10:57 PM

Saja sembang-sembang

Mulanya malas nak ambil tahu pasal kisah lompat melompat ni.Tetapi nampaknya makin hangat pula dibuatnya.Lompat ni kalau dalam bahaya mesti kena lompatlah.Bayangkan kita atas lori yang sedang menjunam ke dalam gaung,kalau ada kesempatan kena lompat turunlah untuk menyelamatkan nyawa,itupun kalaulah ditakdirkan selamat.Tetapi ada juga yang berlaku lompat untuk menyelamatkan diri pun tetapi tidak selamat juga.Tambahan lagi kalau kita melompat daripada tempat yang agak tinggi atau dalam suasana yang kelamkabut atau sebagainya.Pokoknya melompat ini walau apa pun niat kita belum tentu selamatnya!.

Kisah lompat juga,dan yang melompat ini pun orang politik juga.Ini berlaku di sekitar tahun 60an,semasa popularnya group "pemuda tahan lasak".Pada masa itu ramai yang melompat cuma di kalangan pengikut bawahan sahaja yang kalau nak dinilai tahap pendidikan atau pemikiranya saya kira tidaklah begitu tinggi sangat.Itu pun selalunya bila sahaja masuk zon musim pilihanraya.Tidak dinafikan juga di kalangan pimpinan juga ada yang melompat.Itu pun ada sebab,kadang bila bertembung pemikiran atau merajuk bila pandangan tidak diterima atau sebagainya.

Orang politik ni bila melompat parti ada saja alasannya,antaranya hilang kepercayaan kepada parti kerana tidak tegas dalam itu dan ini atau apa-apa sajalah,sedangkan dia itu pimpinan.Dialah yang menentukan halatuju parti dan menetapkan dasar serta penggeraknya.Jadi logik ke alasan itu?.Pada saya tidak logik,kalau begitu!ada "benda lain" yang lebih mengujakan orang-orang ini melompat sebenarnya.Apa itu anda carilah sendiri.

Dewasa ini kadang-kadang terfikir betapa ikhlasnya ahli-ahli politik dulu-dulu berbanding dengan mereka yang ada sekarang ini.(baca:bukan semua tetapi kebanyakkan).Anda bayangkan ada orang-orang politik dulu-dulu yang bila matinya mereka tidak meninggalkan apa-apa harta yang boleh diwarisi,sedangkan mereka berpeluang untuk mengumpulkan kekayaan dengan kedudukan yang mereka pegang pada masa itu(baca:yang memerintah).Tetapi kini bila saja berkuasa tidak kira parti apa pun perangainya adalah sama,semua "merembat" peluang itu.(baca:bukan semua).Tak percaya!!lihat dan perhatikanlah.

Oleh kerana itu lah pada saya pimpinan yang tidak berpendidikan tinggi (baca:kalau ada lebih baik)tetapi ada wawasan untuk membela rakyat lebih baik daripada mereka yang mempunyai ijazah berjela tetapi cuma mempunyai wawasan diri sahaja maka kesannya rakyat tidak terbela dan negara akan porak peranda.Lihatlah apa yang berlaku sekarang.Retoriknya bercakap mahu membela bangsa dan negara tetapi realitinya diri dan keluarga juga yang diberi keutamaan.









Share/Bookmark

0 comments: