8:26 AM

walimatul arush..

Sekarang musim cuti sekolah.Ramai pulang ke kampung halaman masing-masing.Cuma cuti kali ini saya terpegun apabila menerima lebih dari 20 jemputan.Kategorinya pelbagai ada kesyukuran dan ada walimatul arush.Kata kawan dari Kelantan beliau bila dapat kad jemputan kahwin akan tanya samada majlis itu majlis kesyukuran atau wan Limah urus(walimatul arush).Kalau Wan Limah urus maknanya kena hulur la(kena derma wang),tetapi kesyukuran adalah foc.
Terdetik dalam hati apakah majlis-majlis yang sebegini yang sepatutnya kita mendapat pahala tetapi tiba-tiba kita mendapat dosa dek pembaziran dan maksiat yang kita lakukan dalam sepanjang majlis itu berjalan.Oleh itu secara insaf marilah bersama kita kembali kepada islam dengan kita menuruti panduan yang telah ditetapkannya.Semuga kita berjaya di dunia dan juga di akhirat.









Share/Bookmark

0 comments: