7:08 AM

Pesan untuk Kawan

Kawan
rupanya tidak lama
kini kita lihat segalanya

dulu guru kita bercerita
tentang hebatnya dugaan
satu masa ramai yang lupa Tuhan
terjerat dengan rasukan syaitan


segalanya ada kini
bunuh anak
bunuh abang
bunuh isteri
tendang bapa
tendang ibu
tendang isteri
hingga tak terbilang lagi

kawan
sedarkah kau kini
apa yang guru kita cerita dulu terjadi kini

kata guru kita lagi
kamu nanti ibarat seorang diri
kalau termusibah tiada yang endah lagi
mereka semua hanya jaga diri
walau pun punya wang sudah berguni

benarnya pesan guru kita ini
yang kita sempat melihat sendiri
bagaimana dunia ini diperkosa manusia sendiri

kini betul terjadi
manusia memberi janji
bagaikan tuhan empunya bumi
jika mahu itu dan ini
kamu kena ikut perintah ini

kawan
pesan guru kita lagi
kalau terjadi perkara ini
semasa kita hidup lagi
kita kena jaga diri
kerana orang semuanya tidak boleh diharap lagi
tambah lagi sekarang sudah tiada nabi

apa yang ada cuma dua sumber rasmi
Ouran dan hadis nabi
itu pun sudah ramai tidak peduli
kalau ada pun cuma banyak yang tidak asli
masing-masing penting diri
demi untuk jaga diri
penyelamat sementara di bumi

akhirat macam tidak peduli
sebab iman yang semacam tidak bererti

kawan
kini guru kita sudah tiada lagi
cuma pusaka yang ada kini
kita kena yakin diri
kerana itu semua janji yang pasti
apa pun semua kita akan mati
walau pun ramai yang tidak gemari...














Share/Bookmark

0 comments: