5:58 PM

Cium lah kalau sayang!!!


Semalam sambil ronda-ronda terserempak dengan seorang warga emas yang agak istimewa pada saya.Beliau ni berniaga buah-buahan.Sambil berborak terpegun saya umur beliau dah mencecah 89 tahun namun masih sihat fizikal mahu pun mental nya.Kata beliau itu lah beliau dari kecil sehingga sekarang tidak pernah berkurang dari segi kualiti kesihatan.Yang paling istimewa dan mengujakan tingkah laku beliau semasa berjual beli.Setiap kali pelanggan membayar beliau akan mencium duit yang diterima,tidak terkecuali amaun kecil atau pun besar beliau akan menciumnya.
Teruja dengan perbuatan beliau saya bertanya apa dan kenapa beliau berbuat begitu .Selamba beliau menjawab..saya apa yang saya sayang semua saya cium.Duit saya cium,isteri saya cium pendek kata apa yang saya sayang saya cium.Allah lagi saya sayang dan kasih dan untuk itu saya cium DIA dalam bentuk sujud paling tidak dalam Lima waktu sehari semalam .DIA anugerahkan kepada kita pelbagai tanpa sebarang pembalasan atau pembelian.Nafas yang disedut setiap saat,mata yang melihat setiap masa..semua diberi percuma.Terkebil-kebil saya mendengar kuliah beliau yang saya anggap amat berharga dan memberi kesan yang mendalam dalam jiwa.Betapa saya rasa amat lemah kesedaran diri ini berbanding warga emas ini.Walau pun nampak"selekeh" penampilannya namun Dia mempunyai pemikiran dan sikap yang waras selari dengan tuntutan dan kehendak Islam itu sendiri.
Kesimpulan ringkas saya itulah anugerah Allah kepada sesiapa yang memperbanyakkan taqwa dalam hidupnya.
Mafhum salah satu ayat seribu dinar yang menjadi perhiasan di dinding-dinding rumah kita
"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah maka DIA akan memberikan kita jalan keluar.Direzkikan dengan cara yang tidak disangka-sangka.Sesiapa yang bertawakkal kepada Allah
Maka memadailah dia sebagai penolong."






Share/Bookmark

0 comments: