9:45 PM

Tazkirah untuk sahabat : Kalau boleh Ke Syurga semuanya!!!

Hari ini sempat mengunjungi sahabat lama yang sudah pencen.Dalam berborak tercetus rasa isi hati kawan itu tentang keluarganya.Sebagai sahabat saya simpati dengan apa yang terjadi,namun untuk berterus terang kepada beliau saya msih berhati-hati takut-takut terasa hati ,namun saya percaya beliau selalu mengikuti laman ini,untuk itu sedikit pesan untuk beliau.....

"Tanggungjawab ketua keluarga adalah memastikan dia dan ahlinya aman di dunia dan aman juga di akhirat serta mendapat redha Allah.Tiada gunanya kita beramal dengan tuntutan Allah tetapi kita membiarkan ahli keluarga kita terutama anak-anak terkapai-kapai di luar tuntutan Allah.

Kita bertahajjud malam,dhuha di pagi hari serta beramal-dengan amalan-amalan yang baik ,namun kita biarkan anak-anak tidak "seperti" kita.seolah-olah kita sahaja yang nak masuk syurga.

Itulah beberapa kesilapan kita dalam kehidupan ini.Fikrah kita sudah baik tetapi kita tidak turunkan fikrah itu kepada anak-anak dan ahli keluarga kita, kenapa?

Sebenarnya banyak faktor yang menyebabkan terjadinya demikian,sayang!,takut,malu,atau mungkin fikrah kita itu tidak "sejati" berada dalam diri kita!.Cuba fikir,Solat di masjid setiap waktu,berpakaian pun sentiasa menutup aurat tetapi bila bermuamalat kita tinggalkan itu semua.Riba'tidak pernah mengelak,masakan tidak!, bila berbelanja pakai kad kredit beribu-ribu ringgit,bila bayar ansur-ansur dan berbunga pula.Bila berpolitik sinis sahaja bila diajukan ke arah politik Islam,dan begitulah juga tentang perkara-perkara lain.

Maka tidak hairanlah bila kini anak yang tidak kita lenturnya dari kecil sudah mula "bermusuh" dengan kita.Semasa kecil tidak disuruh solat,tetapi bila sudah dewasa bila disuruh tentulah dia akan "melawan".Berilah dia beribu hujjah jika tidak diberi hidayah maka selamanya dia akan melawan.Oleh itu "berdoalah" kawan semuga kita tidak kerugian,dan InsayaAllah masih belum terlambat kerana nyawa masih dalam kandungan badan.Ingat dan renunglah firman Allah :-




“Wahai orang-orang yang beriman, lindungilah dirimu dan ahli keluargamu dari api Neraka. Ia dijaga dan dikawal oleh Malaikat yang amat keras dan kasar sifatnya. Mereka tidak pernah durhaka kepada Allah malah sentiasa melaksanakan apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka”











Share/Bookmark

0 comments: