5:39 PM

Memo untuk anak-anak merdeka

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjXZQhxhCa8ImqD_eqdDMgitkizXjKlu7EQqoB_Y8H1v4jBJ5VzzLQv9TxAq75O2IbQjnRqxJKAyamvE0o_NtgOx01ZF6bOquukwOyfl-5YAk__NVqU8hnprMLAd6cK77TK1ZL357Sl1YY/s320/cium_jabat_tangan_orang_tua.jpg




Kepada yang masih punya ibu
kepada yang masih punya bapa
renunglah sejenak untuk kedua-duanya
sesungguhnya mereka sudah tua
dikala anda kini masih muda remaja

kelak suatu hari anda juga akan tua

bila tua
tiada apa-apa lagi yang ada
cuma lidah jua
itu pun tiada tenaga
untuk berbicara
tambah-tambah lagi pada anda yang masih muda remaja
kalau bicara juga
takut tersentuh hati yang sentiasa membara
maka kelak hati akan terluka

hai anak-anak merdeka
bila sudah tua
tiada apa-apa lagi yang ada
orang muda tiada lagi hormat bicara
ahh!!! orang tua apa ada
dulu masih ada harta
kini cuma rintangan jua

Aduhai anak-anak permata
apakah itu rasa anda
pada orang tua
mengherdik dan mengata
kepada orang yang berjasa

jangan begitu wahai orang muda
kerana yang tua itu sebenarnya permata
yang menguntungkan anda
bila anda juga akan tua

jagalah hati yang tua
kelak anda akan dapat laba
kerana dia juga yang memelihara
untuk kebahagiaan anda....












Share/Bookmark

0 comments: