8:43 PM

Ini Cikgu yang bercerita...

Permohonan masuk ke Tingkatan 4 di SM Teknik /Vokasional 2010

Gambar hiasan


Semalam dengar Cikgu bercerita.Cikgu kita ni mengajar di salah sebuah sekolah di Ipoh Perak.Kelakar,sedih, terpegun serta bingung pun ada bila mendengar cerita Cikgu kita ni.Beliau ada pengalaman mengajar di banyak tempat dan negeri.Namun pengalaman di Ipoh ini antara terhebat dan menusuk jiwa beliau dan bagi kita yang bukan Cikgu ni terfikir apa betul perkara-perkara yang sebegini berlaku di sekolah-sekolah kita.

Lokasi beliau mengajar adalah di bandar Ipoh.Komposisi pelajar boleh lah dikatakan menepati kehendak 1 Malaysia yang sering diwar-warkan itu.Melayu Cina dan India semua ada.Kata Cikgu ini minggu pertama melangkah kaki ke sekolah ini jiwanya sudah mula merudum dari segi semangatnya,apa tidak nya, perkara pertama yang dilihat dan dialaminya pada hari pertama masuk kelas ialah apabila beliau mula mengajar, murid-muridnya pula mengajak kawan-kawan yang lain untuk memulakan "perlawanan"...anda tahu perlawanan apa.....


Ya perlawanan berkentut.Anda cuba bayangkan kata Cikgu kita ini, tidak pernah terfikir dalam kepala kita kentut pun boleh berlawan.Bunyi dalam kelas macam katak berbunyi tetapi bunyi itu adalah bunyi kentut dan baunya Masyallah Allah sahaja yang tahu..

Hari kedua masuk kelas,sedang Cikgu mengajar,murid-murid di belakang main terup.Hangat hati dengan perlakuan murid-murid tu Cikgu berteriak marah"engkau orang kalau nak main mari kat depan ni"(sebenarnya bagi amaran ) tetapi apa yang terjadi sebenarnya...mereka terus bangun dan datang ke depan terus bermain sebagaimana yang Cikgu kita ni tempik tadi dekat meja guru pulak tu.

Hari ketiga masuk kelas,setelah dua hari memerhati didapati cuma seorang sahaja daripada keseluruhan murid dalam kelas tersebut yang agak "berminat" sikit hendak belajar.Itu pun setelah bagi "option" siapa yang nak belajar sila ke depan,maka seorang saja yang kedepan dan sehingga sekarang ini Cikgu kita ni mengajar hanya seorang saja murid bagi kelas tersebut.Itu cerita satu kelas,bagi kelas-kelas lain belum cerita lagi tu..kita ceria semula la..

Daripada apa yang diceritakan oleh guru ini saya boleh membuat kesimpulan mengikut persepsi sayat..dan anda juga bolehlah membuat kesimpulan mengikut persepsi anda masing-masing...Namun sebenarnya cerita inibukanya rekaan tetapi ianya adalah realiti dan memang terjadi pada tahun 2009 ini.Untuk KPM nilai semulalah peranan anda....sesungguhnya sia-sia kita membelanjakan berbilion setiap tahun untuk membina prasarana pendidikan samada bangunan atau apa saja namun hasil yang kita perolehi daripada ujudnya prasarana itu adalah "kosong".

Kepada para guru teruskanlah amanah anda kerana keikhlasan anda hanya Allah yang membalasnya.Kepada para pentadbir KPM uruskanlah diri anda sebaik-baiknya supaya sejajar dengan matlamat menjadikan manusia insan yang kamil,jangan jadikan ianya hanya sebagai slogan semata-mata dan letakkan diri anda sebagai seorang yang bermaruah,jangan jadikan diri anda sebagai alat kepada mereka-mereka yang berkepentingan!!.Oleh itu sedarlah sesungguhnya sekarang ini ramai di kalangan anda yang menjadi "alat" kepada segolongan manusia yang mementingkan diri demi mengisi tembolok serta memenuhi serakah nafsu sehingga mengesampingkan nilai-nilai kemanusiaan yang sepatutnya kita pupuk bermula dari awal pendidikan.Nah lihatlah contoh yang berlaku di Ipoh tadi.Apakah kita ingin membiarkan mereka terus-terusan seperti itu...katakan tidak wahai orang-orang KPM dan warga Malaysia seluruhnya!!.



Share/Bookmark

0 comments: