5:54 PM

"Kesusahan"

Alhamdulillah kita di sini masih selamat daripada 'kesusahan" sebagaimana yang ditimpakan ke atas penduduk Jepun beberapa hari yang lalu.Namun dalam keadaan yang sebegitu kita tidak seharusnya merasa selesa dan berbangga dengannya kerana "ketentuan " itu bukannya menjadi hak dan kalau ianya menimpa kita sebenarnya tidak akan berupaya untuk menolaknya.Mohon Allah melindungi.

Sebenarnya kejadian di Jepun atau dimana sahaja perlu mengajar kita betapa "kehendak" Allah tidak akan ada daya dan upaya untuk sesiapa sahaja menolak atau menahannya kecuali Allah jua.Kalau kita perhatikan, begitu banyak sekali peringatan-peringatan yang Allah telah berikan untuk kita "dilindungi" daripada sebarang musibah.Patuhi perintahNya dan jauhkan diri daripada sebarang perlakuan yang membawa kerosakan,itu adalah kunci kepada keselamatan dunia sebenarnya,tetapi berapa ramai daripada kita yang berbuat begitu?kalau ada pun insan-insan sebegini mereka akan dilawan dan ditekan dengan pelbagai cara agar mereka ini akan mengalah dan akhirnya "kebathilan akan wujud dan bermaharajalela di mana-mana sahaja.

Secara insaf diperhatikan dewasa ini "keburukan" sudah menjadi lumrah dan diakui sebagai benar dan "kebaikan" kini sudah menjadi semacam keburukan.

Sementara sisa kehidupan masih ada,dan kita juga masih diberi keamanan oleh Allah setakat ini,marilah bersama kita bina kehidupan ini ke arah yang lebih beramanah dengan kita bertindak menjadi penyeru kepada kebaikan dan kita menghalang segala kemungkaran yang ada.InsyaAllah jika ini dapat kita usahakan,yakinlah bahawa pertolongan Allah adalah sebaik-baik pemberian.
A large tank sits on a debris covered field in the city of Iwanuma in Miyagi prefecture on March 13, 2011 two days after a massive 8.9 magnitude quake and tsunami hit the region. Japan desperately tried to bring an overheating nuclear reactor under control on March 13, as the full horror of its quake-tsunami disaster emerged on the ravaged northeast coast with thousands feared dead.Cars smashed by the tsunami sit piled together next to a power grid to the east of Sendai in Miyagi prefecture on March 13, 2011 two days after a massive 8.9 magnitude earthquake and tsunami hit the region. Japan battled a feared meltdown of two reactors at a quake-hit nuclear plant on March 13, as the full horror of the disaster emerged on the ravaged northeast coast with thousands feared dead.People walk near a fishing boat siting on a breakwater of a river in Kesennuma, Miyagi Prefecture, northern Japan, Sunday, March 13, 2011, two days after a powerful earthquake-triggered tsunami hit the country's east coast.


Share/Bookmark

1 comments:

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

KENAPA AKU DIUJI??
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan
saja mengatakan; "Kami telah beriman,"sedangkan
mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah
menguji org2 yg sebelum mereka maka
sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan
sesungguhnya Diamengetahui org2 yg dusta." (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

KENAPA AKU x DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik
bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang
kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah ayat 216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI??
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai
dengan kesanggupannya. " (Surah Al-Baqarah ayat 286)

RASA FRUST??
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula
kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling
tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman."
(Surah Al-Imran ayat 139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? ?
"Wahai orang-orang yang beriman!Bersabarlah kamu(menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan
perkara-perkara yang berkebajikan) ,
dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada
kesabaran musuh, dimedan perjuangan), dan bersedialah
(dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan)
serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya,
kamu berjaya (mencapai kemenangan). " (Surah Al-Imran ayat 200)

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan
sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya
sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada
orang-orang yang khusyuk" (Surah Al-Baqarah ayat 45)

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI??
"Sesungguhnya Allah telah membeli drpd org2 mu'min,
diri, harta mereka dengan memberikansyurga utk
mereka... (Surah At-Taubah ayat 111)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP??
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya.
Hanya kepadaNya aku bertawakkal. " -
(Surah At-Taubah ayat 129)

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!
"...dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah.
Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah"