1:51 AM

Melayu dan bahasanya

Dua tiga hari ini saya berkesempatan untuk menghadiri satu kursus yang dinamakan "kursus keterampilan bahasa melayu".Pemudahcara bagi kursus ini adalah "munsyi" yang dijemput khas.Beliau katanya berpengalaman memberikan kursus ini di beberapa tempat termasuklah IPTA tempatan.

Melihat kepada isi penyampaian beliau secara sepintas bolehlah dikatakan bemunafaat dan berkesan.Penumpuan beliau adalah lebih tertumpu kepada tatabahasa dan format penulisan surat yang berkualiti.Cuma apa yang saya fikirkan kalaulah bahasa melayu yang diajar ini yang sewajibnya digunakan dalam penulisan harian maka saya berpendapat tidak ramai penulis novel yang akan berjaya menyiapkan novelnya malah para sasterawan tidak akan dapat melahirkan idea dalam bentuk bertulis mahupun pengucapan.Kenapa saya berkata begitu; kebanyakkan bahan yang ditunjukkan semasa kursus adalah terdiri daripada bahan penulisan semasa seperti surat khabar,pamplet dan juga baner serta beberapa buku hasil tulisan beberapa penulis Tanah air.Majoriti daripada apa yang ditunjukkan ialah kesalahan.Bukan sahaja akhbar malah soalan bahasa melayu STPM juga terdapat kesalahan yang ketara.(?)

Persoalanya,bagaimana mungkin kita boleh berbahasa melayu yang betul kalau hari-hari kita dihidangkan dengan penggunaan bahasa yang salah!?Surat khabar,TV,radio malah apa sahaja melakukan kesalahan dalam berbahasa.Cuba anda bayangkan bagaimana murid akan menjawab betul tentang soalan yang ditanya sedangkan soalan itu sendiri salah dari segi tatabahasanya.Terpulanglah kepada pemikir bahasa untuk menentukanya cara-cara atau langkah-langkah yang perlu untuk mengatasi perkara ini.Kesimpulan yang saya dapat buat hasil daripada kursus pendek ini ialah bahasa melayu ini sebenarnya sudah rosak dari segi penggunaan tatabahasanya.Ini semuanya pada saya ialah kerana tiada keberanian di kalangan berkuasa untuk memartabatkannya walaupun ianya dalam makluman dan disedari.

Di sini saya sebut satu contoh yang paling nyata dikatakan oleh munsyi tentang kesalahan yang dilakukan oleh institusi yang pada saya tidak sepatutnya berlaku;itu pun kalau apa yang disebut oleh munsyi itu betul;ialah apa yang dilakukan oleh bank negara.Tulisan "WANG KERTAS INI SAH DIPERLAKUKAN DENGAN NILAI RM...."kata munsyi ayat dalam tulisan ini adalah salah...di sini saya mohon kepada yang mahir bahasa boleh tolong komen dan komen anda amat saya hargai.












Share/Bookmark

0 comments: