12:45 AM

Untuk yang bergelar kaunselor

Syabas dan tahniah untuk anda kerana berjaya menjadi seorang kaunselor.Hasrat anda ke arah itu tentunya dengan satu hasrat untuk melihat "kebaikan " akan berlaku di kalangan ahli masyarakat.Setelah berpenat menghabiskan pengajian bermula di peringkat sijil sehinggalah ke peringkat doktor falasafah maka sudah tentu ianya tidak seharusnya dipersia-siakan begitu sahaja,ianya hendaklah dimunafaatkan bersesuaian dengan apa yang diperolehi tersebut.

Sebagai muhasabah bersama,ingatlah tugasan anda ini sebenarnya amanah,bila amanah ianya hendaklah dilakukan dengan ikhlas.Jangan jadikan bidang ini sebagaimana perniagaan impot-ekspot atau bisnes kereta dan sebagainya yang menjadikan pulangan material sebagai tajuk utama.Memang tidak dinafikan gerak kerja kita untuk "menghidupkan"bidang ini adalah perlu kepada "booster" untuk menghidupkanya,tetapi kalau matlamat itu yang diutamakan maka dibimbangi hasil yang kita akan dapat adalah dalam bentuk "hampas" yang sudah tentunya tidak berguna.Di dunia kita rugi cuma dapat hampas dan di dunia yang satu lagi juga sudah tentu juga kita akan dapat hampas.

Perelokkanlah akhlak diri anda,jangan hanya elok bila "bermotivasi" tetapi di belakang tabir kehidupan anda penuh dengan kecelaruan.Bila diperlukan khidmat anda janganlah berlaku tawar menawar,sehinggakan RM5 pun berkira.

Kita lihat bercambah "training centre" yang wujud namun bercambah juga gejala yang tidak elok yang berlaku malah keluar sahaja daripada "pintu" pusat latihan terus sahaja "bertukar"perangai.Kalau malamnya boleh menangis insaf tetapi keinsafan itu "ditinggalkan" dalam pusat latihan bersama para kaunselor dan motivator yang ada.Kenapa begini?..Berubahlah wahai sahabat-sahabat para kaunselor(baca: bukan semua),pembawaan anda sebenarnya tidak sesuai untuk menanam benih kebaikan,kerana "benih" yang anda tanam itu bukan benih yang sebenarnya.Berubahlah....






Share/Bookmark

0 comments: