4:39 PM

Cukuplah tu...

Setiap yang hidup pasti mati.Manusia,haiwan mahu pun tumbuh-tumbuhan semuanya akan sampai masanya maka akan matilah ia.

Bagi manusia menjadi kepercayaan yang wajib diimani bahawa selepas kematian maka kita akan dibangkitkan semula dan Allah akan menghitung segala amalan kita samada baik atau buruk dan akhirnya akan dibalas bersesuaian dengan apa yang telah kita lakukan semasa di dunia ini.Itu janji Allah.

Percaya atau tidak dengan janji itu!?.Kita yakin bila ditanya maka kita akan jawab percaya!!.Namun sejauh mana kepercayaan kita itu?.Melihat realiti semasa ungkapan percaya itu semacam hanya di bibir sahaja.Ramai di kalangan kita yang "berperangai" seperti itu.Lihat dan perhatikanlah.Betapa ramai di antara kita yang saban hari bercakap bohong,membuat fitnah,menghina dan mengaibkan sesama sendiri dan sebagainya.Kalau kita betul-betul percaya dengan yakin bahawa akan ada hari pembalasan selepas kematian sudah semestinya kita akan menjauhi diri kita daripada melakukan perkara-perkara yang akan membebankan kita selepas kematian nanti.

Dewasa ini fitnah berlaku di mana-mana.Oleh sesiapa sahaja samada yang sudah "berumur" atau orang muda.Dari segi adatnya orang muda kalau ada membuat salah masih ada kesempatan untuk bertaubat,tetapi kalau sudah tua bagaimana kalau "dipanggil" tanpa sempat taubat?Kita semua tentu ada jawapanya,namun secara insaf marilah bersama kita tinggalkan perkara-perkara yang mengundang bala ini.Percayalah kalau fitnah menjadi-jadi, tambahan pula fitnah itu melibatkan prinsip dan maruah, percayalah kita akan berhadapan dengan "kerosakan" yang tidak kita jangka malah mungkin lebih dahsyat lagi.Kita hanya mampu berdoa dan marilah bersama kita mohon dijauhkan oleh Allah daripada sebarang musibah dan malapetaka..







Share/Bookmark

0 comments: