12:25 AM

Realiti anak-anak Kampus kini....

Di kebanyakan kampus universiti sekarang ini musim pepereksaan.Bila tiba musim ini rata-rata anak kampus akan bertungkus lumus meningkatkan kapasiti pembelajaran masing-masing demi untuk menjamin pepereksaan yang dihadapi akan berjaya dengan keputusan yang secemerlang mungkin.Usaha-usaha sebegini seharusnya dipuji dan sepatutnya diteruskan sampai bila-bila.

Cuma fokus kepada N3 kali adalah kepada satu fenomena yang berlaku di kebanyakan kampus dimana di musim inilah "ramai" di kalangan anak-anak yang mula mendekati Allah.Bila waktu subuh contohnya berlaku "que" di bilik-bilik air untuk berwudhu', sedangkan di luar musim pereksa tidak berlaku sedemikian!?.

Mendekati Allah adalah sesuatu yang mesti kepada setiap yang beriman,tidak terkecuali juga anak-anak di kampus,dan tidak kira masa atau tempat.

Memang pepereksaan adalah sesuatu yang membebankan!,tetapi kenapa kita ini bila terbeban dengan sesuatu maka barulah kita hendak mendekati Allah,apakah Allah itu kita anggap hanya cuma tempat mengadu bila waktu susah sahaja dan bila senang kita melupakaNya,sedangkan setiap waktu Ianya sentiasa bersifat Rahman dan Rahim kepada kita.Udara yang kita sedut setiap hari percuma,air yang dianugerahkan juga percuma dan begitulah juga mata,telinga, kaki dan tangan semuanya adalah percuma.Tidak terfikirkah itu semua aduhai anak-anak kampus yang sememangnya anda semua adalah "cerdik" berbanding dengan orang lain yang tidak bersama anda di kampus.

Oleh itu ubahlah sikap dan perangai anda itu dan sentiasalah mendampingi Allah di mana-mana dan dalam apa suasana sekalipun samada susah atau pun senang,kerana kita tidak punya apa-apa,apa yang ada cuma anugerahNya sahaja atas sifatnya yang bersifat Rahman dan Rahim...bersyukurlah dan berubahlah.












Share/Bookmark

0 comments: