11:32 PM

Cerita Kopiah...bukan perlekeh tetapi realiti


Kelmarin rabu 15 julai keluar ronda-ronda bersama keluarga.Memandu santai.Sampai di satu simpang, sebuah kenderaan dengan dipandu laju memotong sebelah kiri kami,kata orang sekarang potong que lah,dengan gaya yang agak daring telah memotong kami dengan gaya yang agak kurang sopan.Anak kami merungut... pemandunya pakai kopiah dan nampak warak serta baik tapi tak sangka ya perangai begitu sekali.
Sepintas teringat saya kepada beberapa peristiwa sebelum ini,bukan sahaja memandu malah dalam beberapa hal juga mereka yang penampilan sebegini(berkopiah) memang agak luar biasa. Kalau di tempat kerja(maaf bukan semua tetapi apa yang kerap saya jumpa) orang ini lah yang selalu ponteng,datang lambat ,main kawan,susah membayar hutang,dengki dan sebagainya.Kalau bercakap bukan main lagi...mengalahkan yang bergelar ustaz atau ulamak,malah dahi juga bertanda namun perangai begitu menghampakan.
Kenapa begitu.Itu sebenarnya ujian Allah kepada yang cuba beramal dengan Islam namun tidak berpaksikan ilmu.Hasilnya makin menampakkan kejahilan malah merosakkan pandangan awam kepada Islam tu sendiri.
Oleh itu seruan saya marilah beramal dengan cara Islam sebenar.Jangan hanya dengan tempelan kulit dalam bentuk cara berpakaian sahaja tetapi jiwa kosong dengan melakukan perkara-perkara yang bertentangan dan menampakkan kemerosotan akhlak.Kepada sahabat dan taulan Marilah bersama untuk memperbetulkan cara dan gaya hidup kita supaya berakhlak dengan akhlak Islam sebenar supaya di dunia kita tidak diejek dan dicela masyarakat dan di akhirat juga kita akan mendapat redha Allah...InsyaAllah.










Share/Bookmark

3 comments:

Pengasas said...

Salam WakAji,

Saya juga pernah beberapa kali mengalami peristiwa serupa. Adusss!!

Maaf, saya dah salin gambar pokok dan buah sutera kat bawah tu. Dan saya buat posting kat dua blog:

http://tamperategarden.blogspot.com/2009/07/blogger-wak-aji-dan-pokok-sutera.html

http://kebunpokoksutera.blogspot.com/2009/07/blogger-wak-aji-dan-pokok-sutera.html

Harap dihalalkan.

Pak Oncu said...

Salam perkenalan dari saya Pak Oncu........ dahi bertanda erti nya mereka ahli ahli neraka jahanam....

Rush IswaraKu said...

Tentang gambar tu silakanlah