6:20 AM

ZALIM : Kini bagaikan cara hidup

Zalim,semua orang tahu hatta budak kecil pun tahu cuma sebutan atau penerimaan dan persepsi mungkin agak berbeza dengan orang dewasa.Perkara ini memang tidak disukai oleh semua makhluk malah Allah juga melarang dan dengan sebab itulah maka diutuskan para Rasul untuk mengajar dan mendidik manusia daripada melakukan kezaliman.

Zalim berlaku dalam pelbagai bentuk dan cara.Selalunya mereka yang lemah atau tidak mempunyai kuasa akan sentiasa menjadi mangsa kepada situasi ini.Sebagai pemangsa ada saja alasan jika ianya berbuat sesuatu walau pun umum tahu itu merupakan kezaliman.Undang-undang ditafsirkan dalam dimensi yang baru.Terma-terma perjanjian,kalau dulu lain tetapi kini lain.Pendek kata semua nya ada justifikasi atau alasan,sedang kan itu sahih zalimnya.

Kepada yang mengaku muslim,sudah tentu berikrar yang alquran itu panduan hidup.Perihal kezaliman jelas disebut dalamnya.Perincian berserta kisah-kisah "kezaliman" juga disebut dan dijelaskan.Semua itu sebagai panduan untuk yang mengaku bahawa alquran itu sebagai panduan,tetapi kenapa kita yang bercakap tentang keadilan dan sering merujuk "panduan" dalam perkiraan harian majoritinya masih beramal dengan kezaliman,samada sesama insan atau pun dengan Tuhan?!!.

Ingatlah kezaliman itu sesuatu yang merosakkan.Anda merasa anda berjaya tetapi hakikatnya anda zalim.Rujuklah kisah-kisah Firaun,kisah Qarun dan para pemerintah yang diutuskan para nabi itu,semuanya dimusnahkan kerana kezaliman mereka.Ingatlah juga bahawa kezaliman itu pasti ada balasan yang sudah pasti tidak tertanggung oleh kita.Tidak takutkah anda dengan "itu" semua,atau anda merasakan itu semua hanya bualan kosong atau tulisan kosong yang tidak memberi apa-apa kesan,percayalah dan tidak susah untuk kita melihat tauladan-tauladan tersebut.Kalau kisah-kisah para nabi anda merasakan ianya sejarah lama,maka tengoklah peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekeliling anda,bagaimana musibah yang dihadapi oleh kawan-kawan serta sahabat-sahabat anda,saat kematianya,saat kesusahanya,semuanya berhubungkait dengan alam kehidupan yang dilalui oleh mereka.Apa anda tidak mengambil iktibar daripada peristiwa-peristiwa di sekeliling anda?.

Insaflah dan cukuplah,kalau kuasa yang anda rebut,ianya tidak akan membawa anda ke mana!kalau kekayaan yang anda cari,juga ianya tidak akan kemana,Oleh itu carilah yang kekal untuk anda,yang akan membantu anda di hari tidak ada gunanya harta dan anak pinak kecuali yang datang dengan hati-hati yang tenang,oleh itu jauhilah diri anda daripada menjadi orang yang zalim.











Share/Bookmark

0 comments: