12:35 AM

Babi.@ khinzir...satu renungan...

Cuba lihat ini
Pada saya tentu ramai yang mengenalinya.Apa istimewanya benda ini.Kepada pemakannya tentulah ada sesuatu yang istimewa.Kepada yang tidak memakannya sudah tentu ada alasanya.Yang pasti kepada orang Islam memang tidak boleh makan,malah menyentuhnya pun adalah terlarang dan ditegah.Kalau tidak boleh dimunafaatkan kenapa Allah jadikan?.Satu kajian telah dibuat menunjukkan bahawa benda ini mengandungi Virus yang berbagai dan ianya amat merbahaya kepada manusia.Oleh itu sebagai ihsan Allah kepada makhluknya yang bernama manusia maka benda ini dijadikan tempat untuk menempatkan virus yang amat bahaya itu.Dengan penempatan itu maka akan selamatlah manusia daripada ancaman yang berpunca daripada virus tersebut.Namun sebaliknya berlaku di mana manusia telah engkar larangan Allah dengan sewenang-wenang menjadikan benda ini sebagai makanannya dan nah kita tengok sekarang ini pelbagai wabak yang timbul hasil daripada benda ini.Apakah kita yang mendakwa berakal ini masih tidak berfikir?....Petikan kuliah subuh yang sempat saya hadiri pagi subuh 22 Ramadhan.






Share/Bookmark

0 comments: