10:15 PM

MS ISO vs Kerani Tua dan RM


Minggu ini dilibatkan dalam program sistem pengurusan kualiti MS ISO 9001 : 2008. Sebelum ini MS ISO 9001 :2000 .Penumpuan adalah kepada memperbetulkan sistem kualiti termasuklah penambahbaikan sistem fail serta pengendalian perlaksanaan amalan sistem kerja itu sendiri.
Sebelum ini juga telah banyak terlibat dan yang agak mengkagumkan saya ialah tentang kehebatan kerani-kerani senior yang rata-rata sekarang ini sudah pun pencen malah telah pergi dahulu meninggalkan kita.Apa yang hebat ialah usaha mereka dalam mengemaskini fail-fail yang dikendalikan oleh mereka.Kemas,teratur dan terkini serta senang untuk dirujuk.Dari fail-fail lama yang telah ditutup terbukti!!,malahan perkara yang sama saya lihat semasa membuat satu kajian di Arkib Negara.Ini bermakna sikap serta disiplin adalah tunggak utama dalam menjaga kualiti sesuatau tugasan atau pekerjaan itu.ISO adalah bukan penentu segala-galanya.

Pada saya ISO itu bagus kerana ianya banyak membantu dalam memkemaskan sistem kerja namun kita kena ingat betapa dalam menjayakanya kita MESTI menghabiskan kos yang begitu besar termasuklah bayaran untuk konsultan dan sebagainya.Namun hasilnya sama sebagaimana yang telah dibuat oleh orang-orang tua kita (para kerani) terdahulu.Malahan pada saya dalam beberapa hal ianya lebih baik.Tambahan lagi diperhatikan konsultan ini peranannya adalah tidak seberapa.Bagi kita yang tidak begitu faham sangat tentang ISO ini kita rasa mereka ini hebat.Tetapi apabila lama sikit kita mendalami dan belajar tentang ISO,baru kita faham rupanya apa yang dibuat oleh konsultan ini adalah merupakan "copy and paste" sahaja daripada lokasi-lokasi lain yang pernah dibuat oleh mereka.Itulah apabila berbuat sesuatu timbul kelam kabut dan apabila dirujuk jalan penyelesaianya tidak seberapa.Cuma ungkapan "buatlah bengkel lagi"akan sentiasa keluar dari para konsultan ini.Maka kalau bengkel maka paling kurang RM2000/sehari akan terpaksa kita bayar.Bayangkanlah kalau banyak siri dan setiap siri minima tiga hari.(maaf untuk kawan-kawan para konsultan sekalian).

ISO itu baik tetapi kosnya besar,Apa kata kita pupuk balik para anggota kita dengan semangat kerja orang-orang lama sebagaimana saya sebut tadi.Kalau berjaya RM selamat dan kualiti pun berjalan.Untuk Konsultan mungkin rezki anda ada tetapi berpada-padalah.








Share/Bookmark

0 comments: