6:33 PM

Kata hati...

Teringat di masa lampau harga gula cuma 20-25 sen sahaja sekati,kini harga gula dah jadi RM2.30 sen.Mungkin ada yang berkata dulu harganya berdasarkan kati tapi kini harga dah dikira dengan kiraan kilo.Beza satu kati dengan satu kilo lebih kurang 400gram,maka harga mungkin lebih sedikit!!,itu logiknya.

Masa berlalu dengan minyak petrol,diesel dan gas juga begitu,harga semakin meningkat walaupun dulu-dulu tidak pakai istilah liter.Orang dulu guna istilah gelen untuk minyak.Bermula dengan harga sen-sen kini sudah meningkat ringgit-ringgit jadinya.

Dulu-dulu pimpinan negara dan negeri terdiri daripada kalangan mereka lepasan sekolah yang tidak begitu tinggi,kalau pun ada lepasan universiti tidaklah ramai.Semuanya dalam mentadbir dan menguruskan negara agak "halus" dalam membuat keputusan.Rakyat nampaknya selesa dengan mereka dan mereka agak perihatin terhadap rakyat.Itulah sebabnya mereka diberi kuasa yang agak lama dalam mentadbir negara.

Kini masa sudah berubah,pimpinan juga berubah, cuma rakyat yang nampaknya perlahan berubahnya terutamanya melayu.Mereka masih bersikap sama seperti dulu,masih lunak dengan apa yang berlaku.Mereka sebenarnya pilu dengan apa yang berlaku tetapi masih sopan dalam bertindak.Mereka tidak melawan walaupun orang lain sudah mula "melawan".

Kepimpinan sekarang ,mereka tidak macam kepimpinan dulu-dulu.Mereka terdiri daripada anak-anak yang terdidik dan membesar dalam suasana kesenangan dengan limpahan kebendaan.Celik mata sahaja mereka sudah ada di atas kereta,ada diantara mereka yang tidak pernah kenal lumpur dan denai.Mereka memimpin adalah kerana "diangkat" sebagai legasi.Ini kerana hormatnya orang kita kepada pemimpin dulu yang berjasa.Maka anak-anak mereka sebagai pengganti.

Nampaknya kita ini bila tiada pengalaman "susah" maka kita tidak pernah merasa apa itu susah sebenarnya.Kalau rakyat "bertempik" susahnya hidup ini akibat kenaikan harga barang-barang keperluan asas,kita semacam tidak peduli itu semua kerana kita tidak pernah mengalami.Kita tidak pernah merasa bagaimana peritnya apabila tiada nasi untuk dimakan!,Jangan dikira dengan kereta mewah atau kenderaan lain,basikal tua pun tidak pernah dimilikinya.

Kita kesal dengan apa yang berlaku kini.Kepimpinan seolah-olah beranggapan rakyat marhein ini sebagai "beban" dalam pentadbiran mereka.Segala bantuan atas apa sahaja nama termasuklah sabsidi diungkit berhari-hari,seolah-olah rakyat "berhutang" dengan mereka.Rakyat tidak pernah "memprotes",mereka membayar segala jenis cukai yang dikenakan kepada mereka.Walaupun dijanjikan dengan cukai itu mereka akan dibantu.Namun apa yang mereka dapati kesempitan hidup yang berpanjangan.Rangkaian jalanraya yang tidak sempurna. Jalanraya yang sudah ada mengalami kerosakan di mana-mana.Anak-anak belajar dikenakan bayaran yang tinggi,walaupun katanya bantuan diberi tetapi ianya bukan percuma,kena bayar kembali.

Jelas kini sebenarnya tiada lagi jatidiri dan integriti.Walaupun disebut berkali-kali dan berhari-hari ianya cuma di bibir sahaja.Tengok sahaja apa yang berlaku,harta rakyat diperlakukan bagaikan harta sendiri.Dalam urusan peribadi mahupun parti harta negara dan negeri digunakan berkali-kali .Itulah sebenarnya suasana kita kini.







.




Share/Bookmark

0 comments: