Semalam PM umumkan satu kategori khas biasiswa Jabatan perkhidmatan Awam di kenali dengan Biasiswa Nasional.Penerimanya akan dinilai berdasarkan meritokrasi.Ini bermakna tiada lagi ihsan atau pun sebarang budibicara dalam memilih penerima biasiswa tersebut.
Merenung sejenak,terpikir saya kita sekarang sudah semakin terhimpit,dengan keupayaan yang amat terhad bermula dengan rezki untuk sesuap pagi dan petang sehinggalah kepada pembelajaran anak-anak kita sudah banyak kehilangan.Kalau bangsa lain berpakat membantu sesama mereka dengan pelbagai yayasan atau dana,namun kita yang bernama bumiputera ini hanya disogok dengan slogan yang berbentuk retorik,namun dari segi amalanya jauh panggang dari api.Apa yang sebenarnya kita boleh dapat.
Di Kampung-kampung masih wujud golongan yang dipinggirkan kerana hanya berdasarkan prejudis kepada individu atas dasar tidak sehaluan parti,dan perkara ini berlaku bukan kepada yang buta huruf malah kepada bertaraf pemimpin dan memerintah.Paling ringan untuk mendapat tandatangan borang bantuan buku sekolah pun di tolak,apatah lagi perkara yang lebih besar?!.
Oleh itu untuk yang bergelar pemimpin tolonglah!!! kerana dek segenggam kuasa yang ada maka kita terpaksa melepaskan segala yang ada demi kuasa yang sedikit itu dan dalam pada itu kita menekan kroni kita secara zalim demi mendapatkan sedikit sokongan.Percayalah sokongan dalam bentuk paksaan tidak akan ke mana!,Banyak sudah yang terbukti...kita membaca sejarah malah sejarah kadang-kadang berlaku di depan mata kita...
12:18 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment