9:00 PM

Kursus yang "terlampau"

Mungkin kebetulan ! itulah reaksi pertama yang akan dijawab jika ada berlaku sebarang musibah atau pun bencana ke atas seseorang termasuklah kematian.

Peristiwa kematian seorang pegawai Tadbir Diplomatik (PTD)selepas mengikuti kurus ala komando di Jugra, Kuala Langat dekat Klang hari ini adalah sesuatu yang menyedihkan.cerita lanjut di sini

Persolan timbul,apakah perlu pegawai mahupun sesiapa termasuk tentera sendiri menjalani latihan yang sebegini?.Apakah beberapa kes kematian yang melibatkan pelatih yang berlaku di pusat-pusat latihan tentera dan juga PLKN tidak menginsafkan kita tentang perlunya kajian semula modul latihan yang kita jalankan selama ini.

Secara insaf kita tanya kepada pelatih dan juru latih,apa sebenarnya "kesan"yang diperolehi hasil daripada latihan-latihan yang telah diadakan selama ini.Memang hasrat yang tersirat dalam modul yang dirangka itu adalah untuk meningkatkan semangat jatidiri di kalangan pelatih,tetapi apakah dalam masa yang sesingkat itu kita boleh "mengubah" sifat semula jadi orang yang dilatih?.

Dalam kes pegawai PTD ini , apakah perlunya latihan yang dikira tidak masuk akal ini diadakan,sebagai contoh;antara latihan yang ditempuhi oleh beliau dan rakan-rakannya semasa modul jati diri itu ialah meminum air stokin dan direndam di dalam lumpur.Apa kaitannya dengan kerjaya pegawai ini,pada saya ianya tidak perlu hatta untuk anggota tentera pun saya rasa tidak selayaknya diperlakukan sebegitu.

Oleh itu kepada para "cerdik pandai" yang terlibat dalam merangka modul dan jadual latihan untuk apa jua lapangan dan bidang,rasionalkanlah pemikiran anda,ada benda-benda perlu "ketegasan",namun ianya tidak semestinya "merosakkan" apa yang kita punyai.Berlembut dalam sesuatu mungkin kesannya lebih hebat ibarat titisan air akan menembuskan ketulan batu yang besar,namun satu lautan air pun kalau sekali disimbah pada batu dianya tidak akan menampakkan apa-apa.Begitulah juga dalam konteks "melatih" ini, seharusnya secara bersopan dan berterusan adalah lebih baik daripada kita "ekstrim" tetapi masa yang diambil adalah singkat,kerana kesannya adalah amat kurang.Disiplin cuma masa kursus sahaja,lepas kursus ianya hilang entah kemana....apa pun al Fatihah untuk Allahyarhamah Norhashimah Wahid dari Kampung Londang, Masjid Tanah, Melaka.Ucapan takziah juga untuk suami beliau Ahmad Zulkhairi Zainal Abidin serta anak perempuan mereka berdua Nur Hylda Daenia.Semoga Allah memberi kesabaran kepada anda berdua dan roh isteri/bonda anda tersayang ditempatkan bersama-sama orang solih dan beriman.Sekali lagi al Fatihah..






Share/Bookmark

0 comments: