11:19 PM

khutbah Jumaat yang.....

Hari ini sempat menunaikan solat jumaat di kampung.Kerana kesibukan urusan dunia maka sudah lama saya tidak bersolat di sini.Alhamdulillah sempena cuti hari ini dapatlah berkunjung ke kampung halaman untuk permulaan tahun 2010 ini.

Fardu jumaat kali ini diimamkan oleh imam yang agak muda dan kira umurnya pangkat adiklah dengan saya.Mesej yang ingin disampaikan ialah tetang kepentingan belajar dan mencari ilmu.Saya yakin khutbah ini ditulis khusus sempena pembukaan penggal pertama persekolahan untuk tahun 2010 yang bakal menjelang pada hari ahad di negeri Pantai Timur dan isnin bagi negeri di pantai barat.

Isi kandungan serta mesej yang ingin disampaikan adalah amat baik,cumanya cara penulisan khutbah tersebut pada saya tidak mencapai piawaian sebenar bersesuaian dengan pendengar yang rata-rata orang kampung yang pada saya bahasa serta penggunaan istilah dalam khutbah itu tidak akan difahami oleh mereka.Pada saya kalau masjid di Putrajaya khutbah itu adalah sesuai,tetapi kalau di kampung saya ini saya rasa jauh daripada sesuai.Maaf bukan untuk merendahkan tahap pemahaman orang kampung yang saya cintai ini tetapi itulah hakikatnya.Malah imam yang membaca pun tersangkut-sangkut dengan istilah-istilah orang putih tersebut.Cuba anda bayangkan sudahlah istilah orang putih,dimelayukan dan dijawikan pula,kesian Pak imam...

Untuk panel penulis khutbah di pejabat-pejabat ugama pohon fahamilah situasi ini.Saya tahu anda semua adalah orang terpelajar
dan memegang ijazah malah ijazah lanjutan dan mungkin pemegang status doktor falasafah,tetapi kalau anda berfikir semua orang macam anda maka anda silap.Oleh itu fahamilah situasi dan saya yakin jika itu yang anda amalkan maka mesej yang ingin anda sampaikan akan sampai dan difahami serta kesannya adalah baik sekali,ayuh bersama positifkan diri anda demi kebaikan bersama.





Share/Bookmark

0 comments: