11:16 PM

Israk Mikraj 1430 H


Apakah ini Boraq?anda yakin!?yang penting ilmu akan mencerahkan anda

Malam tadi 23 julai/ 1 syaaban, dijemput menghadiri satu program israk mikraj.Alhamdulillah program berjalan lancar.Ceramah disampaikan oleh seorang guru sekolah yang bukan bertitle ustaz namun kesungguhan beliau untuk mendalami ilmu ugama maka membolehkan beliau berceramah/menyampaikan sirah berkait israj mikraj dengan lancar dan teratur.

Mendengar ceramah beliau teringat saya mendengar ceramah israk mikraj semasa berusia kanak-kanak.Bermula dengan pembedahan perut Rasulullah S.A.W sehinggalah ke Sidratulmuntaha.Segala pengalaman dan dailog Rasulullah S.A.W bersama Jibril diceritakan satu persatu.Pada saya walaupun ianya bersifat pengulangan benda yang sama dari tahun ke tahun namun ianya berfaedah untuk pendengar.Itu pun kalau perkara tersebut diambil sebagai iktibar dan diserap ke dalam kehidupan seharian kita.

Penyampaian secara bersahaja dan dalam stail tradisional pada saya baik namun kalau dikaitkan dan diolah dengan peristiwa semasa/terkini maka ianya adalah lebih baik.Sebab kisah hanya sekadar cerita dan boleh jadi pendengar akan mendengar sebagai mendengar cerita penglipurlara biasa sahaja.Habis program maka ianya habis begitu sahaja bersama tamatnya program.Kalau diolah dalam bentuk yang komprehensif dan boleh mengetuk jiwa saya percaya program sebegini akan memberi kesan yang mendalam ke dalam jiwa setiap pendengar.
Sebagai ingatan kepada para penceramah,dalam membuat persediaan seharusnya diambil dari sumber-sumber yang tulin sahaja.Jangan mengambil dari sumber-sumber yang belum tentu sahihnya.Terdapat banyak di kalangan mereka ini telah membawa kisah-kisah yang berbentuk "israiliyyat" yang pada saya akan menjadikan pendengar terutamanya kanak-kanak akan beranggapan apa yang disebut itu sebagai sesuatu yang benar.Ingat!! ugama ini adalah sesuatu yang benar.Oleh itu jadilah kita orang yang menyampaikan kebenaran bukannya kebatilan.Jauhilah menjadi orang yang sesat dan menyesatkan.Nauzubillah...









Share/Bookmark

0 comments: