12:20 AM

AlFatihah untuk Prof Dr Ismail Md Salleh..


Image Biar pun agak terlewat untuk mencatat namun berita ini telah saya maklum pada hari pemergian beliau iaitu pada 27 ogos 2009 yang lalu.Walau pun saya tidak pernah menjadi pelajarnya namun pada masa beliau mengajar di UKM saya seringkali berselisih dengan beliau yang dipandu oleh abangnya En Zakaria.Kebetulan pejabatnya berhampiran dengan fakulti yang saya belajar.Masih segar dalam ingatan yang beliau pada masa itu berkereta Mitsubishi Sigma .Alangkah kagumnya saya terhadap kebolehan beliau,walaupun cacat namun keupayaannya mengatasi kita yang tidak cacat ini.Para pelajarnya sering bercerita tentang kehebatannya.Malah ada yang bercerita, sekali sahaja bercakap dan bersalam dengan beliau insyallah selepas itu beliau akan mengingati dan mengenali kita.Cuma dengan bersalam tangan sahaja beliau sudah boleh mengecam kita,itu lah istimewanya Prof Dr Ismail Md Salleh.Alfatihah untuk beliau.Untuk mengikuti kisah lanjut beliau baca di sini








Share/Bookmark

0 comments: