6:33 AM

Hari Raya & Mercun & cara sambutan





Pengalaman berhari raya sudah puluhan tahun.Isu mercun tidak habis-habis.Di sana sini ada saja kemalangan yang berlaku membabitkan mercun.Putus jari,mata buta,muka terbakar dan pelbagai lagi musibah hasil daripada bermain mercun.Rata-rata yang terlibat adalah di kalangan kanak-kanak dan remaja dan jauh sekali melibatkan orang dewasa.Apakah yang berlaku sebenarnya?.Pihak berkuasa sudah menguatkuasakan segala peraturan yang berkaitannya.Namun masih juga terjadi kemalangan melibatkan mercun ini.Sekali lagi nak tanya apa yang berlaku sebenarnya?.

Semasa di kampong menjelang hari raya tempohari,seorang warga emas merungut tentang begitnya bunyi mercun di akhir-akhir ini.Sebelum ini jarang-jarang berbunyi.Kalau berbunyi pun yang bunyinya agak perlahan dan kecil dentumannya,tetapi bila orang-orang bandar balik ni sudah lain macam jadinya.Kekerapannya sudah bertali arus dan bunyinya mengalahkan bunyi perang di Palestin.

Sebenarnya pada penilaian saya nampaknya yang "Cerdik" yang baru pulang ke kampung lebih banyak terlibat dengan mercun ini.Orang tua "cerdik " itu yang membeli dengan alasan untuk kanak-kanak,tetapi yang betul-betul "beraya mercun" ni bukan kanak-kanak tetapi bapak budak yang tanpa segan silu membakar mercun hatta semasa para imam dan makmum sedang bersolat.Kerana kesan ini lah maka ada di kalangan anak-anak yang cuba-cuba meniru perlakuan orang-orang tua,maka kesannya...putus tangan,muka hancur dan sebagainya.Jangan terkejut kalau dikatakan yang terlibat ada yang berstatus pegawai tinggi.

Alangkah malangnya nasib para penguatkuasa.Bertungkus lumus cuba membasmi namun penjualan dan pengedaranya masih bebas dan seolah-olah tiada undang-undang.Sekali lagi nak tanya kenapa jadi begitu?.Anda jawablah sendiri...kerana anda juga sememang mengentahui.

Media pula menyambut raya ini tiada kerja lain hiburan,hiburan hiburan..macam tiada kerja lain.Islam tidak ajar macam itu aduhai para penerbit dan pihak-pihak yang berkaitan.Rasa saya JAKIM atau badan-badan yang berkaitan tolong buat kursus yang khusus kepada para penerbit TV dan radio macam mana nak terbitkan rancangan sempena perayaan eidul fitri atau apa-apa eid yang berkaitan dengan Islam.Pandangan Tuk Ya Azizi di sini saya sokong seratus peratus.Ya Allah selamatkanlah kami dari murkamu.

http://www.geocities.com/CapitolHill/Senate/5348/mercun1.jpg
Gambar kesan Mercun.(kebakaran kilang mercun 1991)gambar hiasan

Share/Bookmark

0 comments: