3:05 AM
Dewasa ini banyak penyakit yang pelik-pelik melanda manusia.Majoriti akan mencari penawar atau ubat untuk menyembuh atau meredakannya.Klinik, Hospital,Bomoh atau siapa sahaja akan dicari untuk tujuan itu.Namun begitu tidak ramai menyedari penyakit yang melanda ke atas diri masing-masing dalam bentuk yang agak susah di fahami,dengan kata lain ianya melibatkan sakit spritual.Diyakini penyakit ini adalah disebabkan oleh kesalahan diri masing-masing.Bagi orang Islam ianya adalah lebih selesa di sebut dosa.Virus dosa ini adalah penyebab kepada sakitnya jiwa pada setiap pelakunya.Itulah sebabnya Nabi S.A.W mengajar kita untuk berdoa supaya kita sentiasa mohon berlindung dengan Allah S.W.T dan dijauhi dari rasa keresahan(alhamm),kesedihan(alhazn),ketidakmampuan(alajz),kemalasan(alkasl),kecil hati(aljubn),bebanan hutang(ghalabati addain) dan di bawah tekanan orang(alkahri rijal).(Kepada anda yang ingin berdoa rujuklah tek asal dalam tulisan Arab kerana sebutannya akan lebih tepat berbanding dengan tulisan roman ini).Ayuh!! marilah Sama-samalah berusaha untuk menjauhi sebarang dosa.Insyallah Selamat di dunia dan juga di akhirat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
sebenarnya itu adalah kifarah dosa2 yang telah dilakukan.apabila tiadanya penyakit,manusia tak akan insaf dan mengingati Allah.maka adalah lebih baik diberi penyakit daripada hidup tanpa penyakit seperti firaun.
Post a Comment