Kali ini nak celoteh politik sikit.Sebabnya sibuk sekarang ini orang bercakap pasal kerajaan Perpaduan(KP).Orang politik sudah semestinya tetapi yang syoknya Mak Cik saya yang membaca pun hanya sekadar bertatih sahaja juga bercakap pasal KP ni.Dia tidak menyokong idea KP ni.Kata dia Tok Guru Nik Aziz pun tidak setuju!.
Mak Cik bercerita kenapa tidak sokong KP,dia benci sangat dengan parti yang satu tu,sebab zalim,masakan tidak, pergi jumpa JKKK nak tandatangan borang anak mengaji pun JKKK tak mahu! sebab Mak Cik orang Tok Guru.Lepas tu tawakkal pergi jumpa wakil rakyat kawasan...lagi sedih usahkan tandatangan kena perli lagi.
Jadi bagaimana mungkin kata MakCik kita nak berpakat dengan kumpulan yang macam ini.Musim dia susah mungkin dia aman dengan kita,tetapi bila sudah senang tidak mustahil kita kena makan sekali lagi.Ya Allah selamatkan lah jamaah ini dari segala fitnah yang akan menghancurkan persaudaraan kami.
1:02 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment