10:08 PM

syukur...memang rezki

Kelmarin berkelapangan dapat balik kampung,Alhamdulilah,nampaknya buah-buahan agak menjadi walau pun tidak sebanyak tahun-tahun yang lepas.Sudah mula boleh merasa ....



Dokong sudah mula ranum
Durian sudah mula gugur


Yang mengujakan saya ialah gambar dekat bawah ini.Ini hasil tunjuk ajar daripada sifu yang saya tidak pernah jumpa secara berdepan.Namun tulisan serta panduan secara maya melalui blog beliau yang selalu saya ikuti telah membuahkan hasil.Kepada Dr Wahab ucapan terima kasih saya dan menjadi cita-cita saya mungkin satu hari jika ada kelapangan dan temuan maka kita akan berjumpa bersua wajah..insyallah.Mungkin kerana lokasi yang agak kejauhan maka terlambat sikit dan mudah-mudahan ianya cepat menjadi realiti.






Berbuah sebaik sahaja keluar pucuk selepas diprun



Sebenarnya sudah banyak kali pokok ini berbuah dan kebetulan ianya ditanam secara suka-suka di sekeliling rumah.Namun setelah mendapat sedikit maklumat dari sifu dan di praktiskan maka buahnya semakin banyak.Lihatlah.. dari satu pokok boleh dapat hampir dua kilo...kalau jadi kebun mungkin boleh buat perusahaan.



Buah baru dikutip

Jeruk daun sudah.Buat teh pun sudah.Namun yang paling best buahnya buat ice blended...terangkat.Kepada saudara-saudara yang ingin mencuba..cubalah nescaya tak terungkap..terima kasih Dr.Wahab...





Share/Bookmark

3 comments:

waliz said...

mana nak dapat benih pokok ni?saya berminat nak tanam..tq

Rush IswaraKu said...

Sdr waliz,anda tinggal di kawasan mana..kalau dapat lokasi boleh saya beri panduan

zs said...

salam tuan rumah,

boleh tolong bg sedikit tunjuk ajar mcm mana nak bagi pokok tu berbuah lebat...pokok kat rumah akak buahnya boleh dibilang dgn jari...