi...maka hujan pun terjadi dan bala pun mula menampakkan diri kerana kecuaian manusia kini


Hujung tahun menjelma lagi.Pejam celik sudah hampir setahun umur kita bertambah lagi.Bagi mereka-mereka yang tinggal di Pantai Timur hujung tahun biasanya adalah musim banjir dan sudah menjadi kebiasaan bagi mereka banjir akan melanda dan mereka bersedia.

Namun yang peliknya sejak kebelakangan ini banjir ni sudah tidak kenal lokasi lagi,Kedah,Perlis,Melaka, pendek kata kebanyakan negeri sudah mula mengenali banjir.Kini mereka tau betapa banjir ini kalau tidak kena gayanya akan menyusahkan kehidupan.

Semalam tempat saya pun kena banjir.Belum pernah dalam sejarah sebesar itu banjirnya.Sudah lama mengenali dunia ini,inilah kali pertama melihat ada orang berpindah di tempat saya.Pusat pemindahan adalah di Balairaya kampung.Mengikut ceritanya bantuan terus sampai.RM500.00 satu keluarga.Maka berduyun-duyun yang datang "pindah" yang tak kena banjir pun pindah juga! tujuannya RM semata-mata.

Itulah lumrah dunia dan perangai manusia.Sentiasa mencari peluang.Samada halal atau haram tolak tepi.Yang penting tembolok dulu yang perlu diisi.Kalau yang kurang "mengajinya" berperangai begini kita susah nak komen,tetapi yang berlaku di kalangan yang terlebih mengaji,hanya Allah yang tahu.

Itulah penting Islam yang tulen menjadi benteng dalam diri.Kerana ianya akan mengilap nilai seseorang yang bernama manusia yang akan dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk untuk dirinya.











Share/Bookmark

0 comments: