8:55 PM

Terawikh Ramadhan

Ramadhan bulan berkat.Bulan rahmat,keampunan,dan pelepasan dari api neraka.Diantara amalan yang terkenal dan menjadi semacam wajib bagi setiap muslim yang berpuasa ialah solat terawikh.

Ada yang bersolat 20 rakaat dan ada yang 8 rakaat.Masing-masing ada hujjah tentang perbuatan masing-masing.Itu tidak kisahlah apa yang penting beramal.

Yang menjadi topik pada kali ini ialah tentang perlakuan solat terawikh di kalangan yang bersolat.Macam-macam kita dengar.Ada yang memilih 20 rakaat ada yang bersolat 8 rakaat.Ada yang mencari tempat imam yang hafiz,ada yang mencari tempat solat yang morey nya sedap dan enak.Ada juga yang mencari tempat imamnya hafiz lagi sedap bacaannya terutamanya yang diimpot dari timur tengah.Lebih terkejut lagi saya bila ada juga yang mencari dimana solatnya paling cepat habis atau selesai.Bersama-sama kita fikirkan...





http://muslimz87.blog.friendster.com/files/kem_solat_smkt_2007-100_1107.jpg


Gambar Hiasan


Share/Bookmark

0 comments: