1:15 AM

Para promoter produk kesihatan...berakhlak dan beramanahlah anda!!

Dewasa ini semakin banyak produk kesihatan muncul menemui pengguna,dan sebagaimana semua maklum mutu kesihatan di kalangan penduduk tidaklah begitu baik berbanding dengan kecanggihan kaedah perubatan yang ada.

Penyakit darah tinggi,Kencing manis,buah pinggang,jantung dan sebagainya adalah lumrah sekarang ini,dan kadang-kadang ada gurauan kalau anda tiada penyakit-penyakit ini maka anda adalah daripada golongan yang luar biasa.

Oleh sebab penyakit-penyakit tersebut dilihat amat berleluasa sekarang ini maka peluang ini telah diambil oleh pihak-pihak yang tertentu untuk menghasilkan pelbagai produk dengan tujuan untuk "mengubati" penyakit-penyakit tadi.Walaupun ianya ada sedikit kesan namun pada saya kepentingan material mengatasi segala-galanya berbanding untuk menyihatkan pengguna itu sendiri.Kenapa begitu?,anda lihatlah betapa produk yang dihasilkan itu walaupun bersumberkan bahan mentah yang mudah diperolehi dan murah itu telah dijual dengan harga yang begitu tinggi dan kadang tidak terfikir dek akal kita.


gambar hiasan

Di satu pihak perangai manusia yang sakit atau yang tidak sakit memang semuanya takut mati.Semuanya inginkan tubuh badan yang sihat dan kalau boleh umur yang panjang dan seboleh-bolehnya jangan mati.Kerana "perangai" inilah maka kesempatan diambil oleh para pengeluar untuk "menjerat" pengguna yang "sakit" tadi dengan menawarkan produk-produk mereka yang didakwa berkhasiat dan mempunyai segala-galanya.

Ada di kalangan promoter yang mewakili beberapa pengeluar produk kadang-kadang kempennya agak melampau dan ini mempengaruhi sebahagian daripada kita.Ada kes dimana pesakit diberi jaminan apabila mengambil produknya maka tidak perlu lagi mengambil ubat-ubatan yang diberi pihak hospital.Alasannya kerana ianya "bercun" dan boleh merosakkkan organ dalam badan.Anda bayangkan,kadang-kadang pesakit ini sudah mengambil ubat ini dalam tempuh yang lama,contohnya untuk mengawal darah tinggi.Tiba-tiba kerana "kempen" yang "mempesonakan" maka ubat darah tinggi yang sudah berpuluh tahun yang diambil itu diberhentikan pengambilanya.Anda bayangkan apa yang terjadi kepada pesakit ini...

Oleh kerana terlampau percaya dengan dakwa dakwi promoter produk kesihatan ini juga ada kes berlaku serangan strok di kalangan pengidap darah tinggi dan jantung dan akhirnya membawa kepada kematian.

Ada juga kes dimana mereka dilarang untuk mengambil "paracetamol" dengan alasan ianya akan mengganggu kesetabilan buah pinggang dan ianya kekal sehingga tempoh lima tahun untuk dikeluarkan daripadanya walaupun hanya sebiji yang diambil.


gambar hiasan

Ini diantara senario yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini.Oleh itu keperihatinan pihak pengeluar adalah amat-amat diperlukan supaya tidak berlaku terlebih "kempen" yang akhirnya akan "merosakkan" diri dan jasmani masyarakat itu sendiri.Berakhlak dan amanahlah dalam kehidupan ini.






Share/Bookmark

0 comments: