11:04 PM

Carilah kepuasan dengan cara yang betul..

Setiap insan inginkan kepuasan dalam hidup.Oleh sebab itu mereka berusaha untuk mencari kepuasan itu.Samada bekerja dengan tenaga yang ada atau meminta-minta juga adalah satu bentuk pekerjaan ke arah mencari kepuasan itu.

Dalam melaksanakan pekerjaan ini jarang kita perhatikan ianya di"tapis' terlebih dahulu untuk seseorang melakukan kerja itu.Sebab itu lah kita lihat dalam kontek Islam contohnya ramai penganutnya yang bekerja tidak begitu memilih.Haram ke halal ke semuanya jadi asalkan ianya memenuhi kehendak dan kepuasan diri.Itu sebab ramai yang kita lihat yang terlibat dengan benda-benda yang tidak baik ini ramai di kalangan orang islam,contohnya di premis penjualan arak,judi juga termasuk rasuah dan sebagainya.

Tidak dinafikan ramai di kalangan bukan islam juga terlibat,tetapi kita kena faham mereka itu tidak pernah diformalkan dakwah kepada mereka berbanding dengan orang Islam.Contoh terbaru bagaimana begitu ramai pegawai kastam yang ditangkap kerana aktiviti yang menyalahi undang-undang,bukan sahaja salah dari segi undang-undang dunia malah undang-undang tuhan juga ternyata salah,yang agak sedih dan menyedihkan mengikut maklumat ada di kalangan mereka yang terlibat ini dan berjawatan di peringkat tinggi itu juga adalah seorang yang secara formalnya mendapat pendidikan Islam dari peringkat sekolah sehingga ke peringkat universiti.Amat malang sekali jika maklumat ini adalah betul dan tepat.

Integriti disebut di mana-mana,di pejabat,di sekolah di TV,radio malah institut Integriti juga ditubuhkan,tetapi kenapa kempen-kempen yang ada cuma lebih kepada retorik dan hasilnya tidak begitu memberangsangkan!,kita percaya bukan 62 orang pegawai kastam itu sahaja yang terlibat malah bukan kastam sahaja yang terlibat malah pelbagai agensi juga turut terlibat,kita doakan semoga Allah memberi keinsafan kepada semua yang ada niat atau mula-berniat dan kepada yang sudah terlanjur supaya kembalilah ke pangkal jalan,carilah keberkatan dengan kita menghindari diri kita daripada perkara-perkara yang haram.Dalam melakukan maksiat ini semua akan terlibat tidak kira kita ustaz,ulama atau siapa sahaja yang penting bersamalah kita berdoa agar kita dilindungi daripada melakukan maksiat itu.Masa untuk taubat insyaAllah masih terbuka...




Share/Bookmark

0 comments: