4:47 AM

Rupa Hantu....

Betul ke hantu itu wujud dan boleh dilihat dengan mata kepala kita?.Program TV"Seekers" yang menjadi tontonan ramai adalah untuk mengesahkan pernyataan tersebut.

Bulan lepas saya dimaklumkan pengawal keselamatan yang bertugas di pejabat enggan bertugas berseorangan sebagaimana biasa.Puncanya beliau sering diganggu oleh sesuatu yang dia sendiri tidak boleh nyatakan dengan bukti cuma ada bunyi sahaja..Namun Allah menentukan segala-galanya.Suatu malam tanpa sengaja bila bunyi itu berbunyi lagi beliau terus menggambil gambar menggunakan kamera h/phoneke arah bunyi tersebut dan beliau amat terkejut kerana hasil dari snap itu mengeluarkan satu wajah yang agak menyeramkan.

Saya masih tidak percaya apabila gambar tersebut ditunjukkan kepada saya.Namun yang peliknya beberapa staff yang bertugas memberitahu, mereka juga pernah melihat wajah tersebut apabila bertugas lebih masa di waktu malam...saya termenung..untuk sahabat maya nah mari kita berkongsi pengalaman ini..untuk percaya terpulang lah kepada persepsi masing-masing namun mereka bersumpah bahawa ini bukan rekaan.








Share/Bookmark

1 comments:

Unknown said...

Salam ziarah saya hulurkan.

Saya percaya dan saya sendiri mengalaminya beberapa kali. Kadang-kadang rasa seronok pula. Adakalanya saya panggil untuk temankan saya trekking di hutan.