2:58 AM

Rasuah: Mungkin ini juga puncanya ?....




Kebetulan hari ini ahad,sempat meneliti beberapa dokumen lama yang tersimpan,daripada simpanan ini terdapat beberapa prosidur dan peraturan berkaitan dengan beberapa jabatan.Dalam mengamati satu persatu terfikir dalam benak fikiran kenapa dan apakah rasionalnya digubal peraturan -peraturan ini.Banyak yang ada lebih kepada menyusahkan dari memudahkan.Kita tengok sekarang ini ada yang telah diubah pun,kalau dulu sebagai contoh, pengeluaran paspot sampai berminggu tetapi kini dalam tempuh satu atau dua hari sudah selesai,begitulah dengan beberapa perkara yang melibatkan beberapa jabatan yang sebenarnya boleh dipermudahkan.

Sebenarnya dalam jabatan-jabatan kerajaan kini masih wujud fenomena penggubalan dasar yang menyusahkan dan perkara inilah yang menjadi punca kepada berlakunya gejala "hulur"(baca:rasuah) ini.Kita tengok sahajalah apa yang berlaku di agensi-agensi yang melibatkan banyak interaksi dengan orang awam,semua berlaku perkara ini.Contoh tidak payah sebut tetapi perhatikanlah sendiri.Kadang perkara paling remeh pun dibuat prosidur itu dan prosidur ini.Manusia,tahu sahajalah dia mesti nak cepat kalau lambat sikit mulalah cari jalan,dan untuk memudahkan maka rasuahlah!.

Semua tahu rasuah itu haram,ugama kata haram dan undang-undang manusia pun kata haram juga.Sebagaimana undang-undang Allah yang lain dilanggari, maka rasuah yang sudah tentu salah itu juga dilanggari oleh manusia.

Rasuah sebenarnya ditentang oleh semua orang,hatta orang rasuah juga lebih "menyibuk"kalau bercakap tentang rasuah dan kadang-kadang "menentangnya" lebih dari yang lain.Sebenarnya mereka ini amat dukacita kalau sesuatu perkara terutamanya di jabatan-jabatan kerajaan ini dipermudahkan.dengan mudahnya itu akan menjejaskan peluang mereka untuk merembat apa sahaja demi kepentingan diri.

Oleh itu demi untuk mengurang kan gejala ini marilah bersama untuk membasmikanya.Kepada pegawai-pegawai kerajaan terutamanya yang "berkuasa"tapis-tapislah sesuatu proposal yang di angkat oleh anak buah anda itu,mungkin di sebalik cadangan itu tersimpan "sesuatu" demi tembolok sesorang atau kalau tuan empunya diri tidak bermaksud begitu mungkin ianya akan diambil kesempatan oleh mereka-mereka yang suka mencari kesempatan.Bersama-sama fikirkan.











Share/Bookmark

0 comments: