4:44 PM

Bersahabat: betulkan caranya...

Setiap daripada kita mempunyai kawan atau sahabat.Dalam berkawan bermacam peristiwa yang kita alami dan lalui.Ada masa kita bertemu kawan yang setia dan boleh diharap,ada juga yang kita temui kawan hanya sekadar berbual dan meluahkan perasaan sahaja dan pelbagai lagi jenis kawan yang kita ada dan temui.

Dalam mencari pangkat dan kelebihan yang lain majoriti kawan meninggalkan kawan.Lebih dahsyat ada yang melobi dan membuat fitnah terhadap kawan supaya apa yang dihajatinya akan diperolehi dan kadang-kadang kawan ditinggalkan dengan kesepian.

Dalam politik pun begitu ada masa berkawan rapat ,tetapi dalam masa yang lain berpecah dan bergaduh.Namun begitu ada yang peliknya juga dalam politik ini,ada masa bermusuh dalam masa yang agak lama,kalau mengikut adatnya tidak akan berbaik dan berkawan sampai bila-bila tetapi dengan tidak dijangka-jangka boleh berkawan pula.

Sebenarnya dalam kehidupan ini terutamanya di masa kini jarang kita temui kawan yang betul-betul setia dan boleh diharap,hatta kita tengok kawan sejati dalam kehidupan seseorang yang kita panggil isteri itu pun tidak sejati jadinya.Ada yang bergaduh,ada yang menduakan suami,ada yang menderhaka dan sebagainya,kalaulah yang ada ikatan sejati itu pun tidak sejati maka apakah yang kita boleh harapkan daripada kawan-kawan biasa kita yang lain!!.

Kita kembali kepada panduan sejati yang Allah sediakan untuk kita.Itu sahaja penyelesaianya!!!.Berkawan atau bersahabat ini kalau tidak kita asaskan kepada taqwa maka sudah pasti akan berlaku perbalahan.Kita akan bertelingkah,bermusuh dan bergaduh sesama sendiri,cuma yang akan terselamat daripada cubaan tersebut hanyalah mereka yang berkawan atas dasar taqwa dan sentiasa bertaqwa dalam kehidupanya.Bersolat dan menjauhi larangan Allah dan beramal dengan suruhanNya sahajalah yang dapat menyelamatkan kita dalam setiap persahabatan.Oleh itu mulakanlah dari sekarang,kalau sudah "terlanjur" kita sebenarnya kita masih ada masa,ubahlah sekarang kerana dengan mengubahnya kita akan mendapat kebaikan dan kesejahteraan dalam kehidupan ini.



Share/Bookmark

1 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Wak Aji,

Sukar nak cari sahabat yg betul-betul dinamakan sahabat. Apa pun kenalah kita dulu menjadi sahabat sebagaimana sepatutnya seorang sahabat patut lakukan.