8:28 PM

Doa

Setiap orang daripada kita akan berdoa untuk kehidupanya.Doa itu pastinya untuk mendapatkan yang terbaik bagi diri serta orang-orang yang disayanginya termasuklah keluarga dan sebagainya.

Doa untuk diri sudah tentu mohon kebaikan dan agak janggal jika ada orang berdoa untuk mendapatkan keburukan bagi diri sendiri.Namun begitu jarang juga kita ketemui orang beroa untuk kebaikan orang lain selain daripada ahli keluarga mereka yang terdekat!.

Lumrah berlaku bila ada sesuatu perkara yang tidak selari dengan perasaan kita dilakukan oleh sesorang maka rasa "penentangan" akan timbul di sanubari masing-masing,jika mampu dengan kekuatan maka itulah berlakunya pergaduhan dan sebagainya,namun yang pasti kita akan berdoa untuk itu.Pastinya doa itu supaya "musuh" kita itu musnah dan kecundang.Jarang berlaku kita memaafkanya sebagaimana Rasul S.A.W memaafkan umatnya bila melakukan kesilapan.Apa yang pasti kita akan bergembira dengan kemusnahan lawan kita itu,lagi cepat lagi baik.

Kenapa begitu?sebenarnya itulah kelemahan kita,kita tahu bahawa kebaikan adalah segala-galanya,kita juga tahu itu semua adalah cubaan dan syaitan mempengaruhi kita,namun kita "kalah" dan tidak berupaya untuk melawan.Cuma ungkapan retorik yang ada pada kita tetapi hakikatnya kita tidak berupaya.

Oleh itu marilah bersama kita kuatkan "semangat kita untuk "melawan" dan menjadi manusia yang "berjiwa besar" dalam kehidupan kita ini.Kita teruskan doa kita untuk Allah kurniakan segala kebaikan kepada diri kita,keluarga kita dan juga musuh-musuh kita agar dengan kebaikan yang diperolehi itu menginsafkan mereka dan seterusnya beristiqamah untuk menerajui kebaikan di sepanjang kehidupanya..









Share/Bookmark

1 comments:

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Maaf lama tak ziarah blog anda

1. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Doa antara azan dan iqamat tidak1. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak." akan ditolak."

2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: "Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: "Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya.

3. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka."

4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Aku dilarang membaca al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu."

5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. "Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan."

6. Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. "Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah."

7. Ata bin Abi Rabah berkata: "Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan."

8. Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: "Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: 'Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.'

9. Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: "Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu."